17 June 2008

Liqa' Bersama Pengarah JAKIM Sabah.




















Semalam(16 Jun 2008) saya bersama Yahya Daud telah berkunjung ke KB untuk berjumpa dengan rakan kita Tn Hj Abd Aziz Che Yaakob Pengarah JAKIM Sabah yang datang ke sini atas urusan temuduga pengambilan Pembantu Penyelia Agama S17.

Kami telah bertemu di Restoran AM Tarbush, Langgar KB. Turut hadir bersama beliau ialah Timbalan Mufti Negeri Kelantan, Pegawai JAKIM Putrajaya serta Pegawai Majlis Agama Islam Kelantan.

Dalam masa yang sama kami juga telah bertemu dengan Ketua Polis Kelantan Dato' Rahim Hanafi yang kebetulan menjamu selera di situ. Beliau adalah Ex-student UKM FI bersama dengan Tn Hj Abd Aziz.

Kami menghantar beliau ke Hotel penginapan pada jam 11.45 malam.

16 June 2008

LIQA' LULIAN CG TAHIR

Longgokan2 bekalan pulang dari Cikgu Tn Hj Mohd Tahir & Keluarga. Terima kasih cikgu!
Hantu2 berlegar mencari lulian

Tak mau ketinggalan!

Tertarik dgn kelebatan buah lulian di dusun cikgu yg sangat baik hati!

WM menunjukkan cara skodeng yang betul!

Lebat buahnya!

Cikgu: Engko pandai ke ngopak tu Pak Lah?

Tak menang tangan ngopeknye?



Lulian, oh lulian....


Tak dan apa2 dah nak sorong masuk but!


Genggamannya sedikit erat! Nak bodek kononnn


Terima kasih WM & Isteri!


WM menjamu tetamu kesayangan... Bad sekeluarga



Sedap tak terkata... menu khas masakan WM


Pulon sampai tak sodar, licin beb!


Wow,,,, lain kali masak yg sama WM! Belum makan betul2 sebab spare utu lulian!


genghi
16.06,2008

Liqa Lulian Melaka 2008: Wak Durian

Liqa Lulian Melaka 2008: Apek Durian

Video Liqa Lulian Ahad, 15/6/2008

15 June 2008

TERIMA KASIH SEMUA


Bergambar di hadapan teratak wakman

Bergambar di rumah Cikgu Tahir (belakang tu pokok durian)

Assalamu'alaikum wbt.
Wak Man merakamkan jutaan terima kasih kepada semua teman2 yang dapat hadir diLiqa' Durian di Kg.Parit Gantong dan Kg.Batu Gajah Pasir. Antara teman2 yang dapat hadir Sdr.Fuat Mohamad n isteri, Hamid Jusoh, Bakry, Datok Dolah, Datin Nik n anak2, Cikgu Rozy n Suami, Anson n Suami, Muhabbat n isteri dan Kak Fatimah Hasan.WM bersyukur dan gembira teman2 dapat singgah di teratak WM sebelum pergi Liqa' Durian di rumah Cikgu Hj.Tahir. Didoakan semuanya selamat sampai ke rumah masing dengan buah luliian yang dibekalkan oleh cikgu. Teman2 yang bercadang nak datang bolehlah Mawi aturkan...... pastinya GERAMMMMMMMM bila tengok gambar2 yang Datok Dolah tayangkan nanti.


Durian,durian, durian, wm dan geng luliian di kebun cikgu
.

Sedikit ole-ole kenangan untuk cikgu , terima kasih cikgu.





Salam Ukhuwah dari WM sekeluarga.

13 June 2008

ZIARAH MENJEJAK UKHUWWAH

Bahagian 1:

Hari ini Jumaat 13 Jun 2008 hari yang sangat bermakna bagi kami. Saya, Rosli Abas, Yahya Daud, Hashim Sulaiman, Rohani Daud, Rahimah Husin dan Siti Rabiah telah melakukan ziarah kerumah sahabat kita Allahyarham Ariff Ismail di Kampung Kota, Kota Baharu, Kelantan.

di rumah Pn Rohani Daud.

Pada awalnya kami 5 orang dari Jerteh akan kesana. Tetapi di sebabkan sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan maka Azami Ghani dan Mohd Kahar Daud tidak dapat ikut serta. Kami bertolak seawal jam 08.30 pagi. Seperti biasa Hashim Sulaiman telah membuat keputusan di saat akhir ketika saya hampir bertolak dari rumah. Mujur sempat tunggu setengah jam baru sampai. Singgah di Pasir Puteh ambil Yahya Daud dan terus menuju ke Simpang Empat Tunjung, tempat yang dijanjikan dengan Rohani utk bertemu.

Bahagian 2:

keluarga Arwah Ariff bersama Pn Rohani, Rahimah dan Siti Robiah

Sampai di tempat yang dijanjikan, menerima panggilan dari Rohani untuk ke rumahnya dahulu. Kami di hidangkan dengan jamuan Laksa [ kelantan / penang ], Laksam serta kuih2 yang pelbagai ( terima kasih Rohani). Rahimah dan Siti Robiah telah sedia menunggu di rumah Rohani. Selesai makan terus ke rumah keluarga Ariff.

Bahagian 3 :


Anak-anak Arwah bersama ibu mereka.


Kedatangan kami telah di sambut oleh anak sulung Ariff serta keluarga dengan gembira. Mereka sekeluarga berada di rumah ibunya ( mertua Ariff). Salah seorang anak Allahyarham ( Muhammad Jazli) tiada bersama kerana belajar di Matrik. Baru mendaftar 2 minggu lepas. Pn Mariah Mahmood isteri Ariff adalah suri rumah sepenuh masa. Kini beliau terpaksa memikul semua tanggungjawab untuk membesar dan menyekolahkan 5 orang anak yang masih kecil. Mohd syazwan, anak sulung (20) akan mendaftar di Pusat Asasi UIA Nilai, Negeri 9 pada 23 Jun ini utk panggilan kedua. Beliau mengambil jurusan Sains Kimia. Anak ketiga zulkifli akan menduduki SPM tahun ini di Maahad Muhammadi(L) KB. Sementara Fatimah ( anak ke 4 ) akan menduduki UPSR September nanti. Anak bongsu beliau pula Muhammad Iqbal belajar di Tahun 3 di SK Kota. Kami sempat mengadakan Tahlil untuk arwah. Tidak ketinggalan juga kami menyerahkan sedikit sumbangan untuk keluarga Allahyarham.

Mohd Syazwan Ariff
Bahagian 4 :

sdr Hussain Dollah suami Siti Robiah

Selepas ziarah kerumah Arwah Ariff kami berempat mengambil keputusan untuk menziarah pula ke rumah Siti Robiah utk bertemu dengan suami beliau Hussain Dollah yang mengalami sakit jantung. Keadaannya agak kritikal juga. Dalam jangka waktu sebulan terakhir ini telah dua kali beliau masuk hospital. Masa bercakap dengan beliau, baru dua hari beliau keluar hospital.

bermacam jenis Bonsai di rumah Siti Robiah....

Bahagian 5 :

di rumah Syukri Awang Hamat.

Dari Rumah Siti Robiah kami ke rumah Syukri Awang Hamat ( ex KIK 78/79 - tingkatan 6B&6A). Saya dan Rosli serta Hashim mengenalinya di MPI. Manakala Yahya di KIK. Sampai di rumahnya selepas solat Jumaat di Masjid Nilam Puri.

Bahagian 6 :

bersama gru kita Ustaz Adham.

Kami singgah di rumah Ustaz Adham selepas beredar dari rumah Syukri A. Hamat. Keadaan Us Adham adalah baik. Cuma mengalami sakit lutut. Kami beredar dari rumah ustaz jam 4.30 ptg untuk menjejaki rumah Ariffin Hassan. Sampai di rumahnya, beliau tidak ada kerana belum pulang dari tempat kerjanya di SK Keratong 4. Saya sempat menelefon beliau yang sedang dalam perjalanan pulang dan singgah untuk mengambil anak beliau di Kuantan.

Bahagian 7 :

depan rumah Wahab Idris.

Kami terus menjejaki Abd Wahab Idris yang berada di Tok Bali. Kami tiba di rumah beliau jam 6.00 ptg. Beliau masih semua rakan semasa di KIK dahulu. Juga menyampaikan salam kepada semua yang mengenalinya. Beliau boleh dihubungi di no 017-2046861.

Sesungguhnya ziarah kami hari ini adalah bukan kerana nama Ariff Ismail, Ustaz Adham, Rohani Daud, Rahimah Hussain, Siti Robiah, Yahya Daud, Hashim Sulaiman, Rosli Abas, Hussain Dollah , Syukri, Ariffin Hassan, Wahab Idris atau Mohd Sanusi. Tidak ada apa-apa pada nama-nama itu. Ziarah kami adalah atas sebuah nama ukhuwaah. Bertemu dan berpisah kerana Allah.


Sekian. Wassalam.

Mohd Sanusi.

11 June 2008

Kenapa Sepi


Assalamu'alaikum wbt.
Kepada anak-anak teman Gen77kik diucapkan selamat belajar selepas cuti sekolah dan untuk teman2 yang menjadi guru "Selamat Mengajar" didoakan sukses dan ceria bersama anak-anak didik. Bagi anak-anak di IPTA/IPTS yang masih bercuti, jaga diri baik2 dan bina kekuatan minda dan akhlah mulia.
Teruskan membina persaudaraan yang mana kadang kala ikatan persaudaraan itu dianggap sebagai barang antik. Tidak ramai yang mencari barang antik.
Salam Ukhuwah dari Wak Man.

09 June 2008

GERAAAMMM.....


terima kasih cikgu Tahir, nanti kami ke sana In Sya Allah!
Wassalam.

Allah hum maqpir lahu war ham hu wa'aafihi wa'fu anhu........
Ya allah yg maha pemurah lagi maha pengasihani...kau letakkanlah roh sahabat ku ini bersama sama roh para syuhada.....amin ya rabbal a'lamain...

Husin Changlun.

08 June 2008

Inna Lillah wa Inna Ilaihi Raaji'un

Kita kehilangan sahabat kita Gen77 yang kita kasihi Sdr Arif Ismail yang kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat jam 930 malam yang lalu.

Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.

Mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat dan keampunanNya yang tidak terhingga kepada saudara kita yang sudah pergi itu, dan dilimpahiNya kesabaran kepada ahli keluarga beliau untuk berdepan dengan kesedihan ini.

Walau pun agak terkilan kerana kita tidak mendapat berita tersebut di dalam kadar segera walaupun dengan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi sekarang, masih belum terlambat untuk kita menghubungi keluarga arwah dan mengucapkan takziah di atas kehilangan saudara kita yang dikasihi itu.

Saya telah menghubungi isteri arwah pada jam 930 malam tadi dan merakamkan takziah dan rasa sedih kita semua di atas kehilangan sahabat yang dikasihi itu. Setelah berbincang secara ringkas dengan Muhabbad, saya juga telah menyampaikan kepada isteri beliau, komitmen kita semua untuk membantu beliau dan keluarga dalam apa jua cara yang mampu kita semua lakukan bagi meringankan beban hidup mereka sekeluarga setelah ketiadaan suami dan bapa mereka semua.

Wassalam,

Asmawi Mohamad

p.s:

No telefon Syazwan anak beliau ialah: 013 970 7449. Saya bercakap dengan isteri beliau tadi di talian 09-748 3684, iaitu rumah mertua Sdr Arif, yang berhampiran sahaja dengan rumah beliau.

DURIAN BATU GAJAH PASIR


Assalamu'alaikum wbt.
Sebagaimana yang dijanjikan WM sampai ke Kg.Batu Gajah Pasir jam lebih kurang 6 petang.WM balik dari liqa' Batu Pahat sempena perkahwinan anak Ustazah Fauziah Sani iaitu Ain Husna bte Mohd Arshad dengan Mohd Syahrin bin Mohd Yusof. Cikgu Tahir dah menunggu WM sekeluarga dan terus dihidangkan dengan bubur kacang durian.Memang sedap sekali . Ketika nak balik Cikgu Tahir dah sediakan sebakul durian untuk WM bawa balik.Cikgu Tahir memang pakar durian,semua gred durian disebutnya . D24, D99, D158, D159. Dr.Bakry mungkin lebih maklum dengan durian ni, WM setakat makan durian boleh le. Teman2 yang ada keinginan untuk liqa' Batu Gajah Pasir bersama Cikgu Tahir bolehlah datang. Pastikan telefon cikgu dulu untuk kumpul durian. Kak Timah kena datang tolong kumpul durian. WM ucapkan terima kasih kepada cikgu Tahir sekeluarga yang menunggu dan menyediakan buah durian untuk WM sekeluarga.
WM merakamkan ucapkan takziah kepada keluarga sdr Arief Ismail yang telah meninggal dunia. Didoakan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhadah dan solihin.
Salam Ukhuwah dari WM

Allahyarham Ustaz Ariff Ismail Dlm Kenangan


Potret Allahyarham Ariff Ismail bersama isteri dan 2 drp 5 anaknya yang di ambil oleh Sdr Muhabbat di Kota Baharu pada Januari lepas ( lihat topik Jejak kasih di Kota Baharu)


Malam ini saya menerima mesej Daripada Sdr Muhabbat Abdul Latif mengenai kembalinya kerahmatullah Sdr Ariff Ismail pada 06 Jun 2008. Katanya akibat strok. ?Semoga ruhnya dicucuri rahmat oleh Allah.

Lantas saya menghubungi Sdri Rahimah Hussain untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai kejadian ini. Saya sendiri tak dapat kontek anak beliau melalui nombor yang diberikan Muhabbat. Rahimah menceritakan bahawa beliau baru sahaja menghubungi anak Allahyarham iaitu Syazwan Ariff ( 18 tahun - akan mendaftar di UIA pada 23 Jun ini ). Cerita anaknya :

Pada malam di ishtiharkan minyak naik harga, Allahyarham telah menyuruh anaknya ke stesen minyak untuk mengisi petrol. Beliau berbuat demikian bukan kerana minyak naik harga, tetapi keretanya memang tak ada minyak. Oleh kerana pemergian anaknya itu agak lama, maka beliau telah mengambil keputusan untuk pergi ketempat anaknya dengan motosikal.

Sampai di sana beliau lihat deretan kenderaan berbaris panjang untuk mengisi minyak. Beliau mendapatkan anaknya dan telah merasakan dadanya agak sakit. Lalu memberitahu anaknya bahawa beliau kena strok. Walau bagaimanapun beliau memberitahu anaknya itu dalam keadaan senyum, dan memberitahu bahawa beliau ingin duduk dalam kereta. Anaknya kurang percaya yang beliau sakit. Lalu meninggalkan beliau bersendirian.

Setelah agak lama masa anaknya meninggalkan stesen, lalu kembali semula ke situ dan mendapati ayahnya telah lemah. Lalu di bawa pulang dan terus di masukkan ke hospital. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi 07 Jun 2008.
Demikian cerita dari Sdri Rahimah Hussain.

Sesungguhnya kita semua amat terkejut dengan pemergian Allahyarham kerana selama ini beliau tidak menunjukkan sebarang perubahan kesihatan. Bagi saya sendiri amat terasa kehilangan beliau kerana kami belajar bersama sejak dari darjah 1 hingga darjah 6 ( SK Jelawat ), Tingkatan Peralihan hingga tingkatan 3 ( SMA Yaakubiah Nipah, Bachok), Tingkatan 4 dan 5 ( KIK).

Beliau merupakan seorang sahabat yang sentiasa bersedia memberikan bantuan jika diperlukan. Saya pernah tinggal di rumah beliau semasa peperiksaan SRP. Keluarganya juga amat baik.

Sekian.

Sanusi.

Kembali ke Rahmatulllah.

Saya baru sahaja menerima mesej dari Saudara Muhabbat Latif mengatakan beliau baru menerima panggilan dari Mohd Syazwan Arif ( Anak Ariff Ismail - 5 Sas 5 ) memaklumkan bahawa Ariff Ismail telah kembali ke Rahmatullah pada 6 Jun 09.30 malam akibat strok.

Marilah sama-sama kita menghadiahkan Al Fatihah kepada beliau semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah dan memasukkannya bersama golongan orang-orang yang soleh. Amin.

Alfatihah.

Wassalam.

Sanusi.

LIQA' KECIL2AN

Sempat bertemu Sdr Yusof Hassan di RR Bukit Merah semasa perjalanan pulang ke Klang. Jumpa lagi Chop!
Sahabat sejati. Maaf Om, aku ingatkan cili hidup!

Liqa' perlukan pengorbanan ikhlas dari semua gen77!

Liqa' kecil di Laksa Telok Kecai bersama Om, Lok & Uncle. Semasa melintas di Baling, Zubir tak bawa hp. Jadi kami tak dapat bersua muka!

Nuha dan Huda (Penunggu kaunter pendaftaran Liqa' Nasional 31 Mei 2008.
Sore di Puncak Titiwangsa.

Sepatutnya di sinilah kami bertemu dgn Nusi! Tapi kita hanya merancang, taqdir Allah kami bertemu di Batu Melintang. Tq Nusi! Malam tadi sempat bertemu Cikgu Kusno & isteri, Rohani, Robiah, Hussin Dollah!

Yeeeaah, hidup Jiddi!

Yang tinggal cuma kepala udang saja! Nasiib...

Aku dan cucu tak tau apa yang dicari


Cucu sulungku suka sangat bermain pasir dan mandi di PCB

Dalam perjalanan dari Klang ke KB, sempat bertemu Weldan di Najath Restoran, Bentong. Alhamdulillah, Weldan selamat datang bersama Hariernya!
genghiz
08.06.08
*** Selamat Bertugas Sahabat semua!