25 February 2008

LIQA' MELAKA - liqa' teramai - SYABBAS!

Kawasan rumah terlalu luass, besau bebenau. Jadi, masing2 mencari idea memilih lokasi utk bergambar. Halimon dan Naim mencari kata sepakat. Yang Naim apasal tekedu bila dapat mikrofon?! Lupa skrip ke tak ingat lirik?

Penuh perasaan...... selepas +30thn baru dapat bertemu.

Tak tau siapa kita? Dah lebih 30 tahung dok jupe... Peluk ajelahhh.


Latifah merenung tajam menelti contoh bunga telur yang bakal dibuat utk majlis akan datang!. Rozi & Mak Andam sambil makan tekun mengira budget sepokok bunga emas.
Kak Timah tak menang tangan menjawab dan menghantar mesej.


Hang Huda, cicit Hang Li Po bersama bini Genghiz di hadapan "Bunga Emas Telur Pindang" (Dapat soghang sebijik! Yang tak mai tengok sajaaa. Bang Chin! Aku tau hang macamana. Kita jumpa di SP nanti! TQ Kak Timah, Jaliyah, Wak Man, Bat dll)

Anak bongsu Jaliyah sedang menghantar sms memberitahu perkembangan liqa' kpd ayahnya!
Cikgu Afrinah membaca doa2 penerang hati agaknya.

- ihsan dari kamera Hang Huda Bt Ghenghiz
Assalamualikum Sahabat-sahabatku Form 5 KIK 77,

Terharu sungguh rasanya dapat bertemu kawan-kawan terpisah lebih 30 tahun yang lalu. BBila berjumpa je, terus terlintas suasana peristiwa pahit manis di KIK terutamanya semasa tingkatan 4 dan 5 (1976-1977). Sungguh tak sangka semua kawan-kawan yang berjumpa tempoh hari adalah kawan-kawan yang selalu bersama-sama sama ada semasa belajar atau beriadhah. Bila jumpa Sanusi dengan Rusli, teringat peristiwa kita orang sambut abang senior yang datang lapor diri 'lower six'. Bila teringat nak tergelak pun ada. Geram punya pasal....Kebanyakan dah banyak berubah. Saya pasti ramai yang tak kenal saya sekarang...dulu pakai seluar saiz 28 sekarang saiz 40!
Apa kabar semua kawan-kawan yang selalu bergurau senda.... Ab Mughith, Saarani, Tajudin, Khairudin,Omar Jailani, Husin, Mustaffa Mat Nor, Halim , Ariffin Bakar dan lain-lain termasuk kawan-kawan yang sama-sama ke KIK dari SMU Marang... Hj AbRahman, Kamilah, Ruhaimai, Saidi, Ali Yusuf dan Asiah. Yang lansung tak pernah jumpa lepas SPM hari tu ialah Kamilah dan Asiah. Alhamdulillah, dalam 'reunion' di Motel Desa pada 23 Feb yang lepas, dapat bertemu semula dengan Saidi, Hj Rahman dan Ali. Saya sempat tengok gambar liqa' di Melaka tu. Maaf, saya agak saja Kamilah yang bercermin mata hitam tanpa tudung tu. Betul ke? Saya dengar juga dia punya business network sampai Singapore dan Dubai. Syabas diucapkan!

Us Abdullah Said, Us Rahiman Bani... kawan rapat semasa di Melaka dulu ( 1985-1988). Sejak itu tak ada lagi dengar berita. Cuma sekali ada jumpa Us Rahiman dengan Dr Ahmad Jantan ketika solat Jumaat di Shah Alam tahun lepas. Saya perasan dia takcam saya...tak apa. Us Abdullah, jiran sebelah rumah di Bachang..ingat lagi tak anta punya hayun buaian Aminah sehingga patah....Macam mana anak-anak anta? Yang anak anta lain tak ingat, Aminah je yang dapat ingat. Ingat tak anak ana yang sulong tu, bila balik rumah je anta selalu panggil KEROLL,KEROLL. Sekarang ni dia di UNISEL, tahun tiga. Saya baru dapat tahu Sdr Azizan Hamid meninggal dunia beberapa hari lalu. Bukan beliau saja.. Allah yarham Zulkarnain Yusuf, Allah Yarham Fuad dan Allah Yarham Abdullah Ahamad ( Kelas Sastera) juga telah meninggalkan kita. Semuga mereka semua dirahmati Allah.

Maaflah sahabat sekelian, saya ni tak pandai nak menulis sangat. Ini pun 'excited' sangat nak join blog ni untuk mengimbau kenangan di KIK lebih 30 tahun dulu. Mana-mana sahabat yang berhajat bantuan untuk pembiayaan kewangan- seperti pembiayaan peribadi, pembelian rumah, kad kredit dan sebagainya, bolehlah hubungi saya. Insya Allah, saya akan cuba bantu.

Maaf sekiranya coretan yang tak seberapa ini menyinggung sahabat-sahabat sekelian. Hubungi saya di yahya@bankislam.com.my atau h/p 019 6635127.

Sekian, salam persahabatan yang berkekalan dari saya.

Terima Kasih

Assalamualaikum semua,

Saya dan keluarga ingin merakamkan berbanyak banyak terima kasih kepada semua kawan-kawan di atas keperihatinan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ibu saya semasa beliau sedang sakit, mengucapkan takziah serta menghadiahkan Al fatihah dari jauh setelah mendapat berita kembalinya ke rahmatullah pada pukul 10 malam 22 Feb 08. Almarhumah mendapat rawatan selama 5 hari dihospital akibat stroke dan telah selamat disemadikan di Kuantan.

Walaupun saya tidak dapat bersama kawan-kawan seperti dirancangkan, semangat ukhuwwah sesama Gen77 sangat dirasakan . Tiga orang sahabat Gen77 Siti Norlela Badrulzaman dan Norzilah Hussin yang berada di Kuantan menziarahi kami di hospital manakala Sdr Ahmad Samawee menziarahi kami pada hari jenazah diuruskan. Panggilan telefon dan juga sms mengucapkan takziah juga telah diterima dari kawan kawan setelah berita ini dipostkan ke blog oleh Asmawi.

Sekali lagi, Terima kasih semua.

Wassalam.

ZIARAH PAK SOENARIA

Assalamualaikum WBTH
Alhamdulillah selesai sudah Pertemuan di Melaka kelmarin , jutaan terima kasih untuk Puan Fatimah dan keluarga .
Satu keputusan tergempar yang kami putuskan ialah menziarahi Pak Soenaria di Bandung , asalnya kami cadangkan pada 14 - 16 Mac 2008, Tapi setelah di semak harga Air Asia harini elok rasanya kita cadangkan pada 15 - 17 Mac 2008 .
Jika cepat pembelian tiket saya anggarkan kos keseluruhan ( Full board) sekitar RM 950.00. Setakat ini cikgu Shahrom dan isteri , Cikgu Tahir telah bersetuju untuk turut serta.
Harap kawan - kawan beri respond segera kpd saya melalui sms 012 6350046

MAHABBATEIN

kik76

Sahabat semua

"KICAP CAIR, BUBUR KACANG"

Cuba sebut berulang kali dengan laju.
(Ini adalah kisah lampau ketika naik tangga turun tangga dan semasa keliling bgn asrama.)

genghiz!

Kenapa la masuk gambar dlm blog tanpa nama setiap orang yang hadir. Kami tengok gambar tu mana la kenal semuanya. Masing2 jauh bezanya berbanding dengan 31 tahun yang lampau, terutamanya mak2 andam kita tu. elok rasanya d upload sekali lagi bersama nama sekali.

24 February 2008

LIQA' MELAKA - 24.02.08 - DIKUASAI KAUM HAWA

Bersedia untuk berdikir: Mohabat, Dolah Said, Moon, Puad, Genghiz, Bakri, Mus, Mawi & Naim.
Atas kerusi: Che' Pah, Rozi, Jaliah, Isteri Cikgu Shahrom, Cikgu Shahrom, Cikgu Mohd Tahir, Puan rumah (Fatimah), Mak Andam, Bini Genghiz, Afrinah & Aisyah.
Barisan coral speaking: Habsah, Toriah, Choon, Rozana,Latifah, Kak Nab, Asnah, Jumaiah, Abi & Wak Man.
KAUM HAWA MENGATASI ADAM. TAHNIAH KAK TIMAH & GENG!!!
Jage engkau ye!

Cikgu Afrinah (Penolong Kanan) memberi pos istimewa


Puan Rumah memerhati gelagat Bakri yg tak puas2 hisap dari kecik sampai besag!



Tak tertahan atau tak dan-dan nii Chon?




Antara jurufoto2 tanpa lesen tetapi bertanggungjawab...

Memang berbakat!




Setia menahan untuk dipukoi


- genghiz










LIQA' GEN77 D'MELAKA


-genghiz
11.55pm

Pekena Ghoti PPayang

Kemarin Reunion Pantai Timur berlangsung dengan jayanya. Masing2 telah balik semula ketempat asal dengan seribu satu kenangan yg mungkin tak mungkin dilupakan sepanjang hayat. Pertemuan pertama dalam 31 tahun. Kawang hajat nak tulis sikit pasal saing2 hak maghi jupa ari tu naknak oghang, macam aji mang tulis. Rupanya dang ke dia dulu. tikah 20 minit je dulu dia dengan kawe masuk berita dlm blog nie. Tak pe lah mang. Molek doh tu. Begheh belake. Baghu kemarin kawe nampak ghupe demo masa KIK dulu. Ghupanya ahli PSSGM jugak. Bravo mang.

Ada antara kawe kita hak gi kemarin kawe dak pernah jupe langsung dalam 31 tahun. Antaranya Yahya Daud, Lokman Mamat. Wan Zaki, Weldan, Saidi Kadir, Muhabbat, Kamal Daril, Mohd Zain, Fuad dan Hj Mang sediri. Lokman Mamat, masa dalam perjalanan tu saja Rosli Abas bagi tau rumah dia sewa kat Gong Badak. Terus singgah. Betulang dia pon baru sapa situ. Nak pindah barang balik ke Jeteh. Cuti 3 bulan nak jaga mak sakit. dok tengah tunggu lori sapa nak muat baghang.

Tapi masih boleh kenal lagi. Dok berapa banyak berubah. Ada la sikit2. Biasa la tu. PJK. Ambo pun sama.

Petang tadi Yahya tel. Dalam perjalanan ke Pasir Puteh semula utk kerja [ Hj Mang, Yahya kerja di Bank Islam PP bukan Jerteh, silap taip kot ]. Cuti sehari ziarah bapa yg sakit tua di Marang. Sampai di Jerteh call saya. Pekena roti payang di restoran Kajol. Lepah solat maghrib kami ke Dataran Pasar Malam Jerteh, pekena teh tarik pulak. Tel Kahar Daud join sekali. borak2 sampai kul 10 mlm. Banyak cerita yg kami tarik, bukan teh saja tarik.

Hari ni geng2 Melaka bkumpul. harapan kami semuanya telah berjalan dlm sausana yang penuh ukhuwwah hendaknya. Wak Man dan Mohabbat cepat la sikit masukkan dlm blog nie, buleh pakat kita tengok. Ramai geng Melaka yang kawe ingat nama mereka, mat nor baba, ghani othman, wan chik, khatijah, mail maun, ripin bakar , dollah said dll.

Sekat tu dulu, jumpa smula pulak di alam realiti dan maya.
mosasita.

Paper Clip


Suatu hari saya berada di bilik Cikgu Kusno bersama seorang teman (Saya tak ingat ketika Cikgu di bilik itu adakah sebagai Penolong Kanan atau Pemangku Pengetua ). Kehadiran saya ke situ ialah kerana menyerahkan borang-borang yang telah diisi dan ditandatangani.Sementara menunggu Cikgu menyemak borang-borang berkenaan satu persatu, saya membantu meletakkan klip kertas pada borang yang tidak diklipkan.Cikgu kemudiannya mengambil borang yang telah saya klipkan tadi. Namun, sebelum sempat menyemak Cikgu Kusno telah menanggalkan kembali klip kertas yang saya letakkan tadi sambil merungut; “Apa awak buat ni?” Bagi saya perkataan itu amat ‘keramat’ bunyinya. Apa salah saya?! Rupanya saya telah tersalah meletakkan klip berkenaan. Terbalik. Bahagian yang sepatutnya di atas saya letakkan ke bawah dan bahagian bawah yang lebih besar itu kedudukannya di atas! ’Peristiwa kecil’ itu telah berlalu hampir 30 tahun, namun ia masih tak luput dari ingatan saya. Ia amat bermakna. ’Kecil tapi signifikan’ ( saya pinjam kata-kata ’guru’ saya juga; terima kasih Prof Kamil).


Terima kasih Cikgu Kusno ! Peristiwa kecil itu telah mengajar saya supaya sentiasa:

· Berhati-hati
· Prihatin
· Teliti
· Berdisiplin
· Kerja mesti ’smart’, jangan pakai 'cincai'


FarahDina

Ibu Padzilah Said

Dalam kesibukan kita bertemu semula di Kuala Terengganu semalam, saya dimaklumkan oleh Weldan bahawa ibu kawan kita, Pn Padzilah Said, telah meninggal dunia di Pahang pagi semalam.

Marilah sama-sama kita membaca alfatihah untuk almarhumah, dan mendoakan agar beliau ditempatkan bersama para anbiya' dan salihin di hari akhirat nanti.

Jika ada kawan-kawan yang berhajat menghubungi beliau, no telefon Padzilah ialah 0139307007.

-Asmawi

23 February 2008

Titipan Kasih Motel Desa

Assalamualaikum Semua Suku sakat Gen77

Syukur kehadrat ilahi kerna perancangan yg dilakukan oleh orang kuat Ganung Hj Mang dan anak buahnya untuk melaksanakan Liqa' Pantai Timur menjadi realiti. Seramai 18 orang dari Terengganu, Kelantan dan Pahang telah menghadiri majlis yg diadakan ini. Tiada kata2 yg dapat digambarkan disini utk mengisahkan Liqa' ini dgn tepat. Kepada sahabat2 yg hadir mereka boleh bayangkan sendiri kesyahduan dan keterujaan yg dialami. Mcm2 perasaan yang terbit disini. saya tak berhajat utk memanjangkan cerita disini. Utk tatapan semua di uploadkan beberapa potret pertemuan ini yg sempat dirakamkan oleh jurugambar import khas dari Melaka [ anak Muhabbatien ] dgn menggunakan kamera saya.

Lebih syahdunya lagi Liqa' ini adalah kehadiran yg disayangi guru kita Dr Tn Hj Zawawi Ali [ ustaz, tazkirah yang diberikan amat menyentuh perasaan ] Tn Hj Din [ Pengarah IPG Batu Rakit - dulunya guru di KIK, maaf kalau silap, tak sempat tanya nama penuh] serta Pengarah Yayasan Terengganu Tn Hj Kamarul Amin [ junior kita 77/78]

Sahabat2 lain pastinya akan menyusul kemudian dari sudut lensa mereka pula.... insyaallah.

Sekian

Mohd Sanusi Shata


Dr Hj Zawawi Ali sedang menatap gambar lama di KIK yg dibawa dlm pertemuan ini.

Majlis bersalaman ketika Dr Hj Zawawi mula2 tiba. Mohd Zain[ berkacamata terpaksa balik awal kerana ada urusan yg perlu disegerakan] Tiada dalam gambar beramai2.




Hj Mang [ baju jalur ] sedang menerangkan ttg potret lama yg dibawa.


Masih lagi ttg kisah di KIK




Sesi foto diakhir pertemuan.
Depan dari kiri : Saidi Kadir, Imran Tahir, Pengarah YT Kamarul Amin, Hj Mang, Pengarah IPGBR, Dr Zawawi, Yahya Daud, Kahar Daud dan Azami Ghani.
Berdiri dr kiri
: Kamal daril, Mohd Sanusi, Zaki, Razali, Rosli Abas, Muhabbat, Weldan Che Kob, Fuad, Lokman Mamat [ dimaklumkan dan diajak masa saya dlm perjalanan ke tempat pertemuan], Ali Jusoh dan Hashim Sulaiman.

GEMPAQ2 REUNION PANTAI TIMOR BARU AJA HABIS 230 - 630 ptg

A'kum.
Nasik dagang lauk ikan aye tulang rapus dok abih,
Nasik kuning, krepok ikan aye, semua jenis makanang dang minumang dok habis,
hj mang susah hati, dok habis bukang kerana kawang2 dok mari, kerana mereka asyik berpeluk2 kang sapa dok cara makang2 minum'. Lain kali dok payoh tajalah, mereka kenyang dengan pelokang, gurau senda dang mengimbas cerita lama saja, makang minum dok brapa ca'ra!

Kehadirang kik 19 0rang + Ustz Dr Zawawi + Cikgu Khairuddin + Hj Kamarul + Mem Muhabat + mem & 4 anak ana + mem saidi + anak dia + mem kamal + mem Hj Kamarul & anak2 + mem Jeng & anak2 - ada la 40 orang.

1. Weldang & Puad G - petang khamis dah lalu didungung, perkeana sutong goreng & ikang goreng celop tepong di Pantai Telok Lipat dengan hj mang & Jeng. Malam tu katanya Kamal ajak makang di restoran trapong Saidi Kadir & family joint skali. malam tu mreka menginap di atas bukit Pak Apil.

2. Ustz Ali Yusof - smasa tazkirah beritahu dia dapat 9 BM smasa SPM, usaha smula sehingga kini jadi Guru siswazah dan mengajar di SM Kuala Berang. Dia dah kecek Zaidah ajak mari, tapi dok mari jugak, kecek lagi ustz suroh zaidah tulis dalam block.

3. Yahya Daud - sejak last skali saya jumpa di Bank Islam Kemamang, tukar 2/3 tempat di Perak kmudian Shah Alam, skarang Bank islam Jertih. Hari ini dia sukarela jadi mc. trima kasih yahya.

4. Wan Zaki - Penjaga Gol terhandal kik, skarang JKR K Trg bhg Plan2. kalu nak plan2 rumah molek kita cari dia. Asyiknya dia bercerita sapa saya tanya dia kelas mana pong dia lupe, rupa sendiri dalam gambar pong dok ingat, bravo zaki!

5. Muhabat & mem losongnya - dia maing crita hindustang dulu ngan awok2 shingga ana pong hampir terkena, tq muhabat, mem & anak laki2 - anta memang hero sgala hero, kat mana maing pilem anta mesti ada - keep it up!

6. Hashim Sulaiman - slepas ana jumpa dia didungung 5/6 taong lepas, skarang mengajar di Kruak ulu besut. Kalu sapa nok gi la hot spring, buleh cari dia - maintain bor-- macam ana jugak.

7. Rosli Abas - rakan silat 'double summer short ' ana. Hari ning dia paka cincin besar 3 bentuk. ana nok mintak se dok dang takdi. Nanti ari lain jumpa ana akan mintok. Ustz di Al Muktafibillah Shah. Kalu sapa2 breti di RNR AMBS tanya Ustz Rusli budak dok branok lagi pong kenal dia - famous sungguh!

8. Lokman Mamat - SMK Ibrahim Fikri, Seberang Takir.Skarang cuti 1/2 pay krana berbakti kepada ibu tercinta di gong lilit Jertih. Sejuk perut ibu - mengandungkan anta. ana sungguh terharu tadi bila anta crita bakti anta kepada ibu anta.

9. M Sanusi M Shata - geng silat ana jugak, maintain macho, mengajar jugak. Dudok di Padang Luas Jerteh. Dia kpala geng penggerak besut hari ning, shabas sanusi !

10. Kapten (B) Saidi kadir - bersemangat sungguh shabat kita ning, mana2 dia ada, esok nak gi mlaka pulak dia kata. Pengedar utama young cofee, sapa2 yang beli tadi ana rasa akan 'power'. Memory dia tak dok org buyleh lawang.

11. Kamal Daril - maintain cute, dudok di Chendering depang atikah soket factory. kalu sapa2 nak tau duana tepat mas banyak pakat2 kecek dia. ana pong nok tupang skali. Dia ngan Muhabat tadi cakapr bao, bao aje mende tahu.

12. Razali Mamat - taukey pre paid tersohor di hosspital nur zahirah tganung. maintain slim high. Lepas balik rumah terus talipong ana dan katanya malam ning dok tidor untuk melayari blog. Dok leh nak gambarkan perasaan katanya sejak hidup 48 taong ning, gembura tak terkata.

13. M Kahar - maintain soft & cool, Dudok Jreteh, ngajor jugak katanya, sorry la kahar dok ingat doh skolah mana takdi.

14. Imran Tahir - mawi ana dok stuju kalau anta kata merang dok aktif, hari ning dia lincah sungguh dia, maintain macho & slim lebih dari skolah lagi. Masa berucap tadi siap panggil kami2 semua, " pelajar2 - dia terbabas", satu dewang suka. Mengajar jugak, berkereta sorang diri dari Pantai Irama Bachok ke sini. Akan menulis dalam blok pakai tulisan yang akan disken katanya, tulis merang, tulis 1 .

15, Azami A Ghani - bila dia balik saja mem ana tanya, tu yang tadi berbaju batik bersongkok, maintain slim YB ex kik ke tanya mem ana (dia bertukar ngan Wan Mohamad W Hassan). Dok eh kata ana. Mengajar jugak katanya, skolah kerajaan negeri dah 22 taong katanya.nama skolah ana dah lupa.

16. Md Zin b Jusoh - kerja talikom dungung, dia balik awak siket kerana nak ngedar kat jemputang anak laki2 sulong dia nak kawing 15 mac nanti rumahnya di blakang SM sains Dungung!. nanti kita pa'kat gi lah weh!.

17. Cik Gu Mohd Khairudin b Hj Zakaria - blajar kik 69 - 72, mengajar kik econ 79 - 88, skarang Pengarah Institut Perguruan K Trg, Batu Rakit. Isterinya batch kita Mardziah bt Ibrahim skarang di SMKA Seikh Abd Malek, K trg. Trima kasih daun kladi cikgu. Tak puas ana berbual dengannya banayk commom topic ana dengan beliau, walaupun ana tak jumpa dia di kik.nanti kita sambung lagi.

18. Tn Hj Kamarul Amin - junior kita stahun. Razali kata smasa dia di form4 selalu nusuk bilek dia takut kena rangging. Skarang Pengarah Yayasan Trg. Tq tuan hj kerana hadir. nanti kami jemput lagi.

19. Last but no least AlFathil Ustz Dr Zawawi b Ali. KIK 77 - 83, Tok Jiring 83 - 88, SMA Seikh Malik 89 - 91, Cuti blajar MA UIA 91 - 93. MPI 93 - 99, Maktab Batu Rakit 2000 - 2005 (bersara), PhD UIAM Ogos 2007, Isteri Sharifah Hamadiah bt Syed Husin Lecture di UDM. Bila ustz kata kamilah nak2 beliau kerana beliau dicoba sehingga skarang tanpa zuriat, menitis air mata ana sehingga nak balik pong kami berpelukan lagi. Tinggal di Duyong Kecil dekat mesjid lama.

dah 1218 ning, nanti sambung lagi. baru balik jengok calong, esok orang blarok calong, ana kena gi tengok minyak.

p/s : shabat2 reuninon hari ning kalu ulasang ana tersasul & tersinggung - kemaafan jua dipohon.
sahabat2 yang ada kamera tadi, sila masukan gambar, VC ana nak kena down load dulu.

wassalam
hj mang

DATOK LAH JANGAN JELES / TAK JADI REHAT

Assalamualaikum semua .

Nampaknya Datok Lah ni cemburu sungguh tengok nama Bakar keluar, apa ada pada nama. Sorry la. Kena suruh Asmawi buat satu lagi email saya punya. Email ni tak leh katup la, kawan-kawan pun kadang-kadang pakai juga.
Seperti kata Fuat, kami ni nak cuti dulu bulan Mac ni, nak raya dulu. Tapi curi-curi juga tengok blog dan semak email. Hari ni berkurung satu hari d USM, Penang. Sampai pukul 8 malam, pas tu buka email dan blog sat. Tak buka rasa nak buka.
MANA GAMBAQ LIQA' DI MELAKA ?
Cepat la bubuh, nak tengok suku sakat Hang Tuah dan cucu cicit Hang Li Po.

Ada orang kata Hang Li Po tu keturunan orang Kedah sebab tu nama dia mula dengan hang. Hang Tuah tu pula anak cucu Hang Li Po. Betul ka ? Apa-apa hal pon orang Melaka memang berani macam Wak Man. Kena tukaq nama dia jadi Hang Wak Man.
Macamana Datok Lah dengan Mawi. OK Masuk la gambaq oghang Melake tu no !

KERUSI IMPOT DARI CINA

Kerusi Kayu Buatan Keturunan Genghiz!
Assalamualaikom!

Tentu ada di antara Gen77 yang pernah duduk di atas kerusi seperti ini.

- genghiz

Kenangan 77 di Pantai Timur

Assalamu'alaikum. wbt.

Didoakan semuanya sehat dan gembira disamping keluarga. Wakman dah lama tak muncul di Blog ni, tumpang gembira bila dah ada penulis dan pelakon tetap n setia. Datok Dolah, Fdina, Che Pah, Bakry, Fuat, Muhabbatie (dalam sibuk2 , masih sempat lagi terbang kesana kesini) dan lain-lain lagi. Wakman doakan majlis di Terengganu yang Hj.Mang uruskan akan berjalan lancar dan selamat. Jangan lupa rakam dan kirim kat Muhabbatie, wakman nak tayang kat majlis pertemuan di Melaka esok masa penamaan calun DUN Kandang, wakil calun Kak Timah dan siap semuanya. Ok lah , ayam dah berkokok, dah ada 3 pasang kena tangkap malam tadi, pagi semalam (Jumaat) 5 orang. Dikesempatan kawang2 semua berjumpa, wakman ingatkan jangan lupa kepada teman2 kita yang telah meninggalkan kita semua (al-Fatihah) kita doakan kesehatan serta kesabaran bagi teman2 yang sakit, dan jangan lupa pula tanggungjawab semua pada 8Mac nanti. Gembira bersama keluarga, meriahkan situasi setelah teman2 Gen 77 dapat bertemu semula, Wakman mengalu-alukan kehadiran semua teman2 ke Majlis Pejumpaan Gen 77 di Melaka (Rumah Kak Timah ) Selamat Maju Jaya.

22 February 2008

Air Terjun Sekayu


Suatu hari di Kelas 4 Sastra 1...Saya datang awal (agaknya kena giliran bertugas bersihkan kelas kot ). Kawan-kawan lain belum sampai, Che Latipah di sebelah saya pun belum sampai. Lepas susun meja dan kemas sikit2 saya pun duduk di tempat saya, di barisan paling depan ditengah2. Tak lama kemudian kawan-kawan dah mula sampai. Terasa kipas angin di atas kepala berpusing ligat. Saya pun terus bangun pergi off suis kipas di dinding yang hanya dua tiga langkah jaraknya dari tempat duduk saya.

”Bayangkan yang dingin”. Terdengar suara Mustafa di sebelah. Macam pernah dengar ja! Saya teringat, itu iklan sabun kat TV. Sabun ’Gayla’. Orang tengah mandi manda berlatarbelakangkan air terjun yang sejuk dingin.Saya menoleh sekilas ke sebelah, Mustafa sedang mengipas2 muka dengan buku latihan.Ariffin disebelahnya tengah senyum sorang2. Saya teruskan kerja saya, keluarkan buku, kejap lagi lepas bunyi loceng cikgu masuklah.

Tiba-tiba terlintas di fikiran. Agaknya dia orang ni tengah kepanasan. Maklumlah baru sampai. Saya pergi tutup kipas pulak! Nak on balik segan. Dalam saya terfikir-fikir tu adalah orang baru sampai dan terus on kan kipas. Ahhamdulillah...

Tentu dia orang kutuk saya hari tu. Sorrylah...Tak perasang dan tak sengaja!

FarahDina.

Fatimah

Kata Saidina ’Ali r.a. kepada Saidatina Fatimah al-Zahra’ binti Rasulullah ``SAW:

”Hendaknya di dalam hatimu terdapat dua perasaan yang berlawanan. Rasa memerlukan orang lain dan rasa tidak memerlukan orang lain. Rasa memerlukan orang lain akan membuatkan lemah lembut ucapanmu dan mencerahkan wajahmu. Sedangkan rasa tidak memerlukan orang lain akan menjaga kehormatan, kewibawaan dan kemuliaan dirimu di mata mereka.”

Berkata Siti ’Aishah r.a. :

”Aku tidak pernah menyaksikan ada orang lain selain Fatimah, yang baik di waktu berdiri mahu pun duduk, lebih menyerupai Rasulullah SAW dalam hal ketenangannya, kebaikan perilaku dan bicaranya. Apabila Fatimah datang kepada Rasulullah SAW, baginda berdiri menyambutnya, kemudian dicium dan dipersilakan duduk di tempat duduk baginda. Apabila Rasulullah datang menemui Fatimah, puterinya itu berdiri dari tempat duduknya kemudian mencium dan mempersilakan ayahnya duduk ditempatnya.”

Kata Saidatina Fatimah r.a.:

”Allah SWT menjadikan kesabaran sebagai cara memperolehi imbalan pahala dan silaturrahim sebagai cara untuk memperolehi ketenteraman hidup sepanjang usia.”

*Ditujukan khas untuk teman-teman; Siti Fatimah Umar, Fatimah Hassan, Fatimah Muda, Siti Fatimah (Terengganu) , semua yang bernama Fatimah; sama ada anda seorang anak atau ibu, isteri atau bakal jadi isteri, suami yang punya isteri bernama Fatimah, ayah yang punya anak bernama Fatimah, anak yang punya ibu bernama Fatimah dan juga kepada anda yang bukan bernama Fatimah dan tidak punya sesiapa bernama Fatimah di dalam hidup anda!


FarahDina.

Pelan ke perjmp Gen77 diMelaka.

SILA KLIK PADA GAMBAR UTK PAPARAN LEBIH JELAS



Seperti yg dicadangkan Jaliya,saya sertakan semula pelan kerumah saya
yg beralamat di Lot 706 Km 8 Jalan Hassan Bidin,Kg.Kandang.Melaka
semoga ramai yang dapat menghadirkan diri utk memanjangkan kasih.
Ada masaalah pencarian sila hbgi 06-2680207(R),013-6301959(Fatimah)
016-9962285(anak M.Syafiq),0136185450(suami Shabuldin)

MESRA BERSAMA PAK KUSNO & IBU




Assalamualaikom wr wb!


Semua teman gen77 yang sentiasa diingati.


Kurang lebih jam 9.20 malam, Pak Kusno menalipon. "Ya, cikgu, saya nampak cikgu di sana. Nanti saya pusing balik!" Aku tersesat jalan ketika mencari rumah cikgu di Kelana Jaya.


Selesai solat Maghrib, aku bertolak bersama room mate melalui Lebuhraya Persekutuan. Membelok ke jalan menuju Kelana Jaya. Disebabkan terlalu laju dan tidak berapa cam jalan di situ, aku termasuk ke lorong yang salah dan tidak boleh memasuki jalan yang betul. Lantas terpaksa meneruskan saja dan terpaksa membuat pusingan U dan kembali ke Federal Highway semula. Aku berpatah balik ke jalan menuju ke Shah Alam. Di situ tidak ada peluang untuk membuat pusingan U untuk menuju ke Kelana Jaya semula. Aku menyusur keluar dan mengambil jalan menuju ke Subang. AKu membuat pusingan U sekali lagi sebelum sampai ke lapangan terbang. Selepas susur keluar ke Lebuhraya Utara- Selatan, sebelum sampai ke Federal Highway, aku menyusur ke kiri menuju ke kawasan Kelana Jaya. Aku tersesat lagi dan berpatah balik dan mengambil jalan menuju ke Federal Highway melalui jalan dalam berhampiran Subang Golf Club. Selepas keluar ke Federal Highway, aku kembali mengambil jalan menuju ke Tabung Haji. Apabila sampai di hadapan masjid alhidayah, aku cuba mengingati kawasan rumah cikgu yang pernah aku pergi lebih 15 tahun yang lalu iaitu ketika cikgu menjemput kami menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Tetapi aku gagal mengingat di mana rumah cikgu.


Aku menalipon adik cikgu tetapi dia tidak dapat memberitahu nombor rumah dan jalan yang tepat. Lantas aku meneruskan perjalanan dan cuba lagi mencari rumah cikgu. Apabila sampai di persimpangan lampu isyarat, aku mengambil jalan ke kiri. Ternyata jalan itu tidak betul. Sampai di penghujung jalan, aku membuat pusingan U dan berpatah balik ke persimpangan lampu isyarat tadi. Aku mengambil jalan ke arah Federal Highway dan berhenti di hadapan masjid alhidayah. Aku menghubungi cikgu Kusno dan beliau menyuruh aku berpatah balik dan mengambil jalan ke kanan. Aku terlajak lagi, dan berpatah balik sambil memerhati di sebelah kiri jalan mencari rumah cikgu. Sebelum sampai di kawasan lampu isyarat, aku berhenti di tepi jalan. Aku nampak cikgu sudah menunggu aku di depan rumahnya. Cikgu menalipon aku semula apabila ternampak sebuah kereta berhenti tidak jauh dari rumahnya. "Ya, cikgu. Saya nampak cikgu di sana. Nanti saya pusing balik". Itulah jawapanku.


Setelah berpusing balik, aku memasuki jalan menuju ke rumah cikgu Kusno. Berlakulah pertemuan antara kami dalam suasana yang sangat mesra sekali. Terima kasih cikgu kerana sudi menerima kunjungan kami berdua!


Banyak perkara yang kami bualkan. Cikgu mempelawa kami menjamu selera sambil menunggu ketibaan sahabat2 yang lain. Kak Timah menghantar sms meminta no cikgu Tahir. Aku membals sms tersebut kerana tuan hp sibuk sekali berbual dengan cikgu dan isterinya. Tiba2 Kak Timah menghubungi sekali lagi dan aku memberi talipon kepada cikgu. Banyak perkara yang dibualkan oleh mereka berdua. Aku juga menceritakan perkembangan terbaru kawan2 dan aktiviti2 yang kita jalankan. Cikgu memuji usaha2 yang kita lakukan ini dan mengharapkan ianya diperkemaskan secara berterusan. Makanan yang disediakan oleh isteri cikgu memang sedap. Aku meminta izin dari cikgu untuk menambah! Cikgu mempelawa aku minum kopi O dan kopi cendawan. Fulamaak! Terima kasih cikgu. Banyak jenis kueh yang terhidang di atas meja. Semuanya sedap belaka. Tanpa disedari jam sudah melepasi 12 tgh malam. Aku teringat pesanan cikgu Shahrom "Tidur mesti cukup!" Perbualan kami macam tidak ada nokhtahnya. Memang bersambungannnnn. Akhirnya aku meminta izin untuk pulang kerana esok aku terpaksa ke Kuala Lumpur.


Sukan tahunan sekolah akan diadakan mulai jam 7.30 pagi esok sehingga jam 12.30 tgh. Kemudian akan bersambung semula selepas so;at Jumaat. Pertandingan perbarisan antara rumah2 sukan akan mendahului upacara akhir dan penyampaian hadiah dijangka akan selesai pada jam 5.00 ptg.

Selepas selesai sukan, In Sya Allah, aku dan keluarga akan bertolak ke Kuala Trengganu...
Jam sudah melebihi 2 pagi. Selamat malam Cikgu, Selamat malam Pak Kusno, Selamat malam Ibu! Selamat malam sahabat2ku!

Wassalamualaikom!
- genghiz