25 December 2008

Ikatan Ukhuwah



Ustazah Mek Hendon bersama anak2.



Rosli, Azami, Sanusi dan Rohani Daud.{rancak berbual sampai kedai dah tutup}

Assalamu'alaikum Wbt.
AlhamdulilLah, Syukur dengan izin AlLah WM masih diberikan kekuatan dan kesihatan untuk bertemu dengan teman-teman. Baru-baru ini WM sempat ke Kota Bharu menerima undangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
Ada Kursus Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan yang di adakan diBukit Kluang Beach Resort, Besut Trengganu. Sempat juga teman2 Gen77kik berkumpul dan bertemu, antaranya Sanusi, Azami, Rosli, Mek Hendun dan Rohani Daud. Kesempatan di Kota Bharu dapat juga menziarahi suami Ct Robiah Awang , Cikgu Husin Dolah yang sedang dirawat di ICU, Perdana Specialist Centre. Dilaporkan beliau dah keluar dan dirawat di Hospital USM.
Sepanjang 3 di sana, WM dapat layanan istimewa dari teman2 di JHEIK, terima kasih diucapkan kepada mereka Hanya AlLah Swt sahaja yang dapat membalas jasabaik mereka. Balik dari KB sambung tugas di Shah Alam kerana ada persidangan di Hotel Quality. Di Shah Alam dapat juga sembang malam bersama Datok Dolah dan PR. Sebenarnya Teman2 lain ramai juga ada kat Shah Alam tetapi terpaksa berperang dengan PTK, Che Pah, Yunus dll. Terharu juga tak dapat jumpa. Balik dari Shah Alam, 25.12.2008 WM ke Kluang dan sempat ziarah Ct Fatimah Omar dan Ct Kittiyah Dakir. Terima kasih kepada Fatimah dan Kittiyah yang melayan WM sekeluarga. Terima kasih kepada cikgu Hj.Malek Mahbob suami Fatimah yang baru balik menunaikan Haji . Didoakan mendapat haji mabrur.
[Ct Fatimah & Ct Kittiyah]
Walaupun letih dapat melayan WM sekeluarga. Semuga perhubungan gen77kik akan terus kukuh dan mendapat keberkatan AlLah swt. Didoakan juga teman2 yang lain akan selamat pulang dari Mekah dan mendapat haji Mabrur.Selamat Pulang Tuan Hj.Roshidi, Tuan Hj.Rashid Mohamad.
Sempat main bowling di Plaza Alam Centre.
Salam Ukhuwah dari WakMan. Sempat anak2 mandi di tkt 25 Quality hotel , Shah Alam.
Gambar Che Pah, Nasir & Cikgu Haji Tahir bersama WM di Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai.

No comments: