Suatu pagi di musolla asrama. Di sebelah kiriku seorang pelajar memakai sehelai kain pelikat yang cantik. Nampak macam masih baru. Selesai solat Subuh, aku berkata: Cantik kain kamu!
Dia menjawab: Bukan saya punya. Aku melihat ke mukanya. Habis siapa punya?
"Kawan".
"Aik, macamana jadi macam tu?".
"Dia bagi saya pinjam".
"Kamu punya?".
"Basuh".
"Yang lain tak ada?".
"Tak ada".
"Ok, esok kamu ke bilik saya!".
Aku menceritakan peristiwa itu kepada memku.
Bersambung.... jika ada masa.
Genku!
Semalam, aku bergegas ke hospital UM bersama mem dan Huda. Di sana sudah ada Mokhtar sedang menunggu di kantin utama. Apabila sampai di lobi tingkat 12, kami bertemu sdr Dr Zaki dan Dr Cek Ku. Sdr MNY kelihatan semakin lemah berbanding ziarah kami Ahad lepas. Pak guard meminta kami meninggalkan bilik kerana sudah hampir jam sepuluh. Kami ke lobi. Mawi sampai, kami menyuruh dia masuk. Agak lebih lama dia di dalam kerana pak guard tiada. Bila dia keluar, Dutch Lady pula sampai bersama body guardnya. Kami suruh dia masuk. Letih menunggu di Lobi, kami turun ke kantin. Tunggu Dutch Lady turun. Bincang di mana nak makan. Dari pagi aku belum makan nasi. Pagi tadi turut merentas desa. AlhamduliLlah, dapat habis. Sebelum solat Jumaat, aku ke Sepang. Balik dari sana, aku singgah kedai eksesori kerana membaiki alarm kereta yg kurang berfungsi. Jalan sesak. Sebelum maghrib baru sampai rumah panjang. Dutch Lady menalipon. MNY. Aku terus menekan komputer. Berita itu aku muatkan. Mawi pula menalipon. Selesai solat Maghrib kami terus memecut ke Hos UM.
Kesemua bersetuju untuk ke gerai sebelah asrama lama uia, sebelah kedai motor besar. Makanlah apa yang ada. Hampir jam 12 mlm, kami bersurai. Kami berpisah mengikut laluan destinasi masing2.
Terima kasih kawan2. Bersama kita berdoa utk kesejahteraan SEMUA!
Wassalamualaikom
No comments:
Post a Comment