25 November 2009
11 November 2009
kalau ada jodoh....! Tahniah dr fauzi!

10 November 2009
Majlis Perkahwinan Dr Foudzi Ahmad
Jemputan ke majlis perkahwinan dr m foudzi ahmad dan norliyanna hisamuddin pada hari isnin 23rd nov 2009 pukul 8 mlm di dewan merak kayangan balai felda kl dijemput suami dan isteri
Mohon jwpn/rsvp dr foudzi 012 2039497 sebelum 13th nov
Mohon jwpn/rsvp dr foudzi 012 2039497 sebelum 13th nov
02 November 2009
31 October 2009
ziarah esah di melaka 1nov09
gred merit ke ipta
engiraan merit ke IPTA guna gred baru mulai tahun depan
PUTRAJAYA: Starting next year, a new system will be used to calculate the merit points for Sijil Pelajaran Malaysia 2009 school leavers and the examination’s equivalent for admission into public institutions of higher learning.Higher Education Department director-general Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi said the change was in line with the Education Ministry’s new A+ pass level for SPM 2009 school leavers next year.“The system is introduced to accept the best into the public institutions of higher learning (IPTAs) and to distinguish the difference between A+, A and A-,” he said at a news conference here yesterday.Using this new system, a student scoring A will be categorised as A+, A or A- with merit points of 18, 16 and 14 respectively, compared to the previous 1A and 2A.He said grade 3B would be changed to B+ and have a value of 12 merit points, 4B changed to B (10), 5C to C+ (eight), 6C to C (six), 7D to D (four), 8E to E (two), and 9G to G with no merit points.However, Radin Umar said the new method would also take into account the special entrance requirement to ensure that earlier students who obtained grade 6C (credit) were not moved to a lower grade.“The processing, calculation of merit points, university entrance requirement, programme entrance requirement and candidate selection will be carried out in two ways, which are the current method for SPM 2008 school leavers and those before that, and the latest method for SPM 2009 school leavers.“This way, chances of earlier SPM school leavers to further their studies at the IPTAs are not affected.”He said the implementation of the new merit calculation method would be made known to everyone during the Higher Edu-cation Carnival 2010 with the cooperation of the Education Ministry, from January to March next year in 10 selected zones nationwide
PUTRAJAYA: Mulai tahun depan, pengiraan merit untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan setaraf akan menggunakan penggredan baru. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Profesor Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata perubahan itu selaras dengan sistem penggredan baru Kementerian Pelajaran yang memperkenalkan peringkat kelulusan A+ untuk pelajar SPM 2009 berbanding gred 1A sebelum ini . "Sistem ini diperkenalkan untuk memilih yang terbaik di kalangan terbaik bagi memasuki IPTA supaya ada perbezaan contohnya antara A+ dengan A dengan A-," katanya pada sidang media di sini hari ini.pelajar yang mendapat A akan dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18, 16 dan 14, katanya. Beliau berkata, gred 3B ditukar kepada B+ dengan merit 12, 4B kepada B(10), 5C kepada C+ (lapan), 6C kepada C (enam), 7D kepada D(empat), 8E kepada E (dua) dan 9G kepada G dengan merit sifar. Bagaimanapun, Dr Radin Umar, berkata kaedah baru itu akan mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian seperti gred 6C (kepujian) sebelum ini, tarafnya tidak akan diturunkan ke gred lebih rendah."Pemprosesan, pengiraan markah merit, syarat am universiti, syarat khas program pengajian serta pemilihan calon akan dilaksanakan secara dua kaedah dalam proses transisi iaitu kaedah sedia ada bagi lepasan SPM 2008 dan sebelumnya serta kaedah terkini bagi calon lepasan SPM 2009," katanya. Beliau berkata, ia bagi memastikan peluang pelajar lepasan SPM terdahulu untuk melanjutkan pengajian ke IPTA tidak terjejas. Katanya, pelaksanaan kaedah pengiraan markah merit terkini itu akan disebarkan melalui Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010 mulai Januari hingga Mac tahun depan di 10 zon terpilih seluruh negara. "Kementerian juga akan mengadakan taklimat kepada guru bimbingan dan kaunseling serta mengemas kini maklumat itu melalui cetakan dan agihan brosur ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah serta di laman web kementerian (Pengajian Tinggi) dan Kementerian Pelajaran," katanya

25 October 2009
Almarhum Sdr Dr Hj Zainuddin Jaafar
24 October 2009
INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUUN
Dimaklumkan bahawa isteri kepada almarhum Cikgu Hj Sajari Sujak - mantan Penolong Kanan Kolej Islam Klang sekitar 75-77 telah kembali ke rohmatulLah pada jam 4 pagi tadi 24 Oktober 2009.
Alfatihah...
Alfatihah...
23 October 2009
Haji dan falsafah

Jika kita berangkat sebagai musafir ke Mekkah dan Madinah untuk ibadah haji dan menemuinya, maka ingatlah bahwa kita pasti bermusafir kembali kepadaNya bahkan untuk selamanya.
Bekalan dan Persiapan Haji
Jika kita sangat berusaha mempersiapkan bekal dan kewangan untuk perjalanan haji, apakah kita sudah mempersiapkan bekal yang cukup untuk pulang kepada Allah Swt.
Kendaraan Haji
Jika kita telah menaiki kendaraan menunaikan haji, maka ingatlah bahwa kita akan dihantarkan oleh kendaraan yang lebih harus kita perhatikan, yaitu kendaraan jenazah, maka bersiaplah !!
Kain Ihram
Jika kita telah memakai ihram yang hanya dua helai dan berwarna putih, maka kita ingatkan baik-baik dalam hati bahawa suatu saat kita akan dibungkus dengan kain kafan. Di saat itu, tidak berguna lagi seluruh pakaian yang kita banggakan.
Tinggalkan Keluarga
Jika kendaraan kita telah berjalan, kita telah meninggalkan keluarga, harta benda dan kampung halaman, maka itu tanda yang jelas bahwa suatu saat kita harus meninggalkan mereka, karena itu mari kita bekalkan mereka dengan ilmu agama.
Perjalanan Panjang
Jika dalam perjalanan, kita merasakan kelelahan karena panjangnya jarak dan karena panas atau dingin, atau karena kekuatiran yang mengancam, maka ketahuilah bahwa antara kuburan kita dan surga jaraknya sangat jauh, perjalanannya sangat melelahkan, penuh ketakutan dan kekuaatiran, apalagi kita hanya sendiri. Karena itu berhati-hatilah !!
Talbiyah

Ketika lidah kita bergema dengan talbiyah, maka rasakanlah di dalam hati kita yang paling dalam, bagaimana indahnya panggilan Allah SWT di hari kiamat. Apakah kita termasuk orang yang selalu mendatangi panggilanNya dengan baik ?
Sampai di Masjidil Haram
Jika kita sampai di halaman Masjidil Haram dengan selamat, maka perbesarlah harapan bahawa kita di hari kiamat akan selamat dari segala siksa Allah SWT, sehingga kita dapat masuk kedalam surga-Nya dan di bawah naunganNya
Jika kita telah memasuki Masjidil Haram maka sedarlah bahwa kita telah memasuki istana kebesaranNya. Janganlah kita merasa besar di hadapan-Nya dan jangan sampai tertipu atau terpukau kepada kemegahan dan kecantikan masjid-Nya karena sesungguhnya pemilik Masjid itu jauh lebih cantik dan lebih menarik.

Melihat Ka’bah
Jika pandangan kedua mata kita telah menatap keagungan Ka’bah dan kita menangis karena terharu dan rasa rindu, maka jangan lupa kita berdo’a dengan doa ini : “ Ya Allah sebagaimana engkau kurniai hamba ini dapat melihat Ka’bah Mu maka muliakanlah pula hamba di surga dapat melihat Dzat Mu yang Maha Mulia .”
Tawaf
Jika kita melakukan tawaf, maka tawafkanlah hatimu di sekeliling mahligai istana Allah SWT. Ni’matilah keindahan-Nya, kemulianNya, keagunganNya. Mintalah kita dengan sebanyak-banyaknya karena kita sudah berada dalam pusat rahmat dan kasih sayangNya.
Multazam
Jika kita kemudian mendapat kesempatan untuk berdoa di “Multazam“, maka jujurkan niat kita, bahwa saat itu kita akan bergantung dengan erat kepada agamaNya, melepaskan segala ketergantungan kepada selainNya.
Sa’i
Ketahuilah bahwa sa’i harus kita lakukan tujuh kali, itu sebagai bertanda bahwa kita tidak boleh berputus asa dari rahmat Allah. Jika kita mengajukan hajat atau permohonan dan belum dikabulkan, maka teruslah ulangi permohonan kita tanpa berburuk sangka. Jangan pernah berputus asa untuk selalu “ mondar-mandir“, karena Dia pasti menerima do’a kita.
Wukuf Di Arafah
Jika kita wukuf di Arafah, maka wukuflah dengan kerendahan hati. Jangan kita merasa lebih dari siapapun dalam hal sekecil apapun karena yang berhak untuk sombong hanyalah Dzat yang menciptakan seluruh manusia, Allah SWT . Renungkan pula bagaimana jika di hari kiamat Allah mengumpulkan seluruh makhluk di padang “Mahsyar“ untuk dihisab dan dimintai pertanggung jawaban atas segala ni’mat yang telah mereka terima, penuh ketakutan, keadaan yang mencekam, masing-masing hanya memikirkan nasib sendiri. Tiada seorang yang sempat mengingat teman, istri, anak, bahkan bapa dan ibunya. Persoalannya ialah, bagaimana keadaan kita saat itu ?
Melempar Jamrah
Ketika kita melempar “Jamrah” maka tundukkanlah akal dan hati kita kepada perintah Allah SWT. Walaupun kita tidak mengetahui hikmah dan rahasia jamrah, namun karena itu perintah Allah SWT. maka kita harus tunduk mutlak. Jangan lupa pula, meniatkan dalam diri bahwa melempar jamrah itu adalah melempar setan yang dila’nat. Berjanji kepada kita bahwa kita tidak akan menurutinya lagi, karena sesungguhnya jumrah adalah simbol permusuhan dengan syaitan untuk selama-lamanya.
Selamat Menunaikaan ibadah Haji kepada semua teman2 dan cikgu2.
Didoakan mendapat Haji Mabrur.
Salam Ukhuwah
18 October 2009
07 October 2009
25 September 2009
glmbg boya
Di KB, singgah sat di pasar Khadijah, ronda cari benda ni bila Tok Bad ngidam nak makan gamaknya.. Jumpa satu gerai.. ada seketoi saja. Ronda lagi. ada satu gerai yg masih banyak benda ni.. beli lagi 3. Harga serupa,,, RM4 seketoi.
Tok Bad dapat seketoi, Hj Mang seketoi. 2 ketoi ni bawak ke Klang... siapa nak rasa.. hahhaaaa mai singgah no! Biro tentu dah lama tak rasa benda nih... rasanya tak berubah macam 32 tahun dulu gak. Semalam aku cubit rasa dah... huh,, memang betul macam cekmek yg jual cakap... baru masak.. rasa tak terlalu manis.. memang sesuai utk diketengahkan semula sebagai juadah gen kita! Cikgu Zubir tentu meleleh sebab kiriman Mus manja tempohari tak sampai2 lagi! Benda ni tak boleh simpan lama sangat.. nanti rasanya naik tengit!
16 September 2009
13 September 2009
Ihya' Romadhon...
ASSALAMUALAIKOM WAROHMATULLAHI WA BAROKAATUH!
Sesudah kuliah subuh pagi tadi, aku tanya bini nak pi ka S. Alam? Dlm kepala dok nampak dah Biro tengah heghet troli soghang2 melilau lepas seloghong seloghong belek tang tu tang ni angkat tak angkat tak sebelum pi caghi laukpauk utk bekalan seminggu nih. Tak tau laa Biro jadi pi ka tak jadi? Mata tak buka pun,, mulut katup... senang ceghita tak payah pi mana2... zzzzz
Bila dia sedag dia buat2 tanya tadi tanya nak pi Shah Alam ka? Jam dah lebih pukoi sepuloh...
Hoi Biro... malam ni teraweh kat mana? Kalau nak pi masjid negeri, hang sms kat aku, ok? Lepas teraweh, jom pi rest kat seksyen 7! Aku belanja! Yg lain pakat2 mai makmurkan masjid sementara masih berpeluang sebelum Romadhon....
Wassalamualaikom wr wb!
'FASTAQIM KAMA UMIRTA'

06 September 2009
NUZUL AL-QUR'AN

MALAM ini umat Islam secara rasmi kenegaraan mahu pun tidak akan meraikan tahun ke-1413 sempena diturunkan ayat pertama al-Quran yang diwahyukan Allah SWT kepada Nabi Junjungan kita, Muhammad SAW di Gua Hirak. Keraian ini sebagai bukti zahir kecintaan kita kepada kitab petunjuk, al-Quran. Dengan meraikannya diharapkan kita selalu ingat dan dekat dengannya, merujuk kepadanya jika menghadapi kesusahan hidup dan kekal menjadikannya panduan hidup sama ada sebagai individu atau masyarakat.Antara kata hikmah yang disinarkan al-Quran daripada diri seseorang yang membaca, memahami dan mentadabburinya ialah ucapan khalifah Abu Bakar al-Siddiq seperti ditulis al-Mahasibi dalam kitabnya Risalah al-Mustarshidin: �Bertakwalah kepada Allah dengan cara mentaati-Nya, dan taatlah kepada Allah dengan bertakwa kepada-Nya. Tahanlah tanganmu daripada menumpahkan darah kaum Muslimin dan perutmu daripada memakan harta mereka, serta lisanmu daripada mencela kehormatan mereka.� Tali al-Quran yang mengikat Abu Bakar sejak masuk Islam menjadikan beliau graduan berjaya yang mengamalkan apa yang dia dapat daripada membaca, memahami dan mentadabburinya. Abu Bakar termasuk orang terawal mendengar al-Quran dan menerimanya sebagai kalam Allah.Membaca al-Quran dan mentadabburinya, mendalami isinya dan merenungi kandungan ayatnya ialah perkara yang dapat dijadikan cara untuk meraih kebahagiaan dan kelapangan hati. Allah menyifatkan kitab-Nya itu sebagai petunjuk, cahaya dan penawar penyakit atas semua yang ada di dalam dada. Allah juga menyifatkannya sebagai rahmat.Dengan penyebutan kata quran 71 kali oleh al-Quran dan 50 daripadanya ialah kata tunggal al-quran seperti dipaparkan mesin pencari Pocket Quran adalah satu bukti kebesaran nama al-Quran sendiri. Ini belum lagi sebutannya dalam bentuk kata dhamir seperti anzalnahu (Kami menurunkannya), atau nama lain seperti al-Kitab, al-Furqan dan al-Huda.Al-Quran memperkenalkan diri dengan di dalamnya tidak ada keraguan seperti menerusi ayatnya bermaksud: �Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (mengenai datangnya daripada Allah dan kesempurnaannya pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa.� (Surah al-Baqarah: 2)Al-Quran memperkenalkan dirinya sebagai petunjuk dalam ayatnya bermaksud: �Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal salih, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. Dan orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.� (Surah al-Israk: 9) Al-Quran bukan hanya petunjuk kepada sesuatu kaum tetapi kepada umat manusia seluruhnya ke jalan amat lurus. Ia wajib dipegang dan ditaati dengan wajib meninggalkan kitab lain agar tidak tersesat. Al-Quran memperkenalkan dirinya sebagai pelajaran dan penawar semua penyakit di dalam dada menerusi ayatnya bermaksud: �Sesungguhnya sudah datang kepadamu sebuah pelajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit (yang berada dalam dada)
� (Surah Yunus: 57)

Al-Quran memperkenalkan dirinya sebagai ubat penawar dan rahmat dalam ayatnya bermaksud: �Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur daripada al-Quran, ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya, dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian.� (Surah al-Israk: 82)Al-Quran memperkenalkan dirinya sebagai sesuatu yang mempunyai keberkatan dalam ayatnya yang bermaksud: �(Al-Quran) ini kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) yang penuh dengan berkat supaya memperhatikan ayatnya dan untuk orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.� (Surah Sad: 29). Berkat dalam ayat ini bermakna banyak faedah dan manfaat.Demikianlah beberapa pengenalan yang disampaikan al-Quran mengenai dirinya yang tidak ada syak atas kebenarannya, petunjuk, pelajaran, penawar, rahmat dan berkat.Ketika seseorang menerima pelawaan perkenalan diri al-Quran ini kemudian menjadikannya sebagai teman sepanjang hayat dalam apa juga keadaan, lahirlah peribadi dan masyarakat �khaira ummah�, atau sebaik-baik umat (Surah Ali Imran: 110) yang dibuktikan pada zaman Nabi SAW dan sahabat Baginda.Al-Syahid Sayyid Qutb dalam pendahuluan Fi Zilal al-Quran menulis bahawa hanya al-Quran saja yang menjadi sumber panduan mereka, perjalanan hidup dan gerak-geri mereka. Ini bukan kerana umat manusia pada zaman itu tidak punya tamadun, kebudayaan, pelajaran, buku atau kajian kerana sebenarnya pada zaman itu sudah ada tamadun dan kebudayaan Romawi, buku dan undang-undangnya, yang sudah dan masih dijadikan panduan orang Eropah sampai hari ini.Di sana juga sudah wujud peninggalan tamadun Yunani (Greek), ilmu mantiknya, falsafah dan kesenian yang juga masih menjadi sumber pemikiran Barat hingga sekarang, malah di sana juga wujud tamadun dan peradaban Parsi, kesenian, sajak, syair dan dongeng, kepercayaan dan sistem perundangannya, serta tamadun lain, seperti India, China.Romawi dan Parsi berada di sekeliling Semenanjung Arab, sama ada di utara atau selatan, ditambah agama Yahudi dan Nasrani yang sudah wujud di tengah semenanjung itu sejak berapa lama dulu.Jadi bukan faktor kekurangan tamadun dan kebudayaan duniawi yang menyebabkan generasi pertama itu menceduk daripada Kitab Allah (al-Quran) saja pada peringkat pertumbuhan mereka, tetapi
ialah planning yang ditentukan dan program yang diatur. Dalil yang terang atas keadaan ini ialah kemurkaan Rasulullah SAW ketika beliau melihat Saidina Umar al-Khattab RA memegang sehelai kitab Taurat. Melihat keadaan ini Baginda bersabda yang bermaksud: �Demi Allah jika Nabi Musa masih hidup bersama kamu sekarang pun, tidak halal baginya melainkan mesti mengikut ajaranku.� (Hadis riwayat Abu Ya'la).Oleh itu, kesimpulannya Rasulullah SAW bermaksud dan mengarahkan sumber panduan dan pengajaran generasi pertama itu pada peringkat pertumbuhan lagi, hanya terbatas kepada kitab Allah (al-Quran) supaya jiwanya melurus ke arah program-Nya yang tunggal itu. Baginda murka melihatkan Umar cuba mencari panduan daripada sumber selain al-Quran.Rasulullah SAW bertujuan membentuk satu generasi bersih hati, pemikiran, pandangan hidup, perasaannya dan murni jalan hidupnya daripada unsur selain landasan Ilahi yang terkandung dalam al-Quran. Pepatah mengatakan tak kenal maka tak cinta dan jika tidak ada kasih sayang hubungan akan hambar, kaku bahkan beku sehingga kita tidak menghiraukan keindahan dan manfaat teman. Al-Quran memperkenalkan dirinya, tidakkah anda mahu berkenalan dengannya? Ramadan karim. {dipetik dari tulisan Ab.Rahman Haqqi}

Selamat Berpuasa dan menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadhan.
Salam hurmat
WakMan.
31 August 2009
Salam Kemerdekaan

Manusia dan makhluk lain adalah diciptakan oleh Allah SWT semata-mata untuk beribadah kepadaNya.
Tidak dinafikan sebahagian hambanya-hambanya ada yang taat dan sebahagiannya syirik terhadap Allah. Mematuhi dan taat kepada perintah Allah adalah wajib ke atas orang-orang yang beriman.
Perlu juga didedahkan kepada sekelian manusia yang berakal bahawa setiap apa yang berlaku ke atas makhluk adalah ketentuan dari Allah.
Ini adalah salah satu daripada mesej daripada Allah kepada makhluqnya supaya sedar akan amaran yang merupakan ancaman dari Allah kiranya hamba-hambanya tidak mengikut segala perintahNya kerana Allah bersifat Mutakabbir (perkasa) juga Muntaqim (pendendam) yang berdendam kepada hambanya yang ingkar dan syirik.
Dendamnya akan terbalas di akhirat nanti kerana diberinya peluang kepada hamba-Nya untuk kembali kepada syariatNya.
Mutakhir ini kita lihat manusia sudah mula pandai memalingkan pemikiran daripada syariat kepada pemikiran sendiri.
Manusia sudah semakin berani menentang Allah melalui idea, alasan dan kiasan agar segala kehendak hati manusia dapat dilaksanakan dengan sewenangnya dengan memanipulasi hukum.
Paling ketara sekarang ialah manusia lebih takut akan Influenza A H1N1 daripada amaran Allah.
Hari ini kita semua rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan 31 Ogos 2009. Marilah kita sambut ulangtahun kemerdekaan dengan solat hajat dan doa kesyukuran yang berkebetulan bulan Ramadhan.
Lagipun kemerdekaan adalah merupakan suatu anugerah yang wajib kita bersyukur. Lebih baik kalau diubah persepsi yang tidak ke mana-mana dan dibawa ke arah keredhaan.

Memang manusia tidak tahu menilai yang mana akan membawa kita kesyurga dan mana arah ke neraka. Ramadhan adalah bulan tarbiah yang akan melatih kita ke arah mardhatillah. Latihlah diri agar dapat menghampiri Allah dengan cara yang ditinggalkan oleh rasulullah.
Oleh kerana manusia teringin sangat nak berseronok dan bergembira atas nama kemerdekaan, maka diubah lokasi sambutan iaitu akan diadakan di tempat yang tertutup kerana takut akan Influenza A H1N1 bukan takut akan amaran Allah.
Salam Kemerdekaan
Doa Selamat dan Sukses.
wakman
kik77. 5sas2
Essere Indipendent
Salam Kemerdekaan
Suatu ketika dahulu berlakulah satu kisah : Anak Gabenor Mesir ‘Amru Ibn al-‘As telah mencabar anak-anak remaja sebayanya untuk berlumba lari dengannya. Cabarannya disahut oleh seorang anak orang kebanyakan. Mereka pun berlumbalah…Anak orang kebanyakan telah memecut sekuat tenaga (tanpa sedikit pun memperdulikan communication skill dengan orang-orang atasan , malah sudah tentu dia tidak faham sedikit pun tentang hal itu ) Dan akhirnya anak orang kebanyakan itu telah mengalahkan anak Gabenor Mesir dalam satu perlumbaan lari….
Apa lagi…..anak Gabenor dengan dibantu oleh rakan-rakannya telah membelasah anak orang kebanyakan yang telah menjadi juara itu sehingga lembik !
Akhirnya ayah si anak malang telah membuat aduan kepada Khalifah; iaitu Saidina ‘Umar di Madinah. Baginda kemudian telah memanggil Gabenor; “Amru ibn al-‘As supaya datang mengadap. Khalifah ‘Umar al-Khattab akhirnya berkata kepada Gabenor merangkap ayah kepada anak hebat yang kalah lawan lari : “Sejak bila kamu pandai memperhambakan manusia???”……
Itulah selingkar kisah yang saya dengar lepas subuh tadi.
Setiap manusia dilahirkan merdeka. Tidak ada sesiapa pun yang patut merasa dirinya hina. Dan, tidak ada sesiapa pun yang layak menjadikan orang lain sebagai hamba atau menghinanya…..
Setiap Muslim juga mempunyai hati, jiwa , akal fikiran dan tubuh badan yang merdeka. Allah SWT sendiri yang memberikan keyakinan ini kepada kita : “…sesiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah , maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali yang amat kuat yang tidak akan putus .”(al-Baqarah 256-257)
Semoga kita tetap jadi orang merdeka
Ser independiente…
Wassalam
FarahDina
30 August 2009
Selamat Menyambut U Tahun Kemerdekaan!

ASSALAMUALAIKOM WAROHMATULLAHI WA BAROKAATUH!
Semoga semua keturunan sukusakat gen77 sentiasa dipeliharai Allah Taala, dipanjangkan usia, dimurahkan rezqi, dikukuhkan ketaqwaan, kekuatan beramal makruf nahi munkar, dijauhi dari segala malapetaka wabak penyakit, dianugerahi kebahgiaan dunia dan akhirat... Aaamiiinnnn,
Senyummmm selalu...
Wassalamualaikom wr wb!
'FASTAQIM KAMA UMIRTA'
Salam ukhuwwah fiLlah utk semua gen77kik!
Subscribe to:
Posts (Atom)