08 March 2008
Saya dalam perjalanan balik ke Kota Bharu. Sempat berblog sekejap sebab orang rumah yang memandu kereta. Haji Mang dan Fuat dok call bertalu2 mengupdatekan keputusan pilihanraya. Bila ada network Gen77 seluruh Malaysia ni, senang je dapat laporan terkini pilihanraya.
[Posted with hblogger 2.0 http://www.normsoft.com/hblogger/]
Selamat Mengundi
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengundi kepada semua sahabat-sahabat sekelian. Saya yakin di kalangan gen77 ini, kita tidak perlu lagi mengulangi betapa pentingnya kita menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara ini. Walaupun hanya satu undi yang boleh kita berikan, ia memberi makna besar kepada sistem demokrasi kita.
Kepada yang memilih untuk mengundi di kampung masing-masing (seperti Yang Arif), saya doakan semoga perjalanan anda semua selamat dan diberkati, pergi dan balik.
Saya akan membuang undi di Taman Melawati di dalam daerah Gombak di sebelah petang nanti. Selepas itu Insya Allah kami sekeluarga akan pulang ke Kota Bharu untuk menziarahi orang tua. Alhamdulillah, kedua orang tua masih hidup, walaupun bapa saya agak uzur. Itulah antara ibu bapa kita yang menghantar kita masuk ke Kolej Islam 32 tahun dulu sebagai seorang "freshie". Agak-agaknya antara ibu bapa Gen77 yang menghantar anak-anaknya masuk ke KIK tahun 1976 dulu, berapa keratkan yang masih hidup.
Sekian. Selamat mengundi. Malam ini kita sama-sama tengok keputusannya. Kepada Sdr Sanusi yang akan datang ke KL malam ini, saya mohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam pertemuan yang dirancangkan. Saya akan cuba bertemu kawan-kawan Gen77 Kelantan di Kota Bharu nanti.
Wassalam,
Asmawi
07 March 2008
Pertemuan Normah dan Jaliya
Walaupun pertemuan saya dengan Normah telah hampir dua minggu berlalu,, tetapi sekadar untuk mengisi ruang blog ini sahaja.
Memandangkan Normah Ibrahim (ex 5Sc 1) ada datang berkursus ke Melaka pada 19 hingga 22 Februari 2008, maka saya berjumpalah dengan beliau. Mula-mula pada petang 20/2/2008 saya ambil normah di hotel dan kami berbual-bual di sebuah kafe di Hang Tuah Mall. Kemudian datang Fatimah Hassan... tetapi ia dapat sekejap sahaja kerana kerana sibuk untuk menguruskan beli barang2 untuk Liqa' di Melaka pada 24/2/2008.
Pada esoknya di sebelah malam pula, saya sekeluarga membawa Normah makan dan berjalan2 di Banda Hilir dan kami dapatlah bergambar di Dataran Pahlawan Megamall, Banda Hilir Melaka. Saya dan Normah sungguh gembira dapat bertemu yang telah hampir 30 tahun tidak berjumpa. Normah pula tidak dapat datang ke Liqa' di Melaka pada 24/2/2008.
Gambar-gambar yang kami telah abadikan...
Wassallam dari Jaliya..
"SELAMAT MENGUNDI"

Air Terjun Bukit Tinggi,
"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (Ugama) AlLah, nescaya AlLah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" Surah Muhammad :7.

06 March 2008
Kenangan di Melaka
Rumah Puan Fatimah Hasan di Kandang, memang luas, amat sesuai untuk pertemuan sebegini. Macam kenduri kahwin, siap dengan bannernya lagi. Terima kasih Fatimah.Dalam pertemuan ini sa
ya telah dapat berjumpa dengan ramai kawan perempuan, ya, pertemuan di Melaka dikuasai oleh Gen77 perempuan. Paling seronok dapat jumpa roomate masa di Blok D dulu, Rabiah Bujang dari Melaka selain Kamilah. Seorang lagi,Fatimah Ali belum ketemu.
X Roomate- Rabiah Bujang, che Pah n Kamilah
Saya juga dapat bertemu dengan Jumaiyah dari Singapura, rakan yang duduk bersebelahan saya semasa di kelas dulu. Kami juga sempat berkumpul bersama pelajar 5 Sastera 1 1977 (Mustafa Md Noor, Che Pah n Jumaiya) dan pelajar 6 Atas 1 1979 yang terdiri dari Gen77 (Naim, WakMan, Mustafa, Kamilah, Afrinah n Che Pah).
Mimpi....
Kata anak saya, kalau di sekolah/ KISAS, ada sorang kawannya letakkan buku Tafsir Mimpi yang tebal atas meja di belakang kelas. Pagi-pagi sebaik saja sampai ke kelas akan ada kawan-kawan yang akan ke belakang membelek kamus mimpi tu…
Masa tingkatan 5 saya ada sepasang baju kurung warna kuning coklat yang ada gambar photo muka budak kecil comel (anak Mat saleh mana tak tau!) dan sekuntum bunga ros yang cantik. Saya sangatlah sayang akan baju itu...Waktu nak beli kain Mak saya dah sebut; “Ada gambaq oghang.” Saya kata pasai gambaq budak comei tu la saya berkenan sangat dan bunga ros pun saya suka.
Akhirnya jadilah saya satu2nya orang di KIK yang pakai baju kurung sepasang ada gambaq manusia.Mungkin kawan-kawan tak perasan pun, cuma saya sendiri terbayang-bayang akan diri saya dengan baju yang amat saya sayangi itu.
Satu hari.... saya telah bermimpi: Saya dikejar oleh ‘seekor’ anak patung kecil dalam 2” tingginya.Saya berlari dan bersembunyi merata tempat tapi budak kecik tu tetap ikut. Saya amat takut memikirkan macam mana nak berkawan dengan budak sekecik itu. Akhirnya saya terjun ke dalam anak sungai yang cetek dan jernih airnya. Budak kenit tu pun terjun juga dan saya jadi bertambah takut bila dia tersangkut di akar pokok dan menjerit-jerit minta saya tolong. Akhirnya, Alhamdulillah...saya terjaga dari mimpi!
Sejak hari itu, saya simpan baju kesayangan saya tu dan bila cuti penggal saya bawa balik ke rumah. Bila terjumpa hadis yang menceritakan tentang larangan membuat patung makhluk bernyawa & Rasulullah saw mengkhabarkan bahawa patung-patung itu di akhirat kelak akan minta nyawa pada orang yang menciptanya, saya teringat akan mimpi itu....
Sebelum melangkah keluar untuk ke tempat kerja pagi tadi, saya sempat menjenguk anak gadis saya yang sedang tersenyum mengadap internet membaca tafsir mimpi. Alhamdulillah, semuanya nampak baik belaka.Bijaksana sungguh orang yang mentafsirkannya...
P/S Kepada Kak Teh ( Rohana Mahadi ) dan Esah di Melaka. Saya doakan semoga kedua-duanya tabah menghadapi dugaan Allah SWT. Lagi besar dugaan yang dihadapi , bertambah besar ganjaran yang telah tersedia.
Kata Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni: Orang berjiwa besar mempunyai pandangan jauh ke hadapan. Dia redha dengan Tuhannya dan Tuhannya redha kepadanya. Dia dicintai oleh keluarga dan sahabat-sahabatnya. Hidupnya penuh bermakna dan dia punya prinsip...
Salam mesra,
FarahDina
04 March 2008
Mesyuarat PK (HEM) SBP - IPOH
Minggu suaikenal....
Kenal tak lagi pada senior-senior kita masa tu.... dia orang buli kita cukup-cukup, tengok yang cekak pinggang pakai seluar pendek.... dia la taikonya (prefect pulak tu) , eksyen betui dia, mentang-mentang la kita ni freshie ..... tapi seronok kan....
Member dari Melaka mesti kenal dia... bekas YB Durian Tunggal Dato' Kadir Daud. Yang tunjuk tangan pada Husni tu saya lupa namanya... cuba-cuba lah cari muka kita dalam gambar ni... agaknya anak-anak kita gelak besar bila tengok...
Hj. Mang, Omar Mamat, Zaki, Amar.......
Bad, kau ingat tak malam kita tidor di Masjid Abu Bakar JB tu... Pak Soenaria asyik nyanyi lagu Julie Remie, antara senikata yang masih diingati... Jauh, jauh, jauh di mata,,, di hati dekat la sayang..... dalam, dalam, dalamnya laut,,, lebih dalam rindu hati ku..... (betul ke senikata tu...)...
Masa tu kita tak berapa faham erti rindu-rindu ni.... tapi bila dah ada keluarga sekarang kita juga rindu bila berjauhan dari keluarga... itu besarnya pengorbanan Pak Soenaria menjadi sebahagian pendidik bagi kita di KIK....Terima kasih banyak-banyak Bapak.....
Ada lagi gambar-gambar dan cerita-cerita....... tapi lain kali la.....
Semoga bahagia selalu....
Tajuddin
KITA & GURU kita
Pernah juga berlaku sekali, bila pelajar sibuk ’passing ’ kertas kecil macam tu, saya minta kertas berkenaan. Pelajar tersebut merah padam mukanya dan seperti ndak menangis, namun dia menyerahkan kertas kecil itu kepada saya. Saya terus simpan dan tidak berhajat untuk membacanya kemudian. Saya sebenarnya acah je. Saya juga tidak ingin mengetahui apa yang mereka tulis dan kata tentang saya. Bila kelas tamat, sebelum saya beredar pelajar berkenaan cepat-cepat datang berjumpa saya. Dia memegang tangan saya dan merayu-rayu, “Puan, tolonglah pulangkan kertas tadi. Saya minta maaf banyak2.” Saya pun buka fail dan terus serahkan kembali kertas kecik tu kepadanya. Dia kelihatan gembira lalu mencium tangan saya. Ntah apa yang ditulis sampai hari ni saya tak tau…
Bila berlaku peristiwa begini saya selalu teringat ceghita Shaarani baca tulisan di tapak tangan ketika Ustazah Fauziah mengajar macam saya ceghita dulu. Saya juga teringat junior KIK, Siti Fátimah Sudin pernah bercerita; cikgunya di sekolah rendah pernah mendenda pelajar yang sedang asyik menunjuk2 ke arah cicak di syiling, supaya terus menuding jari telunjuknya ke syiling bilik darjah sehingga habis waktu belajar. Saya juga pernah mempersilakan pelajar-pelajar yang sedang bercakap-cakap dalam dewan kuliah ketika saya sedang mengajar supaya duduk di hadapan dan teruskan bercakap. Tapi mereka enggan dan habis kelas macam biasa minta ampun dan maaf….
Waktu tingkatan 5 saya masih ingat satu hari Cikgu Md Din menengking saya sebab ketika dia sedang bercakap saya membaca buku lain. Masa tu saya terlalu teruja dengan topik ‘Menggalur Ayat’ dalam matapelajaran Bahasa Malaysia yang baru saja diajar oleh Cikgu Abd Ghafar Laili. Walaupun sedar saya bersalah tapi saya tidak memohon maaf kepada cikgu. Mungkin budaya ketika itu..belum menjadi kebiasaan pelajar memohon maaf dan mencium tangan guru.
Saya pernah bertemu Cikgu Md Din ketika mengajar kelas malam di Jalan Othman, Petaling Jaya tahun 80an. Saya berselisih di muka pintu, kelas cikgu baru berakhir dan saya baru nak mula. Saya nampak cikgu dari awal lagi dan sedang merangka-rangka bagaimana nak menegur cikgu. Ketika itu cikgu tunduk dan dia tak perasan saya….. Akhirnya satu hari yang lain saya ternampak Cikgu Md Din di shopping complex di Subang Jaya. Saya menegur cikgu dan kami berbual. Cikgu Md.Din beberapa kali mengucapkan terima kasih kerana saya menegurnya. Sikap cikgu membuatkan saya semakin rasa bersalah tentang adab saya dengan guru. Saya berharap satu hari nanti saya dapat berjumpa Cikgu Md Din lagi.
Salam Ukhuwwah,
FarahDina
03 March 2008
Gen77 di Sarawak 1
Bila hujan reda sampan ke seberang beroperasi semula. Seketika sampailah juniors x KIK yang baru balik dari membeli kek lapis di seberang. saya mengajak mereka bersama, bergambar n berbual2 sekejap..
Gen77 dengan Juniors, X KIK
Selepas tu juniors pun berlalu..Kami bertiga dengan beberapa kawan n suami saya meneruskan perbualan disamping menunggu Yunus..dah jam 10 lebih Yunus belum balik ke seberang sini, anak dara sunti Jalilah pun dah tak selesa, Jalilah pun terpaksa berundur dulu..dah hampir 10.30 baru Yunus muncul n kami teruskan perbualan tanpa Jalilah. Hampir 11.30mlm baru lah kami beredar. Itu lah cerita pertemuan di Kuching. dari Indera Kayangan n Negeri di Bawah Bayu, kami berkumpul menjejak kasih di Bumi Kenyalang. Seronoknya dapat jumpa kawan2 lama...moga bertemu lagi...Wassalam
MAT SENTUL DAN PARAM
Tajudin , Semawi :
Alhamdulillah , Tajudin puas hati bila dapat tatap wajah hang yang terbaru , suara hang tetap maintain . Semawi pula aku minta maaf sebab belum dapat berbual lagi .Norlela - kalau tak silap dulu masa di KIK kamu ada cita cita nak jadi ahli Bomba kan ? Tapi Fazilah tetap spt dulu .
Cuma kali ini mari kita kongsi gambaq 77 masa kita jadi pengawas dan melawat Singapura , tarikh dah tak ingat , sampai di Johor kita melawat Sekolah Tun Fatimah , tidor di Masjid Sultan Abu Bakar , pagi esoknya sebelum ke Singapura sarapan di Restoren Jalan Melderum .
Yang seronoknya terserempak dengan Pelakon ternama seperti Param , Mat Sentul dan ramai lagi , maka berebut berebutlah ustaz dan ustazah nak posing dgn artis

Perhatikan : Tajudin , Dato Dolah , Semawi , Jumaiyah ,Khadijah ,Pak Soenaria, Allahyrham Cikgu Md Isa dan abang abang senior.
MAHABBATEIN
Malam yang indah.....Kuantan
Masa balik saya senyum sorang-sorang (mujur dalam gelap orang lain tak nampak) bila ingat semula cerita-cerita lama tu... langsung tak mengantuk hinggakan sampai rumah pun pukul 3 lebih baru lelap.
Tajuddin...
01 March 2008
Asmawi Muhabat & Kak Teh
Mawi,
Terima kasih atas respon segera kpd cadangan & jemputan saya pagi tadi. Sama2 kita doakan agar apa yg dirancang ini mudah-mudahan akan menjadi realiti. Insya Allah akan ramai rakan2 yg akan menyertainya walau pun reunion ini dibuat tak secara resmi .
Kejap tadi Bro Muhabat sms kpd saya akan datang joint sama. Harap Muhabat dapat kontek sahabat2 kat Melaka dan N9 skali. Jgn lupa jemput Abdullah Said ( kat mana dia skg ?) rakan sebilik saya masa form4. Kalau boleh Mawi konfonkan brapa orang yang dapat hadir. Senang sikit nak tempah dgn restoran yg saya maksudkan tu.
Saya dan keluarga dah 9 orang + ipar duai saya, ramai jugak kot. Ok Mawi, harap tak menyusahkan ente. Masa lama lagi, seminggu lagi.
Kpd Kak Teh:
yang saya tak kenali, didoakan agar banyakkan sabar. Setiap dugaan yg Allah berikan kpd kita tentu ada hikmahnya. Ianya boleh menyebabkan kita makin dekat kepadanya atau makin jauh darinya. Harap Kak Teh dapat faham maksud saya. Setiap penyakit itu ada ubatnya. Keredhaan kpd ketentuan Allah itu amat penting.
Saya nak kongsikan idea dgn Kak Teh ( Kalau sudi ). Di Kuala Terengganu, ada seorang Ustaz yg menjalankan rawatan menggunakan Perubatan Herba Yunan. Ramai juga yg datang mendapatkan rawatan daripadanya. Alhamdulillah yg telah lalu, menjadi dan berkesan. Kak Teh boleh cuba tel beliau. Nama beliau Ustaz Ismail Yusof No Tel : 019-9147314. Kampung Pulau Rusa Kuala Terengganu.
Saya sendiri pernah bawa rakan sekerja di tempat saya mengajar. Alhamdulillah nampaknya semakin baik.
Akhirnya salam ukhuwwah dari saya. TK.
Mohd Sanusi.
Kak Teh dan Sanusi
Rohana Mahadi
Saya ingin mengucapkan syabas kepada Pn Rohana Mahadi kerana menggagahi menulis di Melaka, walaupun beliau kini sedang menjalani rawatan kemoterapi di Seremban, tempat tinggal beliau. Sama-samalah kita doakan kesihatan yang berpanjangan untuk sahabat kita ini. Semangat beliau untuk terus menulis itu patut kita contohi dan ikuti. Begitu juga dengan Saidi, yang sanggup menulis sewaktu beliau menjadi tetamu Wak Man, walaupun mengambil masa 35 minit untuk menyiapkan tulisan beliau itu.
Selamat menulis lagi Kak Teh!!!!
Sanusi
Syabas kerana dah nak dapat menantu. Jangan la pulak demo sendiri pun ada "hajat" nak jadi menantu lagi sekali :):). Nanti bila time kenduri kita pakat-pakat datang beramai2. Tak jemput individually pun takpe. Kita orang ini pantang dengar ada majlis Gen77, pasti kita datang walaupun dengar2 khabar sahaja. Nanti bila demo datang ke KL hujung minggu depan, kita buat reunion tak resmi di Seri Kembangan. Bakry dengan Halimon mesti datang. Dia penghulu kawasan tu. Dato "Genghiz" Dollah dan Datin pun mesti datang. Naim pun jangan cuba ponteng. Dia berani, tak pernah perlu mintak visa dari sesiapa. Saya akan make sure saya submit visa application saya awal-awal lagi untuk mengelakkan dari apa-apa masalah.
-Asmawi Mohamad
kehilangan
Tetapi sepupu aku yang hilang semasa ekpidisi sg gua musang bersama rakan sejawatannya dari petronas masih belum ketemui sehingga sekarang. Peristiwa itu berlaku beberapa tahun yang lalu. Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan, tapi semuanya sia-sia saja. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak ( anak bekas pengarah HUSM, Wan Kamaruzaman bin Wan Su).
Cebisan kisah ini ditulis sebagai pedoman kepada sahabat-sahabt semua, supaya berhati-hati dalam apa jua aktiviti dan tindakan yang dilakukan.
Bakri
Kenapa la akhir-akhir ini tak ada lagi coretan2 yang mgelikan hati. Merajuk ke? Janganla begitu. aku tau ramai kawan kita nak tatap tulisan kau terutamanya kisah2 silang yang semua oang lain telah hilang dari memorinya. Setelah kau tulis dlm blog kita ini baru ia dapat diingat kembali.
Ke terengganu bila nak mari? dlm sehari dua ini bagus juga, boleh aku bawa kau tempat2 kempen p/raya dan post2 party di sini dan bandingkan dengan suasana kempen di ibu kota. Tentu banyak perbezaannya.
Halimon pun -kena mari selalu cek venue2 pertandingan kerana SUKMA dah dekat dah. harap semaua berjalan lancar dan meriah sekali sempena tahun melawat trg 2008 ni.
Azami
KAK TEH
Hai...kawan-kawan masih ingat kat saya???? ala...yang suaranya serak-serak basah dan kering,
Saya akan menulis lagi....sekarang ini saya dipejabat Muhabad.....dia ni kan ke dah jadi usahawan yang menjalankan ejen perlancongan...saya dah cuba,servicenya "excellent"
Buat masa ini saya sihat dan sedang menjalani rawatan kemo.....doakan semuga saya sembuh sepenuhnya.
Saya akan menulis lagi ......bye!
Rohana Mahadi,
No.1000,Jalan RJ 1/1,
Taman Rasah Jaya,
70300 Seremban.
Contact no.019-6534674
Nilai N9
Diharapkan sahabat2 gen77 semuanya sentiasa berada dlm situasi yg sihat walaupun sekarang ni musim demam, tapi demam 5 tahun sekali. "Demam Pilihanraya". Harap2 taklah akan melarat. Lepas 08 mac nanti akan kebah semula. Pada 08 Mac ni selepas sahaja mengundi sebelah pagi saya akan turun KL bersama dengan keluarga atas urusan meminang untuk anak sulung saya di Nilai Negeri 9. Majlis tu akan berlangsung pada 09 Mac sebelah pagi.
Saya akan bermalam di Seri Kembangan pada malam pengiraan undi dan malam selepasnya. Jadi disini saya nak ajak rakan2 gen77 yang berada di sekitar Lembah Kelang untuk berliqa' di Seri Kembangan kalau sudi. Seperti Mus, Mawi, Tok Lah & Nik dan lain2 lagi yang saya tak tau kat mana lokasi mereka.
Lokasi yg saya cadang ialah di Restoran dekat dengan Surau di Taman Kembang Sari. Nama Rostoran tu saya lupa. Depannya ada Pusat Latihan Bomba. Balai Polis juga tak berapa jauh dari situ. Lokasi ni tak jauh mana dari UPM. Rasanya sahabat2 yg berada di Lembah Kelang agak biasa dgn lokasi disini. Bila tiba tarikh tu nnt saya akan call sahabat2.
Nak jemput sahabat2 ke majlis tu pun tak berani jugak sebab tuan rumah tu dah tempah kendurinya untuk jumlah yang tertentu sahaja. Semua sahabat gen 77 saya akan jemput masa kenduri di rumah saya pada ogos nanti insyaallh.
Sekian sahaja utk kali ini, jangan lupa untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai pemilih. Dan satu perkara yang perlu di ingat, memilih pemimpin adalah satu tanggungjawab yang besar yang akan disoal oleh Allah di akhirat nanti. Dimana diceritakan Allah dalam quran bahawa manusia apabila di Mahsyar meminta Allah melaknat pemimpin yang telah menyebabkan mereka menjadi sesat semasa di dunia. Oleh itu jadilah pengundi yang bijak. Anda mampu mengubahnya.
Wassalam.
sanusi.
Saidi di Tg.Bidara Melaka




Apa khabar semua teman2 ?, didoakan semua teman2 dan Guru2 dikurniakan kesehatan dan kesejahteraan disamping keluarga.Wakman baru balik dari Kuala Lumpur, 3 hari dan sempat bertemu kak Ani di AnCasa Hotel. Wakman sempat ke CC di Petaling Street untuk buka Blog tapi login dah bertukar. Tahniah dan Terima Kasih atas usaha Mawi. Wakman sempat membaca madah bicara Lebah atau Lalat , menarik!! tapi tak tahu insan mana yang menulis kerana Lebah dan lalatnya dah terbang tak tahu kemana....... Wakman sempat menjengah kereta MyVi CCB1768 Saidi di bengkel tempoh hari akibat kemalangan di Pengkalan Balak. Saidi , kak Che Sum dan anak selamat. Kak Sum yang pandu semasa bertembung dengan kereta Honda di bulatan Pengkalan Balak setelah berehat di pantai Tanjung Bidara tempoh hari. (Teringat Allahyarham Azizian Hamid , dia orang kampong Pengkalan Balak) Semua dokumen untuk keperluan bengkel dah dihantar, harap Saidi dapat bersabar. Saidi Kadir bersama kak Ceh Sum begitu gigih, dari pertemuan di Kuala Terengganu kelolaan Hj.Mang, Saidi ke Kg.Kandang, Melaka rumah kak Timah, perjalanan yang jauh, Al-HamdulilLah wakman dapat pujuk Saidi untuk menginap semalam di Kak Long Chalet, Alai. Esoknya Wakman ingat saidi balik ke Bentong selepas sarapan pagi rupa-rupanya dia ke pantai Tanjung Bidara menikmati keindahan pantai selat Melaka ciptaan AlLah Swt. Satu ujian dan cubaan diterima oleh Saidi dan Kak Ceh Sum , sekali lagi Saidi bermalam di Melaka.{Hotel Kampong Jawa} Ringkas cerita Saidi, isteri dan anak selamat dihantar pulang ke Kg.Lurah Bilut, Bentung Pahang pada jam 3.00 petang 26.2.2008. Didoakan Saidi sekeluarga selamat dan sehat hendaknya. Tadi lepas solat Jumaat wakman sempat singgah di UKM, tempat pengajian tahun 1980an , jumpa Dr.Kamaruzaman Yusof (Terengganu)dll. Memang mengembirakan apabila kita mampu mengimbau kenangan lama terutama dalam menjana perjuangan masakini hasil asuhan dan bimbingan guru2 dan pensyarah2 kita di KIK dan Kampus dahulu.
29 February 2008
Gambar2 di Kuantan 28/2
Ahmad Samawe sekarang jadi Timbalan Pengarah Kastam Pahang. Tahun lepas saya terbaca alhbar The Star, beliau dapat pingat Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah (SAP), yang merupakan satu darjah di bawah dari DIMP. Kalau DIMP tu, dah dapat Datuk :). Tajuddin pula bertugas di JKR Temerloh. Beliau drive hampir dua jam untuk sampai ke Kuantan bagi menghadiri majlis pertemuan tersebut. Padzilah bekerja di LHDN dan menetap di Kuantan. Suami beliau seorang ahli perniagaan. Norlela (5 sastera 4 bersama Akak Wan Chik) pula bekerja dan menetap di Chini, lebih kurang sejam perjalanan dari Kuantan. Suami beliau telah bersara.
