21 January 2008

Kenangan Silam.

Salam,

Makin berkembang laman jejak sahabat kita Asmawi. Bukan saja ceritanya makin betambah tapi juga penulis dan pengunjungnya juga dah bertambah. Member yang dah lama tak tau beritanya pun dah dapat dikesan dan menulis dalam laman ni. Itulah kuasa kemajuan teknoloji IT sekarang. Hanya kita perlu berusaha untuk memanfaatkannya. Tahniah dan terima kasih kpd Asmawi.

Masa form 5 dulu partner I dalam ping pong kik ialah Weldan. kami jadi johan bergu bawah 18 kik. Bukan team sekolah tapi kalahkan pemain kik. Jadi tak heranlah selalu bagus- well done. Nak main bolasepak tak berapa sesuai kerana pakai spek mata ( kata oghe kelate dan terengganu, mungkin ada spek rambut, telinga dsbnya ). Ping Pong dan badmintonlah yang jadi pilihan. Ramai geng Melaka yang main- Ismail Maon, arwah Azizian, Zainal ( form 6 ) dll. Mail kalau marah dia lepaskan bat sampai nyaris tertanduk bat tu.

Pagi tadi telefon Muhabbat. Dah ada bisnes sendiri. Ralatnya, kelmarin ada di A' Famosa tapi maklumat diketahui malamnya. Kalau tidak boleh jenguk dia. Hj Rahmang Dungung pung ada talipong kata nak mari kik 2.2.2008 nanti. Siap mari awal tempah hotel, motel atau masjid. Kalu nok tido masjid, molek mari hari Khamis sebab malam tu boleh baca Yasin kat masjid. Pakat gi Kelanglah malam Sabtu tu nak jumpe Hj Rahmang tu.

Kepada Husin Changlun, teringat lagi kisah kena gunting rambut oleh warden dalam kelas. Tapi itu cerita form 6. Balik asrama terus repair kepala tapi Husin buat selamba aje, sampai pergi bandar Kelang pun mantain rambut yang tak sepertinya.

Pergi Kelang mana rugged naik bas atau teksi. Naik keretapi ( jalan kaki lagi baik ). Short-cut ikut stadium kota raja ( orang Perak jangan sebut - sebab akan jadi lain ). Ada tempat sembahyang Cina yang warna merah tu. Banyak buah-buahan yang diletak kat situ. Maka soundlah Ali Jusoh ( kat mana sekarang ye? ). Balik ikut jalan tu tengok buah tu dah tak ada. Cepat makbul sembahyang Cina tu sebab buah sedekahnya dah dimakan. Tiba-tiba petang tu kawan-kawan kejutkan ajak makan buah-buahan. Biasalah selepas balik dari keluar ke bandar ramai kawan yang beli buah-buahan makan di asrama. Tapi bila tengok buah tu macam buah yang dilihat di tempat sembahyang Cina tadi. Ramai-ramai kerumun ajelah. Tu sebabnya sekarang hanya buah plastik aje yang diletakan di tempat sembahyang tu. Mintak-mintak tak ada buah plastik yang dibawa ke masjid pada hari Jumaat. Sebab tu juga Ali Jusoh pandai Kungfu cina. Bila latih silat gayung banyak buah kungfu dan shao lin yang terkeluar. apatah lagi bila kena lawan tanpa guna buah silat gayung.

Kepada kawan-kawan 5 Sastera 5 yang masih bersembunyi di balik tabir tu ringankanlah jari untuk mendail member atau menekan keyboard untuk hantar e-mail. Boleh jugak kita bertukar berita dan cerita. Lagi ramai lagi baik sebab nanti kita nak buat grand gathering. Kalau nak pergi PD - UDA ada resort kat batu 8 Teluk Kemang ( Ancasa Resort All Suite n Spa ). Kena booking awal la sebab cuti sekolah atau weekend memang penuh. Kalau tidak mana-mana tempatpun boleh saja asalkan gathering kita jadi kenyataan.

Wassalam.

Puaad-Pahang.

No comments: