03 April 2008
Selain dari kewujudan Blog ini, kita juga ada satu platform grup maya Gen77 di Yahoogroups.
Berbeza dengan blog, grup maya merupakan medan untuk diskusi rancak dan ringkas. Selain itu ia juga lebih 'personal' dan 'private' coraknya. Semua diskusi disalurkan melalui email. Untuk ikut serta anda perlu mempunyai email address yang dimasukkan dala database formFkik tersebut.
Setakat ini kita ada hampir 60 orang berdaftar di dalam grup maya tersebut. Setiap hari, perbincangan di situ agak rancak dan segar. Saya rasa hampir 80 peratus aktiviti berlaku di grup maya dan hanya 20 peratus berlaku di Blog ini. On a normal day, we have about 30-40 emails from that discussion group.
Kalau anda tidak bergabung di dalam grup maya, anda terlepas peluang untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan sajabat-sahabat anda Gen77.
Untuk bergabung, sila maklumkan kepada saya alamat email anda.
-Asmawi Mohamad
02 April 2008
Lunch Gen77 dan Dato Osman Desa
Hari ini saya dan beberapa orang geng Gen77: Mustafa Mohd Nor, Kamilah, Yusuf Nawang, Mokhtar Deraman, Naim Nordin (thank you for showing up bro!!!) dan Syed Abu Husin bertemu untuk makan tengahari ringkas (sebab hari kerja) di restoran MZ di Chow Kit.
Sewaktu saya tiba, hanya Mokhtar Deraman seorang sahaja yang sudah tiba. Mustafa Mohd Nor masih dalam perjalanan. Mokhtar tolong book meja dan order makanan untuk dihidangkan di dua buah meja berhampiran. Dengan penuh semangat Sdr Mokhtar sempat beritahu tuan restoran tu bahawa kami ialah grup satu sekolah di zaman 31 tahun yang silam dan hari ini bertemu untuk makan tengahari bersama-sama. Saya sempat mengimbas ingatan beliau kepada Kamilah yang telah datang dua minggu yang silam. Beliau masih ingat bagaimana Kamilah dan geng2 beliau yang datang dulu (Mus, Puaad dan 2 rakan sepejabat Kamilah) menempah makanan penuh meja sehingga tuan restoran tu pun takut untuk mengira jumlah harga makanan, takut tersilap sebab terlalu banyak katanya!
Mustafa tiba dengan Kamilah. Tidak lama selepas itu, Syed Abu Hussin tiba. Diikuti oleh Yusuf Nawang dan selepas itu Naim.
Sayangnya kamera saya tak bawa. Jadi tiada gambar yang dapat diselitkan di sini.
Punyalah popular tempat tersebut, kami bertemu dengan beberapa ex KIK yang kebetulan makan tengahari di tempat yang sama.
Yang mula-mula sekali jumpa ialah junior kita, Mahmud Jusuh, dari Kelantan. Sekarang beliau bertugas di ibu pejabat Bank Islam. Mahmud saya kenali kerana beliau sebaya dengan adik saya sewaktu di Maahad Muhammadi dan juga di KIK.
Kemudian Dato Osman Desa masuk beserta beberapa kawan.
Kami saling suruh menyuruh antara satu sama lain untuk mendekati beliau dan memperkenalkan diri. Syed Abu Husin menawarkan diri untuk bertemu dengan beliau, kerana beliau telah pun mengenali Dato Osman sewaktu sama-sama di dalam UMNO. Kemudian Dato Osman datang ke meja kami dan diperkenalkan kepada semua orang. Beliau teruja bila mengetahui bahawa kumpulan kami adalah Gen77 KIK yang baru beberapa bulan dapat dikumpulkan semula. Siap dia kata "nanti I pun nak kumpulkan my batch masa KIK dulu lah!". Agaknya antara semua generasi KIK, Gen77 yang paling terkedepan dalam mempertautkan semula silaturrahim setelah 31 tahun.
Sewaktu makan, pelbagai topik dibicarakan, termasuk kisah pagar hijau yang runtuh, dan betapa ramai kawan-kawan yang menjadi OKT (Orang Kena Tuduh) dan suspek-suspek utama. Cerita "flirtations" antara beberapa kawan kita pun turut dibualkan, termasuk kawan-kawan yang menjadi pengunjung setia blog dan juga grup maya kita. Tetapi kami sepakat bahawa juara segala "flirtatious" boys pada masa itu tidak lain tidak bukan ialah Roslan Khairi Mat Resad!!! Ada juga topik-topik berat seperti perniagaan, sempadan bisnes dan politik, business and contract laws, dan beberapa isu lain.
Selepas makan, dan berkira-kira untuk keluar, terserempak pula dengan YB Dr Hatta Ramli, dan selepas itu dengan Dato Osman Desa sekali lagi. Syed sempat bercerita kepada Dato Osman Desa bahawa kami grup KIK Gen77 sudah ada blog sendiri yang lengkap dengan gambar-gambar dan kisah-kisah kenangan lama sewaktu di KIK. Beliau agak "impressed" dengan kesungguhan kita mempertautkan kembali geng-geng lama kita.
Elok sahaja semua orang bersurai, Wak Man pula sampai. Beliau ada menghadiri seminar di IKIM, dan agak lewat tamat sesi di sana. Oleh kerana beliau sudah tiba, kami pun masuk pula ke dalam restoran mamak yang berdekatan dan minum seround lagi.
Nota Kaki:
1. Bakry: Hang tak datang. Aku rasa Mak Andam akan denda hang kow kow next time kita jumpa. Aku serahkan kepada budi bicara beliau untuk menentukan jenis dan quantum denda yang dia nak kenakan kepada kau kerana kegagalan menghadirkan diri. Harap-harap dia tidak denda kau seteruk kau pernah buat kat Piee! Tapi kalau sampai ke situ pun, den tak leh tolong!! Rasalah kau sorang2 penangan Mak Andam nanti!
2. Mak Andam: Aku kesian kat dia. Tempat MZ Restoran tu agak panas hari ini. Berpeluh-peluh dia makan tadi. Tempat kami duduk pula kebetulannya agak jauh dari kipas. Mak aiiii! kesian tengok dia tadi. Nasib baik tadi lebur macam lilin.
-Asmawi
30 March 2008
Liqa USJ 2008
Saya masih belum dapat mengumpulkan perkataan yang secukupnya untuk menceritakan betapa gembiranya saya secara peribadi dengan pertemuan malam tadi. Usaha saya untuk mempertemukan dua orang sahabat karib semasa di KIK dulu akhirnya membuahkan hasil dan mereka kabarnya berpelukan erat bila bertemu. Malangnya saya belum tiba lagi pada masa itu.
Pertemuan kali ini menemukan beberapa orang "first timers": Yahaya Daud dan isteri yang sekarang bertugas di Bank Islam Pasir Putih. Yusuf Nawang pun kali pertama datang. Khalil Husin juga kali pertama, walaupun beliau ada hadir di perjumpaan Sri Iskandar tempohari.
Terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu Kusno, Cikgu Tahir, Cikgu Shahrom dan Cikgu Sushama kerana sudi hadir. Tidak lupa penghargaan setulusnya kepada Fuat Azahari yang sanggup datang dari Guar Cempedak semata-mata menghadiri majlis ini. Juga kepada Wak Man yang berkejaran dari Melaka walaupun sibuk dengan operasi di sana sini. Tidak ketinggalan kepada Puan Fatimah, suami dan anak-anak, dan juga kepada Jaliya yang juga datang bersama ama beliau. Semuanya dari Melaka. Weldan Che Kob serta Saidi Kadir yang datang dari Bentong untuk meraikan majlis tersebut. Khalil Husin datang dari Ipoh untuk bertemu Gen77 Lembah Kelang buat pertama kali.
Itulah semangat Gen77 yang amat kita banggakan sekali. Keep it up.
Sila klik di sini untuk melihat gambar-gambar tersebut.
-Asmawi Mohamad
Syukur Al-HamduliLah.


29 March 2008
Jumpa di 47 Jalan USJ 16/5 Subang Jaya
Lima orang guru sudah mengesahkan kehadiran:
1) Cikgu Shahrom
2) Ustaz Husin Unang
3) Cikgu Kusno
4) Cikgu Sushama
5) Cikgu Tahir (Melaka)
Ada apa-apa masalah sila telefon 012 2060 536 atau 019 5564 565
-asmawi
28 March 2008
Perjalanan ke Sekolah
Bila masuk darjah 2 dan bersekolah petang, saya naik beca Pak Bakaq pula. Dia jiran paling hampir dengan rumah saya. Tiap2 hari bertemankan anak Pak Bakaq yang dah tak sekolah saya pergi menuggu beca dalam jarak 500meter dari rumah. Bersama saya budak lelaki sebaya saya bangsa India, jiran saya juga. Kulit tidak gelap, comel dan tiap2 hari mak dia pakaikan bedak. Dia juga tidak nakal, saya yang nakal, selalu marahkan dia :) Sekarang Apoo dah jadi doktor pakar, buka klinik kulit. Saya harap dia tidak berdendam dengan saya dan kalau dia tak ingat saya lagi bagus :)
Setelah berpindah sekolah di Guar Chempedak, saya tidak lagi naik beca. Ada kalanya naik bas dan kadang2 jalan kaki. Bila balik dari sekolah selalunya jalan kaki. Seronok, boleh singgah kedai dan macam2 lagi....
Bila masuk Kolej Islam tidak ada sesiapa pun antara kita pergi sekolah naik kenderaan. Semua jalan kaki kan ?! Melenggang kangkong beg pun tak payah bawa. Sekarang di jalan yang kita dok melintas dulu tu dah ada jejantas..
Satu hari,ketika masih belajar di Kolej Islam, entah apa sebab dan puncanya ( bila berlaku pun tak ingat :), saya dan Faridah Hj Yahya telah melalui kembali pengalaman naik beca. Kami menaiki beca di bandar Alor Setag . Rasanya nak ke pejabat abangnya di Jalan Telok Wan Jah. Penarik beca ( dia tak tarik beca, kayuh je ! ) tu seorang pak cik dalam lingkungan usia 60an, tapi masih kuat mengayuh becanya. Faridah kecik macam dia la dan saya pun masa tu tak la besar sangat. Tempat duduk masih selesa untuk kami berdua. Bolehlah… naik beca keliling kota sambil sembang2.
Sampai pertengahan jalan... saya terpandang ke belakang, pak cik beca rupanya turun menolak becanya, sedangkan kami senang lenang bersandar atas beca. Saya rasa tak sedap hati tapi tak tau nak buat macam mana. Faridah kemudiannya perasan kegelisahan saya. Dia bertanya; “Awat, ada apa ?” Saya mengarahkan pandangannya ke belakang. Faridah terperanjat dan dia terjerit; “Pak Cik, berenti! “. Pak cik beca terus berhenti ,saya dan Faridah melompat terjun dari beca.Faridah terus hulurkan duit dan kata pada pak cik tu. “Tak palah pak cik , sampai dah”. Dia memarahi saya pasal tak bagi tau awal2 pak cik tu terpaksa menolak becanya. Saya kata sebelum tu dia kayuh elok pun, sampai tempat tinggi sikit dia terpaksa la tolak. Kata Faridah kami sepatutnya turun tak boleh biarkan dia tolak. Kesian pak cik tu berpeluh2...Kami rasa terkilan namun masih sempat tergelak dengan kekalutan yang berlaku :)
Hari ni saya terfikir ; andainya semua orang kesiankan Pak Cik beca dan tak sampai hati nak naik beca, macam mana ya mereka nak terus cari rezeki?!
Walau apa pun, kita perlu bantu mereka yang perlukan bantuan agar mereka dapat mengubah kehidupan kepada yang lebih baik. Namun sekiranya mereka sudah rasa cukup bahagia dengan kehidupan mereka usahlah kita mengganggugugat kebahagiaan mereka. Betul tak ?
Wassalam
FarahDina
TAHNIAH TUAN SYED & MONA




27 March 2008
Liqa Subang Jaya 29/3
Warwarkan kepada semua kawan2 yang tiada akses email ini.
Dan kepada yang datang dari luar KL, penginapan di Hotel Summit Subang Jaya akan diuruskan oleh tuan rumah, Free of Charge.
So, orang Melaka semua kena datang.
Orang Bentong dan Karak pun kena datang.
Orang Kuantan dan Temerloh.
Orang KT macam saudara KD kita pun kena datang.
Lastly, Fuat dari Kedah dan semua geng2 Kedah pun kena datang.
Orang Kelantan/Besut pun patut boleh datang.
Wak Man kena bawa laptop dan LCD projector beliau. Kita buat macam kat Melaka dulu.
-Asmawi
26 March 2008
PESANAN SANGAT PENTING! LIQA' SBG JAYA 29.3.08
Assalamualaikom wr wb semua sahabat!
Saya laa ni berada di A Formosa, Melaka.
Sebentar tadi baru terima pesanan dari Sdr Mawi (beliau di KB) meminta saya membuat makluman sekali lagi berkaitan LIQA' Subang Jaya seperti maklumat di bawah. Beliau memberitahu bahawa Sdr Syed & isteri ingin tahu bilangan sahabat2 dan anak2 dll kerana urusan penyediaan blablabla srupsrap dsbnya yang dimasak khas oleh juru masak khas dan terpilih!.
Begitu juga kepada sesiapa yang memerlukan tempat untuk bermalam (Ingat! Utk genghiz & anak2 sahaja 2 bilik, heheee) bolehlah memberitahu sdr Mawi dgn segera kerana YB Syed nak tempah bilik2 penginapan di Hotel 5 star di Subang Jaya! Jadi diharapkan semua sahabat yang akan terlibat dapat mengambil tindakan segera!
Sekian.
Kalau tak faham boleh tanya Sdr Mawi atau hubungi Genghiz!
Liqa' Gen77 di rumah Syed Abu Hussin dan Mona Mohd Ali
Tarikh: SABTU 29/3/2008
Masa: 8 malam hingga 2 pagi (kalau larat)
Alamat: 47 Jalan USJ 16/5
Subang Jaya
Semua suku sakat Gen77 seluruh negara dijemput hadir. Sila warwarkan kepada semua.
25 March 2008
MANA TEMAN YANG LAIN?

Apa khabar semua?, WM doakan semuanya sehat dan gembira disamping keluarga dan kerjaya masing-masing. WM terpanggil untuk bertanya mana teman-teman yang lain, dah lama tak berbicara dan menulis di blog. Hj. Mang pun dah risau. Sibok dan terlalu sibok agaknya. Walau bagaimana pun WM harapkan semua dapat membuka blog dan bertaaruf mengikut jadual yang ditentukan.
Kemampuan serta keupayaan daya saing individu, syarikat sehingga kepada sesebuah negara diukur daripada kemampuan menguasai elemen teknologi maklumat ini. Oleh itu, apakah persediaan kita untuk menghadapi cabaran ini?
Pada hari ini, negara yang melonjak pertumbuhan ekonominya mempunyai keupayaan berdaya saing serta menjadikan k-ekonomi sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonominya.
Dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan ini, kemampuan minda untuk menginovasi menjadi pengukur keupayaan ekonomi. Pengurusan yang membelakangkan k-ekonomi akan menjadi usang dan akan melebarkan jurang digital di peringkat pembuat keputusan.
Dari segi perniagaan, mereka yang tidak berdaya bergerak menuruti tuntutan dan perubahan ledakan maklumat lambat laun akan rasa tersisih dalam persekitaran perniagaannya.
Selain itu, perubahan dalam bentuk penyiaran kepada interaktif merupakan asas kepada generasi internet. Mereka mahu menjadi pengguna bukan sekadar penonton.

Internet sebenarnya sedang memberi kesan kepada kita semua. Kaedah mendapatkan kekayaan, struktur organisasi, sifat perdagangan dan pemasaran, penyediaan sistem bagi hiburan dan pembelajaran merupakan bidang-bidang yang cepat berubah.
Menyedari hakikat ini, kita perlu mengambil sikap proaktif mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kecekapan kerana ia kini menjadi asas kejayaan dalam persaingan k-ekonomi.
Jika sedekad yang lalu, e-dagang, k-ekonomi dan kaedah digital menjadi sekadar teori pakar-pakar teknologi untuk menghadapi persaingan dalam era globalisasi, kini ia menghendaki kita bertindak sebagai pelayarnya secara realitinya.
Sekadar suatu pertanyaan, adakah kita masih membuang masa menderaf surat menggunakan pen atau pensil atau terus mengadap komputer untuk mendapatkan maklumat dan mencepatkan kerja?

Jika kita masih fobia menggunakan komputer dalam apa juga perkara, percayalah ledakan maklumat yang mendepani kita tidak akan menunggu sebaliknya ia akan meninggalkan kita lebih jauh dan melebarkan jurang digital sedia ada.
24 March 2008
PUAN LATIFAH - TERIMA KASIH!

Itu saja soalan genghiz. Semoga Puan Latifah Zulkifli berbahagia sepanjang kehidupan di dunia dan akhirat bersama keluarga tercinta.
Wassalamualaikom.
Bakri! Kita sambung lain kali! hEHEEEEeee..
Majlis Kenduri Alor Gajah: Pengumuman Kedua
1) Aturcara ringkas majlis adalah seperti berikut:
3.00 petang: Majlis bermula
7.30 malam: Solat Maghrib berjamaah diikuti tazkirah ringkas
9.00 malam: Majlis Akad Nikah
Sila RSVP kepada Muhabbad (012 635 0046) untuk mengesahkan kehadiran. Beliau perlukan maklumat ini untuk anggaran makanan.
-Asmawi Mohamad
23 March 2008
2 KEMATIAN PADA HARI & TARIKH YG SAMA!


-genghiz
22 March 2008
Hj Mang di Kota Bharu - Ziarah Ustz Adham

& Ustz Sanusi.
Tarikh : 21 Mac 2008
Jam : 1630 hrs
Bertempat di Rumah Ustz Adham di
Perusahan Seri Tanjung
Lot 1020, KM7, Jln Kuala Krai, Kota Bharu
tel : 09 712 6911 e mail - seritanjung@yahoo.com.my
Ustz & keluarga mengusahakan perusahaan membuat resepi rempah.
(lihat photo - meet international standart - kuzi, kuey teow,kerutuk,rendang, beriani & tomato).
Ustz sangat2 gembira dengan kedatangan kami, mengalu2kan kedatangan kenalan2 pada masa hadapan (uzur sedikit - sakit lutut) serta menyampaikan salam kepada semua.


KEMATIAN SATU TAZKEERAH


Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang prilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

WM nak ikut ziarah Datok Dolah ke Muar, Sukran.
Al FATIHAH!

Saya akan ke Muar, Johor selepas solat Zohor hari ni untuk menziarahi bekas pelajar KISAS, Mariam Fadhilah, iaitu seorang dari 25 pelajar2 KISAS yg mendapat 12A1 dlm SPM 2007. Selepas peperiksaan SPM, ibunya telah kembali ke rohmatuLLah. Pagi tadi, ayahnya pula yang menyusul. Kita doakan semoga roh mereka bersama golongan Muttaqiiin, In Sya ALLAH. Al Fatihah...
Saya ingin syorkan supaya kita jadikan Mariam dan adik beradiknya sebagai anak angkat gen77kik! Adik beradik 8 orang. Mariam ialah anak yang kedua. Harap ada sambutan! Sesiapa yang ingin menderma kpd Mariam bolehlah menghubungi Sdr. Mawi / Genghiz. Sekian, Wassalam!