13 February 2008

Hidup Pemangku Pengetua!!!!

Hidup Pemangku Pengetua!!!
Hidup Dato Dollah!
Hidup Datin Nik!

Hari ini 13 Feb 2008, adalah hari terakhir Ustaz Mohamad Awang bertugas sebagai Pengetua KISAS. Beliau bersara wajib berkuatkuasa besok.

Mulai besok juga, Ustaz Abdullah Hasan akan memegang tugas sebagai Pemangku Pengetua Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang.

Hidup Dato Dollah!!!!
Hidup Datin!!
Hidup Gen77 (istilah yang diperkenalkan oleh Dato sendiri!)

Selamat memegang tugas baru. Selamat berbakti untuk anak bangsa dan ummah. Kami berbangga dengan pencapaian anda, dan amat berbesar hati di atas kepercayaan yang diberikan kepada salah seorang anak didik Gen77, untuk memegang teraju kepimpinan Kolej Islam, walaupun sebagai pemangku (saya difahamkan oleh Datin Nik bahawa Dato' tidak samasekali akan memegang jawatan Pengetua secara tetap kerana mereka kabarnya telah bersumpah untuk sehidup semati bersama-sama di KISAS, come what may!-haiyaaa...dah lama ko ekau berduo jadi romeo dan juliet???- Kalau Dato' menerima jawatan Pengetua, Datin Nik secara automatik terpaksa pindah sekolah kerana mengelakkan "conflict of interest" antara suami isteri.)

-Asmawi Mohamad

12 February 2008

Kukuhkan Persaudaraan


Assalamu'alaikum Wbt.
Dipohonkan doa, keselamatan dan kesejahteraan teman2 serta guru2 yang berada diseluruh pelusuk negara dan Indonesia. Ampun dan maaf kerna sudah lama gak menulis di Blog Alumni 5KIK1977. Ramai teman yang mencari2 wakman. Ramai juga yang kangen sama wakman. Bapak Senaria bilang, teman2 perlu terus berjuang, kita semua jadi khalifah.... maka hari ini kita perlu buktikan kasih sayang kita dengan perkukuhkan Persaudaraan melalui wadah yang teman2 semua sudah serasi.... manfaat kecanggihan ICT untuk membangun Ummah, kesatuan fikiran / wahdatulfikr dan amal jama'i. Cetusan idea Hj.Mang dan Asmawi perlu diterjemahkan segera kerna ramai teman2 5kik77 berada diposisi yang amat membanggakan. Wakman melihat negara kita ketandusan NGO yang mampu tampil menyemarakan dakwah dan kerja2 amal kesukarelawan khususnya dalam meleburkan jenayah sosial dan penyakit masyarakat. Tadi Wakman membelek2 gambar kelas 5sas2, nampaknya ada 13 orang daripada 29 yang dapat dikesan. Dr.Mohd Zaki (UM), Aziz Che Kob (JAKIM Sabah), Yaakub Rahim(JAKIM Serawak), Yunus Samed (UiTM Sabah) Abdullah Said (UiTM Lendu)Ku Mahusin (Trg), Ismail Hasan (Ipoh), Sazali Termizi (Unisel), Zahid (Trg) Mokhtar Muhed (UTM Skudai) Halimah Sulung (Kelang), Rohani Daud (Kltn), Kamilah Kasim (S'pore). Yang lain masih tak dapat dihubungi lagi spr Azizan Hasan, Ismail Abd.Rahman, Ismail Maon, Abu Hasan Ashaari, Mazalan Omar, Omar Mamat, Hashim Seman, Abd.Wahab Deris, Norayati Md Hasan, Robiah Bujang, Fatimah Abdullah,, Faizah Othman, Mariam Mohd, Zaimah Awang. Kepada teman2 yang mengetahui sila maklumkan kepada wakman. Asmawi dah boleh disgn T.Shirt geng77kik untuk teman2 beli dan pakai nanti sebagai tanda memeriahkan ikatan ukhuwah 5kik1977. Syabas dan Tahniah kepada teman2 puteri yang sudi mencoret jari manis ke alam maya ni, Kak Tipah , Kak Faradina. Insya-AlLah , puteri2 yang lain akan terus membuka dan membaca Blog ini dan pastinya nanti teman2 puteri akan bersemangat untuk bercerita dan membakar semangat putera2 5kik1977 bagi menjayakan seruan Bapak Senaria. Tahniah ! Muhabbatie .

Sukran, Maaf dipinta, doa diraih. Usia kita semakin .......... jiwa teman kian membara.......
Wassalam.

Insan kerdil .Wakman.

KITA BERMUNAJAT DAN BERDO'A!

Assalamualaikom rakan2!
Sdr Asmawi baru saja menghantar sms berkenaan berita yang dia dapat melalui Sdr Mohabbat iaitu keadaan Bapak Soenaria yang sudah dua hari dimasukkan ke hospital! Marilah kita berdo'a memohon agar Allah Taala memberi kesejahteraan dan kesihatan yang terbaik kepada Bapak. Berdo'alah sahabat2, semoga Allah merestui dan memberkati permohonan hamba2Nya! Terimalah permohonan dan do'a kami Ya ALLAH!

- abdullah hj hassan

WELLCOME BACK GIRL! NICE GIRL

Assalamualaikom rakang2 semue!
Tentu kawang2 ingat seorang gadis yang mengajar subjek Sains dan Biologi.
Gadis itu sangat suka kepada bekas murid2nya. Dalam pertemuan d Briyani King, Klang, beliau turut bersama menjayakannya. Selalu sahaja bertanyakan sdr/i apabila bertemu. Ya, gadis itu ialah cikgu kita Cik Sushama bt Madhavan.
Sehari sebelum majlis perkahwinan anak saya, beliau telah datang ke KIK dan berpesan kepada isteri kesayanganku tu menyediakan sesuatu kepada teman2 yang datang pada 2 feb. Baru sebentar sayang saya yang kini sedang berada nuuu jauuuuh di Utara (Bang Chin tolong tengok sama takut bini aku tu terlepas pi siam pulak!) kerana ada mesyuarat kat sana memberitahu yang cikgu Sushama baru saja menghubunginya dan bertanyakan perihal anak2 didiknya terutama yang lelakilah kerana depa laa yang cun2 sangat dulu, kini dan selamanya!. Heheee.. (Pastinya ada yang teghasa sangat2 nih).
Selamat pulang Cikgu! Cikgu tengoklah blog ini, dan sudilah menulis sesuatu berkaitan pengalaman Cikgu menjadi guru atau pun catatan perjalanan semasa melawat keluarga di bumi Bollywood tempoh hari!

Terima kasih, Cikgu kerana selalu bertanyakan khabar kami.

- abdullah hj hassan

Keajaiban Perhubungan Insan -Kekuatan Ikatan Persahabatan

Duduk Dari Kiri: Pn Rohani Daud (5sas2 77)bersama cucu, Pn Siti Rabiah, Kamariah (Mustafa's Wife) Berdiri belakang : Kenal? baju kotak (biru juga ke tok Aat? nampak tua, dah masuk 48 tahun ni...penat habis gas ...sehari suntuk redah kesesakan jalan traffic jam di negeri Cik Siti Wan Kembang... tak apa...jam tu ertinya makmur...KL jam, London jam, Paris Jam...Tokyo? tok sah cerita.. Anak sulung...asasi UIA. 19 th.













Ini bukan KB, bukan Sri Iskandar, Atau Kuala Kangsar Ipoh, tapi satu jalan kecil 2 hala yang menghubungkan Jalan Pasir Hor dari Jalan Kuala Krai ke Jalan Pasir Puteh di simpang Cica. puun...jam. sempat turun kereta ambil gambar...orang heran surat khabar apa ni...tamil nesan ke?
Tok Aat, Husin, Nasir, Zubir, Amar, Rashidi, dll yang hadir reunion kat Sri Iskandar, saya dapat rasai betapa beraat dan boring serta geramnya tersangkut...spt ni...tapi demi kawan dah sahabat kita sabar dan redah juga....


"lauut ngeeriiiiiii...di buulaaan diiseembeeer...aada kaalanya lebiiih siimpatiii...." di Pantai Irama Bachok Kelantan Jumaat 8.2.08
Assalamuaikum WBT, Para Sahabat, Di Lembah Kelang, Utara, Selatan dan Pantai Timur.
Cuti Tahun baru cina dimanfaatkan untuk balik Kg, di Kelantan 6-10 Feb 08. walaupun jauh ia amat menyeronokkan.
Imran Tahir, maaflah hanya dapat bercakap melalui tel. sebab sdr ada perlawanan tennis...ok next time kita pekena teh tarik kat mana-mana. Jangan lupa janji nak ke KT perjumpaan geng kik77. wilayah timur. Hj Mang, Kahar, Azami, Rosli Abas, Wahab, Sanusi, dll telah berjanji dan menunggu.
Ariffin Hasan, syukur tertunai janji saya kepada sdr Fuat Azahari saya dapat kontek saudara. Utk makluman saya bertukar sms 3,4 kali dengan Tok Aat memaklumkan berita ini. Tapi demo tersalah sebut nama dia...disebut nama ayah dia pula...
Pn Rohani Daud, last saya tengok awak ialah pada tahun 1979. Masa habis Upper Six. Lepas tu tak jumpa hinggalah saya tengok gambar awak yang di kirim oleh Muhabad tempuhari. Terima kasih menerima kami sekeluarga pada petang sabtu 9.2.08. Saya bawa isteri dan anak sekali seperti yang terbaik supaya silaturrahim lebih luas. Terima kasih hidangan petang hari tu... Puan beruntung...anak-anak dah menampakkan kejayaan dan telah ada 2 cucu yang comel. InsyaAllah dengar khabar akan bertambah lagi. Seperti saya kata dalam posting dulu...bilaaalah saya nak dapat menantu...anak sulung baru asasi tapi girl friend dah ada...Saya dah dapat tel ustaz ahmad Ismail dari Dr Zaki Abdul Rahman. InsyaAllah saya akan rancang pertemuan puan dan Ustaz Ahmad Ismail kawan-kawan di KL akan dijemput sama.
Pn Siti Rabiah, Puan seperti dulu...suami puan kawan saya dan Asmawi sejak 1973. Terima kasih kerana hadir sama masa di rumah Rohani. Adik puan pula kawan isteri saya...selepas kik1979 kita pernah jumpa di UM masa konvo adik puan dan isteri saya 1988.
Ariff, masa di KB singkat jadual pack sangat. Dapat bercakap melalui telefon saja. Masa balik kelantan saya tak bercadang nak buat re union. Sebab tu saya tak rancang dari awal. Cuma niat saya paling kurang cari Ariffin Hasan dan nak ziarah dan bertemu Siti Rabiah dan suaminya dan Keluarga Pn Rohani. Syukur ...termakbul doa.
Saudara Naim, kita miss pertemuan kawan di Alor Star dan Sri Iskandar, tapi kita tak miss Tg Malim, Briyani King dan Kolej Islam. Kebetulan 3 pertemuan kita sama-sama satu kereta pergi...kebetulan balik kg tarikh berkenaan maka misslah kita... nanti kita tengok bila lagi re union dan jamuan... yang terdekat dan dekat ialah di Melaka. Asam pedas ikan bakar nasi lemak... dan di Trg... tarikh tu pula clash dengan kerja...
Gengkik77Wilayah Utara, Sdr Fuat, Husin Md Isa, Dato' Dollah, Datin Nik, Zubir, (saya ingat saudara), Amar (Raja Pecut), Nasir (5sc2) Azhan, Rashidi (adik aku ada cerita, hang kerja sama dgn dia IAB, Imran Tahir hang temuduga dia...) Tipah Zul n Suami, Ismail Hassan, dll: Reunion Sri Iskandar, Tabiik di atas kesabaran Husin, keprihatinan Fuat, Nasir, Zubir, Amar, dan Kekentalan semangat Dato' Dollah dan Datin Nik Mahizan n anak setelah membaca posting Husin dan Zubir. Usaha yang baik ada sikit coobaann.
Farahdina, seronok baca cerita puan. Ingat kita sekelas dulu. Awak antara rakan sekelas yang pendiam tapi bila baca cerita ada yang lucu dan ada yang sedih terutama bila spek jatuh dari keretaapi masa balik kg. Dulu saya tak pakai spek sekarang dah rabun jauh...kena pakai spek kalau tidak tak dapat cam kawan apatah lagi selepas 31 tahun tak jumpa.
Email dari Puan Fatimah Omar 5sas3 77, Upper six1 79, pada 5.2.08 saya terima email dari puan, maaf lambat jawab tak sempat dekat nak cuti. Lepas cuti baru balas email dia. Lepas tu diam... ke mana ye? out station kut atau cuti...
Kamilah ...di KL atau Singapore? lama tak menulis...dalam blog atau maya tentu banyak kes nak study kot...kata nak lawat kak Teh (Rohana Mahadi) dah pergi ke??
Yang Ariff, mee celup...ikan keli masak lemak pekat...jangan lupa ajak saya. Saya pun berair mulut ni nak makan...
Afrinah Mohd Ikhsan...5sas3 77, 6a1 79, masih menyepi kenapa ya? kirim salam kat suami U lama tak jumpa dengan dia. Saya jarang meeting dgn JPA sekarang, banyak di DBKL saja. Kalau di kira Afrinah ni orang Meru saja. Dekat tu...mungkin Kamariah Mohd Noh dapat cari.
Jamaiah Omar...Wak Man kata dia di Melaka atau Negeri 9. Jgn lupa ajak dia perjumpaan di Melaka.
Dr Bakri, Halimon,Wak Man: Bolehkah cari Ismail Maon, Dollah Said, Mohd Nor Baba, Hapinah Samah dll.
Sazali Tarmizi... di mana u... saya dah dapat cari Zakiuddin Ahmad dan Yahya Daud serta sabaruddin Hassan...
Apaaalah saya tulis malam ni...
Wassalam ...Amin
-mustafa mohd nor-

SDR MAWI! BERSEDIA, BLOG KITA. %@*&!?":;#

Assalamualaikom Mawi & teman2
Blog kita akhir2 ni dah jadi lain macam! Ana bimbang kalau terkena serangan dari pihak tertentu atau terkena jangkitan virus! Jalan macam dua selenden saja. Rasanya jaguar Bang Chin pun lebih laju! Hj Mang boleh tolong bantu sama. Ana setakat jampi dan ludah kighi kanan tu boleh la. Wak Man pun tak tau nak kontek dok tang mana! Daghi dua tiga haghi lepas ana bimbang takut dia terkena virus depa punya... Na'uuzubilLah min zaalik! Aaamin. Om Puat dok tanya borang saja laa ni! Yang tu seperti yang ana ghoyak lah " tak perlu bimbang". Bang Chin & geng mesti ada dalam senarai yang telah dipendekkan. Harap maklum! Jadi, harap2 Wak Man dapat menimbulkan diri dalam maya atau blog yang dah sempuut sangat ni! Uncle yang pi Genting Highland tu dah tughun ka? Mana pi gambag2 di TG? Jangan pegham lama sangat, nanti basi.
Wassalam adanya!

- abdullah hj hassan

Video Klip Import Terhangat !!!

Director: Datuk Muhabbad
Producer: M. Asmawi (adik) norANI

Selamat menonton!

Teman yg ku nantikan...

Waaalaikom salam husin , aku begitu tersentuh lagi terharu dia atas perjalana yang tak direstui hang tu bertolak dari changlon 9.00 pg 10,2.08 sampai balik dg adik jaguar Lok (panggilan manja tolok) 2.30 pg 11.2.08. mlm tu hang ngan lok confirm tak kena dah, barani kacau bini lagi he2 (gelak kecil bagi org yg faham saja). bertempat LG coner tu, aku terpanggil juga nak pi tapi progrem org rumah bercuti sambil hantag anak kutm skudai, pg hang sampai rumah tu baru aku tekan minyak balik ke s.alam. jaguar aku boleh lari mcm fuad juga kadang2 140 km/jam tapi biasa 160 saja.. nikmat kemudahan yg allah beri kena guna, betoi x. insya allah bln 3 election day ni kita jumpa kat mee celup tepi highway dari asun ke changlon tu, amboi meleleh air liog aih teringat laksa dia. hang teringat x kwn best kita sarifuddin ramli org kodiang. katanya dia dok kok sebelah keramat ulu kelang mengajag kafa, minta2 dia dpt cari kita kalau kita x leh cari dia. kwn semeja dmaktab mahmud dan kwn skereta api masa balik dari kik. teringat aku, dia mesti cari tempat duduk kat aku punya. ada gambag antik kita b5 dg aripin, stopa dlm class 5s1 mcm kelmarin saja mohd nor yaakob tangkap. hang ingat x lagi semasa kita marching kadet dulu tu, panas nak mampus tapi dah cik tipah dg geng2 dia dok perati, gagah hayun tgn tukag langkah kekiri pusing, naik jelaga muka.

Berita terkini, sejak balik dari Jb tu h/p aku masuk air pula so terputuslah jaringan maklumat keputusan bola 1 kpd bola 2 dsbnya. X pa sin, melalui maya ni pun kita boleh berinteraksi. Smlm aku call salahuddin rashid dok mengajag di jln kebun saja tapi x leh cakap lama, dia kata ada kokorikulum pula, nak call balik sampai lani x call2 pun.masing2 sibuk kot. Ni aku curi masa stand down sat habag kat loyer, aku nak sambung balik bicara poligami. Kadang2 yg arif pun naik syeikh juga, ibu drumah jadi mangsa he2. Dulu semasa 5s1 hang dg tipah jadi ketua n penolong ketua kelas, so mulai sekarang hempa la dtugaskan mengesan balik kwn2 kita tsb, tanya depa bila nak dpt datuk, boleh kita pakat2 pi memeriahkannya. Fuad mesti mau punya dengag kata dia dok himpun kwn2 yg nak ikut wak man pi sekogdeng. Dia nak naas dg city dia, tapi aku ingat bukan "city" dah lani, aku nampak dah saiz accord (jgn mareeee ye). okey tipah pun curi masa mcm aku juga berenti sat mengajag sbb nak tulis blog aku pun tiru dia. Kereta lok hang dah hantag balik. Hantag awai nanti bole pinjam lagi, org percaya. Smlm KM Naza boleh kena 4 dg johor PG hang x pi sorak sama kot . salam pd kwn2 yg sekadar bertanya.

-Yang Arif

Koperasi Gen77 Berhad???

Ops. Sorry. Nama belum ada actually.

Ada beberapa kawan telah mencadangkan agar skop inisiatif kita sekarang ini diperluaskan kepada beberapa isu yang besar selain dari hanya setakat untuk bersosial dan berseronok-seronok mengimbau masa silam 31 tahun yang lalu.

Setelah melihat ke kiri dan ke kanan, kita perhatikan ada beberapa situasi yang memerlukan kita melihat secara serious hala tuju persepakatan kita sekarang. Sebagai contoh, kegawatan hidup Sdr Saidi akibat pembedahan dan kecacatan kekal yang beliau hadapi, perlukan keprihatinan dan pertolongan yang konkrit dari kita, bukan setakat simpati dan cakap-cakap penyedap hati. Ada lagi kawan-kawan kita yang tidak mempunyai kerja yang tetap di usia mencecah 50an ini. Ada juga guru-guru kita yang terlantar di hospital atau di rumah kerana gangguan kesihatan. Itu setakat yang kita tahu buat masa sekarang. Ramai lagi di luar sana yang seangkatan dengan kita, tetapi oleh kerana mereka belum dapat kita jejaki, nasib mereka pun tidak kita ketahui.

Pada masa yang sama, kita sedari bahawa kita mempunyai kekuatan sumber dalaman kita sendiri. Antara kita ada yang bertugas di Jabatan Pelajaran, Kementerian Pelajaran, di Kolej Islam sendiri, di sekolah-sekolah, di Jabatan Kastam, di LHDN, di Telekom, di Petronas, Mahkamah Syariah, dan dipelbagai organisasi lagi di seluruh negara. Ada yang menjadi usahawan, membuka kilang kicap, stesen minyak (walaupun susah nak dapat minyak free :), menjalankan perniagaan Travel Agent, khidmat guaman, dan sebagainya. Semua ini ada manfaat dan kelebihannya. Amat rugilah jika kita tidak mengambil manfaat dari kehadiran semua sahabat-sahabat kita ini.

Keberkesanan jaringan persahabatan kita ini telah terbukti bila kita menggunakan sumber ini untuk menjejaki semua sahabat-sahabat kita. Gandingan Fatimah dari Telekom dengan Padzilah dari LHDN mampu menjejaki ramai sahabat-sahabat yang telah terputus hubungan sejak 31 tahun yang lalu.

Kita juga menyedari bahawa dengan usia yang semakin meningkat, anak-anak yang semakin membesar, aspek kebajikan sesama kita pun perlu kita pertingkatkan. Akan ada antara kita yang perlukan perbelanjaan untuk rawatan kesihatan, untuk menyara anak-anak masuk universiti, atau hanya setakat untuk bercuti rihat di mana-mana.

In a nutshell, isu-isu itu ialah: bantuan kebajikan sahabat-sahabat dalam kegawatan+kebajikan diri sendiri + mempereratkan persahabatan+ mempergunakan networking dan kedudukan sekarang.

Mengambil kira semua perkara di atas, dan setelah mengadakan perbincangan dengan kawan-kawan (setakat termampu) saya rasa platform paling sesuai untuk kita merealisasikan semua aspirasi di atas ialah dengan menubuhkan satu koperasi.

Melalui platform koperasi, aspek-aspek perniagaan dapat dijalankan dan dalam masa yang sama, pulangan perniagaan itu dapat dipulangkan kepada ahli-ahli untuk manfaat bersama. Berbanding dengan syarikat sendirian berhad, koperasi lebih menekankan kebajikan ahli-ahli secara bersama. Melalui koperasi, Gen77 KIK boleh menjadi ahli (kita ada lebih 200 orang, cukup untuk "economy of scale" sebuah koperasi, tambahan pula keahlian hanya terhad kepada ex-KIK sahaja), membeli saham koperasi dan sebagainya. Dana yang terkumpul boleh dihalakan kepada perniagaan-perniagaan tertentu, seperti menjadi distributor untuk kicap Hikmah yang diusahakan Ammar, atau distributor minyak pelincir Petronas (Hj Mang tanggung beres) atau apa-apa jenis perniagaan yang berisiko rendah, supaya tabungan ahli tidak didedahkan kepada kerugian yang boleh menghilangkan kepercayaan ahli-ahli nanti. We can chart the road later about this.

Pada masa yang sama, koperasi boleh memberikan hadiah-hadiah sesekala-occasional gifts- (untuk anak-anak yang masuk periksa, atau masuk universiti, persaraan, kenaikan pangkat, perkahwinan dan sebagainya). Nanti bila duit dah banyak, boleh beli aset seperti tanah untuk diusahakan, atau menawarkan pinjaman Bai bithamin Ajil dan sebagainya.

Saya telah melakukan sedikit "homework" dan saya dapati Puan Jaliya Basiron kita ialah Setiausaha Koperasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Oleh itu, kita boleh manfaatkan kepakaran Puan Jaliya untuk koperasi ini. Maaf ya Puan Jaliya, I tak sempat bincang dengan you fasal hal ini lagi.

So my dear friends, please feel free to brainstorm and discuss this idea, either here, or in our egroup (grup maya). Lets find the best idea by giving out your thoughts and ideas actively.

Wassalam,

-Asmawi

11 February 2008

Catatan Perjalanan P dan Balik ke Sri Iskandar

Assalamualaikum,
Rasa tertarik untuk menulis kisah perjalanan ke Sri Iskandar ni. Sebenonya lain kali jangan la buat perjumpaan waktu cuti serentak macam tu, boleh biol kepala dengan traffik di highway. Mulanya janji dengan Fuad nak jumpa di Tol Sungaai Lalang (SP Utara) pk.9 pagi, entah macam mana tengok jam pukul 9 masih dok di rumah (Baling) lagi. Pecut kereta ke Sungai Lalang sampai rumah Ammar dekat pukul 10 pagi. Masa dalam kereta dok berangan hari ni nak jadi tuan, pakai driver pulak, tumpang kereta Ammar atau Husing atau kereta Lok. Memang tadak niat nak memandu. Sampai rumah Ammar dia kata Pajero dia aircond rosak semalam, tak boleh repair sepab raya cina. OK kita naik keta Husin. Tunggu punya tunggu nampak Lok jalan kaki masuk rumah Ammar, Lok kata keta Husin pecah paip air pula. Memang sah la saya kena jadi dreba hari ni. Nasib baik isteri Ammar jamu nasi lemak. Bawa keta nak kejar Puat, dia tunggu di Juru. Sampai dekat juru 2km lagi nak masuk plaza tol keta dah berbaris panjang, jem lagi nak amik tiket tol. Puat kata dia tunggu di Bukit Gantang, kejar lagi. Puat kata dia dah jalan, kejar Puat, dia tunggu di tol Kuala Kangsar. Sampai di Cangkat Jering tengok keta berbaris panjang. Puat kata jem lagi. Kami keluar ikut cangkat Jering ikut jalan lama ke Kuala Kangsar. Puat dan uncle shidi tunggu distesen ketapi. Saya tak tau tang mana Sri Iskandar. Ikut Puat dia cekap di Perak (projek dia dalam negeri Perak). Ikut jalan Parit. Jalan cantik, keta tak banyak tapi bengkang bengkok. Puat pecut sungguh. Merana Honda nak keja Murano Puat. Sidi pun pecut juga. Pertama kali sampai di Sri Iskandar. Orang Perak dah lama tunggu. Sampai hati ASMAWI tak tunggu kami. Memang hajat nak jumpa Mawi. Terima kasih Latifah dan suami yang beri layanan dan jamuan yang sungguh klass. Puas hati. Pukul 5.30 ptg cabut balik. Ikut jalan mula mai tadi sambil tengok kedai nak beli paip air keta Husin. Habuk pon tadak. Sampai cangkat jering berenti di bengkel Melayu. Lega. Tapi hampa paip tadak. Last kata kat Husin hang amih tayar dalam motor potong, nanti kita ikat paip yang bocor. Dalam keta nasib baik ada gunting yang saya selalu guna potong rambut pelajar. Husin buat keja dalam keta. Sampai di Bukit gantang 7 30 cadang nak berhenti solat maghrib. Tengok orang berbaris panjang nak solat. Alhamdulillah. Tapi kami tak jadi terus pecut. Puat tel hangpa jangan ikut juru, jem terok nak masuk ke Jambatan P Pinang,. Kami keluar ikut tambun masuk balik tol Sungai Dua. Sampai di SP, makan dan solat. Sampai rumah Ammar buat keja, repair paip keta Husin. Kata kat Husin hang ikut jalan biasa ke AS jangan ikut Highway. Apa-apa hal hang berenti umah Puat di Bt 17, amik keta dia sebiji. Saya terus pecut ke Baling. 1230 sampai rumah. Pukul 130 kontek Husin. Dia dah sampai di rumah Lok tapi keta dia meragam lagi kipas pula tak jalan. Wah kacau. Dia amik keta Husin. Tabik kat Husin pukul berapa dia sampai Canglon pon tak tau. Memang nak menguji semangat dan erti persahabatan selepas 30 tahun. Pagi-pagi Fuat SMS bagi tau hal Husin. Dia ambil berat sungguh dengan kawan-kawan ni.
Pukul 9 pagi SMS kat Syed Abu Husin pasai pa dia tak mai. Lepas tu dia call. Katanya tak dapat maklumat. Lain kali dia kata bagi tau awal-awal. Dia pun teringin nak berjumpa juga. Apa hal pun Puas hati dan seronok yang tak dapat dipadamkan dari sanubari. Tahniah kepada Datok Dolah dan Nik yang sanggup datang. Lain kali kita jumpa lagi. Dari ZUBIR

LIPAT (Liqa' Pantai Timur)

Assalamualaikom!
In sya Allah, jika tiada apa2 halangan,
saya dan Dia akan turut tughung ke sane!
Oleh kerana jarak masa agak longgark,
harapang kite semoge semue temang
dapat merancang dari sekarang!
Selamat menjayakang
LIPATgen77kik.

Salam sayang utk semue2
-abdullah hj hassan

Form5kik77 Reunion Pantai Timur

Assalamualaikum wr wb

Form5kik77 Reunion Pantai Timur

Tarikh : 23 Feb 2008
Masa : 1230 - 1830 ptg
Tempat : Motel Desa, Bukit Pak Apil,
Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu.
( Opposite RTM Kuala Terengganu - Bukit yang sama )
( Tel : 09 622 3033, 019 913 1554 - Cik Ruby)


Kehadiran sangat2 dialu2kan, mohon dipanjang2kan kepada semua sahabat2 diseluruhPantai Timur & seluruh negara serta luar negara juga (Kamilah).

wassalam
hj mang
019 915 0007
rahmaju@petronas.com.my

Pertemuan di Sri Iskandar: Jawapan kepada Fuat

Oleh kerana Fuat telah taroh saya kow-kow dalam tulisan blog dia berkenaan ketidakmunculan saya di Sri Iskandar Ahad lepas, maka saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf secara terbuka kepada Puan Pah Zul dan suami beliau En Ali kerana tidak "reciprocate" undangan beliau untuk menjadi selera di TG Corner yang tersohor di Sri Iskandar itu.

Insya Allah bulan depan saya akan ke Tronoh lagi. Nanti saya singgah di restoran TG Corner tu, makan cukup-cukup macam customer biasa, bila sampai time nak bayar baru saya akan call Pah Zul untuk "kensel" kan bil tu? Amacam? Beres?

Hang Fuat, hang jangan bisin-bisin. Sekarang score kita semua lebih kurang sama, ie, 3 points (perjumpaan di Aloq Staq tu tak kira la). Dato Dollah pun tiga (Beriyani Kelang, Kedah, Sri Iskandar), aku pun tiga (Tg Malim, Kelang, KIK). Hang pun tiga (Tg Malim, Beriyani Kelang, Sri Iskandar). Seri 3-3-3-3-3-3 OK?

So next venue is either in Kuala Terengganu, or Melaka?

-Asmawi Mohamad

Harga Sebuah Senyuman

Kawan-kawan tentu masih ingat, kelas Bahasa Inggeris kita . Bukankah kelas tu ’floating’.?! Maknanya waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris kita akan bangun bergegas ke group masing-masing. Masa tu kita berselisih di koridor yang sempit . Di koridoraya itu juga kadang-kadang berlaku berbagai peristiwa yang melucukan.

Satu hari , ketika saya nak kembali ke kelas Sastra 1 dari kelas Sastra 4, dan ramai kawan-kawan lain berselisih di koridor untuk balik ke kelas masing-masing, ada beberapa orang pelajar lelaki berdiri bersandar di tembok koridoraya berkenaan. Laluan menjadi bertambah sempit dengan kehadiran mereka. Ketika saya melalui di hadapan mereka-mereka itu, saya terdengar perkataan: Sekupang, dua kupang, sekupang( 10 sen, 20 sen ........)”( kalau tak salah saya suara Ammar ). Di hadapan , yang sedang berselisih dengan saya antara yang saya ingat ialah Norihani(An), Norhayati Hassan, Kamariah Jaafar dan beberapa orang lagi. Saya terperasan mereka meletakkan harga pada senyuman kawan-kawan. Dan, saya tidak pasti berapa harga yang mereka letak pada senyuman saya. Tapi besar kemungkinan mereka tidak meletakkan apa2 nilai atau boleh jadi juga 1 juta ringgit ( masa tu belum RM lagi ). Yang saya pasti ketika itu saya tidak tersenyum dan saya rasa masa saya di KIK saya bukanlah termasuk di kalangan puteri yang manis-manis. Bukanlah juga bermakna saya ”memikul dunia di atas bahu”. Cuma saja..........mungkin semulajadi saya dijadikan Allah bermuka masam.Tapi saya suka melihat orang lain senyum dan ketawa.

