Salam,
Pagi tadi sementara menunggu satu meeting yang sepatutnya bermula jam 10 pagi, saya sempat gatal tangan menelefon Ruzanah Husain berdasarkan nombor telefon yang diberikan oleh Padzilah Said.
Suara dia masih macam dulu :), so senang la nak relate dan nak pastikan bahawa beliau adalah orang yang dimaksudkan :).
Ruzanah ada anak tiga orang. Beliau bertugas di MRSM Jasin sejak 20 tahun yang lalu. Kalau dulu masa budak2, masa remaja, muda trang tang tang, nak bercakap dengan "budak2 perempuan" ni selalu malu2 dan takut-takut, dan tak konfiden, haaa, sekarang ni, bila dah tua macam sekarang, dah takde segan silu tu. Cakap pun bukan main konfiden lagi :). Kalaulah kita semua macam ni sewaktu KIK dulu, bagaimana lah gamaknya ye. Sure haru al biru!!!
Lepas tu, petang, sewaktu dalam perjalanan pulang dari meeting di Putrajaya, ada seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Rohani Daud menelefon saya.
Dengan memori yang dah semakin berkarat, manalah dapat saya tahu siapa Rohani Daud itu. Dia kata dia dapat nombor saya dari Padzilah Said LHDN Kuantan. Terpinga-pinga jugak saya nak figure out siapa Rohani ini, hinggalah dia sebut satu "keyword" lantas saya tahu siapa Rohani ini.
Kepada Puan Rohani, maaflah sebab "blur" sikit tadi. 30 tahun bukan suatu masa yang singkatkan, so kalau ingatan saya kurang kemagnetannya, maafkan saya ya.
Rohani sekarang bertugas di LHDN Kota Bharu. Kalau perlukan nombor telefon beliau, sila emailkan saya secara "private".
Bila masuk ofis dan check blog, wahhhhh.....sudah ada dua posting hari ni. Satu dari Mustafa, dan satu lagi dari Fuat.
Mengingatkan telatah Fuat sewaktu di KIK, dan saya sendiri adalah sebahagian dari rakan "kamceng" beliau, saya tersenyum lebar keseorangan. Kena public canning kat depan tu, no hal la bagi kami semua walaupun saya tak pernah kena. Cuma sekali kena rotan dengan Ustaz Zawawi sekembalinya dari tengok wayang waktu malam selepas hari terakhir exam SPM dengan Fauzi Perak.
Dua hari lepas saya sempat lunch bersama dengan Mustafa Mohd Nor. I tell you! Mustafa ni memang jenis tak makan tua la. Rambut dia penuh seketul atas kepala, tak macam saya ni. Orang lain tak tahulah. Dia masih handsome macam masa form five dulu la. :)
Ok. Take care.
-Asmawi Mohamad
26 December 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment