semua sahabat genkik,selamat kembali dr kampong halaman,selamat kembali utk bertugas semula, d kesempatan pagi ini saya ingin menjemput semua sahabat genkik77, suami isteri,anak menantu dan keluarga,untk cikgu2 kita (minta tok lah dan MOD tlng jemput kenderaan akan saya sediakan) ke Liqa' Lembah Klang. InsyaALLAH akan d adakan d rumah saya pada malam 11/10/08.pada waktu siangnya saya adakan JAMUAN HARIRAYA OPEN HOUSE.jadi pada waktu malamnya saya khususkan untuk Liqa' sahabat2 genkik77,saya juga mengediakan penginapan d hotel holiday villa subang, bagi sahabat yg memerlukannya.
06 October 2008
LIQA' LEMBAH KLANG SEMPENA HARIRAYA
semua sahabat genkik,selamat kembali dr kampong halaman,selamat kembali utk bertugas semula, d kesempatan pagi ini saya ingin menjemput semua sahabat genkik77, suami isteri,anak menantu dan keluarga,untk cikgu2 kita (minta tok lah dan MOD tlng jemput kenderaan akan saya sediakan) ke Liqa' Lembah Klang. InsyaALLAH akan d adakan d rumah saya pada malam 11/10/08.pada waktu siangnya saya adakan JAMUAN HARIRAYA OPEN HOUSE.jadi pada waktu malamnya saya khususkan untuk Liqa' sahabat2 genkik77,saya juga mengediakan penginapan d hotel holiday villa subang, bagi sahabat yg memerlukannya.
05 October 2008
04 October 2008
Liqa' PCB
Untuk tatapan sahabat2 di paparkan beberapa potret yg sempat dirakam semasa liqa PCB.
LIQA' RAYA form5kik77 TERENGGANU 1429H/2008M

Dari kiri : Anak Ustz A Hamid, Ustz Khairudin, Wan Dzaki,
Ustz Ali Yusof, Manj
(Buah dokong tuh! dibawa dari Besut oleh Ustz A Hamid)

Dari kiri : A Razak, Ustz A Hamid, Mejar Ruhaimi Sidek, Ustz Ali, Ustz Khairudin, Manj & Othman Omar (kik78)
(Background pokok rambutan, sebulan lagi masak)
Tarikh : 2 Syawal 1429H
Tempat : Rumah Ustaz Khairuddin b Jusoh
2212 Kg Surau Hj Yaakob, Bukit Payong, Marang, Trg
30 September 2008
Anak Bulan Tak Dijumpai




29 September 2008
SELAMAT HARI RAYA
Pada kesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya , Maaf zahir dan batin.
Kepada yang akan pulang ke kampung, berhati2 memandu. Kepada yang dah lama tak balik kampung, hari yg mulia ni pulanglah, jumpalah dgn kedua orang tua jika masih ada. Iringi doa kepada mereka jika mereka telah kembali kehadrat Ilahi.
Selamat Hari Raya. Jumpa lagi.
CommentEstate.com: Click Here To Get One
Naruto Wallpaper - Chicken Recipes - Funny Stuff - Computer Geeks
28 September 2008
minal 'aaidiin wal faiziin..

Assalamualaikom sahabat2 Adam & Hawa!
Wassalamualaikom wr wb!
Eid Mubarak!

Jemputan Wak Man

Semuga semua teman-teman sehat dan diberikan kekuatan untuk terus berjuang. Mereka yang dah sampai ke kampong, bersyukur dan selamat pulang ke kampong. WM baru balik dari kuliah subuh di Masjid Bukit Baru,Melaka. Singgah kat ofis sekejap. Diam tak diam dah masuk hari ke 28 ramadhan. semakin hampir ke garisan penamat. Ramai dah hantar kad raya dan SMS . Baru sekejap Ahmad Semawi hantar SMS. Terima Kasih. Ramai juga yang hantar SMS tanpa nama, tak tau samada teman-teman KIK ke,? OKT (Orang kena Tangkap) ? atau pendengar setia Radio Melaka.
OK, Melalui blog ini, Wak Man ingin menjemput kepada teman-teman yang berkesempatan untuk datang ke rumah WM pada hariraya pertama jam 4 petang hingga 11.00 malam. WM ada majlis perjumpaan keluarga Embah Hj.Shukur (Datuk sebelah ibu yang berasal dari Tanah Jawa) Ini program pertama diadakan untuk mengesan cucu cicit yang ada di Malaysia dan di Indonesia. Dikesempatan ini juga WM jemput penduduk kampong dan teman-teman GEN77KIK yang berhampiran. Bakri, Muhabbat,Abdullah, Kak Timah, Jaliya, Halimon, Ct Aisyah, Habsah, Robiah dan semua yang lain jika balik ke Melaka, tak lupa Kamilah. Dijemput singgah.
Didoakan semua teman-teman dan juga guru-guru selamat balik ke kampong dan berhariraya dengan sanak saudara. Misi mengesan teman Ismail Maon dan Md Noor Baba akan diteruskan dihari raya ini, Insya AlLah akan berjaya.


27 September 2008
SALAM EIDULFITRI 1429
http://www.youtube.com/watch?v=S3id8pWjt5E&feature=related--- On Sat, 9/27/08, Abdullah Hj Hassan
From: Abdullah Hj Hassan
Assalamualaikom!
MAWI, VET, OM, MUS, PUAADY, ZUBIR, LOK, BANG CHIN, DUTCH LADY, MUNA, SYED, YA, SAZALI, WM, ROZI, FARAH, TIPAH, DATIN PAH, AMMAR, YAHYA DUIT, MAK ANDAM, PADZILAH, TOK BAD TIN NAB, OMAR KAT TURKUMINISTAN, WELDAN, MNY(MOGA CEPAT SEMBUH), ZAKI, UNCLE, LOK, ARPI, HJ MANG, NUSI, ROHANI, SAIDI, ROSLI, ALI OSALI, BABA, MAON DOK MANA? KAMARIAH, YUNUS, YUSOF NAWANG, SUHAIMI, ROBIAH, HUSIN SOLAH, AFRINAH, TIMAH, JALIYA, ROHANA (APA PASAL DIAM) NAIM, ISMAIL, YUSOF, MD RAHMAN, FAUZI, SAKNI, BANG JOHARI, PAK LONG, DATO ALI, AZAMI, KHALIL, RAZAK TROWONG, DAN SEMUA YANG TAK TERSEBUT!
Kliklah:
http://www.youtube.com/watch?v=K40uYUapEf4&feature=related
--- On Fri, 9/26/08, Nikmahizan Nikmohamed
From: Nikmahizan Nikmohamed
Assalamualaikom!
Nik nak kirimkan lagu ni utk semua di atas.
Lagu PULANGLAH oleh AISHAH
Sila Klik! di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=6bd6TKbXvVI--- On Fri, 9/26/08, Abdullah Hj Hassan
From: Abdullah Hj Hassan
Salam!
1. Bulan mulia ni hang beghani pakai nama abu bakar. Mak Andam kena simpan bad mood dulu. Aku tak pa, pasai dia yg bagi nama tu. Tq!
2. Nasihat balik kampung tu memang bagus. Tk. Kebanyakan kita anak kampong. Mungkin ada duatiga keghat orang bandar atau dok di taman2. Masa kita dulu mana ada banyak taman macam laa ni. Aku lahir di pondok Guag. Pondok tu dalam pekan Guag. Kalau ayah aku tak jadi peneroka, mungkin aku bersekolah sama dgn Om, Farahdina dan mak sedara Om! Betumbok sakan kami. Tok aku orang pondok Guag tu lah. Dah meninggal lama.
Tok Wan aku bangsa Cina. Jadi aku tak tau keturunan sebelah tok wan. Tak pernah jumpa pun dgn dia. Celik mata dia pun dah tak dak. Muallaf. Masuk Islam depa bagi nama Shafiee bin Abdullah. Sedara2 belah dia aku tak tau. Di Cina mungkin ada lagi kot. Tak dak angan2 lagi nak cari depa.
Bila pindah ke Felda Sg Tiang, aku jadi orang hutan. Hidup dalam hutan. Tak jauh dgn tempat Che Latifah kita. Kira kampong lah tu. Jadi suasana di kampong berbeza dgn di pekan. Sambutan eidulfitri pun ada sikit kelainan.
Jika nak dikisahkan warna2 kehidupan semasa sambutan eidulfitri selepas kematian ayahku, mungkin saudara kangenanku yg faham dan ngerti! Kan gitu WM? Kesabaran ibu sangat sukar dibalas..... Hanya kepada Allah ku serahkan segala2nya!
Sebab itu kita perlu prihatin dgn anak2 yang hidup tanpa ibu atau bapa! Bantulah mereka yang lebih malang dari kita! Sebenarnya kita bersaudara. Kullukom liAdam, wa Adamu min turob! Tq Syed! Tq Yusof Hassan! Tq semua gen77!
3. Dutch Lady nak bertolak bila ke Utara? Dok di mana? Kalau ada di sana sebelum Syawal, atau 1 Syawal maka kita boleh buat liqa'! Jemputlah ke rumah ibu saya di Sg Tiang!
4. Mus dan kawan2 PT, jgn lupa bawa baju mandi ke PCB 3 syawal 9 pagi!
5. Aku akan bertolak balik ke Kedah hari Ahad. Ke KB 2 syawal. Hari Sabtu sebelum subuh akan bertolak dari KB ke KL. Kawan2 dari KB kalau nak join sama bolehlah kita konvoi! Dlm perjalanan tu, nak singgah Bentong. Selalunya sebelum sampai situ, aku call Weldan. Mungkin boleh jumpa dia sekejap.
6. Om, kita jumpalah kat mana2 pun! Jumpa wajib kena jumpa.
7. Lok, awat sengap?
8. YA, hang syok sakan noo, anak2 dah balik kelilin pinggang! Muat ka kereta nak balik kpg? Nak tumpang aku boleh gak! Kami 3 org saja. Yg lain dah kawin kena ikut suami mereka. Aku dah pesan kat depa supaya ikut cakap suami! Aku nak beraya ngan mem, anak dara bongsu bersama ibuku dulu! Heheeee.
9. Mod Mawi! Apakata kita minta tiap sorang hantar gambar bersama keluarga masing2 setiap sambutan eidulfitri utk dimuatkan dlm blog sebagai rekod tahunan!
10. Semua kawan2! Maaf segalanya, selamat eidulfitri!
Wassalamualaikom!
25 September 2008
LIQA' RAYA form5kik77 TERENGGANU 1429H/2008M
Masa : 2 hingga 6 petang
Tempat : Rumah Ustz Khairudin b Jusoh
2214 Kg. Surau Haji Yaakob
Bukit Payong, Marang
21400 Kuala Terengganu
Tel untuk dihubungi : 013 950 8896 - Ustz Khairudin
019 915 0007 - Hj Manj
Bagaimana untuk kesana :
1. Dari Kuala Terengganu /dari Kuala Berang jumpa lampu isyarat dulu :
Selepas Pekan Bukit Payong (selepas Pustaka Seri Intan).
Di persimpangan lampu isyarat Batu 9, belok ke kiri.
Penunjuk arah - Kg Undang/Ru Rendang/Marang.
300 meter kemudian akan berjumpa simpang 3 dan belok ke kiri.
Penunjuk arah - Kg Surau Haji Yaakob/Kedai Buluh/Kuala Terengganu.
200 meter kemudian akan berjumpa jalan kecil sebelah kanan dan masuk jalan itu.
Rumah adalah rumah yang pertama.
Di tepi simpang ke rumah ada papan tanda rumah Haji Zainal Abidin b Ahmad, (Juru Nikah negeri Terengganu).
(Berhampiran rumah saya ada pokok kelapa sawit).
2. Dari Marang - selepas Kijing (rumah ibu bapa Kapt(B) Saidi b Kadir atau setentang dengan Masjid Datuk Yahya)
masuk kiri kejalan Bukit Kor hingga jumpa
Penunjuk arah - Kg Surau Haji Yaakob/Kedai Buluh/Kuala Terengganu.
wassalam
nota,
1. Boleh bawa sedikit kueh untuk di kongsi2 kepelbagaian.
2. sampaikan kepada semua sahabat2 yang tak ada dalam mail.
22 September 2008
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

Ramadhan terus berlalu dengan pantas, jika kita semua berlari 300 meter di stadium kelang sudah tentu kita akan memecut untuk ke garisan penamat, begitu juga jika kita mahu menamatkan puasa 30 hari, pastinya kita akan lebih bertenaga dan bersungguh-sungguh bagi melaksanakan amal-amal kebajikan dan ibadah kepada AlLah swt sehingga kita berjaya ke garisan penamat. Malangnya kadang kala kita semakin longlai dan leka untuk memecut kerana menyangka kita dah beroleh pingat emas seperti gambaran atlit 100 meter sukan olimpik di China.
WM baru balik dari bengkel di mana kereta Us.Abdullah berada. Terkejut melihat keretanya begitu teruk. Syukur, al-hamdulillah, isteri dan anak-anak us.Abdullah telah selamat balik ke rumah setelah 3 hari di Hospital Alor Gajah dan Hospital Melaka. Berdoalah semua teman-teman, semuga mereka akan segera semboh dan diberikan kekuatan dan kesabaran. Akhirnya WM mengucapkan "Teruskan Perjuangan dan Jihad" untuk menyempurnakan tuntutan Ramadhan. Jumaat terakhir Ramadahan juga adalah sambutan Hari Al-Quds, umat Islam berkewajipan membebaskan bumi Al-Quds dari cengkaman zionis israel dan antarabangsa.
Selamat balik kampong dan berhati-hati di jalanraya.
21 September 2008
NIGHT POWER

Mencari Lailatul Qadar
Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my
"SESUNGGUHNYA Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?
Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Al-Qadr:1-5)
Lailatul Qadar itu ialah satu malam pada Ramadan yang penuh berkat, iaitu malam yang mengandungi banyak kebaikan, kerana pada malam itu malaikat turun membawa rahmat dan kesejahteraan seperti diterangkan dalam al-Quran.
Agung dan mulianya Lailatul Qadar sehingga Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya melakukan persediaan menyambut dan menghayati malam yang berkat itu. Persediaan yang dimaksudkan itu bukan dengan pesta yang tidak ketentuan, tetapi dengan amal ibadat yang membawa rahmat.
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud: "...sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu." (Hadis sahih riwayat Bukhari)
Ibadat yang dimaksudkan termasuk membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, bertaubat dan berdoa pada malam yang berkat itu manakala beriman disebut dalam hadis berkenaan merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan benarnya keistimewaan Lailatul Qadar yang mulia itu.
Sebenarnya Ramadan, al-Quran dan malam Lailatul Qadar adalah gandingan yang mempunyai hubungan sangat rapat. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar, pada Ramadan.
Walaupun Lailatul Qadar mempunyai keberkatan dan kebaikan berlimpah ruah, sehingga dikatakan tiada tandingan berbanding malam lain, ia tidak dinyatakan dengan jelas pada hari tertentu.
Tetapi Rasulullah s.a.w ada membayangkan malam berkenaan, malah menasihati supaya melakukan persediaan untuk menghadapinya, seperti dinyatakan dalam hadis bermaksud:
Daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam akhir Ramadan." (Hadis sahih riwayat Bukhari)
Malam yang ganjil sudah pasti malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Ada hadis yang menyatakan Lailatul Qadar pernah ditemui pada zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadan dan malam 23 Ramadan.
Baginda juga pernah meminta seorang sahabat yang bertanya mengenai Lailatul Qadar supaya dia bersedia menghayatinya pada malam 27 Ramadan.
Keterangan di atas menunjukkan Lailatul Qadar tidak tetap, sebaliknya boleh bertukar dalam 10 malam terakhir Ramadan pada setiap tahun.
Hikmah malam penuh berkat itu dirahsiakan supaya setiap orang Islam bersungguh-sungguh menghayati 10 malam terakhir Ramadan dengan amal ibadat dan memberi pengharapan yang tinggi kepada Ilahi supaya dapat bertemu malam berkenaan.
Imam Nawawi, berkata: "Lailatul Qadar dapat disaksikan orang yang dikehendaki Allah pada tiap-tiap tahun ketika Ramadan, sebagaimana yang diterangkan dengan jelas dalam hadis Rasulullah s.a.w dan diberitakan juga oleh orang yang soleh..."
Kemudian beliau menyebutkan penjelasan Imam Al-Mawardi, dalam kitabnya, Al-Hawi: Bahawa orang yang dapat menyaksikan Lailatul Qadar, elok dia menyembunyikan perkara yang disaksikan (supaya dia terselamat daripada perasaannya) dan hendaklah dia berdoa (pada saat yang berkat itu) dengan ikhlas serta sepenuh-penuhnya yakin dengan permohonan yang disukainya mengenainya agama dan dunianya, biarlah kebanyakan doanya itu untuk (kebaikan dan keselamatan) agama serta hari akhirat."
Ada orang berkata, mereka yang menemui Lailatul Qadar akan melihat cahaya terang di segenap tempat manakala sesetengah pihak mendakwa mendengar ucapan salam dan kata-kata lain daripada malaikat, melihat semua benda termasuk pokok rebah (sujud) dan doanya makbul.
Bagaimanapun, Imam at-Tabari memilih pendapat yang menegaskan, semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya dia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui Lailatulqadar.
Cuma yang penting ialah taat beribadat kerana Allah semata-mata dan ganjaran orang beribadat adalah terjamin, sama ada dapat dirasai di dunia atau di akhirat. Justeru, umat Islam digesa rajin beribadat pada Ramadan, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadan.
Rasulullah s.a.w contoh terbaik menghayati Ramadan, terutama 10 malam yang akhir dengan beriktikaf di masjid dan melakukan amal ibadat sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan Lailatul Qadar.
Daripada Aisyah r.a katanya: "Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Menurut ulama, Lailatul Qadar kemuncak Ramadan kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, malah malam berkenaan dirakamkan khusus dalam satu surah di dalam al-Quran, menunjukkan keistimewaannya.
Orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang berkenaan akan mendapat rahmat yang dijanjikan kerana sudah sabit dalam hadis yang sahih Lailatul Qadar wujud pada satu daripada 10 malam itu.
Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam terbabit akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada dia menemuinya atau tidak dan tidak melihat apa-apa. Cuma yang dapat menemuinya dianjurkan berdoa kebaikan, kesejahteraan dan keampunan.
Nabi s.a.w ada mengajar berdoa seperti berikut: "Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."
Yang penting ialah menghayati malam terbabit dengan amal ibadat, beriman dengan yakin Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadat semata-mata ikhlas dengan mengharapkan rahmat dan reda-Nya.
20 September 2008
Jadual Malam Lailatul Qadar
Hukumnya sunat muakkadah (Yang benar-benar dituntut) pada 10 hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan malam lailatul-qadar.
Jadual Malam Lailatul Qadar
Berkata Imam Ghazali Rahimahullah "lalilatul qadar itu ialah pada malam-malam ganjil didalam sepuluh hari terakhir ramadhan." . Beliau juga memberikan formula mendapatkannya seperti jadual dibawah:
KEADAH AWAL BULAN RAMADHAN | MALAM LAILATUL QADAR | |
Jika awal ramadhan, jatuh pada hari………(lihat column di sebelah) | Ahad atau Rabu | Malam 29 Ramadhan |
Isnin | Malam 21 Ramadhan | |
Selasa atau Jumaat | Malam 27 Ramadhan | |
Khamis | Malam 25 Ramadhan | |
Sabtu | Malam 23 Ramadhan |
Berkata Sheikh Abu Hasan "semenjak aku baligh, aku tidak pernah terlepas mendapatkan malam lailatul qadar dengan kaedah tersebut"
Kaedah ini diambil dari kitab Mathlak Badraian karangan Muhammad Daud Al Fathani, Rujuk Mukasurat 65
TOLONG SEBARKAN KEPADA KENALAN ANDA, moga-moga ianya berguna dalam kita meniti hari-hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan ganjaran malam lailatul qadar itu tinggi nilainya seperti beramal 1000 bulan (Rujuk Surah Al Qadr) iaitu bersamaan 83 tahun. Kita tidak dapat yakini, adakah kita dapat lagi menemui ramadhan di tahun hadapan kerana ajal maut tidak memilah umur, masa dan tempat. Oleh itu janganlah kita mendabik dada akan sempat hidup lagi dihadapan hari. Lakukanlah dalam urusan duniamu seolah-olah awak akan hidup selamanya, dan buatlah urusan akhiratmu seolah-olah awak akan mati esok hari.Wallahu 'alam bis sawab.
Manj
DOA SEHAT DAN SELAMAT SEMUANYA
Apa khabar semua?. Didoakan teman dan keluarga semua sehat sejahtera. Ramadhan dah masuk fasa ketiga dan akan berakhir meninggalkan semua. Didoakan semua akan sempat bertemu Ramadhan akan datang 1430H. Insya-AlLah.