Gelak ketawa, senyuman dan tangisan adalah anugerah Allah kepada kita. Pengalaman kita di KIK penuh gelak ketawa dan senyuman dan kadang-kadang sekali sekala mungkin ada tangisan; mungkin dalam hati, menitis airmata atau meraung sekuat2nya. Semua itu adalah pengalaman hidup yang penuh makna.

Walau siapa pun kita hari ini, semua kita adalah sama. Bumi waqafan yang penuh bertuah itu telah menjadi sebahagian dari sejarah hidup kita.Semoga setiap pengalaman yang telah kita kutip di sana akan menjadi permata yang bernilai yang boleh kita gilap sehingga ia bersinar menerangi alam.

Salam.
FarahDina

We need more Husin, more Lok, more Ammar, More Zubiaq!

Orang lain jangan jealous ye.

But obviously, the heroes for the movie "from Changloon with Love" belongs Husin dan geng-geng beliau yang merentas hutan belantara, bertarung dengan seribu cubaan dan rintangan, untuk sampai ke Sri Iskandar, dan kemudian balik semula, sekali lagi dengan penuh rintangan , ujian dan cubaan, sampai nak masuk rumah pun tak habis-habis lagi ujian dan cubaan, dan kept everything to himself without bothering his wife in the middle of the night, just to make sure the wife is not worried about the tribulations that the hero was facing.

Tabik la kat kau Husin.

Dan kepada bentara-bentara si hero: Lok, Ammar, dan Zubiaq, kau orang semua layak dapat pingat emas gagah berani.

Kalau tidak kerana kau orang semua, memang sah dah pertemuan di Sri Iskandar akan jadi tawar hambar.

Semangat pengorbanan fillah dan lillah kau orang semua perlu direplikakan banyak-banyak untuk disebarkan di pantai timur, selatan, dan juga seluruh tempat lain di seantero Malaya.

-Asmawi Mohamad

TABIK SPRINGGG UTK MU BANG CHIN & TEMAN2

Assalamualaikom semua!
Bravo Bang Chin! bravoo dan bravooo! Beginilah antara contoh terbaik yang kita dengar dari seorang dari kawan2 kita yang sanggup berkorban apa saja demi menjayakan visi dan misi baru gen77kik selepas sekian lama menyepi diri! Tahniah kawan2.
Aku terpaksa memaksa diriku menulis dalam blog ini sebaik lepas membaca satu persatu catatan Bang Chin dari awal hingga akhir! Tahniah, Chin. Nampaknya ceghita ni lebih hebat dari ceghita2 hitam putih dan bollywood yang pernah kita tengok di kik dulu. Sesekali aku tersengeh, sesekali aku suspen, sesekali terpaksa berhenti sekejap memikirkan keadaan yang sedang dialami oleh kawan2 dalam keadaan2 seperti itu. Hebat catatanmu bang Chin. Kalau ada sesiapa yang boleh promosikan catatan perjalanan kerana Lillahi Taala ini bolehlah mula bergerak supaya kisah ini dapat dilayarperakkan! Aku ghasa pasti dapat box office punya! Kita boleh rangkumkan sama kisah2 dari kawan2 lain. Rasanya sdr Mawi, aku dua laki bini, Tipah dan laki dia, serta kawan2 semua yang mempunyai tujuan yang sama mempunyai catatan dan pengalaman tersendiri dan boleh diketengahkan juga.
Kepade temang2 yang akang menghadiri Liqa' Pantai Timur, siap2lah diri dengang buku catatang supaye semue temang dapat mengingat kembali ape2 saje yang boleh disebarluaskang untuk tatape semue membe dale gen77kik!
Tahniah bang Chin, terima kasih Ammar, Nasir, Mawi, Zube, Ismail, Azhan, Khalil, Om Puat & Family,Normah, Fathillah, Us Mohd, Tipah & suami, bini aku pun sama jugak, tahniah teman2. Semoga Allah memberkati!
Jumpa lagi...
- abdullah hj hassan
110208

Buat Kawan-Kawan Yg. Tak Hadir - Fasal 2

Salaam buat para sahabat.....sedikit lagi diketengahkan gambo2 masa Majlis Datuk Dollah tu....bukannya apa, setelah 30 tahun tak jumpa tentu dah banyak yang berubah rupa. Sebab tu dalam telefon dok tanya, lagu mana rupa mu. Tentu rupa & bentuk tak sama, kebanyakannya paling kurang dapat PJK...


Bersama orang minyak kuat Tuang Mang, sapa kata
dia kecik, sekarang besarnya mengalahkan hamba...






Ada yang teringin nak duduk atas pelamin lagi......


Menumpang hebat orang kuat Bandaraya dan










Memori Ku - Bab 1 ( Bab lama dah tak kira )

Salam,

Tersentuh hati ini bila mendengarkan berita kembalinya kerahmatullah ayah kepada saudara kita Tajudin Jalil pada 31.1.2008 yang lalu. Saya dah Tajudin sebenarnya bersaudara. Ayah Tajudin pangkat atuk kepada saya. Jadi Tajudin tu saya kena panggil bapak. Ibu bapa kami sama mengenali satu sama lain dan bekerja di ladang getah milik bangsa Eropah. Kemudian arwah bekerja dengan kerajaan dan bapa saya masih bekerja kampung. Keadaan yang biasa pada awal kemerdekaan negara. Hubungan kami boleh kata senyap dan sunyi kerana masing-masing membawa haluan masing-masing. Hinggalah apabila saya mendapat tawaran ke KIK tanpa disangka Tajudin pun sama ditawarkan. Situasi ini menemukan kami. Pemergian saya ke KIK adalah bersama arwah yang turut menghantar Tajudin. Dari Bentong kami singgah di Kg.Datuk Keramat KL di rumah bapa saudara Tajudin sebelum berlepas ke KIK keesokan harinya. Secara ringkas kemasukan saya ke KIK bersama Tajudin telah menemukan semula kami sekeluarga dan merapatkan hubungan jenerasi kedua. Apabila mengetahui pemergiannya saya hanya berupaya mensedekahkan Alfatihah untuk beliau- Alfatihah. Peluang kedua untuk mengeratkan hubungan ini terbentang kembali melalui web ini.

Semasa belajar memang banyak yang dilalui. Perpisahan dengan keluarga semasa di KIK bukanlah kali pertama. Semenjak bersekolah agama di Kuantan semasa kelas peralihan saya sudah berpisah dengan mereka sekalipun saya sebenarnya dipelihara oleh ibu angkat sejak berumur 3 hari lagi. Namun, ibu bapa angkat saya adalah emak dan bapa saudara saya. Perbezaan antara sekolah lama saya dengan KIK amat ketara. Sebagai sekolah berasrama penuh tentulah tak sama dengan sekolah agama kerajaan negeri. Suasana pembelajarannya, peraturan dan disiplinnya, aktiviti penghayatan keislamannya dan paling saya suka makanannya. Lebih baik dari yang lama. Bukan tujuan saya untuk merendah atau mengutuk sekolah lama, cuma nak mensyukuri nikmat yang diberi. Pergaulan dengan rakan-rakan lebih meluas. Bukan saja terhad kepada rakyat Malaysia, bahkan warga Singapura dan Kampuchea.
Balik cuti penggal naik keretapi bersama pelajar Kelantan. Bukankah pelik tu. Dari Kelang ke KL, turun ke Gemas, naik ke Mentakab, turun dan patah balik ke Karak. Masa perjalanan tak kurang 12 jam. Kalau naik bas 3 jam aje. Sebabnya pasal warrant ticket hanya diberi untuk naik keretapi saja. Kisah lucu ialah bila highjack gerabak student MCKK di KL. Sengsaranya sebab tak dapat duduk atas kusyen sebaliknya duduk atas tangga dan lantai je.

Pasal Fuat dan Farah Dina sebut cermin mata ni kena ceghita jugak noo. Masa sekolah dulu tiap tahun kena tambah power. Mulai kelas peralihan sampai tingkatan 6 dan seterusnya ke UM. Setiap kali tambah kurang-kurang 70 powernya. Bayangkanlah kalau 10 tahun. Itu sebab tak study hard dulu tu. Kalau Fuat hilang cermin mata, saya pulak pecah sebelah cermin. Tak pakai, tak nampak jalan. Kalau pakai tak balance pulak. Sampai masuk pintu terlanggar dinding. Itulah seksanya pakai cermin mata. Nak masuk PKBM masa di KIK dulu pun ditolak. Nasib baik boleh masuk PALAPES kat UM dan dapatlah pencen Kapten macam Saidi tu ( pencen Wataniah tah tak dok pitih ). Walau bagaimanapun spek saya taklah setebal spek Azami Jusoh tu.

Setakat ni dah 2 reunion saya hadir. Selain kawan-kawan, guru-guru pun turut sama. Betapa besar peranan mereka hinggakan tak upaya kita membalasnya. Kenakalan yang mempengaruhi supaya sentiasa mahu melanggar undang-undang dan peraturan mendorong kita menyedari besarnya tanggung jawab mereka. Lihat saja Datuk Lah n Nik, rakan-rakan guru sekarang maka dapatlah kita bayangkan betapa besarnya tanggung jawab mereka mendidik generasi sekarang yang terdiri dari anak-anak kita. Samada di sekolah mahupun di universiti tanggung jawab mereka memang berat. Oleh itu kita tabik kepada mereka semua. Semoga jasa mereka akan dihargai oleh pelajar-pelajar mereka pula.

Pagi ini saya bercakap melalui telefon dengan Yahya Daud - Bank Islam Shah Alam dan Salehuddin Md Rashid - Sekolah jalan Kebun. Sedikit demi sedikit rakan-rakan lama akan dihubungi. Nostaljia lama akan terbongkar. Ketawa hilai mengenangkannya akan terdengar. Namun yang pergi kita ingati dan yang hidup kita lawati. Hubungan ini bukan untuk segenerasi bahkan melangkawi generasi guru-guru yang diingati dan dihormati serta orang tua yang melindungi.

Sehingga bertemu lagi, wassalam.

Puaad - 5 sas 5

Di Mana Dia?

Salam.

Tiba2 saya teringat kawan kita yang sorang ni. Namanya Wan Khadijah bt Wan Su. Rakan sebilik saya masa form 5 dan dia kelas Sastra 4. Masa tu kalau tak silap saya sebilik juga dengan Jaliya. Wan amat rajin belajar.Sentiasa berada dikerusinya di meja dalam bilik. Saya hairan, tidakkah beliau pernah merasa bosan menatap buku-buku teks sentiasa. Saya ni kalau buka buku teks cepat bosan. Asal pegang buku teringat nak pi ziarah kawan. Mulalah pi berkunjung dan bersembang dengan Siti Fatimah. Buat latihan matematik pula saya tak minat. Masa minggu pertama di kelas Sains 1, homework add math yang pertama saya hanya copy 100% dari buku latihan Padzilah. Saya tak tau apa-apa. Bila belajar math di kelas Sastra 1 pun saya rasa Cikgu Rani banyak bagi markah kesian kat saya. Elok sangatlah, baru saja dua tiga hari di KIK ayah saya telah menulis surat kepada pengetua minta saya ditukarkan dari aliran sains ke aliran sastra.

Saya anggap Wan ni cukup istimewa orangnya, sebab tu saya selalu tanya dia soalan-soalan begini : ”Pernahkah Wan menolong mak di dapur?” . ”Kalau cuti sekolah selalu buat apa kat rumah?”dan beberapa soalan seperti soalan kanak-kanak tadika namun jawapannya amat bermakna buat saya . Dan saya yakin tumpuan Wan Khadijah hanya pada pelajaran. Sungguh fokus....

Pernah satu malam ( mungkin malam minggu kot sebab tu study kat bilik) Wan isi air dalam baldi, hampir separuh baldi. Dia bawa masuk ke bilik dah letak bawah meja. Saya dan Jaliya tak tanya apa2 cuma dalam hati tertanya2 apa sebenarnya yang sedang dan akan berlaku.Masa tu mungkin tengah exam atau SPM dah sangat hampir.Kami pun buka pelajaran masing-masing.Tiba-tiba saya perasan Wan letak kaki dalam baldi. Jaliya tanya, ”Tak sejuk ke?”. Jawapannya;”Sejuk, hilang ngantuk!” MasyaAllah! "Sesungguhnya Allah SWT kasih kepada hambaNya yang tekun dalam usahanya.”

Wan Khadijah juga amat kasih kepada aruah abangnya yang telah kembali kerahmatullah ( saya tak ingat bila ) sehinggakan dia selalu pakai jam tangan aruah walaupun jam itu sudah tidak lagi berfungsi. Saya tak tau apa jawapan Wan bila orang tanya ”pukul berapa sekarang”?!

Saya hanya mendapat berita bahawa Wan melanjutkan pelajaran ke Mesir tetapi tidak pernah mendengar apa-apa perkembangan tentang dirinya. Saya ada menyimpan gambar Wan bersama Timah Noor ( telah kembali kerahmatullah tak lama lepas tamat belajar di KIK). Tapi tak dapatlah saya nak letak kat sini.....

Saya masih teringatkan perkataan Wan dan Fatimah Muda sebaik saja habis exam SPM.”Betapa nikmatnya rasa bila periksa dah habis!” Saya terdiam dan berfikir panjang. Saya sebenarnya tak rasa begitu, saya rasa macam nak ulang balik masuk periksa. Itulah perasaan orang yang tak bersungguh-sungguh, belajar main-main ! Semua itu menjadi pengajaran yang amat berharga! Harap Wan tidak marahkan saya atas coretan ini.

Salam kasih mesra untuk teman-teman semua.
FarahDina

Masih Ku Ingat lagi ….

Roti kukus panas ! Bila baca coretan Mustafa hari tu baru la tau kisah sebenar mcm mana kita boleh sarapan makan roti panas. Saya selalu ceghita kat anak-anak pasal roti tu, tapi tak pernah pula saya rajin mengukus untuk anak-anak rasa macam mana lazatnya roti bila dikukus dan dimakan panas-panas! Bersyukurlah wahai ibuayah, masa kat KIK dulu makanan kat dewan makan tu dah kira cukup mewah.

Pengsan dalam kelas ! Masa kita dulu jarang dengar pelajar perempuan histeria.Yang ada pun kisah Shahidah macam Fatimah ceghita, tu pun mungkin sbb dia ada masalah kesihatan. Dalam kelas Sas 1 ada satu kisah pengsan yang masih saya ingat. Masa tu Ust Zainal baru masuk nak mengajar Bahasa Arab, sebelum tu semua sibuk menghafal surah Yasin sbb nanti time Ust Fauziah masuk nak kena hafaz sorang2. Sapa kena dan tak lancar nasib la....Tiba-tiba masa Ust Zainal baru nak bercakap si Rokiah Jambi hampir jatuh pengsan. Sungguh cepat kawan-kawan bertindak! Masing-masing lari nak membantu. Dia direhatkan atas kerusi, tak sempat jatuh. Ustaz suruh tolong ”angkat , bawa ke hospital”. Masa kawan-kawan nak usung tu, saya perasan dia tersedar. Rokiah pun tak jadi dibawa ke hospital…. Dalam hati saya kata; ”ni mesti takut hospital dan puncanya tadi takut kat ustazah.!” Minta maaf Kiah, pasai tulis ceghita ni!!!! Tak marah kot......

Kisah cerminmata ! Saya memang pakai cermin mata sejak form 1. Tak cukup vitamain A kot. La ni sekeluarga pakai , anak saya yang kecik excited jugak nak pakai. Bila dah kena pakai tak mau pula, baru tau betapa tersiksa dan tidak selesanya terpaksa memakai kacamata. Mata pun jadi tak cantik.... Pakai cermin mata ni, duit habis kat situ ja. Kalau barang kemas; gelang, rantai , cincin tak tau la berapa banyak dah saya kumpul untuk diwariskan kepada anak cucu. Biasa la, kadang-kadang kanta pecah, bingkai patah,power bertambah dan mcm2 lagi.Yang seronoknya hilang....Dua kali semasa tingkatan 4 & 5 di KIK cerminmata saya hilang. Sekali masa naik keretapi balik kampung. Saya duduk tepi , letak tangan kiri yang pegang cerminmata kat tingkap. Tiba2 terlena, sedaq2 rasa gelap dunia sebab mata saya dah jatuh, tak tau kat negeri mana...Masa tu rasanya kwn2 kalut juga tolong cari, tapi saya kata dah jatuh kat luaq! Saya tak berapa ingat apa lagi yang terjadi lepas tu... ....Cuma saya balik sampai ke rumah dalam keadaan teraba2 dan oghang kata kalau mata tak berapa nampak sound pun trouble juga.Betoi dak Puaad?

Kali kedua hilang kat asrama masa kat blok B. Tak pasti saya letak kat mana, puas cari tak jumpa, terpaksa pi Klang buat baru. Tut tut hampir setahun lepas tu masa nak dekat SPM, kawan-kawan telah menemui sebekas cerminmata dalam store depan bilik air. Saya pun pi tengok,ada beberapa pasang. Ajaib, sapa punya?!.Saya pun check satu2 kot2 ada saya punya.Ada rupanya spek saya tu, tapi pelik bin ajaib ada nama siap ”carving” kat bingkai dia. Saya tak ingat ambik ke dak spek tu lepas tu....Sekarang ni kalau anak-anak hilang cerminmata kat asrama. Saya hanya mampu kata; ”Itulah hadiah untuk orang cuai ( hadiah pahala dari Allah sbb bersedekah dgn cara meninggalkan atau letak barang-barang milik sendiri di merata-rata tempat yang tidak sesuai)”.

Pernah jugak di lain ketika dan di tempat lain serta di negeri lain, bukan di KIK, kerana kecuaian saya jugak, rakan di sebelah saya dalam kelas telah berbisik kepada saya;”kat tangan kawan kita tu bukan ke jam awak?” Baru saya sedar saya telah tertinggal jam waktu wudhu’ di bilik air. Dan, saya rasa kawan saya tu tak tau itu saya punya atau mungkin dia nak mengajar saya. Saya nak tanya, tapi lepas tu dia tak pakai lagi jam tu. Lama-lama saya pun terlupa. Sayang jugak, jam tu hadiah dari ayah saya... ( Ada sedikit pengajaran bagi saya : Orang yang cuai, suka mengelamun, suka berkhayal dan berangan, suka bermimpi di siang hari, tidak fokus,...selalu rugi. Cuma, jika kita tersedar, selagi hayat masih dikandung badan, kerugian itu masih sempat untuk kita ganti balik)

Wassalam.
FarahDina