19 July 2008

PRA LIQA' PCB


Hidangan paling popular musim sekarang.....


Anak2 Sdr Azami

Menikmati sajian yang dihidangkan

Berbincang sambil menjamu selera

Cerita belum habis..

Aku dah naik fenin... pagi tadi dak pekena durian...


Tak boleh nak duduk dengan betul... kenyang ooo...



Pulut Lulian ala, makaloni ala... mana satu mau hantam..???

MAJLIS PERNIKAHAN ANAK MOHABBAT


17 July 2008

Jemputan Walimatul Urus

-Asmawi Mohamad

Baru boleh tengok gambar liqa' Baling......

Assalamualaikum semua sahabat gen77kik......
Semenjak dua menjak ni ( sepanjang jun julai ) bang chin menghadapi masalah nk berintrksi dengan kawan via blog dan gmail...mgkin langkah jimat cermat gomen maka sesipa yg menggunakan talian hak gomen sentiasa bermasalah...dia jadi macam biskut,sekajap ada sekajap tk ada..kdg2 baru nk mula tulis sepatah dua dia hang tergantung2 nk tulis apa pun tk boleh...dan bermacam2 masalah lain......maka setelah seminggu dari tarikh liqa' baling hari2 bang chin buka nk tengok gambaq yg dirakamkan disana yg dimasukkan oleh sahabat2 yg bawa kamera hari tu..sampai pagi ni masih tk boleh jga......kebetulan hari ni cuti sbb kemarin ada HAC maka bang chin mai kat siber cafe di changlun..maka barulah dapat tengok..rasanya masih banyak yg belum dimasukkan,berdasarkan pada hari tu banyak kamera yg digunakan...nmpak gayanya lepas ni kena siap budget utk siber cafe ni l pulak.....
apa pun bang chin ambil kesempatan disini sekali ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada teraju utama yg menjayakan liqa baling ini...kepada sahabat2 yg datang dari jauh..Bad,Taffa,Bakri,Azami,Rohani,Bung MuktarRazak dll bang chin juga ucapkan syabas di atas pengorbanan kerana sanggup dtg....khas buat Zubir sebagai tuan rumah..hanya allah dapat membalas jasa baik hang dan seluruh famili hang....
Cuma terkilan sedikit sebab tk sempat nk beramah mesra dengan bekas Lt.(PKBM 76/77/78)PAk kU Hamid dan ust.A.Hamid tahir yg telah dikurniakan gelaran oleh DYM Sultan Kedah baru2 ni....Tahniah Ustaz di atas kurnian itu dan semoga ustaz terus dapat menyumbangkan tenaga dan buat fikiran ustaz kepada rakyat m'sia amnya dan rakyat kedah khasnya.....


sekian utk kali ini.....
Wassalam......
Bang Chin.
Changlun.

15 July 2008

LIQA' LULIAN D"BALING

TUNGGU KAWAN KAT RR SG BULUH

LEPAS PULUN, GEBANG2


SAMPAI OVER FLOW, PAKAT TAK MAU BELAKA!


BRO ZAKARIA KEHAIRANAN! GEN HANTU DURIAN


KAUM HAWA BERSAMA IBU2 TURUT NGAP SAMA


HANYA TINGGAL 2 BIJI SAJA UTK DUTCH LADY!

BERDIRI DI BELAKANG:KAMARUDDIN, MUS, ZAKARIA, MOTAR, AZAMI, NEK ALWI, AN, RAZAK, FUAT, KHALIL, PAK YA, AMMAR, BAD, NASIR, LOK, HALIM, BANG CHIN,RIPIN, HALF VET.

DEPAN: GENGHIZ, NIK, ROHANI KTN, TIPAH, US TN HJ. KU ABD. HAMID, US TN HJ ABD HAMID TAHIR, SYED, MUNA, TUAN ZUBIR (TUAN LUSUN), MAWI (macam)


rilek jap, lepas pulon lulian dan tunai solat. Lepas ni ngap nasi gulai ayam kampong, sayuranulamankulatanrebungan, ikan keghin, sambal belacan ayag asam cabai patah, dlll. TQVM Zubir sekeluarga! lain tahun jumpe lagi!
seronok tengok anak2 gen heppi boleh mandi sungai!


mana laghat nak peghabeh! first class lulian manis lemak berklim!


lulian, oh lulian! Ini lulian kawin. Kena tiga ulas, rasa menyucuk hingga kepala!

- genghiz







liqa' tnt - PINGGIRAN PUTRA

FAUZI, LIMON & SYED
ZAKI, ANAK MAWI, MAWI, ABU HASSAN DLL

BELAKANG: EN SAKNI, ROZI, NIK, DUTCH LADY, MUNA, DATIN PAH, KAK NAB, YA, ZAKI,HJ ABU HASSAN,
TENGAH: LIMON,VET, SYED, MAK ANDAM, DATO; ALI, MUS GEDEBE, MAWI, SAZALI
DEPAN: GENGHIZ, FAUZI, BAD
*GENGSTER BALIK AWAI

BAD USIK GENGSTER
GEDEBE, VET, YA, GENGHIZ, HJ ABU

BAKAL MENANTU KAK NAB, MAK ANDAM, KAK NAB, ROZI

MASING2 BERTANA KHABAR

MACAM2 ADA



-genghiz







Liqa' TNT - Pinggiran Putra & D'Baling

Assalamualaikom!
Maaf, siaran tergendala sebentar!
Mungkin tengah malam baru talian pulih!
Harap bersabar!


- genghiz

KENANGAN DI BALING


USTAZ KU HAMID, BAD, USTAZ HAMID DAN TUAN SYED

AMAR

ZUBIAQ

KAMARUDIN

DI DUSUN DURIAN ZUBIAQ
BERDIRI DARI KIRI PAK YA, MOKHTAR, AZAMI, NIK ALWI, AZHAN, RAZAK, FUAT, KHALIL, AMAR, BAD, NASER, LOK, HALIM, BANG CHIN, ARIFIN, BAKRI (NAMPAK SIKU)
DUDUK DARI KIRI TOK LAH, NIK, ROHANI, CIK PAH, USTAZ KU, USTAZ HAMID, TUAN SYED, MONA, ZUBIAQ, MAWI

USTAZ KU HAMID

USTAZ HAMID

SAUDARA RAZAK DI MAHABBAD TRAVEL


SALAM DARI
MAHABBATEIN

14 July 2008

al-Faatihah

"Ada sesiapa tak hadir hari ni?" Norhayati satu-satunya pelajar perempuan dalam kelas EE1111A hari ni bersuara:"Kawan sebelah saya. Dia demam." Saya bertanya lagi. "Siapa lagi?". Seorang pelajar bersuara :"Alhamdulillah". Saya kehairanan dan bertanya : "Kenapa?" Semua pelajar dalam kelas kelihatan tersenyum. Seorang pelajar menjawab : " Sorang lagi yang tak datang namanya Alhamdulillah." "Ooooh.....Alhamdulillah!" Saya turut tersenyum bersama mereka dan bertanya lagi : "Dia ke mana?" Jawab pelajar yang berada paling hampir dengan saya :"Pergi buat xray di Klinik Kerajaan." "Alhamdulillah......."

Saya terlupa untuk menyebut kepada pelajar-pelajar berkenaan :"Kita bertuah kerana di dalam kelas ini ada seseorang yang apabila kita menyebut sahaja namanya kita memperolehi pahala dari sisi Allah SWT."
Lafazkanlah rasa kesyukuran terhadap-Nya dengan menyebut : Alhamdulillah.
Bismillahirrahmaanirrahim

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian 'alam
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Hanya Engkaulah yang kami sembah
Dan hanya pada-Mu lah kami mohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat,
bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai
dan bukan jalan orang-orang yang sesat.
Aamiin
(maksud surah al-Faatihah)
Wassalam
FarahDina

13 July 2008

Makan Malam di Restoran T and T Corner

Tarikh:
Khamis 10hb Julai 2008

Lokasi:
TNT CORNER, 16G, JLN PINGGIRAN PUTRA 4A/4,
TMN DESA PINGGIRAN PUTRA, PUTRAJAYA.
Dato Ali suami Datin Tipah dan Mustafa Mohd Nor

Fauzi tergelak bila diusik oleh Muhabbad
Apalah yang disebutkan oleh Anson hingga Syed tersenyum lebar. Bakry memerhatikan dari jauh
Bersantai dengan rokok selepas makan
Syed, Muhabbad dan Asmawi
Syed, Datin Tipah, Muhabbad dan Zaki. Bakry di belakang
Sazali Tarmizi, Sakni, YA
Bersedia untuk bergambar
Bergambar ramai2 sebelum pulang

12 July 2008

Ustaz Mohd Noor dah sihat

27 Jun 2008 - Setelah dikeluarkan 2.8 litres cecair daripada ' most hansome guy ' kita nih. Keadaan beliau nampaknya telah pulih dan sedang berihat dirumah dengan kesan 3 lobang dibahagian depan badan.
Insyaallah dah sihat & dah mula kerja. Jenoh jugak dr Vet explain kepada kami di malam liqa' S Alam tuh macamana cecair sebanyak tuh berada dalam badan & dok tang mana dalam keadaan biasa.
YA off hoursnya still dengan Jean dan machonya.

11 July 2008

Dari iphone hj manj


28 Jun 2008
Jufri (anak saya), Hj manj, Roshidi & Rusdan (anak Roshidi) semasa daftar di UiTM Shah Alam


11 Julai 2008
Ustz Ali, Hj Manj, Razali, Wan Dzaki, Yahya (tuan rumah) & Ustz Khairudin semasa berliqa' durian di rumah Sdr Yahya di Kg Jerong Seberang Marang

09 July 2008

Kisah Pedagang n 4 isteri

Subject: Kisah pedagang eng 4 isteri

SUATU ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya.

Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku? Isteri keempatnya terdiam. Tentu saja tidak! Jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku? Isteri ketiganya menjawab, Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau matiâ. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? Si isteri kedua menjawab perlahan, Maafkan aku . Aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.

Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu tergamann, Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.â€

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini ;

ISTERI KEEMPAT
adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA. Ia nya kan menjadi makanan ulat dan cacing.
ISTERI KETIGA
adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA
pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA
adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak...

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!


hj manj