11 May 2008

TAMU ISTIMEWA




Assalamu'alaikum wbt.

Hari ini WM dapat tetamu istimewa, datang dari Sungai Buluh, Dr.Mohd Zaki Abd Rahman dan keluarga. Beliau sampai kira-kira jam 7.30 malam. Oleh kerana rumah WM disempadan Muar, Johor terlajak juga Zaki menyeberang sempadan Melaka Johor. WM sebenarnya menunggu juga teman2 yang akan ke Muar menziarahi adik Mariam Fadhilah hari ini, tetapi program ditangguhkan. Dalam hajat nak menunggu teman, rupanya diketemukan juga dengan teman lama. Al-hamdulilLah, Syukur. Sebenarnya Zaki bersama isteri nak mengambil anaknya di UiTM Lendu yang baru selesai exam dan dikesempatan ke Melaka, beliau dapat datang ke teratak WM di Kg.Parit Gantong.Terima kasih kepada Zaki sekeluarga yang sudi menziarahi WM, didoakan Zaki selamat dalam perjalanan pulang ke Sungai Buluh. Kepada teman2 yang berkunjung ke Melaka jangan lupa mampir ke teratak WM. Semoga hubungan persaudaraan kita semua semakin kukuh.



Ummi, isteri Zaki dan anak perempuan Zaki

Kepada semua teman2 kaum ibu , WM ucapkan Selamat Hari Ibu dengan iringan doa restu semoga semua sehat dan bahagia disamping keluarga. Sekian, Sukran.Salam mesra dari WM

10 May 2008

Beriyani Gam dan Bowling di Putrajaya

Anak teruna Che Latifah. Roziah Razi
Bakry dan adik Emma
Kadir dengan Puaad, yang disangkakan seorang guru
Memeluk pengantin baru yang baru balik dari Umrah
Syed Abu Husin, anak-anak beliau, dan Kadir
7 orang anak Syed dan Muna ikut serta
Anson tunjukkan gambar2 di Melaka
Kaum balai sedang bersembang di BalaiMasih di BalaiDatok Genghiz tambah lagi!
Menunggu giliran di gelanggang boling

Papan score Gadis4
Juara Boling dari Alor Gajah, Puaad dan Halimon
Juara Alor Gajah sedang pilih bola
Anson datang hanya untuk memeriahkan majlis.
Puaad, En Sakni, Muhabbatein, Che Pah dan Dato Dollah

Papan score kaum balai


Posing maut!

KANGEN & KASIH SAYANG


Assalamu'alaikum wbt.

AlLah Swt mencipta dan menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi ini. Selain beribadah dan mentaati perintah serta syariat AlLah s.w.t, manusia ditugaskan untuk memakmurkan bumi ini dengan menyebarluaskan kebaaikan. Manusia dibekalkan akal fikiran yang dipandu oleh wahyu dan sunnah Rasul S.a.w. Manusia menggunakan elemen akal dan wahyu dalam mengetahui asal usul kejadian manusia, dari mana?, apakah peranan dan tanggungjawab serta apakah matlamat hidupnya di dunia ini ? . Kejayaan hidup di dunia dan di akhirat kelak amat bergantung kepada pemahaman tentang peranan dan tanggungjawab manusia melaksanakan tuntutan yang dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t terhadap diri manusia.
Apa khabar semua teman2, Lama kita tak muncul di Blog ni. Ramai teman baru telah ditemui dan mula berbicara dalam coretan maya email walaupun masih kurang dalam blog Gen77 . Dikesempatan malam ini kita terpanggil untuk menulis bagi menyahut dan mengubati rasa kangen teman2 semua. Petang ada kes seorang bapa yang hendak mengmbil anak2nya daripada jagaan seorang ibu melalui satu perintah Mahkamah. Anak2 yang berusia 10 dan 11 tahun menjadi mangsa keruntuhan rumahtangga. Hak ibu dinafikan ketika semua orang menyambut dan meraikan HARI IBU. Hujah dan seribu alasan diberikan oleh sibapa walaupun kita cuba mengingatkan tentang erti kemanusiaan dan kasih sayang. AlhamdulilLah, akhirnya sibapa pulang tanpa anak2 dan anak2 yang comel memelok ibunya...... namun sibapa akan datang semula bila-bila masa untuk melaksanakan perintah yang sementara itu walaupun usaha pembatalan telah dikemukakan. Kita menghormati keputusan perintah tetapi dimana erti kemanusiaan dan tanggungjawab sebagai khalifah lebih-lebih lagi erti sebagai ibubapa yang semestinya menyayangi,mencintai anak-anak dengan kata lain kita mengutamakan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri.
Untuk renungan bersama.
"SESUNGGUHNYA ALlAH MENYURUH BERLAKU ADIL DAN BERBUAT KEBAIKAN SERTA MEMBERI BANTUAN KEPADA KAUM KERABAT DAN MELARANG DARIPADA MELAKUKAN PERBUATAN-PERBUATAN YANG KEJI DAN MUNGKAR SERTA KEZALIMAN. IA MENGAJAR KAMU (DENGAN SURUHAN DAN LARANGANNYA INI) SUPAYA KAMU MENGAMBIL PERINGATAN MEMATUHINYA" Surah Al-Nahl :90
Salam kangen dari WM.

09 May 2008

Marilah Mari Kita kr Putrajaya
Marilah mari
Kita ke Putrajaya
Jangan lupa singgah rumah Rozi
Makan nasi biryani gam

Hari Sabtu 10/5 akan tiba
Kekalkan persahabatan Gen77
Jam 1230 makan beriyani
Jam 3 kita main boling

Marilah mari kita ke Putrajaya
Kita ke putrajaya

Doa untuk semua...

Kata orang bijaksana : Kelmarin sudah berlalu, hari ini sedang berjalan dan esok belum tiba. Gunakanlah kesempatan hari ni kerana kesempatan adalah harta yang terpendam.

Semalam saya menerima hadiah buku dari Faridah Yahya; “NOTA kepada DIRI” dengan catatan “....sebagai semakan untuk diri kita. “

Dato’ Dollah dan Datin Nik, semalam tak sempat bawa Faridah ke KISAS. Dia kirim salam pada semua dan Insya Allah kalau tak ada apa-apa halangan dia akan hadir ke Liqa’ Nasional.

Hari ini saya baca kisah Saidatina Fatimah ra. Saya teringatkan Fatimah Hassan, CT Fatimah Umar dan Jaliya yang ada bercerita kepada saya bahawa aruah ibunya juga bernama Fatimah. Semoga berkat nama hebat itu anda semua menjadi isteri dan ibu yang hebat.

Rohana; masuk kerja semula hari ni. Selamat kembali bertugas, semoga ceria sentiasa.

Kamilah, Wak Man apa kahabar ? Kalian orang hebat dan kuat berusaha. Semoga berjaya.

Dr Bakri, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda seorang sahabat yang sangat prihatin. Sentiasa mengingatkan sahabat-sahabat anda kaum Hawa supaya tidak membiarkan suami kecik hati bila hadir Liqa’. Dan, sentiasa mengingatkan para suami supaya sentiasa menghargai isteri.

Che Pah, saya ada minta Che’ Pah call konon2nya boleh jemput untuk pergi rumah Rozi esok. Tapi minta maaf banyak2, tak dapat pulak.

Muna dan Rozi; isteri dan ibu Mithali yang pandai memasak. Masa form 4 saya ada belajar buat agar-agar dari Muna. Sampai sekarang bila buat agar-agar tu saya beritahu anak2 ; “belajar dari auntie Muna masa sekolah dulu”.

Didoakan semoga semua sahabat Gen77 yang dikasihi ; jauh dan dekat dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam peliharaan dan Rahmat Allah SWT. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

Sabda Rasulullah SAW daripada Abdullah ibn ‘Umar r.a. : “Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain; dia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya .”

Sabda Rasulullah SAW daripada Abu Musa al-‘Asy’ari ra: “Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain.”

Sabda Rasulullah SAW daripada Nu’man bin Basyir ra: “Kemesraan, kasih sayang dan saling berbelas kasihan antara orang Mukmin diibaratkan seperti satu jasad; apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut berjaga malam serta merasa panas dan gusar.”


Wassalam
FarahDina

08 May 2008

GEN77 D'ALAMANDA - SELAMAT DATANG!

YA : Boleh main Sabtu ni?
Abang Mus : emmmmm.... jari kiri.
G : Tak pa, YA bukan kidal...

- genghizzz
8.5.08

07 May 2008

GEN77 D sanasini

Pertemuan di Shah Alam
Entah apa yg dibincangkan oleh orang2 dapog? Mungkin pasal beriani gam resepi Rozi?
Orang2 kuat sireh memanjat gagang, semua steady walau semakin lewat malam. Perbincangan selepas ini berkenaan Bowling di Alamanda, Liqa' Nasional dll.

Mawi menyerahkan cek sumbangan Tn Syed Hussein kepada KISAS yang diwakili oleh Tn Pengetua


Mawi mencatat sesuatu dalam buku lawatan


Tahniah & Jutaan Terima Kasih
- genghizz- 7 mei 08





06 May 2008

Dengar Sini..

Saya suka mendengar, tapi saya tidak ada kemahiran mendengar. Dan... saya kagum bagaimana ada orang boleh menjadi pendengar yang baik.

Seorang adik saya mempunyai kemahiran ini,walaupun dia sebenarnya bukanlah seorang pendiam. Bila saya bercakap dengannya di telefon , kadang-kadang saya terpaksa ; ”hello...” di tengah-tengah perbualan. Dia akan menjawab ; ”ya, tengah dengar ni...” Satu ketika tengah malam, dia bergegas keluar setelah menerima panggilan telefon dari seorang rakannya. Saya tanya ada apa? Katanya; ”Dia ada masalah besar.” Besoknya saya bertanya; ”Dah selesai masalah malam tadi tu?” Jawapannya; ”Pergi dengar cerita dia ja....”

True silence is the rest of the mind; it is to the spirit what sleep is to the body, nourishment and refreshment.( William Penn, 1644-1718)

...By keeping your own mouth shut and your ears open you surround yourself with a tremendous advantage over the fellow who talks with unguarded enthusiasm...(Napoleon Hill, 1883-1970)

To Listen is to Learn.If you have something to say- say it.If you have nothing to say-Listen.


Sabda rasulullah SAWdaripada Abu hurairah r.a.: ....Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik atau diam.
(riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)


Kunci utama untuk menjadi pendengar yang baik ialah kesabaran....
Dengan sedikit kesabaran itu mungkin kita dapat membantu seseorang ketika dia memerlukannya.

P/s
YA Shaarani, kalau YA tak pandai dengag tentu orang tak bagi pegang tukoi tu dalam mahkamah :)


Wassalam
FarahDina

05 May 2008

Setuju vs Tidak Setuju


Kenapa wujudnya persefahaman dan kenapa berlaku perselisihan pendapat antara sesama kita? Sama ada sesama adik beradik, sesama sahabat, antara suami dan isteri, antara murid dan guru, hatta antara Raja dengan rakyat.....

Antara jawapannya adalah hadis ini :

Sabda Rasulullah SAW daripada Aisyah r.ha. :

Roh-roh adalah suatu himpunan yang terkumpul dengan pelbagai jenis dan ragamnya. Sekiranya terdapat kesamaan dari segi tabiat dan kecenderungan, ia akan bertaut; sekiranya terdapat percanggahan tabiat dan kecenderungan, ia akan berselisihan.”
( riwayat al-Bukhari dan muslim)

Namun, perselisihan pendapat bukanlah suatu masalah yang tiada jalan penyelesaian. Malah dalam hadis yang lain Rasulullah SAW ada menyebut bahawa ia adalah suatu rahmat. Yang penting ialah bagaimana kita menanganinya.
Wassalam
FarahDina

04 May 2008

Cikgu Kusno di Perlis




Assalamualaikum Gen77 sekelian.

Walaupuhn masih sibok dengan urusan peperiksaan tapi saya ingin mencuri sedikit ruang untuk berkongsi kegembiraan bertemu cikgu Kusno ketika beliau di Perlis tempoh hari.
Pada pagi 1 Mei, saya mendapat sms daripada cikgu bahawa beliau berada di rumah adiknya di Repoh. Saya hubungi cikgu untuk bertanya khabar n beliau menyatakan bahawa baru sampai dari KL. Saya berjanji akan menemui cikgu keesokan hari kerana cikgu pun perlu berehat dulu n kebetulan che pah ada urusan keluarga pada petang hari tersebut(majlis pertunangan saudara sepupu di Kuala Perlis n kendiri kesyukuran di rumah rakan sekerja).
Pada petang tersebut saya hubungi kawan2 Gen77 memaklumkan kehadiran cikgu, termasuk Bang Chin, Nasaruddin Noh , Fuat Zahari. Saya bercadang untuk mengadakan pertemuan beramai2 bersama cikgu. Saya juga hubungi x KIK yang berada di UiTM Perlis n beberapa sahabat lain, termasuk saudara Mahayuddin + Fitriah (Senior) yang mencadangkan pertemuan di rumahnya pada jumaat malam sabtu, 2 mei. Oleh kerana pertemuan yang dicadangkan sebelah malam, maka x KIK perempuan agak keberatan n meminta untuk bertemu cikgu pada tengahari jumaat, di rumah adik cikgu. Kami pun berjumpa cikgu dirumah adiknya n menjamu selera dengan masakan Kak Wan, isteri cikgu, yang sangat enaknya...hmmm.
Kedua2 mereka adalah juniors kita, yang berkhidmat di UiTM Perlis iaitu Romlah Musa (SPM 1978-Penasihat Agama) n Siti Fatimah Sudin(SPM1979-Pensyarah).

Kenangan bersama cikgu Kusno, Kak Wan, che pah(berkacamata), Romlah n CT Fatimah (tudung purple) di rumah adik cikgu di Perlis



Mengikut perancangan awal, peserta lelaki akan mengadakan pertemuan dengan cikgu sebelah malam di rumah saudara Mahyuddin, tetapi terpaksa ditunda disaat akhir kerana beliau ada urusan jabatan. So saya aturkan pertemuan kawan2 kita ni dengan cikgu di sebuah restoran, dekat rumah che pah je la. Yang dapat hadir adalah seperti tertera dalam gambar, iaitu suami che pah,MohdNasir, cikguKusno, Ahmad Daud(SPM1979-pensyarah UiTM Arau), di belakang tu Basri Abd Ghani (SPM1979-pensyarah UiTM Arau), che pah dan Sabariah Othman (SPM1979-PK SMKA Arau). GEN77 iaitu Sdr Nasaruddin Noh n Bang Chin kita tak dapat hadir juga. Ye laa, masing2 ada komitmen kannn.

Pertemuan dengan juniors ni pun banyak juga kenangannya bersama cikgu, sebab mereka pun cuma setahun dua je muda dari kita kannn...tapi tak le semeriah pertemuan Gen77....InsyaAllah, akan cuba diaturkan pertemuan seterusnya kerana cikgu kerap datang ke rumah adiknya di sini. Hidup GEN77!!!

Daripada che pah.
Ahad, 4.5.08

02 May 2008

Hai Sayang !

"Hai Sayang !”. Kalimah pertama yang saya dengar di pagi yang penuh barakah ini. Diucapkan oleh seorang ibu terhadap temannya dalam usia 6oan sambil bersalaman dan berpelukan . Sudah pasti ucapan itu lahir dengan penuh rasa kasih sayang. Sudah acapkali saya dengar perkataan ini diucapkan oleh individu berkenaan terhadap teman-temannya. Sewaktu pertama kali mendengarnya saya agak terpegun, maklumlah tak biasa !

Seorang lagi yang sering saya dengar mengucapkan kalimah ini ialah seorang doktor muda yang cantik manis di Darul Ehsan Medical Center di Shah Alam. Sebaik saja kita muncul di hadapannya, dengan ramah dia terus menegur. “Assalamu’alaikum, hai sayang !” Saya pernah bergurau dengan suami dan anak-anak: “Kalau nak rasa disayangi bila pergi ke DEMC, beritahu kat kaunter nak jumpa Dr **** “(di saat saya menulis ni sungguh-sungguh saya terlupa pula nama beliau :)

Walaupun begitu , dia taklah ucapkan kata-kata sayang tu kepada semua orang. Suatu hari ketika sedang menunggu anak saya diperiksa oleh doktor lain di katil rawatan, saya terdengar suara doktor penyayang ini di sebalik tabir. “Ayah duduk di sini, nanti ayah pegang tangan abang.” Eh, ayah dan abang doktor ni pun datang jumpa dia kat ke klinik ni juga ke! Terdetik begitu dalam fikiran , lantas saya menjenguk keluar. Ooowh, ada sorang pesakit lelaki cilik bersama ayah dan ibunya. Itulah bahasa dan keramahan insan penyayang !

Sesungguhnya tidak rugi jika kita menjadi insan penyayang. Allah SWT adalah ar-Rahmaan dan ar-Rahiim. Dia mengasihi dan menyanyangi seluruh makhlukNya.Dia menghendaki kita saling menyayangi. Sayangi semua orang kerana cinta dan kasih kita kepada Dia. Sesungguhnya tidak rugi jika kita menjadi insan penyayang.

Sabda Rasulullah SAW daripada Jarir bin Abdullah r.a. “Sesiapa yang tidak mengasihani manusia, nescaya Allah ‘Azzawajalla tidak mengasihaninya.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW daripada Abdullah ibn “Amr r.a : “Orang-orang yang pengasih dikasihi oleh Yang Maha Mengasihani. Kasihanilah mereka yang di bumi, nescaya yang di langit akan mengasihani kamu.” (riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Wassalam
FarahDina

01 May 2008

Email
Seperti yang pernah saya sebutkan, selain dari blog kita juga ada diskusi maya dalam satu grup maya form5KIK77.

Perbincangan di sana lebih tertutup, khusus dan lebih kerap. Dalam sehari ada 30 hingga 40 email. Untuk join grup maya anda perlu ada alamat email.

Jika sudah ada alamat email, sila maklumkan alamat email anda kepada saya di asmawi@gmail.com.

Jika belum ada alamat email, silalah buka satu akaun email anda sendiri. Anda banyak ketinggalan jika tidak ikut serta dalam grup maya itu.

Ada banyak tempat anda boleh dapatkan akaun email percuma. Yahoo dan Gmail adalah antara yang paling banyak digunakan. Jika perlukan pertolongan, silalah sms saya.

Asmawi Mohamad
Pemegang Mohor Besar

GEN77KIK D' HAJARUL FIL 30APR-1MEI08











Gambar2 semasa singgah di kedai makan tepi jalan selepas menziarahi almarhum ayahanda kepada sdr Khalil, di Batu Gajah, Perak.
Antara yang turut serta ialah; Syed Hussin, Pn Muna, MOD Mawi, Mohd Yusop Hassan, Mohamad Abd. Rahman, NM, Genghiz, anak Syed, isteri Yusop & anak2nya.
Inna liLLahi wainna ilaihi rojiuuunn.
- Genghizz





SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA




WM mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua teman2 Gen77 dengan harapan jadikan kerja kita semua sebagai ibadah. Firman AlLah Swt.yang bermaksud " Dan ( ingatlah ) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepadaKu, Aku tidak sekali-sekali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. SesunggunhNya Allah Dialah sahaja yang memberi rezeki ( kepada sekalian makhluk-Nya dan Dialah sahaja ) yang mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi yang Maha kuat kukuh kekuasaan-Nya"

Kesempatan ini WM mengingatkan diri WM dan teman2 agar kita semua berusaha untuk sentiasa memastikan setiap pekerjaan yang dilakukan menurut tuntutan syara' , antara lain ialah;a) Niat yang ikhlas untuk mendapatkan keredaan dari Allah s.w.t. di samping mengharapkan pekerjaan itu diterima sebagai ibadah dan amal soleh . b) Berazam dengan semangat bekerja bersungguh-sungguh sehingga mampu menghasilkan daya cipta dan kreativiti yang berkualiti kepada organisasi dan pelanggan . c) Bijak dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tindakan terutama dalam soal mengelak berlakunya pembaziran .d) Hendaklah sentiasa mengamalkan sikap sabar setiap masa dan bertawakal serta berdoa kepada Allah s.w.t. bagi menjamin hasil yang sempurna dan berkualiti Kepada teman2 yang akan bercuti bersama keluarga ke negeri Melaka, WM amat mengalu-alukan dan anagan lupa call WM. Diharapkan cuti pekerja kali tak ada orang yang buat kerja yang menyebabkan WM kena berkerja juga. WM sertakan gambar kelas 1978 bersama Dr.Rauf , {Husinrashidmustafanaimismailazamarifintipahkamilahmariamafrinahdll}
Salam Hormat dari WM.




30 April 2008

Guru dan Ilmu





Selamat pergi dan selamat pulang WM ucapkan kepada Hajjah Afrinah Ikhsan yang akan ke London bagi mengikuti
kursus cluster school.
Didoakan Rin dan lain-lain guru yang berkursus akan berjaya dan beroleh keselamatan. Maklumlah perjalanan yang jauh dan naik kapal terbang. Semuga pengalaman yang akan ditimba nanti akan dapat dijelmakan dalam usaha membentuk masyarakat yang berilmu pengetahuan (knowledge society). Sebenarnya sumbangan para guru dan pensyarah amat mulia. Ia ibarat obor besar yang menerangi kegelapan. Justeru, teruskan wahai teman2 yang menjadi guru dan pensyarah untuk mengasuh, mendidik dan mengajar erti kemanusiaan, keadilan dan ketelusan kepada anak-anak pelajar yang juga merupakan anak2 kita semua. Dalam al-Qur’an terdapat kira2 791 tempat yang disebut perkataan yang



dasarnya daripada kalimah {‘ilm} iaitu yang ke 4 terbanyak selepas kalimah ALLAH, IMAN dan RABB. ‘Ilmu ini amat penting bagi setiap individu muslim kerana dengan ‘Ilm ia memberikan keyakinan dan sekaligus dapat menolak Zann iaitu ragu-ragu atau tekaan semata2. Walaupun masih awal lagi, WM juga ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Guru & Happy Teacher Day kepada semua guru-guru WM dan teman2 Gen77 . Harapan kita usaha Pembestarian Pendidikan akan terus unggul dilakukan oleh teman2 para pendidik yang insya-AlLah akan dapat melahirkan pejuang-pejuang yang terus berjihad fisabililLah.


Takziah kepada Akhie Khalil sekeluarga yang kehilangan bapa di Perak. Didoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan solihin wa siddiqien.

Salam Hormat dari WM.

Inna lillahi Wa Inna Ilaihi Raaji'un

Dukacita dimaklumkan bahawa bapa kepada Sdr Khalil Husin (ex 5Sc2) dari Batu Gajah, Perak, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Saya dimaklumkan jenazah bapa Khalil itu akan dikebumikan besok pagi di Batu Gajah.

Sesiapa yang ada keluangan masa untuk menziarahi keluarga beliau, amat dialu2kan.

Marilah sama-sama kita mendoakan agar ruh Allahyarham dicucuri rahmat dan maghfirah dari Allah SWT, dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman.

Untuk mengucapkan takziah, sila hubungi Sdr Khalil di 019 5080 988.

-Asmawi Mohamad