Saya baru balik jam 1 pagi tadi dari menghadiri perjumpaan tak rasmi kawan-kawan setingkatan lima 1977 dulu di Tanjung Malim, Perak. Yang hadir ada 7 orang: Saya, Fuat Azahari, Naim Nordin, Mustafa Mohd Nor, Shaarani Ismail, Weldan Che Kob, Anson Ismail.
Berikut saya lampirkan gambar-gambar yang sempat diambil. Anson dan Shaarani sampai agak awal jam 5.15 ptg. Fuat lewat sikit. Mustafa dan Naim sampai awal tapi melilau sana sini, akhirnya dia sampai hampir serentak dengan saya jam 6.30 petang. Weldan sampai paling lewat, dekat-dekat jam 8 sebab tersesat sampai ke Ulu Bernam.
Saya dengan Weldan stay back sampai jam 12.30 tengah malam. Yang lain-lain balik around jam 9.30 malam. Oleh kerana sudah terlalu lewat, Weldan decide untuk tidur di Tanjung Malim bersama Fuat.
Laporan detail saya akan tulis kemudian. Buat sementara waktu, enjoy lah dulu gambar-gambar di bawah:
First shot. Dari kanan: Anson, Naim Nordin, Fuat, Asmawi, Shaarani dan Mustafa
Weldan baru sampai dan ambik gambar sekali lagi Punya seronok bersembang, kadang-kadang tiga tajuk dibualkan antara tiga set yang berlainan. Weldan dengan Anson, Mustafa dengan Naim, dan Fuat dengan Shaarani Ada sesuatu yang disebut oleh Shaarani (tidak kelihatan) sampai semua orang ketawa Mustafa sedang membelek-belek kamera digital yang dipinjam dari anaknya Fuat Azahari, close shotYang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor sedang merenung sesuatuWeldan dengan jaket PLKNNaim Nordin dan Fuat
No comments:
Post a Comment