Saya ingin sama-sama berkongsi dengan teman-teman pengalaman saya beberapa hari yang lalu…
Ketika sedang berjalan di dalam kampus, saya dihampiri oleh seorang pelajar, remaja perempuan. Dia menegur saya: “Ustazah dah nak balik?”Saya jawab: ” Ya, nak balik ke Shah Alam. Ada apa?” “Saya baru nak borak-borak dengan ustazah. Tapi tak pelah, lain kali aje.” Saya jawab lagi: “ Tak apa, kita duduk kat sana”..sambil menghala pandangan ke belakang tempat parking.. “Tak pe lah . Cuma….boleh tak sekarang saya nak peluk ustazah?” Lantas dia memeluk saya erat untuk beberapa ketika sambil menangis teresak-esak…..Saya cuba menenangkannya namun tidak dapat membaca apa yang ada dalam kepala anak berkenaan ketika itu ….Akhirnya setelah bercakap sepatah dua, saya berpesan supaya menghubungi saya bila-bila masa…
Pada hari yang lain pelajar berkenaan menghantar sms ingin bertemu saya. Pada waktu yang dijanjikan kami bertemu dan berbual. Airmatanya menitis lagi ketika bercerita. Kulit wajahnya yang putih bersih nampak kemerahan ketika bercakap . Kedua tangannya juga kelihatan berbintik-bintik kemerahan. Dan saya rasa pelik kerana mula-mula bertemu tadi kesan-kesan merah itu tidak pulak kelihatan.
Oleh kerana ada pengalaman diserang denggi, saya segera bertanya. “Demam ke?” Dia menjawab: ” Tak, cuma saya ni darah mudah naik ke kepala dan kulit alah dengan nyamuk.” Dia perasan rupanya mata saya asyik memandang atas bawah…
Xxxx terus bercerita dan saya terus mendengar…..
Akhirnya, diringkaskan cerita…Xxxx adalah seorang yang telah mengalami kisah lalu yang cukup trajis.Namun dia sudah berusaha berubah dan cuba melupakan segala-segalanya. Dia sudah benar-benar bertaubat atas apa-apa kesalahannya dengan Allah SWT. Namun ada pula peristiwa lain yang menyebabkan dia rasa amat tertekan, lalu terasa perlu mencurahkan apa yang terbuku di hati….
Kisah Xxxx ini terasa amat menyentuh hati dan sanubari saya. Dalam perjalanan pulang perasan kasihan saya terhadap diri sendiri tiba-tiba datang melebihi rasa kasihan terhadap Xxxx. Siapalah saya ketika ini di sisi Allah SWT dibandingkan dengan Xxxx yang bertaubat bersungguh-sungguh di atas segala dosa-dosanya. Saya membayangkan ketika muka dan tangannya kemerah-merahan sewaktu bercerita itu, Allah SWT membersihkan segala dosanya . Dan, dia umpama bayi yang baru lahir dan kain putih yang baru dibeli yang suci bersih! Walaupun saya tidak pernah melakukan kesalahan-kesalahan seperti yang pernah dilakukan oleh Xxxx, namun adakah saya diampunkan seperti dia seandainya saya melakukan kesalahan ….??!!! Ya Ghaffuur Ya Tawwaab…Hanya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.
Selama bernama manusia, sememangnya kita tidak dapat lari dari salah dan silap. Yang penting adalah kita menyedari dan membetulkannya serta memohon kemaafan dengan penuh keikhlasan.
Semoga kita semua sentiasa mendapat Rahmah dan Maghfirah dari-Nya.
Maaf zahir dan batin.
Salam Ukhuwah
FarahDina
01 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment