Assalamualaikum WBT,
Terima kasih Sdr Muhabad, saudara telah menyambung usaha Sdr Asmawi dengan menghubungi Pak Soenaria dan petang ini saya dapat menatap wajah terkini Pak Soenaria. Syukur Bapak dan Ibu Sihat. Kamilah juga beruntung dapat bercakap dengan Bapak Soenaria. Kebijaksanaan dan kemahiran kita dengan dibantu oleh Teknologi telah menjayakan usaha kita. Dalam tempuh satu bulan lebih sikit saja kita sudah dapat berhubung dan mendengar celoteh suka duka masa kini dan masa silam kita di KIK.
Perjalanan Masa
Difahamkan Bapak Soenaria yang kita ingati di Lahirkan pada tahun 1940. Pada tahun-1975,76,77, Bapak Soenaria bertugas mendidik kita di KIK. Masa itu usia Bapak Soenaria 35,36,37, th, berdasarkan tarikh lahirnya pada tahun 1940. Sekarang tahun 2008 ini bermakna usia bapak dalam linkungan 68 tahun. Pada masa Bapak Soenaria bertugas mendidik kita usia beliau adalah 10 tahun lebih muda dari kita sekarang. Pada masa itu usia bapak 35,36,37.
Kebanyakan kita dilahirkan pada tahun 1959 (rakan dari kel. dan kedah). Ada kalangan kita lahir tahun 1960 (rakan dari Trg, Melaka dan Perak) dan kalau tak silap ada seorang yang lahir tahun 1961. Kita saling kenal mengenal, bekawan dan belajar bersama semasa berusia 16,17,18 tahun ada hingga 19 dan 20 tahun. Sekarang kita dah berusia 48, 49 tahun...
Dalam erti kata lain, perkenalan dan persahabatan kita telah masuk 3 dekad. Jubli Perak kira sudah lepas. Kita tak sambut jubli perak sebab dah lepas. Ya Allah, panjangkanlah umur kami dan guru-guru dalam keadaan sihat walafiat. Kami ingin berjumpa lagi bersama kawan-kawan dan guru kami untuk dua dekad lagi dan lebih...iaitu pada tahun 2027...dan lebih tujuh tahun selepas wawasan 2020. Teruskan perhubungan kami dan waris kami...seperti yang telah terjalinnya hubungan kita dengan anak kepada guru kami Bapak Syaiful yang telah sudi menghantar gambar bapanya untuk tatapan kita.
Salam Ukhuwwah selamat sejahtera. Wassalam.
-mustafa mohd nor-
27 Jan 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment