03 March 2008

Gen77 di Sarawak 1

Assalamualaikum wmt wbt kepada kawan2 Gen77 sekelian.

Setelah menyepi beberapa hari, kerana tugas n komitmen yang bermacam2, hari ni nak cuba menulis dengan password baru ni, harap2 menjadi lah yee..

Alhamdulillah...nampak gaya blog kita makin meriah ni, dengan gambar2 reunion di sana sini. Abang As kita yang lama menghilang dah munculkan diri di Kuantan... Mawi pun nampak gayanya merata tempat dia pergi, sesuai la dengannya sebagai moderator..

Paling teruja melihat daya usaha Saidi n Kak Teh Rohana Mahadi yang turut serta dalam blog ini. Kak Teh, maaf tak sempat ziarah masa reunion di Melaka dulu. InsyaAllah, ada rezeki ketemu lagi. moga kak Teh terus tabah menghadapi ujian n hanya kepada Allah dipohonkan kesejahteraan, WallAhul musta'an..

Gen77 di Sarawak (27 Februari 2008)

Kebetulan menghadiri satu seminar di UiTM Sarawak saya telah mengambil kesempatan menjejak kasih, mencari Gen77 di Sarawak. Saya ke Sarawak dari 26-29.2.08. Alhamdulillah, berkat info dari kawan2 dapat lah saya menjejaki Yaakob Rahim (melalui Ismail Hasan) n Jalilah (melalui Hj Mang). Dengan no telefon yang diberikan saya hubungi kedua2 rakan kita ni sebelum berangkat n berjanji untuk berjumpa di Kuching nanti. Kebetulannya Yunus dari Sabah pun menyertai seminar tersebut... Wah, saya dah mula membayangkan seronoknya dapat berjumpa n reunion di Kuching ni..

Sampai di Kuching terus hubungi Jalilah n diapun dah teruja sangat nak jumpa saya. Maklumlah dulu masa main hoki dia penjaga gol, saya defender..tapi keadaan blm mengizinkan untuk kami berjumpa. Hari kedua saya hubungi Yaakob menyatakan hajat untuk reunion bersama Yunus n Jalilah. Pada mulanya Yaakob agak keberatan kerana sibok dengan urusan dah dekat2 pilihanraya ni kan, tapi saya katakan nak jumpa sekejap aje pun cukup la...akhirnya dia setuju. Pada hari tu juga saya bertemu dengan peserta2 lain, dari kampus2 UiTM seluruh Malaysia...
wah..ramainya juniors x KIK yang sama2 jadi peserta. saya usulkan kepada adik2 ni untuk reunion pada malam tersebut di Waterfront.(kebanyakan mereka panggil saya Kak Pah je...)
Sebelum reunion saya bersama beberapa kawan lain menyeberangi sungai Sarawak, ke seberang untuk membeli kek lapis Sarawak, naik sampan cuma 30 sen saja tambangnya. Yunus call bagitau saya dia kena menghadiri satu perbincangan dengan orang2 besar plak, mungkin tak dapat bersama saya...ya la, semua dah jadi VIP kan!

Sewaktu di seberang, Jalilah call, bagitau dia dah sampai di jeti, menunggu saya. Bila turun ja dari sampan tu, saya nampak Yunus dah bersedia menaiki sampan yang saya naiki tadi. n saya nampak seseorang di Jeti..itulah Jalilah, tak banyak berubah pun... Kelakarnya mereka berdua tidak mengenali satu sama lain. Yunus dah bersedia menaiki sampan yang saya naiki tadi, tapi saya minta dia tunggu sebentar untuk bergambar bersama Jalilah.

Yunus, Jalilah n Che Pah

Tinggallah saya berdua dengan Jalilah, berborak cerita2 lama n bertanya khabar kawan2 lama sambil menunggu Yaakob pulak ni..hujan dah renyai2, mana Yaakob ni, jadi ke tak datang jumpa kami? Bila saya cal Yaakob dah sampai n sedang mencari tempat parking.. Alhamdulillah, kami bertiga dapat berjumpa. Yaakob n Jalilah dah jadi Orang Besar di Kuching ni..kami pun berborak macam2 cerita yang keluar, sambil menikmati juadah (terima kasih Yaakob kerana belanja kami makan)..hujan makin lebat..tapi kami tetap tak berganjak, hingga akhirnya hujan reda.
Jalilah, Yaakob n Che Pah



Bila hujan reda sampan ke seberang beroperasi semula. Seketika sampailah juniors x KIK yang baru balik dari membeli kek lapis di seberang. saya mengajak mereka bersama, bergambar n berbual2 sekejap..

Gen77 dengan Juniors, X KIK


Selepas tu juniors pun berlalu..Kami bertiga dengan beberapa kawan n suami saya meneruskan perbualan disamping menunggu Yunus..dah jam 10 lebih Yunus belum balik ke seberang sini, anak dara sunti Jalilah pun dah tak selesa, Jalilah pun terpaksa berundur dulu..dah hampir 10.30 baru Yunus muncul n kami teruskan perbualan tanpa Jalilah. Hampir 11.30mlm baru lah kami beredar. Itu lah cerita pertemuan di Kuching. dari Indera Kayangan n Negeri di Bawah Bayu, kami berkumpul menjejak kasih di Bumi Kenyalang. Seronoknya dapat jumpa kawan2 lama...moga bertemu lagi...Wassalam




Che Pah

MAT SENTUL DAN PARAM

Assalamualaikum WBTH
Tajudin , Semawi :
Alhamdulillah , Tajudin puas hati bila dapat tatap wajah hang yang terbaru , suara hang tetap maintain . Semawi pula aku minta maaf sebab belum dapat berbual lagi .Norlela - kalau tak silap dulu masa di KIK kamu ada cita cita nak jadi ahli Bomba kan ? Tapi Fazilah tetap spt dulu .



Cuma kali ini mari kita kongsi gambaq 77 masa kita jadi pengawas dan melawat Singapura , tarikh dah tak ingat , sampai di Johor kita melawat Sekolah Tun Fatimah , tidor di Masjid Sultan Abu Bakar , pagi esoknya sebelum ke Singapura sarapan di Restoren Jalan Melderum .


Yang seronoknya terserempak dengan Pelakon ternama seperti Param , Mat Sentul dan ramai lagi , maka berebut berebutlah ustaz dan ustazah nak posing dgn artis



Perhatikan : Tajudin , Dato Dolah , Semawi , Jumaiyah ,Khadijah ,Pak Soenaria, Allahyrham Cikgu Md Isa dan abang abang senior.

MAHABBATEIN

Malam yang indah.....Kuantan


Assalamualaikum teman semua....
9.31 am. 28/2/08 Fadzilah sms kat saya.... dia, Samawe & Norlela nak raikan Asmawi makan malam di Kuantan, kalau boleh hadir.... Temerloh ke Kuantan tak jauh, kata dia.. tapi 120km juga... Tak fikir panjang..... hati saya kata mesti hadir sebab dah terlepas dua pertemuan besar, 2/2/08 & 23/2/08.
Petang tu dalam keadaan hujan sekejap renyai sekejap lebat saya ke Kuantan...lebihkurang 9.10 mlm. saya selamat sampai ke restoran yang dimaksudkan, walaupun silap nama (masa Fadzilah sms). Mereka semua dah sampai awal, siap order makanan sekali..... Fadzilah dan Norlela dengan suami... Samawe, Asmawi dan saya single je, seronok juga jalan sorang-sorang......

Terperanjat saya bila tengok Asmawi....dah besar panjang tak seperti 31 tahun dulu... betullah dia tulis kat Haji Mang tu, bila lepas SPM sambung semula menyusu, besar & sihat...maaf Mawi...

Macam-macam cerita keluar malam tu.... rahsia.. tak rahsia.. ada belaka..... makan sekejap jeee... tapi bila bercerita tu sampai tak sedar dah lebih 3 jam kami berborak... itulah indahnya alam persekolahan. Selepas 31 tahun meninggalkan KIK terlalu sukar untuk melupakan setiap saat yang kita lalui bersama di sana..... Pahit, manis, suka & duka biarlah terus segar dalam ingatan. Cerita-cerita lain nanti saya cuba tulis kemudian.... ada cerita yang lucu masa latihan silat gayong, saya rasa ternampak-nampak... tapi tu kena tapis dulu....

Walaupun lebih 3 jam tapi tak banyak gambar sempat dirakam.... masing-masing tak henti bercerita sampai lupa ada kamera.... Alhamdulillah..... terima kasih Fadzilah sebab sponsor makan malam tu.

Masa balik saya senyum sorang-sorang (mujur dalam gelap orang lain tak nampak) bila ingat semula cerita-cerita lama tu... langsung tak mengantuk hinggakan sampai rumah pun pukul 3 lebih baru lelap.

Tajuddin...




































































































































01 March 2008

Asmawi Muhabat & Kak Teh

Salam kpd semua sahabat gen77 diseluruh Tanah Air.

Mawi,
Terima kasih atas respon segera kpd cadangan & jemputan saya pagi tadi. Sama2 kita doakan agar apa yg dirancang ini mudah-mudahan akan menjadi realiti. Insya Allah akan ramai rakan2 yg akan menyertainya walau pun reunion ini dibuat tak secara resmi .
Kejap tadi Bro Muhabat sms kpd saya akan datang joint sama. Harap Muhabat dapat kontek sahabat2 kat Melaka dan N9 skali. Jgn lupa jemput Abdullah Said ( kat mana dia skg ?) rakan sebilik saya masa form4. Kalau boleh Mawi konfonkan brapa orang yang dapat hadir. Senang sikit nak tempah dgn restoran yg saya maksudkan tu.
Saya dan keluarga dah 9 orang + ipar duai saya, ramai jugak kot. Ok Mawi, harap tak menyusahkan ente. Masa lama lagi, seminggu lagi.

Kpd Kak Teh:
yang saya tak kenali, didoakan agar banyakkan sabar. Setiap dugaan yg Allah berikan kpd kita tentu ada hikmahnya. Ianya boleh menyebabkan kita makin dekat kepadanya atau makin jauh darinya. Harap Kak Teh dapat faham maksud saya. Setiap penyakit itu ada ubatnya. Keredhaan kpd ketentuan Allah itu amat penting.
Saya nak kongsikan idea dgn Kak Teh ( Kalau sudi ). Di Kuala Terengganu, ada seorang Ustaz yg menjalankan rawatan menggunakan Perubatan Herba Yunan. Ramai juga yg datang mendapatkan rawatan daripadanya. Alhamdulillah yg telah lalu, menjadi dan berkesan. Kak Teh boleh cuba tel beliau. Nama beliau Ustaz Ismail Yusof No Tel : 019-9147314. Kampung Pulau Rusa Kuala Terengganu.
Saya sendiri pernah bawa rakan sekerja di tempat saya mengajar. Alhamdulillah nampaknya semakin baik.

Akhirnya salam ukhuwwah dari saya. TK.

Mohd Sanusi.

Kak Teh dan Sanusi

Salam,

Rohana Mahadi

Saya ingin mengucapkan syabas kepada Pn Rohana Mahadi kerana menggagahi menulis di Melaka, walaupun beliau kini sedang menjalani rawatan kemoterapi di Seremban, tempat tinggal beliau. Sama-samalah kita doakan kesihatan yang berpanjangan untuk sahabat kita ini. Semangat beliau untuk terus menulis itu patut kita contohi dan ikuti. Begitu juga dengan Saidi, yang sanggup menulis sewaktu beliau menjadi tetamu Wak Man, walaupun mengambil masa 35 minit untuk menyiapkan tulisan beliau itu.

Selamat menulis lagi Kak Teh!!!!

Sanusi

Syabas kerana dah nak dapat menantu. Jangan la pulak demo sendiri pun ada "hajat" nak jadi menantu lagi sekali :):). Nanti bila time kenduri kita pakat-pakat datang beramai2. Tak jemput individually pun takpe. Kita orang ini pantang dengar ada majlis Gen77, pasti kita datang walaupun dengar2 khabar sahaja. Nanti bila demo datang ke KL hujung minggu depan, kita buat reunion tak resmi di Seri Kembangan. Bakry dengan Halimon mesti datang. Dia penghulu kawasan tu. Dato "Genghiz" Dollah dan Datin pun mesti datang. Naim pun jangan cuba ponteng. Dia berani, tak pernah perlu mintak visa dari sesiapa. Saya akan make sure saya submit visa application saya awal-awal lagi untuk mengelakkan dari apa-apa masalah.

-Asmawi Mohamad

kehilangan

Beberapa minggu lepas kita d kejutkan oleh berita kehilangan seorang pelajar UTM johor yang mendaki gunung tahan. Alhamdulillah beberapa hari lepas beliau telah pun ditemui dan dalam keadaan selamat, sihat walafiat.

Tetapi sepupu aku yang hilang semasa ekpidisi sg gua musang bersama rakan sejawatannya dari petronas masih belum ketemui sehingga sekarang. Peristiwa itu berlaku beberapa tahun yang lalu. Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan, tapi semuanya sia-sia saja. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak ( anak bekas pengarah HUSM, Wan Kamaruzaman bin Wan Su).

Cebisan kisah ini ditulis sebagai pedoman kepada sahabat-sahabt semua, supaya berhati-hati dalam apa jua aktiviti dan tindakan yang dilakukan.

Bakri
Kenapa la akhir-akhir ini tak ada lagi coretan2 yang mgelikan hati. Merajuk ke? Janganla begitu. aku tau ramai kawan kita nak tatap tulisan kau terutamanya kisah2 silang yang semua oang lain telah hilang dari memorinya. Setelah kau tulis dlm blog kita ini baru ia dapat diingat kembali.

Ke terengganu bila nak mari? dlm sehari dua ini bagus juga, boleh aku bawa kau tempat2 kempen p/raya dan post2 party di sini dan bandingkan dengan suasana kempen di ibu kota. Tentu banyak perbezaannya.

Halimon pun -kena mari selalu cek venue2 pertandingan kerana SUKMA dah dekat dah. harap semaua berjalan lancar dan meriah sekali sempena tahun melawat trg 2008 ni.

Azami

KAK TEH

Assalamualaikum .

Hai...kawan-kawan masih ingat kat saya???? ala...yang suaranya serak-serak basah dan kering,
Saya akan menulis lagi....sekarang ini saya dipejabat Muhabad.....dia ni kan ke dah jadi usahawan yang menjalankan ejen perlancongan...saya dah cuba,servicenya "excellent"

Buat masa ini saya sihat dan sedang menjalani rawatan kemo.....doakan semuga saya sembuh sepenuhnya.

Saya akan menulis lagi ......bye!


Rohana Mahadi,
No.1000,Jalan RJ 1/1,
Taman Rasah Jaya,
70300 Seremban.

Contact no.019-6534674

Nilai N9

Salam.

Diharapkan sahabat2 gen77 semuanya sentiasa berada dlm situasi yg sihat walaupun sekarang ni musim demam, tapi demam 5 tahun sekali. "Demam Pilihanraya". Harap2 taklah akan melarat. Lepas 08 mac nanti akan kebah semula. Pada 08 Mac ni selepas sahaja mengundi sebelah pagi saya akan turun KL bersama dengan keluarga atas urusan meminang untuk anak sulung saya di Nilai Negeri 9. Majlis tu akan berlangsung pada 09 Mac sebelah pagi.

Saya akan bermalam di Seri Kembangan pada malam pengiraan undi dan malam selepasnya. Jadi disini saya nak ajak rakan2 gen77 yang berada di sekitar Lembah Kelang untuk berliqa' di Seri Kembangan kalau sudi. Seperti Mus, Mawi, Tok Lah & Nik dan lain2 lagi yang saya tak tau kat mana lokasi mereka.

Lokasi yg saya cadang ialah di Restoran dekat dengan Surau di Taman Kembang Sari. Nama Rostoran tu saya lupa. Depannya ada Pusat Latihan Bomba. Balai Polis juga tak berapa jauh dari situ. Lokasi ni tak jauh mana dari UPM. Rasanya sahabat2 yg berada di Lembah Kelang agak biasa dgn lokasi disini. Bila tiba tarikh tu nnt saya akan call sahabat2.

Nak jemput sahabat2 ke majlis tu pun tak berani jugak sebab tuan rumah tu dah tempah kendurinya untuk jumlah yang tertentu sahaja. Semua sahabat gen 77 saya akan jemput masa kenduri di rumah saya pada ogos nanti insyaallh.

Sekian sahaja utk kali ini, jangan lupa untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai pemilih. Dan satu perkara yang perlu di ingat, memilih pemimpin adalah satu tanggungjawab yang besar yang akan disoal oleh Allah di akhirat nanti. Dimana diceritakan Allah dalam quran bahawa manusia apabila di Mahsyar meminta Allah melaknat pemimpin yang telah menyebabkan mereka menjadi sesat semasa di dunia. Oleh itu jadilah pengundi yang bijak. Anda mampu mengubahnya.

Wassalam.
sanusi.

Saidi di Tg.Bidara Melaka


Kenangan pelajar Tingkatan 6 kik 1978 {Naimwakmanabdullahmustafakamilahifrinahchelatifah}



Saidi menghantar email kepada teman 5kik77 & sempat bergambar







Assalamu'alaikum wbt.
Apa khabar semua teman2 ?, didoakan semua teman2 dan Guru2 dikurniakan kesehatan dan kesejahteraan disamping keluarga.Wakman baru balik dari Kuala Lumpur, 3 hari dan sempat bertemu kak Ani di AnCasa Hotel. Wakman sempat ke CC di Petaling Street untuk buka Blog tapi login dah bertukar. Tahniah dan Terima Kasih atas usaha Mawi. Wakman sempat membaca madah bicara Lebah atau Lalat , menarik!! tapi tak tahu insan mana yang menulis kerana Lebah dan lalatnya dah terbang tak tahu kemana....... Wakman sempat menjengah kereta MyVi CCB1768 Saidi di bengkel tempoh hari akibat kemalangan di Pengkalan Balak. Saidi , kak Che Sum dan anak selamat. Kak Sum yang pandu semasa bertembung dengan kereta Honda di bulatan Pengkalan Balak setelah berehat di pantai Tanjung Bidara tempoh hari. (Teringat Allahyarham Azizian Hamid , dia orang kampong Pengkalan Balak) Semua dokumen untuk keperluan bengkel dah dihantar, harap Saidi dapat bersabar. Saidi Kadir bersama kak Ceh Sum begitu gigih, dari pertemuan di Kuala Terengganu kelolaan Hj.Mang, Saidi ke Kg.Kandang, Melaka rumah kak Timah, perjalanan yang jauh, Al-HamdulilLah wakman dapat pujuk Saidi untuk menginap semalam di Kak Long Chalet, Alai. Esoknya Wakman ingat saidi balik ke Bentong selepas sarapan pagi rupa-rupanya dia ke pantai Tanjung Bidara menikmati keindahan pantai selat Melaka ciptaan AlLah Swt. Satu ujian dan cubaan diterima oleh Saidi dan Kak Ceh Sum , sekali lagi Saidi bermalam di Melaka.{Hotel Kampong Jawa} Ringkas cerita Saidi, isteri dan anak selamat dihantar pulang ke Kg.Lurah Bilut, Bentung Pahang pada jam 3.00 petang 26.2.2008. Didoakan Saidi sekeluarga selamat dan sehat hendaknya. Tadi lepas solat Jumaat wakman sempat singgah di UKM, tempat pengajian tahun 1980an , jumpa Dr.Kamaruzaman Yusof (Terengganu)dll. Memang mengembirakan apabila kita mampu mengimbau kenangan lama terutama dalam menjana perjuangan masakini hasil asuhan dan bimbingan guru2 dan pensyarah2 kita di KIK dan Kampus dahulu.

Kepada teman2 , tulis dan terus melakar di Blog ini semuga ikatan persaudaraan kita terjalin kukuh, jangan lupa tanggungjawab semua pada 8.3.2008.


Salam Ingatan untuk semua

WakMan Insan Kerdil
5sas2kik77




29 February 2008

Gambar2 di Kuantan 28/2

Yang Hadir: Asmawi Mohamad, Padzilah Said dan suami, Ahmad Samawe Hasan, Tajuddin, Norlela Badiozaman dan suami.

Ahmad Samawe sekarang jadi Timbalan Pengarah Kastam Pahang. Tahun lepas saya terbaca alhbar The Star, beliau dapat pingat Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah (SAP), yang merupakan satu darjah di bawah dari DIMP. Kalau DIMP tu, dah dapat Datuk :). Tajuddin pula bertugas di JKR Temerloh. Beliau drive hampir dua jam untuk sampai ke Kuantan bagi menghadiri majlis pertemuan tersebut. Padzilah bekerja di LHDN dan menetap di Kuantan. Suami beliau seorang ahli perniagaan. Norlela (5 sastera 4 bersama Akak Wan Chik) pula bekerja dan menetap di Chini, lebih kurang sejam perjalanan dari Kuantan. Suami beliau telah bersara.

Saya mesti tabik kepada Norlela dan Tajuddin di atas kesanggupan mereka datang dari jauh malam2 buta. Tajuddin sms saya keesokan harinya bahawa dia sampai di rumah jam 1.30 pagi. Tak tahulah berapa dia pecut malam tu.

Kami bertemu selama lebih 3 jam, dari jam 9 hingga lebih kurang 12.30. Dan agaknya kalau saya tidak memohon mengundurkan diri jam 12.30 malam tu, boleh jadi kami akan terus bersembang hingga kedai tutup jam 2.00 pagi. Yang paling banyak bercerita malam itu ialah Ahmad Samawe orang kuat Kastam Pahang tu, dibantu oleh Tajuddin. Saya, Padzilah dan Norlela hanya tumpang gelak sahaja.

Satu perkara yang saya amati ialah mengakses blog sekarang sudah menjadi rutin harian sebelum mula buat kerja-kerja resmi ofis. Semua orang sudah ketagih dengan blog: Ahmad Samawe, Tajuddin, Padzilah dan Norlela, menjadikan ini sebagai rutin harian. Kadang-kadang bila kena time mesyuarat pun, Ahmad Samawe akan suruh dimulakan mesyuarat dulu. Dia hanya akan join selepas dia baca blog terbaru. Ingatkan orang-orang kuat macam Che Latifah dan Mustafa sahaja yang mempunyai habit sedemikian. Rupanya penyakit blog dah menular kesemua orang :).

Rupanya ramai orang yang masih belum menonjolkan diri di belakang sana yang merupakan teman setia blog. Ahmad Samawe dan Tajuddin banyak menyimpan kisah-kisah manis semasa di KIK yang saya sendiri tidak ingat. Beliau satu usrah masa di tingkatan empat dengan saya- usrah Al Hadid yang dipimpin oleh Arwah Mokhtar Osman. Beliau siap sempat ingat kisah perlumbaan mengazan antara Zawawi Mamat dengan Daud Norakit, hinggakan pada suatu hari tu, punyalah nak berlumba, si Zawawi (senior kita setahun) siap perform azan di tepi longkang surau di asrama blok E, just to be ahead of Daud yang pada masa itu sudah berada di baris depan surau, ready to perform his azan thing anytime. Terkulat2 Daud bila tiba-tiba dia dengar ada orang sudah buat azan di luar sana :) :).

Saya beritau Samawe dan Tajudin supaya rajin-rajin menulis. Si Samawe belum pernah menulis lagi, tapi Tajuddin dah pernah menulis sekali. Jangan-jangan nanti dia jadi macam Dato Genghiz kita. Sekali dia menulis, haaaa, satu blog dia conquer. Tunggulah harinya nanti!

Keesokan harinya, Ahmad Samawe hantar sms kepada saya yang bunyinya "Pertemuan malam itu mengimbau kembali nostalgia detik manis lebih 30 tahun lebih yang lampau. Saya sama sekali tidak pernah terfikir akan reunion ini". Saya rasa perasaan seperti ini dikongsikan bersama oleh semua orang.

Gambar sepenuhnya di sini. Sila klik pada gambar untuk melihat deskripsi lanjut tentang setiap gambar berkenaan:


-Asmawi Mohamad

Login dan password baru

Salam,

Setelah mendengar pelbagai keluhan akibat kesukaran yang timbul bila saya memperkenalkan sistem baru untuk login dan menulis ke dalam blog kita ini, maka saya ingin memperkenalkan satu sistem yang amat mudah dan mesra pengguna untuk semua, dan dalam masa yang sama, menjamin keutuhan blog kita dari dicerobohi atau digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Di bawah sistem baru ini, anda perlu login dengan email address: penuliskik77@gmail.com dan menggunakan password 135792468.

Senang bukan? Seperti dahulu, sila pastikan anda menulis nama anda di bawah setiap tulisan yang anda lakukan bagi membolehkan pembaca mengenalpasti siapa yang menulis.

Kalau masih ada masalah, sila maklumkan kepada saya.

-Asmawi Mohamad

28 February 2008

TABUNG F5KIK1977

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Bersempena dengan malam jumaat dan setelah berbincang dengan geng2 penaja serta orang2 kuat Gen 77 dengan mengambilkira pandangan ahli2 dari pelbagai latarbelakang kami memutuskan untuk menubuhkan TABUNG BANTUAN KEWANGAN GEN77 bagi mengurangkan bebanan ahli ahli gen 77 yang kurang bernasib baik

Sumber Kewangan ........Memohon sumbangan Ahli Ahli Gen 77 sebanyak RM 20 sebulan

Tarikh Berkuatkuasa....Bulan Mac 2008

Julat Pembayaran.........1hb Hingga 5hb setiap Bulan

Cara Pembayaran..........Dimasukkan kedalam Akaun Sdra Asmawi Muhammad
(Buat Sementara setelah diWujudkan AKAUN GEN 77)

Jumlah Pembayaran.....RM 20.00 sebulan

Beberapa rumusan telah dicapai dan disepakati yang mana hasil dari kutipan ini akan disalurkan oleh saudara Asmawi ke Akaun Penyelaras individu tertentu yang telah dilantik menyelaras ahli ahli yang didapati amat memerlukan bantuan dari Tabung berkenaan

Antara lain nya sebarang bantuan secara 'direct' atau 'direct approached' tidak lah perlu dilayan bagi mengelak sebarang pertindihan bantuan

Lebihan dari kutipan bulanan akan dikekalkan dalam akaun sedia ada

Mengenalpasti lagi ahli ahli Gen 77 yang memerlukan bantuan tabung

Akhir sekali...".Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia menjadikan jalan keluar baginya dan Dia mendatangkan rezeki kepada nya dari jalan yang tidak disangka sangka.Dan sesiapa yang berserah atau bertawakkal kepada Allah,maka ia berada didalam jaminanNya.(Dicukupkan keperluannya oleh Allah)Sesungguhnya Allah menjadikan bagi tiap tiap sesuatu ada ukuran nya)

Penemuan Baru 2

Assalamualaikum,

Tertinggal dalam penemuan baru yang lalu ialah Cikgu Md Din Basuni, guru ekonomi yang ada style tu. Kebetulan Mak Andam minta saya kesan beliau pasal anak cikgu ni dulu pernah bertugas satu pejabat dengan saya. Alhamdulillah dapat saya hubungi beliau. Cikgu Md Din sekarang berada di Seksyen 11, Shah Alam. Alamat rumah beliau No. 12, Jalan 11/8, Shah Alam, Selangor. No. telefon beliau 0129319507.

Beliau amat gembira dengan usaha kita mengesan gen77 dan guru-guru kita serta liqa' 2 yang diadakan bersama sehingga kini. Malah beliau rasa terkilan sebab tak tau mengenainya dan tak dijemput. Saya rasa rumah beliau dekat aje dengan rumah Kak Ani kita tu. Kalau kita ziarah beliau boleh juga kita menjengok Ust Husin Unang yang uzur sekarang ni. Kak Ani tahu alamat rumah ustaz tu. Betoi nooo...

Sempena pertemuan dengan gen77 kita ni elok juga kita mencari dan bertemu guru-guru yang mendidik kita.

Wassalam.

27 February 2008

dah ok.

" Pizza Jerteh "
salam semua warga maya kik77

tiga kali jugak try masuk tak jadi. rupanya yg mawi tanya td belum saya terima lg. bila 3x tak jadi, buka emel. baru ada emel yg dimaksudkan. terus tekan kat link tu. dak ok lah skang. tmaksih mederator Mawi.
Malam ni tak ada idea nak mengetok keyboard. .
Ok. jumpa lg.

Tazkirah

semalam saya tidog agak lewat.Hampir jam 2 pagi baru terlena.Jam 5 saya dah bangun.Heran sungguh pagi tadi pase apa tidog lewat tapi jaga awai pulak.Sambil pekena kopi Radix saya menghafal ayat2 Quran yang akan saya pederas masa jadi imam satgi kat mesjid.Dah tau dah,memang saya yang akan mengimamkan solah subuh pagi ni.Kena mengulang ngulang hafaz kerana silap2 boleh celaru masa jadi imam nanti.Mau pulak kalau ada gelabah sikit2.Abih la.
Sambil mulut terkemut2 menghafaz tu fikiran saya tiba2 terlintas...aku ni umog dah 48 tahun.lagi 2 tahun nak 50.Arwah ayah aku dulu meninggal umog 74.Kalau ikut keturunan boleh kah umog aku sampe 74?jangan2 60 pun belum tentu.Dah cukup ka bekalan aku nih????
Silap2 hb mengundi ni pun tak sempat dah.uuuuuhhh.....bahayaaa
Takut...betui2 takut.Ya kawan2....adakah kawan2 pun pikir macam saya pikir?Harap kita dapat renung sekejap.Muhasabah diri kita sendiri.
Lagi 8 ari kita kena tunai tanggung jawab kita.Buat la pilihan yang betul dan praktikkan apa yang alfadhil ustaz2 kita mengajar kita dulu.Harap2 pilihan kita nanti diberkati Allah.Aminnnn

liqa'

Fuad/Mahabat

Aku tabik kat hang semua kerana dapat hadir semua liqa' yang di adakan termasuk di terengganu dan melaka walaupun berturut hari.

Azami
(try loging baru)

Penemuan Baru

Salam,

Gembiranya hati ini bila seorang lagi guru kita dapat ditemui. Ust Abd Rahman Bakar yang mengajar Nahu semasa form 4-5 dulu tu sekarang berada di km 54 tepi lebuh raya PLUS. Jadi liqa' di utara nanti tak patut kalau tak jemput sekali noo...Fuat boleh urus lah benda ni. Dia pun kenai dan tau ayah hang tu. Permulaannya dia kirim salam kepada gen77 kita ni. Gembira sungguh dia bila saya ceghita pasai perjumpaan kita sebelum ni. Memang beliau tak berapa ingat tapi bila disebut ceghita Pak Muhabbat dan Prof Latipah kat Bandung dengan Pak Soenaria tu lagi bersemangat untuk dia mengetahui lebih lanjut perjumpaan kita seterusnya. Datuk Lah kena bagi warning kat dia pasai liqa' di SP nanti.

Gen 77 kawasan utara tu mungkin boleh dapat ramai lagi guru-guru yang masih belum ditemui. Selamat mencari.


Puaad

GENGHIZ DI IPOH 27FEB - 1MAC

Pasukan Bahas KIK 1977.
Sdr Naim & Mak Andam dari gen77 antara yang hebat dalam kontinjen kita.

Assalamualaikom sahabat2!

Saya akan berada di Ipoh mulai dalam tempoh tersebut.
Harap2 dapat bertemu dgn gen77 yang tinggal di sebelah sana.
Bro. Mawi - Teruskan usaha demi kejituan ukhuwwah filLah! Gen77 bersamamu!
Semalam saya dah bercakap dgn Zubir, nampaknya sangat positif. Mungkin dia terlalu sibuk meniup wisel sughuh budak2 belaghi! Selepas ini dia bersedia dgn identitinya yang sebenar. Terima kasih Zubir!

Mak Andam & sahabat2 semua - Terima kasih bebanyak.

Jumpa lagi, wassalamualaikom.

- genghiz

Two posts we miss most

Let me make it short and sweet. The two posts we miss dearly now are:

1) Nostalgia KIK (dah masuk siri berapa? 11?)

2) Mak Andam's diary? Mana niiiii.... tak kan dah MIA kot?

-asmawi

Komitment Untuk Menghubungkan Silaturrahim

Ramai genkik77, telah menulis dan menghantar gambar ke blog ini. Corat coret pertemuan dan usaha untuk ke pertemuan dan untuk kembali ke rumah selepas pertemuan memang bukti kesungguhan kita menghadapi sedikit dugaan untuk menghubungkan silturrahim.
1. Cerita Husin Changloon, Zubir, Amar, Nasir, balik dari Sri Iskandar penuh debaran.
2. Fuat dok standby untuk membantu kawan dalam cabaran sangat penting untuk meyakinkan kawan yang sedang menghadapi Cabaran.
3. Terkini. Liqa' Di Rumah Puna Fatimah di Kandang Melaka. Ahad 24.2.08 Hari penamaan calon ada di antara kita kena bertugas jaga dan uruskan penamaan calon 1/222 Parlimen di Malaysia. Saya bertugas di KL.(tempat saya mencari rezeki).Seperti biasa partner saya ke out station adalah Sdr Naim Nordin. Dua tiga hari sebelum ke Melaka kita dah confirmkan. Bersedia. Kami berdua satu kepala. Cuma Naim berani sikit dan kalau ada yang tak kena tibai terus. Saya tukang pujuk untuk seimbangkan keadaan. Tapi kami berdua amat simple.
3.1 selesai kerja pukul 12.00 lebih, balik rumah tinggalkan bag kerja, tak sempat tukar baju, pakai baju pagi tadi, (sdr fuat...saya baju biru juga, dalam hati nanti Fuat perasan lagi bila bergambar nanti dia tanya semua baju saya biru ke? Briyani King Biru, Kenduri di Kelang Biru, Di Kandang Pun Biru. Memang saya suka baju biru...sebab saya dah jelaskan kepada Fuat Azahari...)
3.2 Terus ke rumah Naim di Kota Damansara. Dalam perjalanan terima call misteri. No 019-pangkal 9xxx ini no Kelantan. Ppemanggil nak bercakap tapi suara tak keluar. Sapa ni? hai berat ni...lepas tu terima sms. "kawe batuk berat...demam baru balik dari pekan pahang... suara tak tubik (keluar)lansung...pukul berapa nak bertolak ke Melaka?." Baru saya tahu Asmawi yang call tadi. Saya call tak jawab...macam mana nak jawab suara tak keluar.
3.3 Sampai tol Damansara berhenti kereta jawab sms "saya dalam perjalanan ke rumah Naim nak jemput dia dan terus ke Melaka". Asmawi Jawab "Saya di Klinik. Saya akan usahakan untuk ke Melaka semampu daya" Dalam hati Hai berat ni ...saya sms lagi " Royat (beritau) demo dok di mana. Kawe gi ambil dan kita ke Melaka bersama". Dua kenyataan dan keputusan yang tegas dari dua sahabat yang ingin berjumpa sahabat-sahabat yang terpisah 31 lalu yang telah pun mula berkumpul di Melaka.
3.4 Asmawi sms lagi "kita jumpa di A&W petronas Kota Damansara". Saya jawab "ok" haaa lega. Dapat pergi dengan dua orang kuat...Asmawi dan Naim. Pujukan Isteri supaya tak payah pergilah ke Melaka masa keluar rumah tadi sudah jadi perkara kecil, seba dah dapat bersama dua orang kuat KIK gen77.
3.5 Dalam perjalanan Naim drive.Saya cakap sekali sekala asmawi mecelah...naim fokus memandu. Dai tanya...kereta kau meter 220km. Apamacam kita try 220 km pe hour. cuba kalau dapat sampai dalam masa 15 minit...jangan kawan...saya buat2 takut... spt naim serius. sayanaim pun bergurau. Asmawi tak banyak cakap sebab nak simpan suara bila sampai di Melaka.
3.6 Tiba di Melaka kami si sambut mpenuh mesra oleh tuan rumah dan AJK.

sambung...
-mustafa mohd nor-