Saya mesti tabik kepada Norlela dan Tajuddin di atas kesanggupan mereka datang dari jauh malam2 buta. Tajuddin sms saya keesokan harinya bahawa dia sampai di rumah jam 1.30 pagi. Tak tahulah berapa dia pecut malam tu.
Kami bertemu selama lebih 3 jam, dari jam 9 hingga lebih kurang 12.30. Dan agaknya kalau saya tidak memohon mengundurkan diri jam 12.30 malam tu, boleh jadi kami akan terus bersembang hingga kedai tutup jam 2.00 pagi. Yang paling banyak bercerita malam itu ialah Ahmad Samawe orang kuat Kastam Pahang tu, dibantu oleh Tajuddin. Saya, Padzilah dan Norlela hanya tumpang gelak sahaja.
Satu perkara yang saya amati ialah mengakses blog sekarang sudah menjadi rutin harian sebelum mula buat kerja-kerja resmi ofis. Semua orang sudah ketagih dengan blog: Ahmad Samawe, Tajuddin, Padzilah dan Norlela, menjadikan ini sebagai rutin harian. Kadang-kadang bila kena time mesyuarat pun, Ahmad Samawe akan suruh dimulakan mesyuarat dulu. Dia hanya akan join selepas dia baca blog terbaru. Ingatkan orang-orang kuat macam Che Latifah dan Mustafa sahaja yang mempunyai habit sedemikian. Rupanya penyakit blog dah menular kesemua orang :).
Rupanya ramai orang yang masih belum menonjolkan diri di belakang sana yang merupakan teman setia blog. Ahmad Samawe dan Tajuddin banyak menyimpan kisah-kisah manis semasa di KIK yang saya sendiri tidak ingat. Beliau satu usrah masa di tingkatan empat dengan saya- usrah Al Hadid yang dipimpin oleh Arwah Mokhtar Osman. Beliau siap sempat ingat kisah perlumbaan mengazan antara Zawawi Mamat dengan Daud Norakit, hinggakan pada suatu hari tu, punyalah nak berlumba, si Zawawi (senior kita setahun) siap perform azan di tepi longkang surau di asrama blok E, just to be ahead of Daud yang pada masa itu sudah berada di baris depan surau, ready to perform his azan thing anytime. Terkulat2 Daud bila tiba-tiba dia dengar ada orang sudah buat azan di luar sana :) :).
Saya beritau Samawe dan Tajudin supaya rajin-rajin menulis. Si Samawe belum pernah menulis lagi, tapi Tajuddin dah pernah menulis sekali. Jangan-jangan nanti dia jadi macam Dato Genghiz kita. Sekali dia menulis, haaaa, satu blog dia conquer. Tunggulah harinya nanti!
Keesokan harinya, Ahmad Samawe hantar sms kepada saya yang bunyinya "Pertemuan malam itu mengimbau kembali nostalgia detik manis lebih 30 tahun lebih yang lampau. Saya sama sekali tidak pernah terfikir akan reunion ini". Saya rasa perasaan seperti ini dikongsikan bersama oleh semua orang.
Gambar sepenuhnya di sini. Sila klik pada gambar untuk melihat deskripsi lanjut tentang setiap gambar berkenaan:
-Asmawi Mohamad
Login dan password baru
Setelah mendengar pelbagai keluhan akibat kesukaran yang timbul bila saya memperkenalkan sistem baru untuk login dan menulis ke dalam blog kita ini, maka saya ingin memperkenalkan satu sistem yang amat mudah dan mesra pengguna untuk semua, dan dalam masa yang sama, menjamin keutuhan blog kita dari dicerobohi atau digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Di bawah sistem baru ini, anda perlu login dengan email address: penuliskik77@gmail.com dan menggunakan password 135792468.
Senang bukan? Seperti dahulu, sila pastikan anda menulis nama anda di bawah setiap tulisan yang anda lakukan bagi membolehkan pembaca mengenalpasti siapa yang menulis.
Kalau masih ada masalah, sila maklumkan kepada saya.
-Asmawi Mohamad