26 February 2008

SINGGAHSANA BERCAHAYA

Salam Persaudaraan Maya.

Tahniah kpd Gen77 edisi Liqa' Melaka kerana "Big Jem" yg telah berjaya diorgernaizekan dgn baik sekali. Selepas ini susahlah sikit gen77 kawasan lain nak buat, sebab " Penanda Aras" "ISO" adalah Liqa' Melaka.

Saya nak kongsikan sedikit apa yg telah diungkapkan oleh Tuan Guru Dr Ustaz Zawawi Ali dlm Ucapan penangguhan Liqa Motel Desa 23/02 lalu.

Sabda Rasulullah SAW : " Di akhirat nanti akan terdapat sebuah kerusi / singgahsana yang dilimpahi dengan cahaya yang sangat terang dan berkilauan. Tetapi kerusi tersebut bukan dikhaskan kepada para nabi atau syuhada'. Sahabat bertanya kepada Rasulullah " Jika bukan untuk para suhada' dan para rasul, maka untuk siapa ya Rasulullah ?" Rasulullah menjawab " Kerusi tersebut adalah dikhaskan kepada orang yang menghubungkan silaturrahim dikalangan manusia biasa, terutamanya dikalangan bukan saudara maranya".

Demikianlah maksud dari hadis nabi yang telah sempat saya savekan dalam kotak membrem yang kurang power ini utk tatapan sahabat semua. Sahabat.............Teruskanlah usaha murni kita ini.

mosasita.

Memori - Bab 2

Salam,

Meriah sungguh sejak akhir-akhir ni. Selepas liqa' kat KT jumpa lagi di Kandang. Memang kat kandang lebih hebat sebab lebih besar manakala kat KT macam kat reban aje. Namun bak apa pun saiznya kita dapat menemukan gen77 yang terpisah lama apatah lagi dengan kehadiran guru-guru kita yang saya percaya amat gembira melihat produk yang dihasilkannya dari kilang bernama KIK. Sekurang-kurangnya anak-anak murid mereka masih mengingati mereka dan berjaya keluar ke dalam masyarakat yang dulunya ' kamu itu dilihat oleh masyarakat ' ( mengambil kata-kata Pak Soenaria Sasmita kita). Kita pula perlu mula belajar mencontohi guru-guru kita yang sudah bersara dan meneruskan hidup baru di luar profesyen perguruan mereka. Cikgu Tahir umpamanya masih awet muda dan sihat mengerjakan kebunnya. Persiapan beliau ialah 10 tahun sebelum bersara. Bila bersara pokok buah-buahan sudah besar dan berbuah. Tenang hati dan fikiran beliau bila berada di kebun melihat hasil titik peluh dan kemeriahan bila rakan dan taulan berkunjung di musim buah-buahan. Selain dapat berjumpa dan meneruskan ikatan persahabatan dapat juga sama-sama menikmati rasa buah-buahan. Pada yang tak berpeluang berkebun tu boleh juga mengambil petua untuk kekal awet muda beliau. Katanya, buangkan perasaan marah dan masalah yang menghantui diri. Sebaliknya tenangkan fikiran dan bersihkan hati. Walaupun beliau beliau pernah menjalani by-pass jantung tapi sekarang masih sihat dan aktif berkebun. Kita pun elok juga dapat kekalkan awet muda ni ( bukan lelaki sahaja tapi termasuk perempuan juga ) sebab nanti taklah rasa inferior pulak. Tapi kalau dah rambut memutih macam saya ni kena fikirkan kaedah yang lain pulak.

Memori kali ini menyentuh peristiwa yang ditanya oleh Datuk Lah @ Genghis Khan @ Emang Manang @ Jamal Abdillah ( berapa banyak alias daa..). Sebagai room mate beliau tahu perangai saya. Sampai saya betul-betul marah pun dia dapat ingat. Marah-marah yang lain tu bukan betul. Tapi marah yang satu ni memang mapuh kekeng. Peristiwa berlaku masa lower six- tahun 1978. Tempat di tepi padang hoki depan pintu masuk KIK tu le. Pelajar lelaki yang baru masuk ke lower 6 ni tengah kemaruk main football. Almaklum sajalah lepas berjaya menyambung pelajaran ke KIK semula dan berbulan madu selepas SPM, padang tu ana yang ampunyalah. Penggunaan padang adalah berjadual iaitu berselang seli dengan pasukan hoki perempuan yang johan daerah dan negeri Selangor tu. Nak main kat padang baru kat belakang sana, rumputpun tak tumbuh lagi. Tanah masih merah, rumput pun bertompok-tompok. Bukan boleh main bola, tapi dilarang menggunakannya untuk memberi peluang pucuk-pucuk rumput tu tumbuh dan biak berkembang. Jadi kami hanya menggunakan stadium hoki dan bola yang sama sekalipun saiznya kecil sedikit dari saiz padang bola Piala Dunia.

Bila masuk lower 6, kami dapat biasiswa dan ditawarkan oleh guru sukan untuk membeli boot bola baru dan potong biasiswa. Maka ramailah yang mengambil tawaran tu termasuklah yang menulis memori ini. Macamana dapat penyapu baru begitulah juga dapat boot baru. Lambat siang aje nak turun padang nak cuba keserasian boot tu. Hari tu memang giliran kami pemain bolasepak KIK Cup yang akan menggunakan padang tu. Masing-masing membuka kotak boot bola ditepi padang untuk bergaya dan mengetesnya. Tengah warm-up tiba-tiba pemain hoki wanita muncul untuk bermain. Mulanya kami tak berapa kisah sebab jangkaan kami mereka hanya sekadar di pinggiran sahaja sebab jadual penggunaan memang sah untuk pemain bolasepak. Tapi bila mereka masuk ke tengah padang dan pemain-pemain bola hanya sekadar memanas badan dan mengetes boot ditepi padang maka bermulalah episod kejadian haritu. Berlakulah perang mulut yang memangnya saya tak campur sebab dah petang takut ada yang tak gosok gigi lagi, tak kan haru bila berperang mulut. Kami masih yakin kami akan bermain bola pada petang tu, tapi disebabkan campur tangan guru sukan yang memihak kepada pemain hoki wanita maka terbakarlah kemarahan dan seterusnya menyebabkan saya mengherdik pemain hoki yang berhampiran kami sehinggakan ada yang melebel saya sebagai gengster. Mana tak marah, boot baru keluar kotak, giliran bermain bola dirampas orang lain. Dalam frust tu lah kemarahan terserlah dan hilang pertimbangan tetapi tidaklah terlanjur. Itulah kisah bagaimana depa pangge saya gengster. Sebenarnya bukanlah gengster macam Botak Chin atau Bentong Kali sekalipun saya juga dari Bentong, Pahang ( Karak ). Tak pernah saya ugut atau ancam orang lain, bahkan kerja sekarang pun manage security yang berdepan gengster di Bukit Bintang dan Hentian Puduraya. Itupun sampai 31.3.2008 aje. Lepas tu tak tau lagi ke mana ( tapi masih dalam kumpulan UDA ).

Memori ini saya titipkan untuk menjawab pertanyaan Datuk Lah semasa liqa' di Kandang tempohari. Sebab bila dah masuk kandang apalagi nak buat. Boleh lah berborak. Kalau kat padang asyik meragut hingga tak ada masa nak berborak. Di samping itu dapat membersihkan nama dari gelaran yang diberi tu. Mungkin ada yang berjumpa semasa liqa' merupakan salah seorang atau dua orang dari pemain hoki yang berada di lokasi memori ini terjadi.

Apa pun kita enjoy dan syukur dengan liqa' di mana jua dan jika ada yang tersalah silap semasa di KIK dan liqa' maaf jua yang dipinta. Diharap kita berjumpa lagi di dalam maya dan alam nyata bersama jumlah yang lebih besar.

Wassalam.

Pertemuan di Melaka

Assalamualaikum,

Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada host pertemuan iaitu Pn Fatimah, suami beliau, dan anak-anak beliau yang bersusah payah menyediakan makanan, dan memberikan layanan yang first class kepada semua yang datang. It's a show of hosting finesse in a true Malaccan style that cannot be rivaled.

Of course, such an impeccable hosting of event can only happen with a superb planning and sharp execution, and for that, I must thank the whole committee members there (and they are in no particular order of preference): Wak Man, Bakry, Halimoon, Jaliya, Muhabbatein dan isteri/anak-anak. Kalau ada yang saya terlupa sebut, jutaan maaf dan ampun saya pohonkan. Ketuk ketampi saya relai atas kealpaan ini.

Ucapan penghargaan setingginya juga kepada dua orang ayahanda kita: Cikgu Tahir Zainol dan Cikgu Shahrom. Kedua-dua mereka datang dan sudi meluangkan masa bersama-sama dengan kita walaupun perbualan kita bukanlah ilmiah atau "bertamadun" sangat, maklumlah masing-masing memakai "thinking cap" di usia 17 tahun dulu untuk menghimbau pengalaman-pengalaman lama yang indah semasa bernaung di bawah bumbung KIK tercinta.

Kedua-dua ayahanda kita telah berada bersama-sama sehingga majlis tamat, dan sempat memberikan ucapan dan pedoman untuk kita semua. Saya tidak dapat mengingati kesemua butiran ucapan ayahanda kita berdua itu, tapi apa yang dapat saya sematkan dalam kotak fikiran saya ialah pesanan Cikgu Shahrom supaya kita semua menjaga kesihatan, dan pesanan Cikgu Tahir supaya kita menabur balik budi kepada alma mater kita, Kolej Islam yang tercinta, dan cuba menyelesaikan apa-apa jua masalah dan cabaran yang dihadapi Kolej sekarang.

Termasuk 2 orang guru, dan Sdr Saidi yang datang agak lewat, 30 orang telah hadir dalam majlis tersebut mengikut perkiraan saya.

Saya sebenarnya amat tidak sihat pada pagi hari Ahad itu. Sekembalinya dari Pekan, Pahang pada Sabtu malam tu, batuk saya makin menjadi-jadi. Bila saya bangun dari tidur paginya, tiba-tiba saya dapati suara sudah almost tinggal "zero", langsung tak nak keluar. Saya dah gabra, sebab apa-apa pun saya sudah tekad, kena pergi jugak ke Melaka sebab pada hari sebelumnya, saya tidak dapat ke KT kerana urusan di Pekan tamat hampir jam 5 petang. Kalau saya bertolak ke KT pada masa itupun, mustahil saya akan tiba dalam sela masa pertemuan di Motel Desa tersebut.

Thinking that missing two successive events will be a big NO for me, I was adamant that I really have to make it to Melaka, come what may. Sehari sebelumnya saya sudah email beberapa orang kuat gen77 seperti Dato Genghiz dan Fuat menyatakan bahawa saya tidak dapat datang kerana arahan ke Pekan itu menyebabkan saya tidak akan berpeluang untuk ke KT dan ke Melaka sekali gus.

Tiba hari Ahad, saya sms Mus menanyakan jam berapa dia akan bertolak dengan Naim ke Melaka. Saya sudah mula mencari-cari jalan untuk ke sana dengan Mus.

And what a dear friend he is!!! Dia siap offer "demo royat ke kawe demo dok mana, kawe gi ambik. Takke kawe nok lok demo drive soghe time demo tak sihat gitu tu"

Dipendekkan cerita, saya bergegas ke klinik, dapatkan sedikit ubat, supaya at least saya tidaklah bisu kaku semasa di Melaka nanti. Selepas makan ubat dan berjanji untuk bertemu berhampiran rumah Naim, kami bertolak lebih kurang jam 2.00 petang dan sampai di Melaka jam 4.00 petang lebih kurang.

Suasana di Melaka sudah diceritakan panjang lebar oleh Genghiz dan juga orang lain. Tidak perlulah saya ulangi.

Seperti yang Kamilah ucapkan, kawan-kawan kita di Melaka telah mengangkat palang ke aras yang lebih tinggi, menjadikan amat susah untuk orang yang akan menganjurkan pertemuan akan datang untuk melepasti palang "benchmark" itu. Tetapi saya yakin, dengan semangat Fastaqim Kama Umirta, kita mampu melakukan yang terbaik.

Tahniah untuk AJK sambutan di Melaka. Terima kasih daun keladi untuk semua yang bertungkus lumus. The meeting last Sunday was surely a history in the making.

-Asmawi Mohamad

Posing datin-datin dan bakal datin-datin! Ada posing "maut" lagi tak?
Kau orang tengok la betapa lentoknya si Che Tipah "butang baju" tu! Agaknya ada angin sepoi-sepoi bahasa sedang meniup kearah beliau! Sampai Naim yang duduk depan pun ikut terlentok sama
Gambar ramai-ramai selepas Cikgu Shahrom tiba

(semua gambar adalah ihsan Puan Latifah Zulkifli)

Dan di bawah ini ialah buah tangan yang dihadiahkan oleh penganjur Melaka! Tabik! Tabik! Tabik! Apa yang di isi di dalam paper bag tu?? Macam-macam adaaaaaa!

Akhirul kalam, terima lah se das pantun Baba dan Nyonya Melaka ini (dipetik dari khazanah lama):

Tinggi bukit silang gumilang
Kamunchak jugak di lalu awan
Sunggu ringget masok terbilang
Mana-kan sama budi tuan

Amat-lah hamba bersuka chita
Telah membacha shaer dan cherita
Banyak trima kasih hamba berkata
Kepada sahabatku chahya mata

TERHARU DENGAN SIDANG VIDEO PAK SOENARIA SASMITA ABDUL MUTTALIB.

Pagi tadi sebelum masuk pejabat saya sempat buka blog kita yang memaparkan sidang video dengan Pak Soenaria oleh Sdr Muhabbat. Tak sempat saya nak layari sampai 3 minit, airmata saya menderu mengalir tanpa boleh ditahan. Bicaranya masih macam dulu...menyebut kita sebagai KHALIFAH, bisa jadi CONTOH kamu kepada yang lain. Ini yang membuatkan saya betul-betul tersentuh. Marilah kita sama-sama mendoakan agar kesihatan Pak Soenaria terus dalam keadaan baik. Tanpa nasihatnya yang begitu berkesan tu, entahlah sapa lah kita skarang...Tahniah Muhabbat atas usaha yang sungguh bermakna untuk semua...Bila sorang-sorang saya akan buka balik sidang video tu...Terus saya skip ke tulisan sahabat-sahabat lain seperti Us Abdullah, Sdr Stopa Mat Nor, Sanusi dan Farahdina (classmate saya semasa ting. 4 & 5- aktif sungguh dia menulis, banyak idea. Dulu pendiam je. Maklumlah sekarang dah jadi pesyarah UiTM kan...mula-mula jumpa dia kat surau Sek 9 , Shah Alam pada 2006, dia tak kenal saya. Saya tegur dia dulu...tak apalah...masa tingkatan 5, kami tak pernah bercakap, tak sangka sekarang banyak pula kenangan yang dibangkitkan....)

Bila tulisan pertama saya dalam blog petang semalam, dengan tak disangka-sangka lebih kurang sejam lepas tu saya terima call yang agak asing...+6598432995...tau sapa punya? Mula saya ingat silap no...dengan cakapnya macam orang asing/foreigner(speaking international beb..) saya terus tanya...dia tanya saya balik...lalu saya dapat agak..ni Kamilah ni sebab suara dia sama macam kat SMU Marang tahun 1975 ketika menyanyikan lagu.... Ayooo mmama...jangan marah betta...! Kami borak panjang dekat setengah jam jugalah.....tak apalah dia bayar bil...orang korporat lah katakan....Macam-macam cerita keluar..tentang profession, kenangan bersama kawan-kawan dan keluarga. Puas hati saya dapat bersembang lama dengannya...Thanks Kamilah....you are still friendly. Tak sangka... Saya bukan kenal dia saja, malah maknya Us Noraidah adalah guru saya yang mengajar saya di SMU Marang. Sampai sekarang pun mak dia selalu bertanya kabar dengan mak saya bila bertemu di Mesjid Rusila hari Jumaat....

Pagi tadi saya terima panggilan Sdr Mustaffa Md. Noor. Juga tak sangka dia call sebab last jumpa dia masa saya mula-mula bertugas di Bank Islam, Ibu Pejabat di Jalan Raja Laut masa tu (1984). Saya dah agak dah mesti tak cam saya punya. Ada ke bila tengok gambar reunion kat Trengganu tu, Kahar Daud tu dia kata saya..... Itu dalam gambar.....Nanti balik Kelate jange lupa bawa kayu golf....kawe tunggu di KGCC....Royat ko Yunus sekali....hoooooi seronok sungguh bila berpuluh tahun tak jumpa, dapat berhubung semula...

Saya ada beberapa no talipon kawan-kawan kita seperti berikut:

1. Mahmood Jusoh- Pengurus Kanan, Bank Islam, ibu pejabat- h/p: 0192692075
2. Ab Mughith- Kerja tak pasti dulu Naza di Gurun Kedah- 0194768285
3. Ariffin Abu Bakar- Guru di Kedah- 0136135700
4. Prof Madya Azam Hamzah- Pensyarah UiTM Shah Alam- 0126726371
5. Us Abd Aziz Che Kob- Jakim Sabah- 0133944044
6. Fuaat Mohamad- UDA Bukit Bintang-0193195852
7. Us Hamid Jusoh- Pensyarah UIA- 013203454
8. Us Hashim Sulaiman- Guru Di Besut- 0148072450
9. Ismail Hasan- Business di Ipoh-0195580558
10- Kahar Daud- Guru Kaunselor di Besut- 0199365414
11. Saarani Ismail- Hakim Mahakamah Syariah Shah Alam- 0134843055
12. Saidi Ismail- Kastam Putra Jaya-0192740195
13. Salehuddin Rashid- Guru di Kelang- 0162181319
14. Sanusi Shatta- Guru di Besut-0139980215
15- Sazali Tarmizi- Kaunselor di UNISEL-0122658805

Harap maaf kawan-kawan yang saya bagi no talipon tu. Bukannya apa.. cuma niat nak sambung silaturrahim balik... Banyak nak denga cerita bila lama tak berjumpa..

Salam silaturrahim dariku;

HjYahya Daud,
Bank Islam Pasir Puteh,
Kelantan.

Liqa' Melaka: Paling teramai paling ter"best"!

Jika Dato Genghiz mencatat Liqa' Melaka sebagai liqa teramai sehingga kini, saya pun nak mencatat liqa' Melaka sebagai liqa' ter"best" sebab kami Gen77 dari 5Sains1 mencatat sejarah sebagai kelas paling ramai kehadiran di dalam liqa' tersebut. Itu belum masuk Saidi Kadir yang datang agak lewat. Guru Kelas kami pun datang sama.

Semua gambar-gambar adalah ihsan Puan Pah Zul dan anak beliau, Kak Long.

Tutup mulut menahan gelak sebab takut terbatuk, bila kawan-kawan di depan buat joke "maut". Batuk tengah kuat masa tu!Berdiri dari kiri: Habsah Md Jadi (masih pendiam macam tahun 77 dulu), Jaliya Basiron,Ruzanah Husin(suami dia handsome wooooo), Asnah Rahim (dulu pendiam je, sekarang ni, hmmm..boleh tahan jugak), dan Toriah Jatim (almost 90% tak berubah dari tahun 1977 dulu). Depan dari kiri: Rozi, Asmawi, Cikgu Shahrom, Anson (sapa tak kenal dia????) dan Pah Zul tauke restoran (dan banyak macam business lagi!!)
Gambar steady!

25 February 2008

LIQA' MELAKA - liqa' teramai - SYABBAS!

Kawasan rumah terlalu luass, besau bebenau. Jadi, masing2 mencari idea memilih lokasi utk bergambar. Halimon dan Naim mencari kata sepakat. Yang Naim apasal tekedu bila dapat mikrofon?! Lupa skrip ke tak ingat lirik?

Penuh perasaan...... selepas +30thn baru dapat bertemu.

Tak tau siapa kita? Dah lebih 30 tahung dok jupe... Peluk ajelahhh.


Latifah merenung tajam menelti contoh bunga telur yang bakal dibuat utk majlis akan datang!. Rozi & Mak Andam sambil makan tekun mengira budget sepokok bunga emas.
Kak Timah tak menang tangan menjawab dan menghantar mesej.


Hang Huda, cicit Hang Li Po bersama bini Genghiz di hadapan "Bunga Emas Telur Pindang" (Dapat soghang sebijik! Yang tak mai tengok sajaaa. Bang Chin! Aku tau hang macamana. Kita jumpa di SP nanti! TQ Kak Timah, Jaliyah, Wak Man, Bat dll)

Anak bongsu Jaliyah sedang menghantar sms memberitahu perkembangan liqa' kpd ayahnya!
Cikgu Afrinah membaca doa2 penerang hati agaknya.

- ihsan dari kamera Hang Huda Bt Ghenghiz
Assalamualikum Sahabat-sahabatku Form 5 KIK 77,

Terharu sungguh rasanya dapat bertemu kawan-kawan terpisah lebih 30 tahun yang lalu. BBila berjumpa je, terus terlintas suasana peristiwa pahit manis di KIK terutamanya semasa tingkatan 4 dan 5 (1976-1977). Sungguh tak sangka semua kawan-kawan yang berjumpa tempoh hari adalah kawan-kawan yang selalu bersama-sama sama ada semasa belajar atau beriadhah. Bila jumpa Sanusi dengan Rusli, teringat peristiwa kita orang sambut abang senior yang datang lapor diri 'lower six'. Bila teringat nak tergelak pun ada. Geram punya pasal....Kebanyakan dah banyak berubah. Saya pasti ramai yang tak kenal saya sekarang...dulu pakai seluar saiz 28 sekarang saiz 40!
Apa kabar semua kawan-kawan yang selalu bergurau senda.... Ab Mughith, Saarani, Tajudin, Khairudin,Omar Jailani, Husin, Mustaffa Mat Nor, Halim , Ariffin Bakar dan lain-lain termasuk kawan-kawan yang sama-sama ke KIK dari SMU Marang... Hj AbRahman, Kamilah, Ruhaimai, Saidi, Ali Yusuf dan Asiah. Yang lansung tak pernah jumpa lepas SPM hari tu ialah Kamilah dan Asiah. Alhamdulillah, dalam 'reunion' di Motel Desa pada 23 Feb yang lepas, dapat bertemu semula dengan Saidi, Hj Rahman dan Ali. Saya sempat tengok gambar liqa' di Melaka tu. Maaf, saya agak saja Kamilah yang bercermin mata hitam tanpa tudung tu. Betul ke? Saya dengar juga dia punya business network sampai Singapore dan Dubai. Syabas diucapkan!

Us Abdullah Said, Us Rahiman Bani... kawan rapat semasa di Melaka dulu ( 1985-1988). Sejak itu tak ada lagi dengar berita. Cuma sekali ada jumpa Us Rahiman dengan Dr Ahmad Jantan ketika solat Jumaat di Shah Alam tahun lepas. Saya perasan dia takcam saya...tak apa. Us Abdullah, jiran sebelah rumah di Bachang..ingat lagi tak anta punya hayun buaian Aminah sehingga patah....Macam mana anak-anak anta? Yang anak anta lain tak ingat, Aminah je yang dapat ingat. Ingat tak anak ana yang sulong tu, bila balik rumah je anta selalu panggil KEROLL,KEROLL. Sekarang ni dia di UNISEL, tahun tiga. Saya baru dapat tahu Sdr Azizan Hamid meninggal dunia beberapa hari lalu. Bukan beliau saja.. Allah yarham Zulkarnain Yusuf, Allah Yarham Fuad dan Allah Yarham Abdullah Ahamad ( Kelas Sastera) juga telah meninggalkan kita. Semuga mereka semua dirahmati Allah.

Maaflah sahabat sekelian, saya ni tak pandai nak menulis sangat. Ini pun 'excited' sangat nak join blog ni untuk mengimbau kenangan di KIK lebih 30 tahun dulu. Mana-mana sahabat yang berhajat bantuan untuk pembiayaan kewangan- seperti pembiayaan peribadi, pembelian rumah, kad kredit dan sebagainya, bolehlah hubungi saya. Insya Allah, saya akan cuba bantu.

Maaf sekiranya coretan yang tak seberapa ini menyinggung sahabat-sahabat sekelian. Hubungi saya di yahya@bankislam.com.my atau h/p 019 6635127.

Sekian, salam persahabatan yang berkekalan dari saya.

Terima Kasih

Assalamualaikum semua,

Saya dan keluarga ingin merakamkan berbanyak banyak terima kasih kepada semua kawan-kawan di atas keperihatinan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ibu saya semasa beliau sedang sakit, mengucapkan takziah serta menghadiahkan Al fatihah dari jauh setelah mendapat berita kembalinya ke rahmatullah pada pukul 10 malam 22 Feb 08. Almarhumah mendapat rawatan selama 5 hari dihospital akibat stroke dan telah selamat disemadikan di Kuantan.

Walaupun saya tidak dapat bersama kawan-kawan seperti dirancangkan, semangat ukhuwwah sesama Gen77 sangat dirasakan . Tiga orang sahabat Gen77 Siti Norlela Badrulzaman dan Norzilah Hussin yang berada di Kuantan menziarahi kami di hospital manakala Sdr Ahmad Samawee menziarahi kami pada hari jenazah diuruskan. Panggilan telefon dan juga sms mengucapkan takziah juga telah diterima dari kawan kawan setelah berita ini dipostkan ke blog oleh Asmawi.

Sekali lagi, Terima kasih semua.

Wassalam.

ZIARAH PAK SOENARIA

Assalamualaikum WBTH
Alhamdulillah selesai sudah Pertemuan di Melaka kelmarin , jutaan terima kasih untuk Puan Fatimah dan keluarga .
Satu keputusan tergempar yang kami putuskan ialah menziarahi Pak Soenaria di Bandung , asalnya kami cadangkan pada 14 - 16 Mac 2008, Tapi setelah di semak harga Air Asia harini elok rasanya kita cadangkan pada 15 - 17 Mac 2008 .
Jika cepat pembelian tiket saya anggarkan kos keseluruhan ( Full board) sekitar RM 950.00. Setakat ini cikgu Shahrom dan isteri , Cikgu Tahir telah bersetuju untuk turut serta.
Harap kawan - kawan beri respond segera kpd saya melalui sms 012 6350046

MAHABBATEIN

kik76

Sahabat semua

"KICAP CAIR, BUBUR KACANG"

Cuba sebut berulang kali dengan laju.
(Ini adalah kisah lampau ketika naik tangga turun tangga dan semasa keliling bgn asrama.)

genghiz!

Kenapa la masuk gambar dlm blog tanpa nama setiap orang yang hadir. Kami tengok gambar tu mana la kenal semuanya. Masing2 jauh bezanya berbanding dengan 31 tahun yang lampau, terutamanya mak2 andam kita tu. elok rasanya d upload sekali lagi bersama nama sekali.

24 February 2008

LIQA' MELAKA - 24.02.08 - DIKUASAI KAUM HAWA

Bersedia untuk berdikir: Mohabat, Dolah Said, Moon, Puad, Genghiz, Bakri, Mus, Mawi & Naim.
Atas kerusi: Che' Pah, Rozi, Jaliah, Isteri Cikgu Shahrom, Cikgu Shahrom, Cikgu Mohd Tahir, Puan rumah (Fatimah), Mak Andam, Bini Genghiz, Afrinah & Aisyah.
Barisan coral speaking: Habsah, Toriah, Choon, Rozana,Latifah, Kak Nab, Asnah, Jumaiah, Abi & Wak Man.
KAUM HAWA MENGATASI ADAM. TAHNIAH KAK TIMAH & GENG!!!
Jage engkau ye!

Cikgu Afrinah (Penolong Kanan) memberi pos istimewa


Puan Rumah memerhati gelagat Bakri yg tak puas2 hisap dari kecik sampai besag!



Tak tertahan atau tak dan-dan nii Chon?




Antara jurufoto2 tanpa lesen tetapi bertanggungjawab...

Memang berbakat!




Setia menahan untuk dipukoi


- genghiz










LIQA' GEN77 D'MELAKA


-genghiz
11.55pm

Pekena Ghoti PPayang

Kemarin Reunion Pantai Timur berlangsung dengan jayanya. Masing2 telah balik semula ketempat asal dengan seribu satu kenangan yg mungkin tak mungkin dilupakan sepanjang hayat. Pertemuan pertama dalam 31 tahun. Kawang hajat nak tulis sikit pasal saing2 hak maghi jupa ari tu naknak oghang, macam aji mang tulis. Rupanya dang ke dia dulu. tikah 20 minit je dulu dia dengan kawe masuk berita dlm blog nie. Tak pe lah mang. Molek doh tu. Begheh belake. Baghu kemarin kawe nampak ghupe demo masa KIK dulu. Ghupanya ahli PSSGM jugak. Bravo mang.

Ada antara kawe kita hak gi kemarin kawe dak pernah jupe langsung dalam 31 tahun. Antaranya Yahya Daud, Lokman Mamat. Wan Zaki, Weldan, Saidi Kadir, Muhabbat, Kamal Daril, Mohd Zain, Fuad dan Hj Mang sediri. Lokman Mamat, masa dalam perjalanan tu saja Rosli Abas bagi tau rumah dia sewa kat Gong Badak. Terus singgah. Betulang dia pon baru sapa situ. Nak pindah barang balik ke Jeteh. Cuti 3 bulan nak jaga mak sakit. dok tengah tunggu lori sapa nak muat baghang.

Tapi masih boleh kenal lagi. Dok berapa banyak berubah. Ada la sikit2. Biasa la tu. PJK. Ambo pun sama.

Petang tadi Yahya tel. Dalam perjalanan ke Pasir Puteh semula utk kerja [ Hj Mang, Yahya kerja di Bank Islam PP bukan Jerteh, silap taip kot ]. Cuti sehari ziarah bapa yg sakit tua di Marang. Sampai di Jerteh call saya. Pekena roti payang di restoran Kajol. Lepah solat maghrib kami ke Dataran Pasar Malam Jerteh, pekena teh tarik pulak. Tel Kahar Daud join sekali. borak2 sampai kul 10 mlm. Banyak cerita yg kami tarik, bukan teh saja tarik.

Hari ni geng2 Melaka bkumpul. harapan kami semuanya telah berjalan dlm sausana yang penuh ukhuwwah hendaknya. Wak Man dan Mohabbat cepat la sikit masukkan dlm blog nie, buleh pakat kita tengok. Ramai geng Melaka yang kawe ingat nama mereka, mat nor baba, ghani othman, wan chik, khatijah, mail maun, ripin bakar , dollah said dll.

Sekat tu dulu, jumpa smula pulak di alam realiti dan maya.
mosasita.

Paper Clip


Suatu hari saya berada di bilik Cikgu Kusno bersama seorang teman (Saya tak ingat ketika Cikgu di bilik itu adakah sebagai Penolong Kanan atau Pemangku Pengetua ). Kehadiran saya ke situ ialah kerana menyerahkan borang-borang yang telah diisi dan ditandatangani.Sementara menunggu Cikgu menyemak borang-borang berkenaan satu persatu, saya membantu meletakkan klip kertas pada borang yang tidak diklipkan.Cikgu kemudiannya mengambil borang yang telah saya klipkan tadi. Namun, sebelum sempat menyemak Cikgu Kusno telah menanggalkan kembali klip kertas yang saya letakkan tadi sambil merungut; “Apa awak buat ni?” Bagi saya perkataan itu amat ‘keramat’ bunyinya. Apa salah saya?! Rupanya saya telah tersalah meletakkan klip berkenaan. Terbalik. Bahagian yang sepatutnya di atas saya letakkan ke bawah dan bahagian bawah yang lebih besar itu kedudukannya di atas! ’Peristiwa kecil’ itu telah berlalu hampir 30 tahun, namun ia masih tak luput dari ingatan saya. Ia amat bermakna. ’Kecil tapi signifikan’ ( saya pinjam kata-kata ’guru’ saya juga; terima kasih Prof Kamil).


Terima kasih Cikgu Kusno ! Peristiwa kecil itu telah mengajar saya supaya sentiasa:

· Berhati-hati
· Prihatin
· Teliti
· Berdisiplin
· Kerja mesti ’smart’, jangan pakai 'cincai'


FarahDina

Ibu Padzilah Said

Dalam kesibukan kita bertemu semula di Kuala Terengganu semalam, saya dimaklumkan oleh Weldan bahawa ibu kawan kita, Pn Padzilah Said, telah meninggal dunia di Pahang pagi semalam.

Marilah sama-sama kita membaca alfatihah untuk almarhumah, dan mendoakan agar beliau ditempatkan bersama para anbiya' dan salihin di hari akhirat nanti.

Jika ada kawan-kawan yang berhajat menghubungi beliau, no telefon Padzilah ialah 0139307007.

-Asmawi

23 February 2008

Titipan Kasih Motel Desa

Assalamualaikum Semua Suku sakat Gen77

Syukur kehadrat ilahi kerna perancangan yg dilakukan oleh orang kuat Ganung Hj Mang dan anak buahnya untuk melaksanakan Liqa' Pantai Timur menjadi realiti. Seramai 18 orang dari Terengganu, Kelantan dan Pahang telah menghadiri majlis yg diadakan ini. Tiada kata2 yg dapat digambarkan disini utk mengisahkan Liqa' ini dgn tepat. Kepada sahabat2 yg hadir mereka boleh bayangkan sendiri kesyahduan dan keterujaan yg dialami. Mcm2 perasaan yang terbit disini. saya tak berhajat utk memanjangkan cerita disini. Utk tatapan semua di uploadkan beberapa potret pertemuan ini yg sempat dirakamkan oleh jurugambar import khas dari Melaka [ anak Muhabbatien ] dgn menggunakan kamera saya.

Lebih syahdunya lagi Liqa' ini adalah kehadiran yg disayangi guru kita Dr Tn Hj Zawawi Ali [ ustaz, tazkirah yang diberikan amat menyentuh perasaan ] Tn Hj Din [ Pengarah IPG Batu Rakit - dulunya guru di KIK, maaf kalau silap, tak sempat tanya nama penuh] serta Pengarah Yayasan Terengganu Tn Hj Kamarul Amin [ junior kita 77/78]

Sahabat2 lain pastinya akan menyusul kemudian dari sudut lensa mereka pula.... insyaallah.

Sekian

Mohd Sanusi Shata


Dr Hj Zawawi Ali sedang menatap gambar lama di KIK yg dibawa dlm pertemuan ini.

Majlis bersalaman ketika Dr Hj Zawawi mula2 tiba. Mohd Zain[ berkacamata terpaksa balik awal kerana ada urusan yg perlu disegerakan] Tiada dalam gambar beramai2.




Hj Mang [ baju jalur ] sedang menerangkan ttg potret lama yg dibawa.


Masih lagi ttg kisah di KIK




Sesi foto diakhir pertemuan.
Depan dari kiri : Saidi Kadir, Imran Tahir, Pengarah YT Kamarul Amin, Hj Mang, Pengarah IPGBR, Dr Zawawi, Yahya Daud, Kahar Daud dan Azami Ghani.
Berdiri dr kiri
: Kamal daril, Mohd Sanusi, Zaki, Razali, Rosli Abas, Muhabbat, Weldan Che Kob, Fuad, Lokman Mamat [ dimaklumkan dan diajak masa saya dlm perjalanan ke tempat pertemuan], Ali Jusoh dan Hashim Sulaiman.

GEMPAQ2 REUNION PANTAI TIMOR BARU AJA HABIS 230 - 630 ptg

A'kum.
Nasik dagang lauk ikan aye tulang rapus dok abih,
Nasik kuning, krepok ikan aye, semua jenis makanang dang minumang dok habis,
hj mang susah hati, dok habis bukang kerana kawang2 dok mari, kerana mereka asyik berpeluk2 kang sapa dok cara makang2 minum'. Lain kali dok payoh tajalah, mereka kenyang dengan pelokang, gurau senda dang mengimbas cerita lama saja, makang minum dok brapa ca'ra!

Kehadirang kik 19 0rang + Ustz Dr Zawawi + Cikgu Khairuddin + Hj Kamarul + Mem Muhabat + mem & 4 anak ana + mem saidi + anak dia + mem kamal + mem Hj Kamarul & anak2 + mem Jeng & anak2 - ada la 40 orang.

1. Weldang & Puad G - petang khamis dah lalu didungung, perkeana sutong goreng & ikang goreng celop tepong di Pantai Telok Lipat dengan hj mang & Jeng. Malam tu katanya Kamal ajak makang di restoran trapong Saidi Kadir & family joint skali. malam tu mreka menginap di atas bukit Pak Apil.

2. Ustz Ali Yusof - smasa tazkirah beritahu dia dapat 9 BM smasa SPM, usaha smula sehingga kini jadi Guru siswazah dan mengajar di SM Kuala Berang. Dia dah kecek Zaidah ajak mari, tapi dok mari jugak, kecek lagi ustz suroh zaidah tulis dalam block.

3. Yahya Daud - sejak last skali saya jumpa di Bank Islam Kemamang, tukar 2/3 tempat di Perak kmudian Shah Alam, skarang Bank islam Jertih. Hari ini dia sukarela jadi mc. trima kasih yahya.

4. Wan Zaki - Penjaga Gol terhandal kik, skarang JKR K Trg bhg Plan2. kalu nak plan2 rumah molek kita cari dia. Asyiknya dia bercerita sapa saya tanya dia kelas mana pong dia lupe, rupa sendiri dalam gambar pong dok ingat, bravo zaki!

5. Muhabat & mem losongnya - dia maing crita hindustang dulu ngan awok2 shingga ana pong hampir terkena, tq muhabat, mem & anak laki2 - anta memang hero sgala hero, kat mana maing pilem anta mesti ada - keep it up!

6. Hashim Sulaiman - slepas ana jumpa dia didungung 5/6 taong lepas, skarang mengajar di Kruak ulu besut. Kalu sapa nok gi la hot spring, buleh cari dia - maintain bor-- macam ana jugak.

7. Rosli Abas - rakan silat 'double summer short ' ana. Hari ning dia paka cincin besar 3 bentuk. ana nok mintak se dok dang takdi. Nanti ari lain jumpa ana akan mintok. Ustz di Al Muktafibillah Shah. Kalu sapa2 breti di RNR AMBS tanya Ustz Rusli budak dok branok lagi pong kenal dia - famous sungguh!

8. Lokman Mamat - SMK Ibrahim Fikri, Seberang Takir.Skarang cuti 1/2 pay krana berbakti kepada ibu tercinta di gong lilit Jertih. Sejuk perut ibu - mengandungkan anta. ana sungguh terharu tadi bila anta crita bakti anta kepada ibu anta.

9. M Sanusi M Shata - geng silat ana jugak, maintain macho, mengajar jugak. Dudok di Padang Luas Jerteh. Dia kpala geng penggerak besut hari ning, shabas sanusi !

10. Kapten (B) Saidi kadir - bersemangat sungguh shabat kita ning, mana2 dia ada, esok nak gi mlaka pulak dia kata. Pengedar utama young cofee, sapa2 yang beli tadi ana rasa akan 'power'. Memory dia tak dok org buyleh lawang.

11. Kamal Daril - maintain cute, dudok di Chendering depang atikah soket factory. kalu sapa2 nak tau duana tepat mas banyak pakat2 kecek dia. ana pong nok tupang skali. Dia ngan Muhabat tadi cakapr bao, bao aje mende tahu.

12. Razali Mamat - taukey pre paid tersohor di hosspital nur zahirah tganung. maintain slim high. Lepas balik rumah terus talipong ana dan katanya malam ning dok tidor untuk melayari blog. Dok leh nak gambarkan perasaan katanya sejak hidup 48 taong ning, gembura tak terkata.

13. M Kahar - maintain soft & cool, Dudok Jreteh, ngajor jugak katanya, sorry la kahar dok ingat doh skolah mana takdi.

14. Imran Tahir - mawi ana dok stuju kalau anta kata merang dok aktif, hari ning dia lincah sungguh dia, maintain macho & slim lebih dari skolah lagi. Masa berucap tadi siap panggil kami2 semua, " pelajar2 - dia terbabas", satu dewang suka. Mengajar jugak, berkereta sorang diri dari Pantai Irama Bachok ke sini. Akan menulis dalam blok pakai tulisan yang akan disken katanya, tulis merang, tulis 1 .

15, Azami A Ghani - bila dia balik saja mem ana tanya, tu yang tadi berbaju batik bersongkok, maintain slim YB ex kik ke tanya mem ana (dia bertukar ngan Wan Mohamad W Hassan). Dok eh kata ana. Mengajar jugak katanya, skolah kerajaan negeri dah 22 taong katanya.nama skolah ana dah lupa.

16. Md Zin b Jusoh - kerja talikom dungung, dia balik awak siket kerana nak ngedar kat jemputang anak laki2 sulong dia nak kawing 15 mac nanti rumahnya di blakang SM sains Dungung!. nanti kita pa'kat gi lah weh!.

17. Cik Gu Mohd Khairudin b Hj Zakaria - blajar kik 69 - 72, mengajar kik econ 79 - 88, skarang Pengarah Institut Perguruan K Trg, Batu Rakit. Isterinya batch kita Mardziah bt Ibrahim skarang di SMKA Seikh Abd Malek, K trg. Trima kasih daun kladi cikgu. Tak puas ana berbual dengannya banayk commom topic ana dengan beliau, walaupun ana tak jumpa dia di kik.nanti kita sambung lagi.

18. Tn Hj Kamarul Amin - junior kita stahun. Razali kata smasa dia di form4 selalu nusuk bilek dia takut kena rangging. Skarang Pengarah Yayasan Trg. Tq tuan hj kerana hadir. nanti kami jemput lagi.

19. Last but no least AlFathil Ustz Dr Zawawi b Ali. KIK 77 - 83, Tok Jiring 83 - 88, SMA Seikh Malik 89 - 91, Cuti blajar MA UIA 91 - 93. MPI 93 - 99, Maktab Batu Rakit 2000 - 2005 (bersara), PhD UIAM Ogos 2007, Isteri Sharifah Hamadiah bt Syed Husin Lecture di UDM. Bila ustz kata kamilah nak2 beliau kerana beliau dicoba sehingga skarang tanpa zuriat, menitis air mata ana sehingga nak balik pong kami berpelukan lagi. Tinggal di Duyong Kecil dekat mesjid lama.

dah 1218 ning, nanti sambung lagi. baru balik jengok calong, esok orang blarok calong, ana kena gi tengok minyak.

p/s : shabat2 reuninon hari ning kalu ulasang ana tersasul & tersinggung - kemaafan jua dipohon.
sahabat2 yang ada kamera tadi, sila masukan gambar, VC ana nak kena down load dulu.

wassalam
hj mang

DATOK LAH JANGAN JELES / TAK JADI REHAT

Assalamualaikum semua .

Nampaknya Datok Lah ni cemburu sungguh tengok nama Bakar keluar, apa ada pada nama. Sorry la. Kena suruh Asmawi buat satu lagi email saya punya. Email ni tak leh katup la, kawan-kawan pun kadang-kadang pakai juga.
Seperti kata Fuat, kami ni nak cuti dulu bulan Mac ni, nak raya dulu. Tapi curi-curi juga tengok blog dan semak email. Hari ni berkurung satu hari d USM, Penang. Sampai pukul 8 malam, pas tu buka email dan blog sat. Tak buka rasa nak buka.
MANA GAMBAQ LIQA' DI MELAKA ?
Cepat la bubuh, nak tengok suku sakat Hang Tuah dan cucu cicit Hang Li Po.

Ada orang kata Hang Li Po tu keturunan orang Kedah sebab tu nama dia mula dengan hang. Hang Tuah tu pula anak cucu Hang Li Po. Betul ka ? Apa-apa hal pon orang Melaka memang berani macam Wak Man. Kena tukaq nama dia jadi Hang Wak Man.
Macamana Datok Lah dengan Mawi. OK Masuk la gambaq oghang Melake tu no !

KERUSI IMPOT DARI CINA

Kerusi Kayu Buatan Keturunan Genghiz!
Assalamualaikom!

Tentu ada di antara Gen77 yang pernah duduk di atas kerusi seperti ini.

- genghiz

Kenangan 77 di Pantai Timur

Assalamu'alaikum. wbt.

Didoakan semuanya sehat dan gembira disamping keluarga. Wakman dah lama tak muncul di Blog ni, tumpang gembira bila dah ada penulis dan pelakon tetap n setia. Datok Dolah, Fdina, Che Pah, Bakry, Fuat, Muhabbatie (dalam sibuk2 , masih sempat lagi terbang kesana kesini) dan lain-lain lagi. Wakman doakan majlis di Terengganu yang Hj.Mang uruskan akan berjalan lancar dan selamat. Jangan lupa rakam dan kirim kat Muhabbatie, wakman nak tayang kat majlis pertemuan di Melaka esok masa penamaan calun DUN Kandang, wakil calun Kak Timah dan siap semuanya. Ok lah , ayam dah berkokok, dah ada 3 pasang kena tangkap malam tadi, pagi semalam (Jumaat) 5 orang. Dikesempatan kawang2 semua berjumpa, wakman ingatkan jangan lupa kepada teman2 kita yang telah meninggalkan kita semua (al-Fatihah) kita doakan kesehatan serta kesabaran bagi teman2 yang sakit, dan jangan lupa pula tanggungjawab semua pada 8Mac nanti. Gembira bersama keluarga, meriahkan situasi setelah teman2 Gen 77 dapat bertemu semula, Wakman mengalu-alukan kehadiran semua teman2 ke Majlis Pejumpaan Gen 77 di Melaka (Rumah Kak Timah ) Selamat Maju Jaya.