25 March 2009

Pertemuan

< Ali Osali n WM di Tingkat 8, Regency Hotel.



Indahnya alam ciptaan Allah Swt.







Ali Osali bersemangat cerita nostalgia lama di KIK
Salam ukhuwah untuk semua teman2 " Assalamu'alaikum wbt".
Didoakan semua teman sehat dan ceria disamping keluarga dan kerjaya masing2. Tahniah diucapkan kepada semua teman2 yang terus sehat dan mampat sehingga membolehkan hadir bertemu teman2 dan sahabat yang lain. Liqa Sg Petani, Shah Alam dan insya Allah akan menyusul di lokasi lain.
WM bersyukur kepada Allah dan berterima kasih atas doa semua teman2, masih lagi diberikan kesehatan dan kelapangan dalam menjalankan tugas seharian. Al Hamdulillah, Malam tadi WM dapat berjumpa dengan syeikh Ali Osali di Port Dickson. Kami berbual panjang dari bilik hotel sampai ke restoran Ali di Bandar Port Dickson hingga jam hampir 2.00 pagi.Banyak pengalaman Ali Osali di kongsi sama. Ali Osali baru balik dari menunaikan Umrah bersama keluarga.Ali Osali begitu seronok dan gembira dalam mengenang nostalgia lama dan inginkan liqa besar2an genkik77 diadakan. Jam 6.00 pagi WM balik ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat penting dan nak tengok juga anak2 buah di program riadhah di hutan rekreasi Ayer Keroh. Pas meting WM terus ke PD lagi nak sambung bengkel di Regency Hotel hingga esok. Malam ni ada sesiapa boleh turun PD ?, jumpa di PD.

Salam dari
WM insan kerdil


No comments: