22 January 2008

Restu version 2.0

Dulu sewaktu kita menamatkan pengajian di KIK pada akhir tahun 1977, kita pulang membawa majalah RESTU yang ada coretan-coretan, sajak-sajak (sajak putus cinta pun ada :)), cerpen, cerpan, gambar-gambar kelas, gambar-gambar aktiviti, laporan persatuan dan segala macam lagi. Di belakang majalah ada ruangan untuk kita simpan autograph dari kawan-kawan kita, admirer-admirer kita (ye lah, orang peringkat umur remaja la katakan. Tengok la anak-anak kita sendiri sekarang!!).

Setelah 30 tahun berlalu, the photos that we saw in RESTU magazine are hardly recognizable anymore. Kalau dapat cam pun barangkali beberapa orang. Usahkan kawan-kawan sedarjah, sebilik dan sekatil (katil kita kan ada dua tingkat!), guru-guru yang bercekang mata bersusah payah mengajar kita pun ramai yang kita sudah tidak cam.

Itulah proses ketuaan. Proses ketuaan kita dan proses ketuaan kawan-kawan dan guru-guru kita juga.

Semalam saya dok bersms dengan Fuat tentang cadangan nak "compile" kan semua celoteh, catatan dan "recollection" (termasuk top hit dari Dr Noorbakry tu!!) yang ada dalam blog ini, kita pilih yang best-best dan kita edit elok-elok (oleh satu pasukan editor yang kita sama-sama pilih), lepas tu kita terbitkan dalam bentuk sebuah majalah yang cantik dan "presentable", siap dengan gambar-gambar warna dahulu dan sekarang. Kita pakai kertas yang cantik-cantik dan buat "hardcover" supaya majalah itu nanti layak untuk duduk dalam almari kaca yang cantik di rumah kita yang isteri kita beli dengan duit "kutu" adik beradik dia dua tahun lepas tu :) !!

Majalah ini bolehlah kita simpan di rumah kita untuk 30 tahun akan datang :). Nanti bolehlah kita tunjukkan kepada cucu-cucu kita "ini gambar atok masa tingkatan 5. Yang ni pulak gambar atuk masa atuk jumpa guru-guru atuk dan kawan-kawan atuk di Kelang tahun 2008 dulu. Masa tu umi dengan abah kamu belum kawin lagi! Yang ni kawan atuk. dulu dia belum Tan Sri lagi. sekarang dia dah jadi Tan Sri!".

Kosnya?? Yang ni kita kena bodek Datuk Muhabad, Dato' Fuat, Dato' Seri Bakry, Dato' Paduka Kamilah Kasim atau Tan Sri Syed Abu Hussin (orang lain pun amat dialu2kan. saya letak nama dia orang sebab dia orang dah ada syarikat sendiri so kalau nak keluarkan duit tu senang sikit la kot). Kita cari 7-8 orang yang boleh dahulukan wang mereka untuk printing dan distribution. Lepas tu kita edarkan kepada semua alumni SPM KIK 77. Selepas dapat duit, kita bayar balik kepada mereka semua tu.

Kita namakan majalah itu, RESTU version 2.0 :).

So, rajin-rajinlah menulis sekarang. Usaha ini hanya berjaya jika semua orang memberikan kerjasama dan penglibatan. Kita akan ikhtiarkan supaya setiap orang alumni KIK 77 kita menulis supaya dapat dimuatkan dalam majalah itu nanti. Gambar-gambar pun amat dialu2kan.

-Asmawi Mohamad

No comments: