04 July 2008
Bertemu Bonda
Assalamualikum sahabat Gen77 semua.
Harapan agar sentiasa berada dalam situasi yang baik serta mendapat limpahan nikmat dan berkat daripada Allah SWT. Kepada yang berkerja, dapat melaksanakan kerja dengan sebaiknya. Yang bercuti hari ini selamat bercuti. Hari yang baik ini penuhilah dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada diri keluarga dan masyarakat kita. Yang pasti dilakukan ialah menziarahi kedua ibubapa kita yang tersayang andainya mereka masih ada.
Malam tadi saya dan Yahya Daud sangat bertuah ( sempena sambutan 1 Rejab ) kerana telah dapat bertemu dengan Bonda Ustazah Fauziah Sani bersama suaminya serta anak-anak dan menantu mereka di Kota Baharu Bandaraya Islam ( setelah lebih 31 tahun!! ). Bonda datang kesini kerana menziarahi anaknya Dr Afifi yang bertugas di HUSM Kubang Kerian. Sebenarnya telah dua hari mereka di sini dan akan pulang semula ke Perlis pada petang Jumaat.
Saya mendapat maklumat kedatangan Bonda ke sini daripada Sdr Rahimah Husin dan Rohani. Jutaan terima kasih kepada mereka berdua. Keduanya telah datang bertemu Bonda sehari sebelumnya di rumah kediaman Dr Afifi di Lot 1447, Desa Kujid, Panji, KBBRI.
Kami telah bertolak dari rumah jam 08.00 mlm ke KBBRI. Sebelum singgah solat Isyak di Melor, Yahya telah menghubungi Bonda dan di beritahu baru tiba di Restoran AM Tarbush, Langgar. Seorang murid Bonda menjemputnya makan di situ (doktor & suaminya ,rakan kepada Dr Afifi ). Kami tiba di sana kurang lebih jam 09.10 malam. Mereka telah pun selesai makan. Yang paling menghairankan saya ialah semasa kami nak melintas jalan menuju ke restoran tersebut, Bonda telah melihat ke arah kami dan melambai-lambaikan tangan. Menunjukkan Bonda telah kenal dan tahu akan kedatangan kami. Memang kuat ingatan Bonda.
Pertemuan ini bukan melibatkan kami berdua sahaja, malah ramai lagi anak murid Bonda yang lain termasuklah YB MR Abdul Fattah Mahmood, Exco Pembangunan Manusia, Belia, Sukan dan NGO Kelantan.
Sebelum berpisah bonda sempat berpesan agar usaha yang sedang gen77 lakukan sekarang ini diteruskan dengan giat lagi kerana ianya akan mendapat rahmat dari Allah SWT.
Bonda... maafkan kami....moga bertemu lagi.
Wassalam.
Sanusi.
Salam Ukhuwah

Assalamu'alaikum wbt.
Didoakan semua teman2 dan guru Gen5kik beroleh kesehatan dan dipanjangkan usia. Tanpa disedari masa terus beredar. 6 bulan pertama tahun 2008 telah berlalu, Kini Rejab telah sampai. Ini bermakna kerinduan kepada Ramadhan semakin dekat. Semuga AlLah swt mengizinkan kita semua sempat bertemu Ramadhan al-Karim. Ok, Wak Man baru balik dan sempat membuka blog dan Tahniahlah Fdina dah mula muncul melepaskan kerinduan. Kamilah pun dah muncul di alam maya.
Teman2 yang akan bercuti Sabtu dan Ahad ini diucapkan selamat bercuti dan kunjungilah Bandaraya Melaka. Wak Man tunggu YA.

Salam mimpi dari Wak Man
02 July 2008
Rindu
Assalamualaikum wbt.
Agak lama rasanya tidak menulis di sini, maklumlah sibuk dengan urusan sendiri yang tak sudah-sudah....:)
Saya teringat cerita seorang teman tentang anaknya yang setiap hari menelefonnya ketika tinggal di asrama. Satu hari dia bertanya: "Pasal apa tiap-tiap hari telefon mama ni?" Jawab anak : "Ustaz suruh." Mama : "Kan semalam dah telefon?" Anak:"Ustaz kata kalau nak belajar (dia berusia dalam usia 12 tahun ketika itu sedang belajar di sebuah Maahad Tahfiz di Pantai Timur)mesti minta ampun dengan Mama . Tak boleh ada apa-apa dosa dengan Mama." Mama: "OK. Mulai dari hari ni Mama ampunkan semua dosa-dosa Abang.Esok tak payahlah telefon Mama lagi."
Dalam hati saya berkata: "Sampainya hati Mama ni." Tapi, bila fikir2kan betul jugak. Kalau dilayan sangat hati kita yang sering rindu-rinduan dengan anak-anak,apa pulak kesudahannya ?! Namun, hati saya tidak secekal hati ibu ini....
Akhirnya anak ini kini telah menjadi orang yang berjaya...
Kepada anak-anak : Rindu kamu kepada ibubapa adalah sebahagian dari tanda kasih sayangmu kepada mereka. Sebagai tanda kasih sayang juga, berusahalah bersungguh-sungguh menjadi anak yang baik. Walaupun berada jauh dari ibubapa, doa menjadikan kamu dekat dengan mereka. Berdoalah untuk keselamatan mereka di dunia dan akhirat.
Untuk ibuayah: Kita hanya mampu berusaha sekadar terdaya untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak, selebihnya adalah urusan Allah SWT Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani. Berserahlah sepenuhnya kepadaNya...
Wassalam
FarahDina
Agak lama rasanya tidak menulis di sini, maklumlah sibuk dengan urusan sendiri yang tak sudah-sudah....:)
Saya teringat cerita seorang teman tentang anaknya yang setiap hari menelefonnya ketika tinggal di asrama. Satu hari dia bertanya: "Pasal apa tiap-tiap hari telefon mama ni?" Jawab anak : "Ustaz suruh." Mama : "Kan semalam dah telefon?" Anak:"Ustaz kata kalau nak belajar (dia berusia dalam usia 12 tahun ketika itu sedang belajar di sebuah Maahad Tahfiz di Pantai Timur)mesti minta ampun dengan Mama . Tak boleh ada apa-apa dosa dengan Mama." Mama: "OK. Mulai dari hari ni Mama ampunkan semua dosa-dosa Abang.Esok tak payahlah telefon Mama lagi."
Dalam hati saya berkata: "Sampainya hati Mama ni." Tapi, bila fikir2kan betul jugak. Kalau dilayan sangat hati kita yang sering rindu-rinduan dengan anak-anak,apa pulak kesudahannya ?! Namun, hati saya tidak secekal hati ibu ini....
Akhirnya anak ini kini telah menjadi orang yang berjaya...
Kepada anak-anak : Rindu kamu kepada ibubapa adalah sebahagian dari tanda kasih sayangmu kepada mereka. Sebagai tanda kasih sayang juga, berusahalah bersungguh-sungguh menjadi anak yang baik. Walaupun berada jauh dari ibubapa, doa menjadikan kamu dekat dengan mereka. Berdoalah untuk keselamatan mereka di dunia dan akhirat.
Untuk ibuayah: Kita hanya mampu berusaha sekadar terdaya untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak, selebihnya adalah urusan Allah SWT Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani. Berserahlah sepenuhnya kepadaNya...
Wassalam
FarahDina
30 June 2008
Siapa Tahu : Suatu Penantian
Bila dikenang semula kenangan di KIK dulu, tak sangka pula Allahyarham akan pergi semasa usia ..... tahun. Siapa tahu?
Siapa tahu semasa kami sedang bersembang di musalla, umurnya nanti hanya ..... tahun?
Siapa tahu semasa kami sedang makan bersama di kantin asrama, umurnya nanti hanya ..... tahun?
Siapa tahu semasa kita menziarahinya di ...... umurnya nanti hanya ..... tahun?
Siapa tahu semasa kami sedang bermain bola bersama, umurnya nanti hanya ..... tahun?
Siapa tahu semasa kami bertemu pada liqa' ...... umurnya nanti hanya ..... tahun?
Siapa tahu umur kita nanti hanya ………. tahun? Kita pun tak tahu.
Moga Allah meredhai hubungan kita dan sebagai hambaNya.
Ameen.
Wassalam : Sanusi.
ps/penantian utk kepastian samada sepanyol @ jerman yg menang.
28 June 2008
Ganjaran Pahala


Assalamu'alaikum wbt.
Didoakan semua selamat dan sehat bersama keluarga dan kerjaya masing2. Mereka yang menguruskan pendaftaran anak-anak di IPT diucapkan syabas dan tahniah. Semuga anak-anak yang ada menjadi insan mulia dan akan menjadi anak-anak soleh solehah. Oleh kerana blog ini dah lama tidak diisi setelah gambar Syeikh Maulana Mohd Noor Yaakub muncul, maka Wak Man terpanggil untuk menulis sedikit. Sebagai renungan bersama,
“Apabila seorang manusia mati, amal baktinya akan terputus kecuali dari tiga saluran iaitu sedekah jariah atau ilmu bermanfaat yang diajarkannya atau anak soleh yang mendoakannya [ Hadis riwayat Muslim ].
Sesungguhnya di antara perkara yang akan diperolehi seorang mukmin dari usaha dan kebajikannya setelah dia mati ialah ilmu yang diajarkan dan disebarkannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf Al-Quran yang diwariskannya, masjid yang dibinanya, rumah penginapan “ibnu sabil” yakni orang yang tergendala dalam perjalanan yang dibinanya, air sungai yang dialirkan, atau sedekah yang dikeluarkannya dari hartanya sendiri semasa dia hidup sihat yang diperolehinya (pahalanya) setelah dia mati”. [ Hadis riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi ]

“Sesiapa yang melakukan satu sunnah atau cara hidup yang baik dalam Islam, dia akan mendapat pahalanya dan pahala orang mengerjakannya setelah dia mati tanpa berkurang sedikit pun pahala mereka” [ Hadis riwayat Ibnu Majah ]
Salam Ukhuwah dari Wak Man.
25 June 2008
24 June 2008
Syazwan dan Jazli Arief

Salam,
Saya baru bertemu dengan Syazwan, anak arwah kawan kita Mohd Arief Ismail yang belajar di Pusat Asasi UIA. Beliau baru mendaftarkan diri Ahad lalu dan sedang menjalani orientasi di kampus PJ sebelum ditempatkan di kampus Asasi cawangan Nilai mulai petang ini.
Saya telah menyampaikan sumbangan derma RM500 yang diuruskan melalu Muhabbad dua tiga hari yang lepas.
Dari beliau saya dapat tahu bahawa adik beliau, iaitu anak kedua Arief, Jazli namanya, baru melapor diri hari ini di Pusat Asasi UIA di PJ untuk mengikuti pengajian di bidang Allied Health.
Oleh kerana kita hanya mengutip RM500 maka saya beritahu Syazwan supaya wang RM500 itu dibahagikan sama banyak antara mereka berdua. Insya Allah kalau ada rezeki kita akan uruskan bantuan lain pula.
Selepas membuat kutipan derma kilat pada hujung minggu lepas, Muhabbad ada sms kepada saya yang bunyinya:
''Aku salute gen77. Respond cepat . Ambil 8 orang yang awal reply . Yg tak dpt sumbang marah aku .,.. Moga usha kita di berkati Allah.''.
Allahumma Amin. Moga usaha kita semua ini diberkati Allah jua.
Asmawi
NAIK MINYAK vs minyak naik ?

Kelas 5sas2, Masih ramai yang belum muncul
Assalamu’alaikum.Wbt
Apa khabar semua?, WM terpanggil untuk menulis bila melihat blog Gen5kik tidak bermaya beberapa hari, mungkin ramai yang sibok dan hanya mampu menulis melalui email maya form5kik77. WM baru habis mesyuarat dan baru sampai kat office. Baru sekejap WM terima sms dari Tok lah mengenai isu petrol. Semua pening pasal minyak naik, jarak rumah dengan office bukannya dekat, yang paling dekat ialah Tok lah dan Nik.Wak Man menjangkakan ramai teman2 semakin sibuk terutama bila ada anak-anak yang akan mendaftarkan diri di IPTA/IPTS begitu juga anak-anak yang masuk semula ke kampus setelah cuti. Teman2 yang pensyarah dah tentu sibuk dengan minggu orientasi dan kuliah-kuliah. Kos perbelanjaan pun semakin meningkat, tak cukup dengan kenaikan harga minyak ditambah pulak dengan harga barang yang lain.

Yuran pengajian sekolah anak-anak bagi penggal kedua dan yuran pengajian anak-anak sebelum dapat pinjaman. Itu pun kalau dapat. Mengenai Gen5kik nampaknya jumlah ahli semakin bertambah dan ramai yang sering menjengok blog melalui form5kik77.blogspot.com walau pun sesetengah tu tak sempat menulis atau mungkin tak tahu macam mana nak masuk untuk menulis.
Mawi boleh tolong maklumkan macam mana nak sign in ke blog ini. Ok lah Wak Man mengundur diri sebab ada tugas yang nak dibereskan dan masih kat office, umminya kat JB, anak2 ternanti-nanti... bila buyah dia nak balik.......waktu dah senja masih tak kembali lagi....
Kepada TEMAN2 yang baru "SELAMAT BERTEMU DALAM PERSAUDARAAN GEN5kik1977"
Salam Ukhuwah dari Wak Man.
22 June 2008
TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Assalamu’alaikum wbt.
Maksud sebuah hadis RasululLah Saw yang bermaksud “Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan deman."
Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.
Sebuah Hadis lain menyebutkan “ Kaitan antara seseorang beriman dengan yang lainnya adalah sama seperti sebuah binaan yang menguatkan antara satu sama lain”
Juga diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.
Kita juga diperintahkan supaya melaksanakan kerja-kerja ta’awun terutama dalam kerja-kerja kebaikan dan ketaqwaan.
Tugas Amar Maaruf Nahi Mungkar telah dipertanggungjawabkan kepada umat Islam “ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta taat kepada AlLah dan RasulNya, Mereka itu akan diberi rahmat oleh AlLah, sesungguhnya AlLah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” {Surah At-taubah :71}

Seorang teman baru ditemui sdr Abu Hasan Asha'ari (5sas2)dan seorang teman kita telah meninggal dunia (Allahyarham Arief Ismail).AL-FATIHAH. Inilah dunia yang sementara waktu, dunia yang semakin berada dipenghujungnya. WM doakan semua teman2 beroleh kesejahteraan dan kebahagian bersama keluarga.
SALAM UKHUWAH DARI wAKmAN
20 June 2008
SAYANGI OKU

Didoakan semua teman2 beroleh kesejahteraan dan kesehatan di hari Jumaat, penghulu segala hari.Anak2 kita semua juga diberikan kekuatan untuk terus belajar dan mampu mengawal diri dari segala dugaan dan cubaan di zaman yang penuh dengan fitnah dan pancaroba.
Kesempatan Jumaat hari ini WM dapat menghadiri satu "Seminar Pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU) 2008" di MITC Melaka. Ianya amat menarik dan menguji hati. Satu ujian dan cabaran bagi teman2 yang mempunyai anak OKU. Sebelum tu jam 8.15 pagi hingga 9.00 pagi WM sempat berceloteh pagi Jumaat di radio Melaka FM (boleh didengari melalui internet), mengajak pendengar membuka minda dan berkongsi idea dalam membenteras permasalahan gejala sosial.Mungkin ramai yang mendengar radio ERA atau Hot FM. Pastikan radio IKIM tetap jadi pilihan teman2. Gen77kik juga perlu membuat tinjauan dan semakan, mana2 teman kita yang ada anak2 yang dikategorikan sebagai istimewa atau OKU. Semuga kita semua dapat juga memberi kasih sayang terhadap OKU.
Bantuan dan kemudahan kepada OKU memang banyak, namun kadangkala ada masyarakat yang tidak mahu mendaftarkan ahli keluarganya sebagai OKU. Ada juga peserta yang menyoal tadi mengenai perlaksanaan DASAR dalam membantu OKU, tidak sama dengan apa yang diperkatakan. Dasar cantik namun perlaksanaanya masih jauh. Justeru marilah kita sama2 menyayangi OKU. Semuga AlLah Swt memberikan kekuatan kepada OKU untuk terus sabar dan redha.
Durian masih banyak lagi di pokok dan menunggu teman2 yang akan datang pada julai nanti, mungkin Bakry boleh aturkan dengan YA untuk Liqa'LULIIAN2.
OK, Sukran.
Salam Sayangi OKU dari WM
19 June 2008
TERUS BERTA'ARUF

Yaakub Rahim (Pengarah JAKIM Serawak) , WM, Cikgu Tahir dan Teman dari JAKIM Serawak.
.....Belia adalah aset penting negara dan bakal pemimpin masa depan, ayuh!, kita bangun untuk terus berjuang.. ..
Assalamu'alaikum wbt.
Kelmarin (17 Jun2008) WM sempat bertemu dengan Yaakub Rahim (5sas2) sekelas dengan WM di Melaka dan kesempatan yang ada WM terus bawa Yaakub Rahim (Pengarah JAKIM Serawak) ke rumah Cikgu Tahir di Kg.Batu Gajah Pasir. Yaakub tak bertemu Cikgu sejak keluar dari KIK, apa lagi berpelok la sakan dan begitu gembira bertemu guru. WM terpaksa tinggalkan Yaakub bersama temannya di rumah Cikgu lebih kurang jam 7.00 malam sebab WM ada ceramah di Tmn Seri Kemendor Jasin.Jam 9 mlm WM ceramah di Program Jatiditi Kesukarelaan nasional 2008 atas tajuk "Belia dan Cabaran Masa kini".Kira2 150 belia terdiri Melayu, China dan India hadir. Pagi Rabu Jam 5 pg WM terus ke ILIM, Bangi dan sebelum tu sempat singgah di office untuk tengok pasangan yang kena tangkap malam tadi. Di ILIM WM maklumkan kehadiran WM kat Bakry dan malam tadi Bakry dan Halimon dapat bersembang kat Kopitiam Bangi hingga jam 12.45 pagi.Bincang tentang Gen77 dan liqa' Luliian 2.Pagi tadi (Khamis)Bengkel Perlaksanaan Waran Tangkap dan Waran Geledah disambung hingga tengahari. Al-hamdulillah, jam 4.30 ptg bertolak dari Bangi ke Melaka. Muhabbatie dan Yaakub Rahim dah tunggu WM di Ayer Keroh. walaupun hujan lebat WM selamat sampai dan Muhabbatie dah sediakan menu istimewa.Terima kasih semua teman yang menemani WM. WM mengalu-alukan teman2 yang akan datang ke Liqa' Luliian 2 nanti
Sebenarnya Muhabbtie pun tak cam Yaakub dan mereka berdua pun tak pernah berjumpa sejak tahun 1977. 31 tahun yang lalu kini dah bertemu dan berta'aruf.
Didoakan sdr Mohd Noor Yaakub akan segera sembuh dan dapat meneruskan tugas dan kepada teman2 diucapkan Selamat Maju Jaya.
.
17 June 2008
Liqa' Bersama Pengarah JAKIM Sabah.
Semalam(16 Jun 2008) saya bersama Yahya Daud telah berkunjung ke KB untuk berjumpa dengan rakan kita Tn Hj Abd Aziz Che Yaakob Pengarah JAKIM Sabah yang datang ke sini atas urusan temuduga pengambilan Pembantu Penyelia Agama S17.
Kami telah bertemu di Restoran AM Tarbush, Langgar KB. Turut hadir bersama beliau ialah Timbalan Mufti Negeri Kelantan, Pegawai JAKIM Putrajaya serta Pegawai Majlis Agama Islam Kelantan.
Dalam masa yang sama kami juga telah bertemu dengan Ketua Polis Kelantan Dato' Rahim Hanafi yang kebetulan menjamu selera di situ. Beliau adalah Ex-student UKM FI bersama dengan Tn Hj Abd Aziz.
Kami menghantar beliau ke Hotel penginapan pada jam 11.45 malam.
16 June 2008
LIQA' LULIAN CG TAHIR
15 June 2008
TERIMA KASIH SEMUA
Bergambar di hadapan teratak wakman
Bergambar di rumah Cikgu Tahir (belakang tu pokok durian)
Assalamu'alaikum wbt.
Wak Man merakamkan jutaan terima kasih kepada semua teman2 yang dapat hadir diLiqa' Durian di Kg.Parit Gantong dan Kg.Batu Gajah Pasir. Antara teman2 yang dapat hadir Sdr.Fuat Mohamad n isteri, Hamid Jusoh, Bakry, Datok Dolah, Datin Nik n anak2, Cikgu Rozy n Suami, Anson n Suami, Muhabbat n isteri dan Kak Fatimah Hasan.WM bersyukur dan gembira teman2 dapat singgah di teratak WM sebelum pergi Liqa' Durian di rumah Cikgu Hj.Tahir. Didoakan semuanya selamat sampai ke rumah masing dengan buah luliian yang dibekalkan oleh cikgu. Teman2 yang bercadang nak datang bolehlah Mawi aturkan...... pastinya GERAMMMMMMMM bila tengok gambar2 yang Datok Dolah tayangkan nanti.
Durian,durian, durian, wm dan geng luliian di kebun cikgu
Sedikit ole-ole kenangan untuk cikgu , terima kasih cikgu.
Salam Ukhuwah dari WM sekeluarga.
Subscribe to:
Posts (Atom)