24 January 2008

RE:Senarai Pelajar Form 5, 77

Assalamualaikum kawan2 semua,
Hari ni saya pada mulanya bercadang nak membaca sahaja segala coretan di blog kita ni, tak nak menulis dah, tapi bila terpandang senarai nama pelajar yang panjang lebar di keluarkan oleh Datuk Dollah kita tu, masyaAllah.... hati tergedik2( he he ...istilah baru ni..) nak menulis, nak mencelah....
Bila saya renung balik senarai nama pelajar kelas saya form 5 Sastera 1, saya terus print out senarai nama tu n belek2 lagi utk recall...isykkk 3x... daripada 25 nama yang ada, hanya beberapa nama yang masih saya ingat dan kenal...yang pastinya, Mustafa, Husin, Shaarani, Ariffin, FarahDina (UiTM S.Alam). yang lain2 tu, Muna, Aminah Hasan, Jumaiah Omar (budak S'pore tu ), Masitah,Isah, Kamariah, Mek Mas, Rokiah Jambi (yang perempuan rasanya ingat semua...) yang lelaki...sapa lagi? Abdul Mughith (sebab namanya lain sikit kann...sori..). Maaf la kawan2 sebab tak berapa ingat...MasyaAllah, dimanakah anda semua sekarang?

Pa n Husin, mana kita nak cari kawan2 kelas kita ni ek?
Seingat saya masa di kelas kita dulu Yang Arif kak Ani kita la selalu buat lawak kan... tapi dia buat lawak selamba ja kann...sampai la ni pun kak ani masih macam tu...tak dapat bayangkan macamana kak ani jatuhkan hukuman kat court sekarang ni ye...He he, rasa macam nak gi masuk court tengok dia jatuhkan hukuman...Apa2 pun, sabar ya kak ani dengan musibah yang melanda famili tu..
Pelajar perempuan baik2 belaka kan..diam je..Rasanya Jumaiah Singapore tu ja yang lebih tinggi sikit suaranya. Saya dengan Farahdina ja budak Kedah.
Kalu tak silap, pada tahun tu cuma ada 3 ja budak perempuan dari kedah, saya, Farahdina n Faridah Pak Ya. Saya wakil sekolah ayah saya, Faridah wakil sekolah ayah dia, Farahdina sorang wakil maktab mahmud. Puncanya tahun tu pengetua MM warning pelajar, kalau pi KIK n ditakdirkan tak cemerlang SPM, tak boleh balik sekolah MM, jadi mereka takut. Saya tahu hal ni sebab saya sempat belajar form 4 di maktab mahmud selama 1 minggu sblm dapat tawaran ke KIK. saya pun telah di warning oleh Pengetua MM. Tapi saya berkeras nak ke KIK juga...tapi kawan2 sekelas masa form 4 di MM tu ramai yang menyusul masa form 6 di KIK.
Datuk Dollah, sekarang ni pun rasanya ada kecenderungan sekolah2 yang tak mau lepaskan pelajar ke KISAS sebab nak pertahankan pencapain sekolah masing2 kan...betul tak?
Alamak...tengah sedap menulis ni kena berhenti plak..belum solat lagi, 2.30 ada meeting ni...Sori ya kawan2. Nanti saya sambung semula n harap tak ada la yang rasa jemu plak membacanya...he he
Wassalam - Che Pah di Perlis.

No comments: