Semoga Ikatan Kasih Akan Kekal Abadi.
Ikhlas dari Kami Sekeluarga.
Mohd Sanusi
Buat teman-teman spesis adam dan hawa gen77. Renunglah madah pujangga alaf melenium nie…..
1) Isteri tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2) Isteri tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3) Isteri tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4) Isteri tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5) Isteri tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai..
6) Isteri tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7) Isteri tu bkn mcm KERETA. Rosak sikit,jual….. ambik kereta baru..
8) Isteri tu bkn mcm CHIPSMORE.. sekejap ade sekejap tak de..
9) Isteri tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat
* Kiralah berapa kali anda senyum kpd isteri orang, dan brapa kali pulak anda senyum kpd isteri anda dalam sehari…………….. dan berapa kali anda senyum kpd suami orang, dan brapa kali pulak anda senyum kpd suami anda dalam sehari ………jange mare aik……… sekadar tazkirah ringan jeee…… wasalam.
mohd sanusi.MUTIARA KATA
1. Semakin tinggi tahap keangkuhan seseorang, semakin rendah tahap moralnya.
2. Baik buruk seseorang dinilai dari segi tingkah laku, pertuturan serta pemikirannya, bukan dari segi kehandalannya.
3. People will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL!
4. Manusia, bila sudah senang, sering lupa dan leka. Bila sudah senang, kita tidak ada apa lagi yang hendak diperjuangkan
5. Lebih baik berdiam dari, daripada mengeluarkan kata-kata kesat.
6. Kegagalan itu satu pengalaman yang harus diperbaiki untuk mencapai kejayaan.
7. Ilmu adalah satu anugerah.Menuntutnya adalah satu kewajipan. Mengajarnya adalah satu tanggung jawab.
8. Empat Jenis Insan
INSAN YANG TAHU, tetapi TIDAK TAHU bahawa DIA TAHU, itulah orang yang LALAI. Oleh itu, berilah mereka PERINGATAN.
INSAN YANG TIDAK TAHU dan TIDAK TAHU bahawa DIA TIDAK TAHU, itulah orang yang BODOH dan DEGIL. Oleh itu, TINGGALKAN mereka.
INSAN YANG TIDAK TAHU dan TAHU bahawa DIA TIDAK TAHU, itulah orang yang JAHIL. Oleh itu, AJARLAH mereka.
INSAN YANG TAHU dan TAHU bahawa DIA TAHU, itulah orang yang BERILMU. Oleh itu, IKUTILAH mereka.
9.Zaman remaja hanya datang sekali dalam hidup kita. Oleh itu laluilah zaman itu dengan penuh keyakinan diri.
10. Gila seorang pengikut, tidak memusnahkan seorang pemimpin. Gila seorang pemimpin, boleh membinasakan seluruh pengikut.
11. Mengalah tidak semestinya kalah. Kalah tidak semestinya mengalah.
12. Berbicara bila perlu adalah lebih baik dari bertutur bila kelu.
13. Tiada siapa yang berjaya dalam hidup tanpa kegagalan dan kesilapan.
14. Cinta kepada kebendaan akan membuat kita lupa kepada kematian.
15. Hina seseorang itu bukan kerana kemiskinannya, tetapi kerana kurangnya adab.
16. Jangan
17. Bukannya mudah untuk membuat orang ketawa, tetapi amatlah mudah bagi diri kita ditertawakan.
18. Manusia tidak pernah puas. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari kepuasan.
19. Ilmu yang diperoleh sejak kecil akan menjadi taman seumur hidup.
20. Kita dilahirkan dalam keadaan menangis, orang sekeliling tersenyum gembira. Beramallah agar kita mati dalam keadaan tersenyum, orang sekeliling menangis kesedihan.
Sekian.
Sanusi.