05 January 2008

Bahasa dan penyesalan

Asmawi, please extend my sincerest regards to Ustaz Ahmad if you next meet him. Ustaz Ahmad seorang guru yang dinamik. Dengan panduan dan tunjukajar Ustaz saya rasa boleh pintar berbahasa Arab. Tapi bahasa Arab tak melekat langsung dalam kepala saya semasa di KIK dulu. Mungkin kurang minat. MENYESAL. If only i knew then the power of language.

Saya bawa anak-anak holiday ke Jordan dan Syria beberapa tahun dulu, ketika tu baru saya ingat kembali beberapa perkataan-perkataan Arab. Tapi tak banyak. Kalau saya berbahasa Arab pengalaman di Jordan/Syria mungkin lebih menggembirakan. Semasa tu saya ingat Ustaz Ahmad (dengan cermin mata gelapnya) dan Ustazah Kalsum (tudung selalu senget), Zaki Rahman dan Siti Rabiah yang terror bahasa Arab. Zaki pergi Egypt selepas form 5. Siti dimana anda sekarang? Selepas 2 minggu menonton TV di Jordan hampir boleh bercakap. tapi gagap dan bercelaru dengan English dan Melayu.

Sekarang beli kamus bahasa dan audio tape untuk belajar bahasa arab balik tapi sebab tua, sangat dan amat lembab. Pagi hafal, tengah hari dah lupa. Semasa umur 15 tahun mungkin boleh hafal satu buku dalam masa 2 hari agaknya.....:) MENYESAL kerana tak beri sepenuh tumpuan. Mungkin saya boleh tuition dengan Zaki. Harap hujung tahun ni, bahasa Arab saya akan lebih canggih.

Seronok dapat menulis dalam bahasaMelayu sebab dah 25 tahun, sebab kerja jarang menggalakkan penulisan dalam bahasa Melayu. Jadi tak ada platform untuk tulis panjang lebar macam ni. Kat pejabat Singapore, tak ade Melayu langsung (ok...alasan, alasan dan alasan, memang Melayu tak sedar diri:):). Saya segan kalau baca Mustafa punya posting, bahasa Melayu bertulis beliau sangat hebat.

Puad dari Pahang. Saya minta maaf kerana tak ingat. Pakai cermin mata tebal ke dulu? Kalau tak sekali lagi minta maaf.

Semua gambar-gambar KIK tinggal di Terengganu. Saya hanya balik ke Terengganu untuk beraya. Saya akan bawa balik semua gambar-gambar KIK. Tapi dengan rakan-rakan perempuan ajela. Saya harap tak ada yang akan membantah kiranya saya letakkan gambar-gambar tu di blog ini. Mungkin selepas melihat gambar-gambar tersebut kita akan ingat kembali wajah-wajah 30 puluh tahun dulu.

Cikgu Sushama ada simpan gambar debators masa kat Jitra Kedah. SWEET 16 photo as she called it. Asmawi, if you could kindly get the picture scanned. That would be greatly appreciated.

Asmawi headboy 1979 kat mana?

Kamilah

p/s Asmawi, you owe me many many phone nos. Yang ada no telephone saya tu. Telephone la. Boleh sembang-sembang.

No comments: