07 October 2008

UTK SEANGKATAN DGN VET!

HARAPAN



أنا محتاج لعلم علاّم الغيوب
لا إله إلا أنت، ليس كمثلك شيء، الرحمن العطوف على عباده، الرحيم الرفيق بخلقه، رحمتك وصلت للمستحق وغير المستحق. القدوس المنزّه عن كل نقص أو عجز أو حدوث، السلام واهب السلام سلمت ذاتك من الفناء وصفاتك من النقص. الخالق الذي أوجد الأشياء وأنشأها على مقتضى حكمته وإرادته. الغفار كثير المغفرة يستر الذنوب ويتجاوز عن عقوبتها، الوهاب كثير الهبات لمن يشاء من عباده دون مقابل، الفتاح الذي يفتح أبواب الرزق والرحمة على عباده. المعز يعز من يشاء فلا يذل أبدا. الحكم الذي يحكم بين عباه بالعدل ولا معقب لحكمه العدل، المنصف فلا يجور ولا يظلم أبدا،اللطيف البر المحسن العليم بخفايا الأمور، الخبير العالم بما كان وما يكون ولا تخفى عليه خافية.الحليم الذي لا يعجل بعقوبة أو انتقام، الغفور جم الغفران يستر العيوب ويتحاوز عن السيئات. الشكور يجازي على الحسنة بأضعافها، الحفيظ الذي يحفظ الكون وما فيه ومن فيه، الكريم ذو الكرم يعفو وهو قادر، المجيب الذي يجيب من دعاه، الحكيم الذي يحكم الأمر ويتقن كل ما يفعل. الواحد الذي تفردت ذاته بوجود لا مثيل له، الصمد مقصود العبادة، البر كثير البر والخير بلا انقطاع ومصدر الإنعام والبركة؛ الرؤوف كثير الرأفة والرحمة بعباده. العفو كثير العفو يمحو السيئات عن المسيئين، ويتجاوز عن خطاياهم كرما منه سبحانه. النافع الذي يرشد أولياءه إلى طرق النفع والخير، الهادي الذي يهدي العباد ويرشدهم إلى طرق الخير والهداية؛ إلهي أنا محتاج إلى رحمتك وغفرانك، وعدلك، ولطفك، وحلمك، وكرمك، وعفوك، وهدايتك، وحفظك.أنا إنسان من الإنس مفطور على الأنس والمؤانسة ميال للرفق والرحمة نفار من العنف والفظاظة والغلظة. أسعى لنيل الألفة وأصبر على الأذى أسعى لتوفير الصفاء وأصبر على البغض، ميال للخير، نفار من الشر، أتطوّع خيرا رغم ثقل الأمانة، لا أكره من يكرهني، ولكنني أحذر شره. لا أقنط من رحمة الله لأنه يغفر الذنوب جميعا، شريعتي شعارها \"ادفع بالتي هي أحسن فإذا الذي بينك وبينه عداوة كأنه ولي حميم\" (فصلت آية 33). لست وحدي، فقد اعترف «فولتار» بالضعف في مقولته «كلنا ضعفاء وميالون للخطإ، لذا دعونا نتسامح مع بعضنا البعض ونتسامح مع جنون بعضنا البعض بشكل متبادل، وذلكم هو المبدأ الأول لقانون الطبيعة، المبدأ الأول لحقوق الانسان».أنا مسلم «والمسلمون كرجل واحد، إذا اشتكى عينه اشتكى كله وإن اشتكى رأسه اشتكى كله» (أخرجه أحمد)، و«المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده» رواه مسلم عن جابر؛ أنا مؤمن و«المؤمن الذي يخالط الناس ويصبر على أذاهم أفضل من المؤمن الذي يخالط الناس ولا يصبر على أذاهم» رواه البخاري وأحمد عن ابن عمر. أنا أنتمي إلى الأمة الوسط كما نصّ التنزيل على ذلك \"وكذلك جعلناكم أمة وسطا\" (البقرة آية 143). آمنت أن الرحمة تجمع بين البشر وأن الإسلام دين (الحنيفية السمحة ليس فيها ضيق ولا شدة). وآمنت أن الوفاق بين المعتقد والعمل أفضل من الخلاف بينهما حتى أقي نفسي من التشنج والتشتت وانشقاق الذات وأشعر بالخيرية في ذاتي الباطنية، وأكف عن جميع الشرور.فأنا مع مقولة علي بن أبي طالب «ليس الخير أن يكثر مالك وولدك ولكن الخير أن يكثر عملك ويعظم حلمك ولا خير في الدنيا إلا لأحد رجلين: رجل أذنب ذنوبا فهو يتدارك ذلك بتوبة، أو رجل يسارع في الخيرات، ولا يقلّ عمل في تقوى وكيف يقلّ ما لا يتقبل» لأن الله تعالى قال: \"ومن تطوّع خيرا فإن الله شاكر عليم\" (البقرة آية 157)، أنا مع أهل الطبع النبيل، والروح السامية والمعدن النقي لأن فضائلهم ناضجة وتطهروا من أزمة الإفراط والتفريط وخطر الارتماء في أحضان التطرف والتعنت.كيف لا تقبلوا منهجي يا معشر المسلمين وكتابنا القرآن الكريم يفيدنا بأمر الله تعالى خالقنا وباعث دين الإسلام الحنيف \"ادفع بالتي هي أحسن فإذا الذي بينك وبينه عداوة كأنه ولي حميم\" (فصلت آية 33)؛ لماذا هذا السلوك الهادئ اللطيف اللين؟ حتى نحافظ على وحدتنا ونبقى مهابين، لأن في تفرقنا وشدة عدائنا لغيرنا، يجلب النفع لأعدائنا يقول «تولستوي» «اعمل الخير لأصدقائك يزيدوك محبة واعمل الخير لأعدائك ليصبحوا أصدقاءك» ويقول الله تعالى: \"يا أهل الكتاب لا تغلوا في دينكم غير الحق ولا تتبعوا أهواء قوم قد ضلوا من قبل وأضلوا كثيرا وضلوا عن سبيل الله\" (المائدة آية 74).إلهي لا إله ألا أنت، إذا كانت الملائكة قالت لكم \"سبحانك لا علم لنا إلا ما علمتنا\" (البقرة آية 32)، والرسول عيسى عليه السلام قال لكم \"تعلم ما في نفسي ولا أعلم ما في نفسك إنك أنت علام الغيوب\" (المائدة آية 116)، والنبي الرسول محمد صلى الله عليه وسلم يحدد حدود المهمة التي كلف بها قائلا: \"وما علينا إلا البلاغ المبين\" (يس آية 17) فليس في استطاعتي أن أعزم على شيء دون أن أتوكل على الله وأدعوه لي بالتوفيق لإيماني أنك \"سبحانك لا علم لنا إلا ما علمتنا إنك أنت العليم الحكيم\" (البقرة آية 32). فأنا من البشر وكل البشر فقراء إلى الله؛ كما نص القرآن الكريم \"يا أيها الناس أنتم الفقراء إلى الله والله هو الغني الحميد\" (فاطر آية 15).فلا جدوى من الجمود ولا جدوى من الجحود لأن في الجمود وفي الجحود انحراف عن النص القرآني \"وكذلك جعلناكم أمة وسطا\" (البقرة آية 143). فتيقنوا يا معشر الجامدين والجاحدين وآمنوا بقول الله تعالى \"وما أوتيتم من العلم إلا قليلا\" (الإسراء آية 85)، وكل من بلغ درجة علمية رفيعة في أي اختصاص من مختلف الاختصاصات لم يبلغ «سدرة المنتهى» هو محتاج إلى غيره والجميع محتاجون إلى علم «علام الغيوب» الذي \"علم الانسان ما لم يعلم\" (العلق آية 5)؛ فلولا نقص علمنا لما تصارعنا ولما تقاتلنا ولما تباغضنا ولما مكر بعضنا على بعض، ولما خدع بعضنا بعضا، ولما اختلفنا ولما نكر بعضنا جميل بعضنا الآخر. \"فمن اهتدى فإنما يهتدي لنفسه\" (النمل آية 93
).

NOSTALGIA EIDULFITRI 1429

Selepas pulang solat eidulfitri.... bersama mem....
Dah masak, sedia utk di hidang....

Emak mengisi pulut....... aku kurang pandai! Balutan emak cukup kemas.

Sarung ketupat telah siap utk diisi pulut susu!

Kelapa yg dikupas, ku kukur-kukur...... hati teringat kawan2 gen77!

3 biji kelapa dikupas utk mak masak gulai ketupat!

Sebelum raya aku kena tolong mak kupas kelapa! Aduhaiii, anak mak! Skil lama belum terjejas.

SALAM EIDULFITRI DARI GENGHIZ SEKELUARGA UTK TEMAN2 GEN77
MAAF LUAR DAN DALAM!


06 October 2008

LIQA' LEMBAH KLANG SEMPENA HARIRAYA

SALAM,
semua sahabat genkik,selamat kembali dr kampong halaman,selamat kembali utk bertugas semula, d kesempatan pagi ini saya ingin menjemput semua sahabat genkik77, suami isteri,anak menantu dan keluarga,untk cikgu2 kita (minta tok lah dan MOD tlng jemput kenderaan akan saya sediakan)  ke Liqa' Lembah Klang. InsyaALLAH akan d adakan d rumah saya pada malam 11/10/08.pada waktu siangnya saya adakan JAMUAN HARIRAYA OPEN HOUSE.jadi pada waktu malamnya saya khususkan untuk Liqa' sahabat2 genkik77,saya juga mengediakan penginapan d hotel holiday villa subang, bagi sahabat yg memerlukannya.

Syed Abu Hussin & Muna Mat Ali

(dari MOD):
1) sila sahkan kehadiran dengan sms/call/email dalam kadar segera. 
2) Rumah terbuka Roziah Rozi dan Cikgu Sakni di Putrajaya pada siang 11/10/08. 

04 October 2008

Liqa' PCB

Salam sejantera.
Untuk tatapan sahabat2 di paparkan beberapa potret yg sempat dirakam semasa liqa PCB.

Mus sedang meng"ejaskan" tempat utk ambil gambar.

Kalau kira2 mus, nampak gayanya demo lebih maju kedepan lagi tuuu....

sedang menyusun kedudukan yang sesuai utk bergambar.

dengan gaya masing2

nampak serius topik yg dibincangkan. nie tentu pasal agenda yang belum selesai....

keluarga saya. paling kiri menantu. ke3 dr kanan Mem ...

anak ke2. ex student KISAS. jumpa ustazahnya.

apa yang dikerumuni...

Guru dan murid... bagai ombak dan pantai, bagai aur dengan tebing...

Wassalam.
Sanusi.

alhamduliLLAH!

Assalamualaikom semua sahabatku!
Romadhon yang syahdu penuh nostalgia! Ibadat dan amalan yang hanya mengharapkan keredhoan Allah Taala! Semoga semua ibadat dan kerja buat kita semua di bulan mulia yang pergi meninggalkan kita tanpa kembali sementara yang amat kita harapkan pada musim akan datang, ianya akan datang dalam wajah baru!Eidulfitri penuh erti, kesungguhan anak2 di perantauan terutamanya yg bergegas kembali menatap orang tersayang, memohon restu dan doa kepada mereka yg telah pergi. Semoga diterima Allah Robbul Jalil!
Liqa2 kecil sebelum berakhir romadhon, di eidulfitri almubarak dan selepasnya, sudah tentu memberi kekuatan yg hebat kepada gen77 utk terus memupukeratkan ukhuwwah yg kita bina bersama!
AlhamduliLlah, saya sekeluarga selamat sampai ke Klang pada ptg ini selepas beberapa hari bersama keluarga yg masih ada! Liputan seterusnya akan menyusul kemudian, In Sya Allah!
Harapan semua sahabat selamat sejahtera bersama keluarga dan orang tersayang! Apalah kiranya SAHABAT2 dapat menceritakan perihal sambutan eidulfitri pada kali ini!
Kepada sahabat yg kurang sihat, terutamanya MNY, kami doakan semoga cepat sembuh! In Sya Allah, kami akan menziarahi sdr dlm masa terdekat!
Utk semua sahabat tanpa menyebut nama:
MA'AF SEGALANYA!KULLU A'AMIN WA ANTUM BIKHAIR!WASSALAMUALAIKOM

LIQA' RAYA form5kik77 TERENGGANU 1429H/2008M


Dari kiri : Anak Ustz A Hamid, Ustz Khairudin, Wan Dzaki,
Ustz Ali Yusof, Manj
(Buah dokong tuh! dibawa dari Besut oleh Ustz A Hamid)



Dari kiri : A Razak, Ustz A Hamid, Mejar Ruhaimi Sidek, Ustz Ali, Ustz Khairudin, Manj & Othman Omar (kik78)
(Background pokok rambutan, sebulan lagi masak)


Tarikh : 2 Syawal 1429H
Tempat : Rumah Ustaz Khairuddin b Jusoh
2212 Kg Surau Hj Yaakob, Bukit Payong, Marang, Trg

30 September 2008

Anak Bulan Tak Dijumpai



Assalamu'alaikum wbt

WM berkesempatan untuk hadir ke majlis melihat anak bulan syawal 1429H. WM cuba meneropong kemunculan anak bulan, namun tak kelihatan. Ramai kawan2 tanya termasuk mawi, nampak ke anak bulan?, anak bulan tak nampak dan pastinya kita berhariraya pada hari Rabu 1 Okt 2008. WM masih kat pejabat, hari ni ada 3 kes kelahiran tanpa nikah. Jumlah sepanjang Sept / Ramadhan sehingga kini ada 35 kes. Ini yang dapat dikesan, mungkin ada yang beranak kat klinik / hospital swasta, kita pun tak tahu. Aduan orang makan minum siang hari nampaknya ada juga, maklumlah mungkin musafir balik kampong agaknya. Ehh Ehh!, bukan orang luar !! orang tempatan pun , memang kaki ponteng!!!!.


SMS penganti kad raya cuba banyak, tapi ada sms yang di hantar hp WM tak boleh baca, lebih2 lagi sms tanpa nama, WM jawab, sama2lah kita, SHR Maaf Zahir Batin. Cina dan India pun hantar sms hariraya, siap berdoa semuga Tuhan memberkati.

Teman2 yang dah kat kampong, seronok kan?, sempat ke tengok blog atau email?, HP canggih mesti boleh dapat.... carilah mana-mana tempat masa zaman kanak-kanak dulu ...bermain waktu raya begini.

Sebenarnya, kegembiraan dan keseronokan Hari Raya ni memang untuk usia kanak-kanak yang berjaya berpuasa. Kanak-kanak yang tak puasa, gembira juga tapi tak menjadi. Peringkat teman2 juga gembira bila anak-anak dan cucu bergembira dan ada bersama kita di hariraya.

Ok lah, WM doakan semua selamat berhariraya, berhati2 dijalan raya, dan esok WM kena berkhutbah HariRaya. Di penghujung syawal ni teringat teman2 yang telah meninggalkan kita, Allahyarham Ust Arif Ismail, Ust Azizian Hamid, Abdulah Ahmad, kita bacaan AL FATIHAH untuk rohnya. Mereka yang sakit didoakan semboh segera dan Insya-AlLah kita jumpa nanti.Salam Mesra
WM

29 September 2008

SELAMAT HARI RAYA

Salam Sejahtera Kepada semua sahabat2 gen77 di seluruh tanah air.
Pada kesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya , Maaf zahir dan batin.

Kepada yang akan pulang ke kampung, berhati2 memandu. Kepada yang dah lama tak balik kampung, hari yg mulia ni pulanglah, jumpalah dgn kedua orang tua jika masih ada. Iringi doa kepada mereka jika mereka telah kembali kehadrat Ilahi.

Selamat Hari Raya. Jumpa lagi.


CommentEstate.com: Click Here To Get One
Naruto Wallpaper - Chicken Recipes - Funny Stuff - Computer Geeks

28 September 2008

utk anak2 minang

minal 'aaidiin wal faiziin..




Assalamualaikom sahabat2 Adam & Hawa!


Terima kasih WM.


Nampaknya hanya salam saja yang dpt sampai ke majlis jemputan WM tu. Kami akan bertolak ke Utara ptg ni. Tgh mlm ada di sana, In Sya Allah.


Mus dan kawan2 yg lain ramai dah sampai. Mus kata line clear. 8 jam dah sampai KB. Awat laju sangat? Relax sikit! Didoakan semua muslimin muslimat selamat ddalam perjalanan!


Semalam saya ke Bangi, berbuka bersama besan dan anak menantu. Lepas tu call Vet, hajat nak singgah, tapi dia ada d Melaka, bertemu bonda kesayangan dan keluarga di sana. Vet, hati2 masa cucoh bunga api!

Bumi waqafan lengang. Hanya kami 3 org saja yg ada.


Semalam tengok maya, nampaknya maya macam mayat.


YA tak habis shoping lagi semalam. YA, hang balik dah ka? Kereta aku ada kosong 2 seat. Nak tumpang ahlan wasahlan!


Usaha WM nak cari Baba dan Maon, In Sya Allah berjaya. Jgn lupa WM bagi tau hal kita dok cari depa berdua tuh! Lepas ni macam2 liqa' ada.


Kepada saudara kita MNY, kita doakan semoga cepat sembuh! In Sya Allah kita akan bertemu menziarahi beliau selepas pulang dari kpg.


Mod Mawi dah sampai KB? Jgn lupa liqa PCB!


Mus dan kawan2 lain tolong hebohkan!Masa dah ditentukan, mulai 09.00 pagi! Jgn lupa baju mandi!Rumah Che Pah nak pi jugak, tapi belah petang kot. Tak tau pulak dia ada ka masa tu?


OM Fuat kata line ternet kawasan depa punah. Takkan ada yg cughi kabel lagi?


Zubir nak jaga sim card pun tak leh? Macamana nak jaga buah lulian? In Sya Allah, ana akan singgah rumah enta. Tapi hp enta tak ada? Atau ana terus saja ke KB?


Salam eidulfitri utk semua dan guru2 kita!


Mawi, Mus, YA, Dutch Lady, Vet, Puad! Misi besar menanti selepas pulang dari kpg! In Sya Allah, Allah pertautkukuhkan hubungan kita dan keluarga!




Wassalamualaikom wr wb!





oh TUHAN!

Eid Mubarak!


Salam,
 
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARIRAYA EIDUL FITRI AL MUBARAK kepada semua sahabat handai Gen77 yang dikasihi sekelian.
 
Hari Raya tahun ini tentulah lebih bermakna dari tahun2 yang sudah2 kerana kini kita sudah dipertautkan kembali dalam ikatan silaturrahim yang kita mula binakan di tahun 1976 sewaktu kita melangkah kaki ke Kolej Islam Kelang sebagai seorang "freshie" dulu, dan selepas itu hidup bersama pagi petang siang malam bersama-sama selama beberapa tahun, menimba ilmu dan mempelajari erti hidup di bumi Waqafan yang tercinta itu.
 
Tentulah pertautan semula ikatan persahabatan itu akan kita rebut sebaik-baiknya dengan mengadakan kunjung mengunjung sempena menyambut Hari Raya ini. Kita sudah dengar ada pelbagai rancangan kunjung mengunjung yang telah dirangkakan oleh sahabat-sahabat kita samada di Utara, di Timur mahupun di Selatan.
 
Siapa sangka, setelah kita terpisah membawa diri masing-masing selama 31 tahun, dengan izin Allah jua, kita dapat bertemu semula dalam usia kita yang sudah di penghujung ini. Kepada Allah kita panjatkan kesyukuran kerana masih mempertemukan kita dalam ikatan persaudaraan Islam ini. Tidak ada yang kita pohonkan dari usaha-usaha ini selain dari merapatkan silaturrahim sesama Muslim, dan mencari redha Ilahi dari usaha kita itu.
 
Marilah kita terus berusaha dengan terus gigih untuk menjejaki sahabat-sahabat lama kita yang masih belum dijumpai. Tidak kita pasti samada mereka sihat atau tidak, samada mereka masih hidup atau telah pun dipanggil mengadap Ilahi. Setakat yang telah kita temui dan jejaki sekarang ini pun, kita tahu ada sebilangan kita yang sudah dipanggil mengadap ilahi, dan ada yang terbaring di tempat tidur kerana diuji Allah dengan sakit dan gering.
 
Saya akan bertolak balik ke kampong halaman malam ini.
 
Sekali lagi saya ingin melafazkan ucapan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua sahabat-sahabat Gen77. Insya Allah minggu depan kita bertemu semula di pelbagai majlis hariraya yang telah dirancangkan.
 
Minal A'idin Wal Fa'izin.
 
Asmawi Mohamad sekeluarga
 

OH TUHAN YG MAHA KAYA...



Jemputan Wak Man




Semuga semua teman-teman sehat dan diberikan kekuatan untuk terus berjuang. Mereka yang dah sampai ke kampong, bersyukur dan selamat pulang ke kampong. WM baru balik dari kuliah subuh di Masjid Bukit Baru,Melaka. Singgah kat ofis sekejap. Diam tak diam dah masuk hari ke 28 ramadhan. semakin hampir ke garisan penamat. Ramai dah hantar kad raya dan SMS . Baru sekejap Ahmad Semawi hantar SMS. Terima Kasih. Ramai juga yang hantar SMS tanpa nama, tak tau samada teman-teman KIK ke,? OKT (Orang kena Tangkap) ? atau pendengar setia Radio Melaka.

OK, Melalui blog ini, Wak Man ingin menjemput kepada teman-teman yang berkesempatan untuk datang ke rumah WM pada hariraya pertama jam 4 petang hingga 11.00 malam. WM ada majlis perjumpaan keluarga Embah Hj.Shukur (Datuk sebelah ibu yang berasal dari Tanah Jawa) Ini program pertama diadakan untuk mengesan cucu cicit yang ada di Malaysia dan di Indonesia. Dikesempatan ini juga WM jemput penduduk kampong dan teman-teman GEN77KIK yang berhampiran. Bakri, Muhabbat,Abdullah, Kak Timah, Jaliya, Halimon, Ct Aisyah, Habsah, Robiah dan semua yang lain jika balik ke Melaka, tak lupa Kamilah. Dijemput singgah.
Didoakan semua teman-teman dan juga guru-guru selamat balik ke kampong dan berhariraya dengan sanak saudara. Misi mengesan teman Ismail Maon dan Md Noor Baba akan diteruskan dihari raya ini, Insya AlLah akan berjaya. Jadikan persaudaran Gen77kik terus berkembang maju dan agenda membangun ummah dari sudut ekonomi, sosial, pendidikan dan siasah syari'ah akan dijelmakan dalam liqa' yang mendatang. Insan cemerlang dan tokoh usahawan telah ramai dalam Gen77kik, teruskan demi keredhaan AlLah swt. WM menyusun jari sepuluh memohon kemaafan dan kempunan dari semua teman2. Insya-Allah jumpa lagi.

WakMan insan kerdil.

SALAM EIDULFITRI - PULANGLAH !










object width="225" height="149">

27 September 2008

SALAM EIDULFITRI 1429



Khas yg akan pulang ke kampong!


Klik !
http://www.youtube.com/watch?v=S3id8pWjt5E&feature=related--- On Sat, 9/27/08, Abdullah Hj Hassan wrote:
From: Abdullah Hj Hassan Subject: [form5kik77] BUAT MEMKU, GENG KEJUT SAHUR & SAHABAT2 GEN77KIK!To: form5kik77@yahoogro ups.comDate: Saturday, September 27, 2008, 12:11 AM
Assalamualaikom!
MAWI, VET, OM, MUS, PUAADY, ZUBIR, LOK, BANG CHIN, DUTCH LADY, MUNA, SYED, YA, SAZALI, WM, ROZI, FARAH, TIPAH, DATIN PAH, AMMAR, YAHYA DUIT, MAK ANDAM, PADZILAH, TOK BAD TIN NAB, OMAR KAT TURKUMINISTAN, WELDAN, MNY(MOGA CEPAT SEMBUH), ZAKI, UNCLE, LOK, ARPI, HJ MANG, NUSI, ROHANI, SAIDI, ROSLI, ALI OSALI, BABA, MAON DOK MANA? KAMARIAH, YUNUS, YUSOF NAWANG, SUHAIMI, ROBIAH, HUSIN SOLAH, AFRINAH, TIMAH, JALIYA, ROHANA (APA PASAL DIAM) NAIM, ISMAIL, YUSOF, MD RAHMAN, FAUZI, SAKNI, BANG JOHARI, PAK LONG, DATO ALI, AZAMI, KHALIL, RAZAK TROWONG, DAN SEMUA YANG TAK TERSEBUT!

Kliklah:
http://www.youtube.com/watch?v=K40uYUapEf4&feature=related
--- On Fri, 9/26/08, Nikmahizan Nikmohamed yahoo.com> wrote:
From: Nikmahizan Nikmohamed Subject: [form5kik77] KHAS BUAT SUAMIKU & SAHABAT2 GEN77KIK!To: form5kik77@yahoogro ups.comDate: Friday, September 26, 2008, 11:54 PM
Assalamualaikom!
Nik nak kirimkan lagu ni utk semua di atas.
Lagu PULANGLAH oleh AISHAH
Sila Klik! di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=6bd6TKbXvVI--- On Fri, 9/26/08, Abdullah Hj Hassan wrote:
From: Abdullah Hj Hassan Subject: Re: [form5kik77] KAD RAYA WAK MANTo: form5kik77@yahoogro ups.comDate: Friday, September 26, 2008, 11:09 PM
Salam!
1. Bulan mulia ni hang beghani pakai nama abu bakar. Mak Andam kena simpan bad mood dulu. Aku tak pa, pasai dia yg bagi nama tu. Tq!
2. Nasihat balik kampung tu memang bagus. Tk. Kebanyakan kita anak kampong. Mungkin ada duatiga keghat orang bandar atau dok di taman2. Masa kita dulu mana ada banyak taman macam laa ni. Aku lahir di pondok Guag. Pondok tu dalam pekan Guag. Kalau ayah aku tak jadi peneroka, mungkin aku bersekolah sama dgn Om, Farahdina dan mak sedara Om! Betumbok sakan kami. Tok aku orang pondok Guag tu lah. Dah meninggal lama.
Tok Wan aku bangsa Cina. Jadi aku tak tau keturunan sebelah tok wan. Tak pernah jumpa pun dgn dia. Celik mata dia pun dah tak dak. Muallaf. Masuk Islam depa bagi nama Shafiee bin Abdullah. Sedara2 belah dia aku tak tau. Di Cina mungkin ada lagi kot. Tak dak angan2 lagi nak cari depa.
Bila pindah ke Felda Sg Tiang, aku jadi orang hutan. Hidup dalam hutan. Tak jauh dgn tempat Che Latifah kita. Kira kampong lah tu. Jadi suasana di kampong berbeza dgn di pekan. Sambutan eidulfitri pun ada sikit kelainan.
Jika nak dikisahkan warna2 kehidupan semasa sambutan eidulfitri selepas kematian ayahku, mungkin saudara kangenanku yg faham dan ngerti! Kan gitu WM? Kesabaran ibu sangat sukar dibalas..... Hanya kepada Allah ku serahkan segala2nya!
Sebab itu kita perlu prihatin dgn anak2 yang hidup tanpa ibu atau bapa! Bantulah mereka yang lebih malang dari kita! Sebenarnya kita bersaudara. Kullukom liAdam, wa Adamu min turob! Tq Syed! Tq Yusof Hassan! Tq semua gen77!
3. Dutch Lady nak bertolak bila ke Utara? Dok di mana? Kalau ada di sana sebelum Syawal, atau 1 Syawal maka kita boleh buat liqa'! Jemputlah ke rumah ibu saya di Sg Tiang!
4. Mus dan kawan2 PT, jgn lupa bawa baju mandi ke PCB 3 syawal 9 pagi!
5. Aku akan bertolak balik ke Kedah hari Ahad. Ke KB 2 syawal. Hari Sabtu sebelum subuh akan bertolak dari KB ke KL. Kawan2 dari KB kalau nak join sama bolehlah kita konvoi! Dlm perjalanan tu, nak singgah Bentong. Selalunya sebelum sampai situ, aku call Weldan. Mungkin boleh jumpa dia sekejap.
6. Om, kita jumpalah kat mana2 pun! Jumpa wajib kena jumpa.
7. Lok, awat sengap?
8. YA, hang syok sakan noo, anak2 dah balik kelilin pinggang! Muat ka kereta nak balik kpg? Nak tumpang aku boleh gak! Kami 3 org saja. Yg lain dah kawin kena ikut suami mereka. Aku dah pesan kat depa supaya ikut cakap suami! Aku nak beraya ngan mem, anak dara bongsu bersama ibuku dulu! Heheeee.
9. Mod Mawi! Apakata kita minta tiap sorang hantar gambar bersama keluarga masing2 setiap sambutan eidulfitri utk dimuatkan dlm blog sebagai rekod tahunan!
10. Semua kawan2! Maaf segalanya, selamat eidulfitri!
Wassalamualaikom!

25 September 2008

LIQA' RAYA form5kik77 TERENGGANU 1429H/2008M

Tarikh : 2 Syawal 1429H @ 2 Oktober 2008 (Raya ke 2)

Masa : 2 hingga 6 petang

Tempat : Rumah Ustz Khairudin b Jusoh
2214 Kg. Surau Haji Yaakob
Bukit Payong, Marang
21400 Kuala Terengganu

Tel untuk dihubungi : 013 950 8896 - Ustz Khairudin

019 915 0007 - Hj Manj

Bagaimana untuk kesana :

1. Dari Kuala Terengganu /dari Kuala Berang jumpa lampu isyarat dulu :

Selepas Pekan Bukit Payong (selepas Pustaka Seri Intan).
Di persimpangan lampu isyarat Batu 9, belok ke kiri.

Penunjuk arah - Kg Undang/Ru Rendang/Marang.

300 meter kemudian akan berjumpa simpang 3 dan belok ke kiri.

Penunjuk arah - Kg Surau Haji Yaakob/Kedai Buluh/Kuala Terengganu.

200 meter kemudian akan berjumpa jalan kecil sebelah kanan dan masuk jalan itu.

Rumah adalah rumah yang pertama.

Di tepi simpang ke rumah ada papan tanda rumah Haji Zainal Abidin b Ahmad, (Juru Nikah negeri Terengganu).

(Berhampiran rumah saya ada pokok kelapa sawit).



2. Dari Marang - selepas Kijing (rumah ibu bapa Kapt(B) Saidi b Kadir atau setentang dengan Masjid Datuk Yahya)

masuk kiri kejalan Bukit Kor hingga jumpa

Penunjuk arah - Kg Surau Haji Yaakob/Kedai Buluh/Kuala Terengganu.


wassalam

nota,

1. Boleh bawa sedikit kueh untuk di kongsi2 kepelbagaian.

2. sampaikan kepada semua sahabat2 yang tak ada dalam mail.

22 September 2008

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA






Kereta MPV UNSER yang terlibat dengan kemalangan di Lebuh Simpang Ampat Alor Gajah.



Kemalangan yang melibatkan isteri us.Abdullah Hj.Said dan 2 orang anak lelaki (3 dan 9 tahun)





Ramadhan terus berlalu dengan pantas, jika kita semua berlari 300 meter di stadium kelang sudah tentu kita akan memecut untuk ke garisan penamat, begitu juga jika kita mahu menamatkan puasa 30 hari, pastinya kita akan lebih bertenaga dan bersungguh-sungguh bagi melaksanakan amal-amal kebajikan dan ibadah kepada AlLah swt sehingga kita berjaya ke garisan penamat. Malangnya kadang kala kita semakin longlai dan leka untuk memecut kerana menyangka kita dah beroleh pingat emas seperti gambaran atlit 100 meter sukan olimpik di China.


WM baru balik dari bengkel di mana kereta Us.Abdullah berada. Terkejut melihat keretanya begitu teruk. Syukur, al-hamdulillah, isteri dan anak-anak us.Abdullah telah selamat balik ke rumah setelah 3 hari di Hospital Alor Gajah dan Hospital Melaka. Berdoalah semua teman-teman, semuga mereka akan segera semboh dan diberikan kekuatan dan kesabaran. Akhirnya WM mengucapkan "Teruskan Perjuangan dan Jihad" untuk menyempurnakan tuntutan Ramadhan. Jumaat terakhir Ramadahan juga adalah sambutan Hari Al-Quds, umat Islam berkewajipan membebaskan bumi Al-Quds dari cengkaman zionis israel dan antarabangsa.




Selamat balik kampong dan berhati-hati di jalanraya.

Salam manis untuk semua teman-teman.
Wak Man 5sas2 kik 1977.