26 January 2008

Tak Dapat Jumpa Saidi...

Assalamualikum WBT,
Pagi ini saya dan Asmawi mendapat berita dari Rahiman katanya Saidi Kadir akan ke Kuala Lumpur dari rumahnya di Lurah Bilut. Beliau bersama keluarga akan ke Kg Dato' Keramat di alamat: N0.5 Jalan AU1A-3E,Keramat Permai dekat surau untuk menghadiri kenduri. Saya ingat keluarga rumah berkenaan mengadakan kenduri. Saya, Asmawi dan Dr NorBakry bercadang ke sana kebetulan kami tinggal berdekatan dengan kawasan berkenaan. Saya keluar rumah sebelum pukul 1. Dalam perjalanan Asmawi sms dia lewat sikit sebab nak bersama Dr NorBakry yang hanya boleh ke Keramat antara 2.00 hingga 2.30. Saya buat keputusan untuk teruskan ke keramat dan bila jumpa Saidi sambil sembang dan tunggu Asmawi dan Dr NorBakry.

Saya sampai di alamat yang dijanjikan masuk waktu zuhur. Azan di surau dan terus solat. Lihat rumah yang dimaksudkan sunyi sepi. Kemudian keluar lalaki bujang anak tuan rumah. Saya tanya ada tak orang dari Lebah Bilut datang ke rumah? Tiba2 emak dia keluar. Ada dalam pukul 12.30 dia dah pergi kenduri. Masa tu dah pukul 2.00 ptg. Macam mana nak cari tempat kenduri yang kita tak kenal tuan rumah hanya berdasarkan jenis kereta MYvi, warna silver, saya cari sekitar kws parking orang yg datang kenduri tak jumpa... lepas tu call Asmawi yang dalam perjalanan ke keramat permai. Pukul 2 lebih Asmawi tiba... cari lagi MYvi putih CBV 1678. (bedasarkan maklumat Wak Man Melaka) Dr Norbakry tak datang selepas dapat maklumat dari Asmawi. Cari punya cari tak jumpa...

Lepas tu kami ke kedai kopi pekena teh tarik...sambung sembang kat kelang dulu dan balik... isteri dah tunggu...Pukul 5.05 ptg Asmawi call. Dia baru lepas cakap dengan Saidi... dia dah sampai Lurah Bilut. Dia bertolak balik dari tempat kenduri pukul 1.30. Saya cari dia di tempat kenduri pukul 2.00 selisih 30 minit.

Tak apa...panjang umur kita jumpa di Kelang 2.2.08 InsyaAllah. Tn Hj Ab Rahman jangan lupa singgah rumah Sdr Saidi dalam perjalanan ke Kelang. Nanti kita beli kopi Kow dari sahabat kita di Kelang... kopi apa?, Kopi Apa? kopi Apa? kopi ...
Habis cerita mencari sdr Saidi di keramat. Maaf Dr Bakry.miscommunication. Rahiman kata boleh jumpa dia antara pukul 11.30-3.30.

Berjurai Air Mata Petang/Jumaat malam Sabtu...Kuala Lumpur -Changloon, Singapore -Bandung.

Petang jumaat 25.1.08 Ariffin Bakar (Melaka -MRSM Pendang) menziarah Husin Md Isa di Cangloon. Husin sms Mustafa di Bandar Tun Razak. 2,3sms orang Bandar Tun Razak Berderai air
mata...masa tu azan maghrib berkumandang satu masa yang paling sayu dalam satu hari...

Lepas maghrib buka blog. Asmawi foward sms kamilah yang menceritakan dia baru lepas cakap dengan Pak Soenaria di Indonesia (Bandung rasanya). Segarang-garang Pak Soenaria dan se...se...kamilah, difahamkan kedua-dua menangis. 30 tahun punya nostalgia. Itulah realiti hubungan guru yang ikhlas dengan murid. Sabar...InsyaAllah boleh jumpa tu... semua perancangan telah ada. Mari kita berdoa...agar harapan kita menjadi kenyataan.

Cerita Wak Man...
Tahniah Wak Man...anta dah dapat kontact Jamaiah classmate saya yang sentiasa tersenyum. Jamaiah orang penting masa form 5. 77. Suis Loceng di dinding di tepi kepala dia. Cukup masa dia kena bunyikan loceng. Saya rasa dia pun gelabah masa guru sedang syok mengajar di 5 sas 1, cukup masa dia kena bunyikan loceng. Guru yang sedang mengajar kami di 5 sas 1 nampaklah... kelas lain tak nampak...itulah tugas penting Jamaiah selain dari jadi prefect yang sentiasa tersenyum. tak apa Jamaiah...time management...cikgu lain nak masuk pula...Wak Man tolonglah war-warkan perkara ini kepada Jamaiah...

Nostalgia 7 dah sampai...Tkasih Dr Nor Bakry.

Puan Maimun Husin. Guru Bahasa Inggeris Kumpulan D f5kik1977.
Sdr Abdullah Hassan... ini satu permintaan saya... kalau dapat kontact saya sangat suka sekiranya tuan jemput Pn Maimon Husin masa kenduri 2.208. Difahamkan guru lain ada yang dah confirm nak datang...Saya tak ada kontak no beliau. Tak tahulah...ataupun sdr dah jemput...
Ok. InsyaAllah kita jumpa di Kelang 2.2.08

-mustafa mohd nor-

No comments: