20 February 2008

PENA BEBAS - TAK NAK BACA PUN TAK PA

CERI YANG DITINGGALKAN
1
Seluruh penduduk di kampung kami tercengang cengang sebaik sahaja mereka mengetahui berita Umar Al-Qasim telah dilantik sebagai menteri. “Umar! Inilah kampung kami. Keadaannya tetap sama seperti ketika kamu tinggalkan dahulu. Ia adalah sekuntum mawar dari tanah, rumput rampai yang kekuningan dan lorong-lorong yang bengkang bengkok seperti anak sungai laluan untuk kanak-kanak berkaki ayam”.

2
Umar tersentak seketika, kemudian dia berkata kepada ibunya: "Ibu tidak perlu menangis! Saya bukan pergi ke tali gantung!".

Ibu Umar mengesat airmata yang mengalir dengan menggunakan jari-jarinya. Dia berkata dengan suara yang tersekat sekat: "Umar anakku! Aku tidak mempunyai sesiapa lagi di dunia ini selain kamu. Jagalah kesihatan kamu wahai anakku! Keseluruhan kampung itu kotor dan berpenyakit. Ahh…., malang sungguh nasib kamu! Sekiranya kamu mempunyai seseorang orang penting dari kalangan keluarga kita yang terdekat, sudah tentu kamu tidak dilantik sebagai seorang guru di sana!".

Umar berkata kepada ibunya dalam nada perlahan dan tenang: "Bertenanglah ibu! Bertenanglah! Anakmu ini bukanlah sebuah gelas yang mudah pecah!".

3
Keseluruhan isi kampung kami sangat gembira sebaik sahaja terdengar berita tersebut dari peti-peti radio.

“Jadi, Umar Al-Qasim sudah menjadi seorang menteri!?”.
“Maha Suci Allah Yang memberi tanpa diminta! Memang benar seperti yang disebut sebut orang: Sesungguhnya sesiapa yang berusaha bersungguh sungguh pasti dia akan mendapat".
"Apakah tugas seorang menteri?!".
"Disediakan khas untuknya sebuah kereta, lebih cantik dari seorang anak gadis yang paling cantik ".
"Pada setiap hujung bulan dia akan mendapat gaji yang membolehkannya memakan seekor kambing setiap hari".
"Sebaik sahaja dia memasuki bangunan kementeriannya, semua pegawainya berasa takut dan masing-masing berlumba mengucapkan selamat kepadanya. Seolah olah dia seorang yang diturunkan dari langit!".
"Dia akan memberi arahan, dan segala arahannya akan ditaati".
"Apabila dia memberi arahan kepada Agha, apakah Agha juga akan mentaati arahannya?!".

4
Penduduk-penduduk kampung merenung tajam ke arah seorang anak muda yang baru turun dari tangga bas yang datang dari kota. Seorang pemuda yang berjalan dengan kepalanya tercangak cangak memerhati ke atas. Bermata lembut tetapi dalam masa yang sama pandangannya tajam. Dia mengucapkan salam kepada kami seolah olah dia seorang dari keluarga kami yang baru pulang setelah sekian lama menghilang. Dia memberitahu kami bahawa namanya ialah Umar Al-Qasim, guru sekolah yang baru.

5
Seorang dari penduduk kampung kami berkata: "Kita mesti pergi ke kota untuk mengucapkan tahniah kepadanya".

Seorang yang lain pula berkata dengan penuh semangat: "Kesemua kita akan pergi ke sana. Lelaki, perempuan, orang tua dan kanak-kanak!".

Orang ketiga pula menambah: "Lembu-lembu, kambing-kambing, ayam-ayam dan arnab-arnab juga akan turut ke sana!".

Orang keempat pula berkata: "Pandangan kamu semua itu baik. Tetapi siapakah yang akan membayar duit tambang bas? Apakah kita hanya akan berjalan kaki sahaja ke sana?".

Suasana diam seketika. Kemudian seorang lelaki tua berkata: "Memadai dengan cuma seorang sahaja yang pergi untuk mengucapkan tahniah bagi pihak kampung kita. Dia sememangnya telah mengetahui keadaan kita dan dia tentu tidak akan terasa hati dengan kita!".
"Tetapi, siapakah yang akan pergi?".

Lelaki tua itu berkata: "Pilihlah siapa sahaja yang kamu mahu. Contohnya, Abu Fayyadz, dia pun boleh pergi".

Abu Fayyadz cuba menolak, tetapi keseluruhan suara kami mengelilinginya.
"Kamu paling cerdik dari kami!".
"Lebih tua dan lebih mampu!".
"Kamu juga pandai bercakap walaupun dengan raja-raja!".
"Umar juga suka kepada kamu!".
"Dia selalu minum teh bersama kamu!".
"Dia suka percakapan kamu!".
"Dia kawan baik kamu!".

Abu Fayyadz berkata: "Tetapi, Umar kawan baik kamu semua juga. Dia pun sangat suka pada kamu semua.! Apakah kamu semua sudah lupa?".

6
Umar memerhati gelagat budak-budak yang sedang duduk di atas kerusi masing-masing. Dia berkata kepada mereka: "Saya guru kamu yang baru. Nama saya Umar...., Umar Al-Qasim. Saya suka kepada mereka yang rajin dan bersungguh sungguh. Sesiapa yang malas lebih baik dia meninggalkan sahaja kemalasan itu, jika tidak........".

7
Seorang lelaki yang telah beruban kepalanya dengan rasa bangga mengangkat dan menggerak gerakkan anak kecilnya yang baru lahir ke atas sambil berkata: "Aku akan menamakannya sebagai Umar Qasim Gaddah!". Kemudian lelaki yang sudah beruban itu memandang kepada si ibu yang berwajah pucat dan masih terlentang di tempat tidurnya. Dia ketawa dan berkata: "Sekiranya budak kecil ini mengetahui apa yang sedang menunggunya, sudah tentu dia menolak kelahiran ini. Pada hari kematianku, dia tidak akan mewarisi sesuatu dari bapanya kecuali bajuku ini sahaja".

8
Kami berkata kepada Abu Fayyadz: "Tidak ada gunanya kamu mengelak. Kamu akan pergi ke kota dan bertemu dengan Umar untuk mengucapkan tahniah kepadanya!".

Abu Fayyadz mengangguk angguk kepalanya tanda bersetuju. Dia terpaksa mengalah.

9
Penghulu kampung berkata kepada Umar: "Ustaz .....! Sampai sekarang pun ustaz masih belum menziarahi Agha?".

Umar berkata: "Mengapakah saya perlu pergi jika saya tidak mengenalinya dan dia tidak mengenali saya?"

Penghulu berkata: "Diplomasi itu penting. Agha boleh memberi manfaat kepada kamu. Semua tanah di kampung ini adalah kepunyaannya".

Umar menjawab: "Ayah dan ibu saya tidak mengajar saya mengenai perkara seperti itu. Tugas saya di kampung ini ialah mengajar murid-murid membaca dan menulis".

10
Penduduk kampung berkata kepada Abu Fayyadz: "Katakan kepada Umar bahawa kita semua masih kelaparan!".
"Beritahu dia yang kelaparan kita semakin bertambah teruk!".
"Kita akan terpaksa makan batu!".
"Ceritakan juga kepadanya berkenaan kutu-kutu yang sedang menghisap kepala kita!". “Juga pasal daging yang kita sudah lupa entah bagaimana rasanya!”.
“Beritahu juga berkenaan penyakit-penyakit kita!”.
“Katakan kepadanya bahawa kita memerlukan doktor-doktor dan ubat ubatan!”.
“Kampung kita memerlukan air bersih untuk minuman!”.
“Beritahu dia kerinduan kita kepada cahaya letrik!”.
“Cakapkan kepadanya mengenai Agha dan perbuatan-perbuatannya!”.
“Kita bekerja, dia menuai”.

11
Ketua polis kampung berkata kepada Umar: ”Demi Allah, ustaz Umar! Saya menganggap ustaz Umar seperti saudara saya sendiri. Saya ingin menasihatkan ustaz satu perkara. Ustaz bebas samaada menerima atau mencampaknya ke belakang. Ustaz selalu sahaja berbual bual pada waktu malam bersama penduduk-penduduk kampung, sedangkan perbuatan seperti ini tidak patut dilakukan oleh seseorang seperti ustaz ini. Seorang ustaz atau guru sekolah adalah personaliti yang terhormat!”.

Umar menjawab: ”Penduduk-penduduk kampung ini adalah manusia-manusia yang baik”.

Ketua polis kampung berkata: ”Ustaz bercakap dengan mereka dengan percakapan yang jika sekiranya didengar oleh Agha sudah tentu dia akan marah. Apabila Agha marah, maka Allah sahaja yang tahu apa yang akan terjadi”.

12
Seorang pemuda dari kalangan pemuda kampung berkata: ”Dengar semua! Elok sangatlah sekiranya Abu Fayyadz membawa bersamanya hadiah untuk Umar”.

Suara kami menjadi riuh rendah. Majoriti yang ada menyokong pendapat itu.
“Tetapi apakah hadiah yang akan kita pilih?”.
“Kambing atau beberapa ekor ayam kampung!”.
“Hadiah seperti ini tidak sesuai untuk seorang menteri!”.
“Jadi, hadiah apa yang kita hendak cari?!”.

Abu Fayyadz berkata: ”Hadiah yang paling baik ialah sebakul buah ceri kampung kita. Tidakkah kamu semua ingat betapa Umar sangat gemar dengan ceri kampung kita, dan dia selalu bercakap berkenaan warnanya yang merah? Ia adalah hasil usaha dan darah kita!”.

Kami berterima kasih kepada Abu Fayyadz di atas pandangannya itu.

13
Umar berkata kepada kami: ”Kezaliman tidak akan berterusan”.
Umar juga berkata kepada kami: ”Bagaimanakah kamu semua boleh menerima kehidupan yang hina?”.
Kami menjawab kepadanya: ”Mata kami hanya dapat melihat sementara tangan kami tidak berkesampaian!”.
Umar lantas berkata dengan nada yang marah: ”Tangan tidak berkesampaian kerana hati yang takut".

14
Malam semakin menghampiri pagi. Keseluruhan isi perut kampung sudah nyenyak tidur. Jadilah kami penduduk kampung yang miskin ini sebagai satu jasad yang terhinggut hinggut berbangga menyebut hari-hari di mana kami dapat mendengar percakapan Umar dengan penuh minat. Seakan akan dia telah hidup lama dalam hati kami dan hati penduduk kampung ini yang telah meninggal dunia terlebih dulu dari kami.

Apabila matahari pagi telah memancarkan cahayanya ke kampung kami, semua penduduk kampung, lelaki, wanita dan kanak-kanak berhimpun di sekeliling bas yang akan bertolak ke kota.

15
Umar berkata kepada kami sebelum dia menaiki bas: ”Agha mempunyai pengaruh dan kedudukan di kota. Dialah yang telah menukarkan saya dari kampung kamu kerana saya tidak menjadi pak turut kepadanya. Juga kerana saya menyukai kamu semua. Tetapi hari yang kamu semua akan terselamat dari Agha dan mereka yang sepertinya sudah tidak lama lagi. Sudah hampir. Kamu semua akan melihatnya sendiri, bukan cucu-cucu kamu. Bumi yang kamu berpenat lelah mengerjakannya di kampung ini akan menjadi milik kamu semua”.

16
Abu Fayyadz menaiki bas. Bersama dengannya ialah sebuah bakul penuh berisi buah-buah ceri merah yang berbiji besar dan bersinar apabila disuluh matahari.

Tatkala cahaya matahari senja di kampung kami hampir tenggelam, kami terdengar bunyi hon bas yang baru pulang dari kota. Kami semua berlari ke halaman kampung. Bas dari kota telah selamat tiba. Abu Fayyadz melangkah turun. Mukanya masam seperti dalam kemarahan. Sebelah tangannya masih memegang erat tangkai bakul ceri yang dibawanya ke sana pagi tadi.

Kami terkejut dan tertanya tanya: ”Mengapakah kamu tidak memberi bakul ceri itu kepada Umar?”.
“Tidakkah kamu menemuinya?”.
“Apakah yang dia telah katakan kepada kamu?”.

Abu Fayyadz masih juga diam membatu seolah olah dia seorang bisu. Dia meletakkan bakul buah ceri ke tanah. Abu Fayyadz berkata kepada kanak-kanak dengan suaranya yang tersekat sekat: ”Mari kamu semua ke sini! Makanlah ceri ini! Apabila kamu besar nanti, kamu tidak akan lupa rasanya!”

Kemudian Abu Fayyadz melangkah kaki. Dia terus berjalan menuju arah ke rumahnya.

Kami menyekat jalannya. Seorang dari kami berkata: ”Cakap! Mengapa diam? Beritahu kami apa yang terjadi?!”.

Abu Fayyadz terpaksa berhenti. “Umar telah mati”. Jawab Abu Fayyadz.

Kami semua naik marah seolah olah ibu kami yang mati. Sementara Abu Fayyadz meneruskan langkahnya. Lama kelamaan kelihatan bongkok belakangnya semakin bertambah rendah.

- Genghiz

LIQA' PANTAI TIMUR - JOM KITA PI SANA.....!


Assalamualaikom teman2 gen77kik!

Semoga Liqa' D'Trengganu yang dipromosi dang ditajekang oleh Hj Mang & kawang2 dari Pantai Timur akang berjalang dengang jayenye! In Sya Allah, sekighenye tiade ape2 halangang dang rintangang saye dang temang sebilik akang ke sane! In Sya Allah. Jike saye tidok berkesempatang, terlebih dulu saye memohong berbanyok ampongmaaf terutamenye kepada Tuang Hj Mang! Mudohmudahang Allah Ta'ala memudohkang segale yang kite rancangkang!


Salam sayang dari temang di sining;

- genghiz

Reunion form5kik77 Pantai Timur - Last Reminder

A'kum wr wb
All form5kik77 ers,

Peringatan Terakhir Reunion form5kik77 Pantai Timur.

Mawi - naik k/terbang sampai KB kemudian berkereta ke Ktrg - Bawaklah awok2 dari KB sorang dua (Pn Rohani - try her best to come).
U Lah & Nik - berkereta dari KIK
Muhabat & Mem - naik Air Asia ke KTrg bermalam dirumah mertua di losong - I guest.
Saidi - khabarnya 21 feb dah ada di Trg
Md Jeng & juak2nya dari Dungun.
Sanusi & juak2nya dari Besut
Siti Fatimah & juak2nya dari Kemaman
Ali Yusof & juak2nya dari Marang
Kamal & juak2nya menunggu seawal 2ptg di Motel.

Ayuh! - kawang2, sudi2kan, sampai2kan, panjang2kan
Bersama2 kita 'eratkan smula' silaturrahim selepas 31 tahun berpisah,

23 Feb 2008
Sabtu, 2.00 hingga 6.30 ptg
Motel Desa, Bukit Berapit (bersebelahan RTM Kuala Terengganu)
Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu.

<>


hj mang
b/p penaja rancangang.

respon TEKA SIAPA?

Assalamualaikom bad & teman2
Kalau tak silap ana kawan kita yg hensem tu ialah sdr abd mughith bin mohammad, berasal dari sungai besar/ sabak bernam.
Sekarang dia berada di kawasan utara dan dengar khabar sedang berusaha membuat projek penternakan di sebelah sana! Mahbub boleh try no ni! Tapi jangan gabra atau komplen saya sudahlah nanti!
Selamat mencuba!

019 4768285

- Salam sayang;
- genghiz

TEKA SIAPA

Assalamulaikum WBKTH,


Sahabat sekelian ,
Nampaknya sahabat kita ni masih membisu walaupun namanya dah berkali kali di siarkan dalam blog ini , agaknya mungkin potret ini boleh mendorong beliau menulis sedikit untuk tatapan kita . Cuba teka .......................

MAHABBATEIN

ReUnion Memberi Makna

Assalamualaikum buat rakan seangkatan 1977.
Pertama-tamanya, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada orang kuat, Moderator Mawi. Rancangan asal pada 13hb yang lalu tu sekadar nak jumpa sorang dua kawan-kawan lama. Sebaliknya, Mawi as a very aggressive Moderator has arranged suffice to say, a kind of reunion.....
Kenapa tidak....Mawi telah mengatur pertemuan dengan kawan-kawan yang telah saya temui di KIK pada 02Feb lalu dan lebih bermakna, turut menemui 3 lagi kawan-kawan yang belum pernah ditemui semenjak 31 tahun yang lalu.
Pertemuan diatur di Restoran Anwar, Kg. Baru pada jam 8.00 malam. Bagi saya yang tidak menjejakkan kaki di Kg. Baru sejak puluhan tahun lalu, tentu sukar untuk mencari di mana letaknya Restoran Anwar....Kenapalah pilih lokasi yang sukar, tidak pertimbangkan orang Sabah yang amat jarang memandu di K.L apatah lagi Kg. Baru. Lain kali, cari aja lokasi yang mudah bah.....
Dalam mencari, bertemu dengan sdr. Halimon. Walaupun pertama kali jumpa, wajahnya masih dapat dibayangkan sementalahan pula Halimon pernah post his latest pix on this blog. Rupanya Halimon 2x5 saja, bukan orang Sabah saja yang sesat, orang K.L. gitu juga ya...inipun turut disertai oleh orang kuat ingatan, Dr. Bakri...
Usaha pencarian berakhir juga dengan penemuan setelah jam menghampiri pukul 9.00 malam, setelah dibantu oleh Mawi dan juga Mus. Harap Mus dapat sukat Jalan Daud tu berapa panjang, dari mana sampai ke mana. Di belakang Masjid Kg. Baru tu pun masih lagi Jalan Daud....
Pertemuan yang diatur Mawi dengan lokasi yang dipilih Mus (kerana nostalgia kat Restoran Anwar...dihiasi bunga-bunga!) turut dihadiri Datuk Dollah dan Datin, Dr.Bakri dan spouse, Saidi serta kawan-kawan setelah 31 tahun tak jumpa iaitu Weldan, Halimon dan Dr. Fauzi. saya sendiri turut ditemani anak teruna.....beberapa nama lagi tidak dapat hadir kerana alasan tersendiri....ya, saya sendiri tidak menyangka begitu sekali usaha yang telah dilakukan oleh sdr. Mawi serta Mus termasuk juga yang men'sponsor'i dinner tersebut....takleh sebut nama, nanti tak dapat pahala!!! tak payahlah rebat incomtax.....
Sememangnya Reunion kita amat memberi makna kepada kehidupan kita. Kita bertemu kawan-kawan lama, menyambung kembali persahabatan dan persaudaraan tanpa mengira pangkat dan darjat. Begitu juga, melalui Reunion kita dapat bertanya khabar, ada gembira dan ada yang duka, ada yang bahagia bersama teman seperjuangan hingga berumahtangga....Dan tidak kita lupa, ada di antara seusia kita telah pergi buat selama-lama, menemui Ilahi. Bagi yang masih hidup, perjuangan kita belum selesai....elok sangat jika kita ada networking yang mantap, seperti kata Dr. Fauzi...
Begitu juga, Reunion turut mempertemukan kita dengan bekas guru-guru yang tanpa jemu mendidik sehingga kita menjadi manusia...."ingat, masyarakat sentiasa menilai kita..."
Sehingga kini, banyak Reunion yang telah dan akan diatur. Di Utara, Selatan, Timor dan Barat. Takde ke rancangan nak buat Reunion kat sebelah sini, Negeri di Bawah Bayu...ianya bisa diatur, Pak Muhammab bisa sediakan package istimewa...Reunion sambil jalan-jalan makan 'angin' (murah sikit ongkosnya)....
Ramai kawan-kawan sekelas telah ditemui, agak malang kerana dari 5Sas2 tidak banyak berapa aktif. Ketua Kelas Abu Hassan sehingga kini tak muncul lalu anak-anak buahpun berterabor le....tak macam Tok Ketua Husin tu....
Sampai di sini dulu buat waktu di Sabah ni. Kepada kawan-kawan yang ber'union' lagi tu, ingatlah juga kat kawan-kawan yang tak kesampaian...
Wassalamua'alaikum.
Dari: yunus a. samed.

KENANGAN DI BANDAR KELANG DENGAN PILUS (DATOK) BAPA IZWAN PILUS

Assalamualaikum semua sahabat kita,
Malam ni tengahmalam (dah pukul 1.15pagi) baru buka internet, baru balik ronda tengok kemeriahan anak-anak muda pasang poster, saja untuk menghiburkan hati, esok sukan sekolah, gerenti tak mengantuk punya dok berjemur ditengah panas terik. Kedah laa ni musim kemarau.
Baca tulisan Farahdina, memang betul saya ni kena suku sakat dia juga, tapi tak bertegur sapa. Malu la tu ! Dua tiga tahun lepas ayah Farahdina (Cg.Manaf) berkunjung ke sekolah saya, saya bersembang saja tapi tak memperkenalkan diri saya. Saya pun selalu tanya depa di mana Farahdina. Bulan 8 2007 saya berborak panjang dengan adik dia yang kerja di JAPIM tu. Mawi pun sama, itu cerita lama kita, tapi tak makan kawan punya. Ingat tak kisah perhubungan 2 orang sahabat kita, Salahiah dengan Fauzi (F6) dan Syed dengan Mona. Saya tahu kisah percintaan mereka (sorryla kawan) . Saya berani buka cerita sebab mereka jadi pasangan bahagia sampai sekarang. Saya cover depa dua pasang ni. Kadang-kadang saya jadi hantu bila depa berjumpa ! Dimana ? Kami saja yang tau . Kalau syed baca mesti kembang hidung dengan telinga dia. AlhamduliLlah Syed ada call saya minggu lepas. Sama seperti dulu walaupun dia dah kaya raya. Nasib baik la saya malu, kalau tidak saya pun ikut jejak langkah depa juga. Ingat-ingat semula rasa macam nak tergelak.
Kisah Pilus.
Siapa Pilus ni. Pilus ni bapa penyanyi Izwan Pilus. Sekarang bergelar Datuk, dah kaya pun. Asalnya Datuk Pilus ni membesar bersama saya di kampong saya sebab bapa dia (Omar) kerja motong (menoreh getah) datuk sedara saya. Lepas tu dalam tahun 70an keluarganya berpindah, tak dapat dikesan kemana.
Nak jadi cerita pada satu hari sabtu, masa kita berkeluar ke bandar kelang, ........................... to be continue, dah larut malam ni, esok nak p tiup wisel di padang sekolah dari pagi sampai pukul 2 ptg. OK . Wassalam .
ZUBIR RASHID

19 February 2008

Syukur...dan Sabar Mencari...

Assalamualikum WBT Para Sahabat Gen77kik,

Saudara Fuat menghantar post yang bermakna pada hari ini. Satu posting serius dan shahdu. Serius mengingat anak untuk berbakti kepada ibu bapa. Menerima hakikat usia kita yang bertambah. Empat puluh tujuh Cik Tipah seorang, Empat puluh lapan, ramai...empat puluh sembilan pun ramai...ada kalangan kawan kita yang sudah kembali...ada yang sakit...dan ada yang sihat. Marilah kita manfaatkan usia yang masih ada untuk berbakti...

Saudara Husin Md Isa sungguh tekun menulis untuk memotivasi kawan-kawan untuk joint the group, hubungkan slaturRahim...

Sin ini beberapa respon kepada pertanyaan sdr.
1.Rosli Abas...jadi ustaz di Dungun, trg...saya ada tel dia 2 th lepas. Lepas tu tel hilang no pun hilang. Jumpa balik no dari posting Nusi. Tel kejap tadi tapi tel off. Hantar masej untuk dapat respon...Rosli orang kuat sekarang sebab dia sudah mendapat tempat untuk mengajar di Masjid dan surau di samping kerja makan gaji. Ertinya difahamkan dia telah mendapat platform untuk menyuruh orang membuat kebaikan dan melarang orang membuat kemungkaran. Kita tunggu kehadiran reunion Trg. Rosli datang ke tidak. kalau dapat maklumat InsyaAllah dia datang.
2.Sabarudin Hasan kerja di Jabatan Wakaf dan Haji...di Bawah atau dalam kawalan Jakim juga kot...saya ada telefon dia sekali dan bercakap agak lama...dia tak joint blog lagi.
3.Yahya Daud...kerja Bank Islam Mula kata di Pasir Putih kel...sekarang di Shah Alam.
4.Halim Yaacob...dah ada hp boleh cakap...cuma sembunyi saja...
5.Bakar Shafie...fuat dah kontact...tp masih sembunyi.
6.Ab Mughit dapat kontact tapi berdiam diri.
7.Jamaiah Omar sudah di cari...InsyaAllah jumpa di Melaka nanti.
8Kamariah Mohd Noh...dah jumpa masa kenduri...dan dah menulis dalam blog.
9. Kawan kita yang lain kita cari pelan-pelan ya Sin..

Gambar Reunion di Sala dan Sri Iskandar...Sin terus terang aku baru dapat beri feedback wajah kawan-kawan di pertemuan di Sala dan Sri iskandar: Sin Ikhlas...hang tak banyak berubah...aku boleh cam hang walaupun hampir 30 th tak jumpa munkin sebab kita rapat...masa form 4,5,6b6a. Rosidi, Pie, Nek Alwi Ismail Hasan pun begitu. Tapi aku tercari-cari Zaki Ali...yang misai berjuntai tu ke?, Zubir Rashid tak jelas...Amar gambar tak jelas...tak apa nanti jumpa yang real ok...

-mustafa mohd nor-

ULASAN: NI LAA, GAMBAG YG ANA CEGHITA DULU NUH..

Saya tergelak besar bila tengok gambar ni.

Ya lah, masa tu, (dan sekarang ni pun), saya termasuk ndalam golongan orang-orang yang bersaiz kecil. Memang sah dah tidak ada freshie yang gerun atau takut. They will not blink their eyes for a second looking at me.

Jadi untuk tambah "effect" gerun kepada budak2 freshie tu, saya selalu berjalan dengan kawan2 yang bagak2, dan malam tu, saya ronda2 dengan Roshidi dan Jeng. hahaha. Buat cover. Gambar tu diambil selepas balik prep. Seluar kelabu yang saya pakai malam tu ialah seluar tahun 60'an milik ayah saya :). Paha besar dan kaki kecik. Kadang2 prefect pun tegur bila pakai seluar tu. One of a kind!

Dua orang freshie tersebut ialah Johari Yaakub dari Kedah dan Azhan Mohamad dari Kelantan.

Yang duduk betul2 depan Genghiz tu saya lupa nama dia, tapi dia form four jugak, dan asal dari Kedah atau Perak.

Yang terkepit di tengah2 antara saya dengan Azit tu budak Terengganu. Juga sudah lupa namanya.

Muka Roshidi garang macam nak makan budak freshie tu. Punyalah pandai berlakun!

-Asmawi

JOM IKUT MAWI KE RUMAH PAK KUSNO!







Assalamualaikom semua!

Balik dari masjid Sultan Sulaiman, anak bungsuku yang terkotangkating seorang diri bertanyakan makanan apa yang boleh dia makan malam ini? Sebelum ke masjid dia berpesan supaya aku membeli apa2 makanan utknya. Aku balik tangan kosong. Lantas aku bertanya sekali lagi makanan apa yang dia mahu. "Nasi goreng ikan masin?". Jawabnya "Bukan, Pattaya).

Aku turun semula dari rumah panjang memandu kereta menuju ke restoran di Kg Jawa dan membeli sebungkus nasi goreng pattaya.

Nasib badan bila ditinggalkan anak bapak mertua yang berkursus sana, berkursus sini! Sabo bbanyak.

Eh, dah balik?! Anakku macam tak percaya apabila aku balik cepat sangat. Dia cuma mengadap tv saja setiap hari selepas SPM. Nasib baik tak kena PLKN. Kalau kena, cuma aku seorang saja yang dok kat rumah panjang ni. Rumah panjang ni, dulunya ialah kediaman Pak Kusno. Di bahagian atas pula adalah asrama puteri Blok F. Aku pernah tinggal di rumah itu yang dikenali sebagai Istana Anjung. Banyak memorinya......

Istana itu telah diroboh dan dibina di atas tapaknya sebuah rumah panjang 4 tingkat dan dijadikan sebagai asrama puteri Blok F. Laa ni kami sekeluarga menjadi penghuni rumah panjang ni lah. Di bahagian hujung rumah panjang tu, iaitu di tapak asal istana anjung terdapat 3 buah rumah guru. Kami tinggal di tingkat 3.

Aku membuka hp. Ada mesej dari Mawi. Mawi ajak pi ziarah guru2 kita. Aku kata o.k. Aku kata nak cuba tel cikgu2 yang boleh kita ziarah. Mawi kata lebih baik dari kita dok bersembang2 saja di kedai kopi. Aku kata setuju saja, 2 in 1. Lantas aku kontek Pak Kusno. Respon yang sangat cepat! Pak Kusno cakap esok beliau mahu pulang ke kampung halamannya di Jenjarum, Banting. Katanya di sana ada pasar malam! Selalunya Pak Kusno akan ke sana. Ringkasnya Pak Kusno boleh bertemu sama kita pada malam Jumaat ini iaitu pada 21 feb 08. O.k

Saya akan menghubungi Pak Kusno semula jika pertemuan ini boleh berlaku! Saya terus memberitahu Mawi, dan meminta supaya dipromosikan pertemuan ini! Ingat, kita ngak mahu menyusahkan Pak Kusno sama Auntie! Kita perlu berfikir untuk tidak hanya membawa mulut yang melopong, tangan yang kosong dan perut keroncong saja! Perbincangan seterusnya selepas ini setelah semua gen yang dapat hadir memberi keputusan yang mapan gitu. O.K, semoga teman2 yang berkesempatan atau yang sempat berada di sekitar Lembah Klang sila hubungi Sdr Mawi! Tempat terhad barangkemungkinan.
(Tipah PASTI cemburu. Kalau dekat dia mesti mai punya! Heheeeee...)

Wassalamualaikom!

- Genghiz

Ziarah Hangat dan Sensasi Gen77!!!!!

Sempena kedatangan Sdr Roshidi Ismail ke negeri Antah Berantah Kuala Lumpur hingga hari Jumaat, kami akan mengadakan suatu lawatan/ziarah terhangat masa kini, seperti berikut:

Tempat: Rumah Cikgu Kusno di Kelana Jaya

Tarikh: Khamis, 21/2/2008

Waktu: 8.00 malam

Please confirm your attendance to me or Genghiz/Dato for logistic arrangements.

-Asmawi Mohamad
1. (Che Tipah, kau jangan jealous ok!)
2. Mak Andam: I know you are in KL, so if you miss this one with no acceptable excuse (and only those who attend can decide whether its acceptable or not), a severe penalty is awaiting.
3. At/Zubiaq: Kita tak payah kira la berapa "score" sekarang noh? sure hangpa kalah kow kow punya.

DI SINI TERPAHAT MEMORI








- genghiz (Syok pinjam istilah Mak Andam punya!)


DOA DAN SYUKUR

Simpati saja yang dapat diluahkan bila mendapat tahu diusia kita ramai diantara kita yang sedang mengidap berbagai2 penyakit.Saya ingat orang umah saya sakit lutut(dah 3 bulan solah atas kerusi)dah kira teruk dah.Rupa2nya ada sahabat2 kita yang lebih menderita menanggung segala maknika penyakit(Baik tak usah sebut).Kita hanya dapat berdoa dan mengharap agar sahabat2 kita ni tabah dan bersabar.Sama2 kita doakan agar mereka cepat2 semboh.

Paling tidak pun pasti diantara kita yang bertanggung jawab sebagai anak mengambil tanggungjawab menjaga kedua ibu bapa yang dah uzor.Disinilah saya rasa semua nya ini memerlukan kekuatan,ketabahan,sokongan dan amat perlunya sifat kesabaran yang tinggi untuk menghadapi situasi sebegini.Seorang guru saya sering mengingatkan....SABAR ITU TIDAK ADA HADNYA

Kepada mereka2 yang diberikan ALLAH sihat walafiat,kesenangan hidup,isteri2 dan anak2 yang solehah,BERSYUKURLAH dan jangan lupa seperti yang Bong Husin tulis dalam rencana nya hari ni.....wamakaruuwamakarallah,wallahukhoirulmaakirin.....tunaikan tanggung jawab kita sebagai seorang yang bersyukur

Walaupun saya agak sibuk tapi taklah sesibuk moderator kita siAsmawi,alhamdulillah setakat ini saya masih sempat untuk membaca rencana2 dan email2 yang di tulis oleh kawan2 dalam blog dan grup maya kita ini.Terima kasih kepada Bong Husin kerana tolong mengingatkan kawan2 kita yang masih hanyut,terlupa dan yang masih belum ditemui lagi sampai tarikh ini.Apa2pun jangan lupa tugas yang telah diamanahkan oleh moderator kita kepada mandor2 untuk terus menjejakikawan2 kita yang lain dan segera lengkapkan senarai kelas masing2.Ayuh kita sama2 membantu,kecil besar,tua muda,janda bujang,teruna dara,lawa dan yang kurang lawa dan kita sama2 bantu menjejak
Disamping itu kepada yang akan bertemu/berjumpa di mini2 reunion nanti samada di trengganu atau di Melaka harap2 jangan lupa...misi kita belum selesai.Teruskan mencari kawan2 kita kerana itulah tujuan kami perintis/penaja f5kik1977 yang pertama kali bertemu di SAHARA INN Tg.Malim pada 2.1.2008 yang terdiri dari Sdr.Asmawi,Mustafa Md.Nor,Shaarani Ismail,Weldan Che Kob,Naim Nordin,Anson Ismail dan saya sendiri adalah untuk mempertemukan dan mempertautkan semula ukhuwah sesama kita Generasi Tingkatan 5 1977 KIK

Sekian,wassalam

--fuatazahari

NI LAA, GAMBAG YG ANA CEGHITA DULU NUH...

Gen77 yang ada dlm gambag: Roshdi (cekak kepala lutut), Mus (paling belakang), Mat Jeng (pakai neck tie malam dgn baju melayu), Ariffin (panjangkan leher takut tak nampak), Abdullah Ahmad (K), Genghiz (macam terkena karan), Nusi (lagak wartawan), Mat Azit (tumpang sekaki), Samsudin (pegang buku geografi), Mawi (cokoh paling depan) dan sorang lagi ? namanya.

Gambag yang dah kelabu asap ni diambil pada tahun 1977 dalam sebuah bilik di asrama putera ( tak ingat bilik siapa, yang pasti tentu bilik adik2 form 4 yg 4 org tu lah.) pada suatu malam selepas naik prep. Tak tau siapa pulak kawan kita yang gen77 masa tu yang suka sangat ambik2 gambag ni. Yang kita tau ialah Mat Nog Yaakob. Kita tak buat apa2 pun cuma berlakun entah apa2. Zaman kita form 4 dulu, cukup teghuk abang2 senior buat kat kita. Depa pekena kita macam2 benda. Depa buat kat kita macam2 hal. Sehingga kiamat ana rasa kita tak lupa pelbagai cobaan dan keperitan rohani, jasmani dan emosi yang dikenakan oleh puak2 tu kepada kita. Panjannnnnnnngggg ceghita kalau kita nak segarkan semula memori lama tatkala kita berada di KIK tahun 1976 dulu. (Budak2 pompuan tak tau apa yang kita kena). Tapi, semasa kita di form 5, 77, kita layan adik2 kita dengan sangat baik. Gambag ini bukanlah menunjukkan aksi buli gen77 ke atas adik2 gen78. Kita dapat ingat semula bagaimana kita beramai2 bergambar bersama mereka hanya sekadar mengambil gambar sahaja. Rakan2 yang lain yang ada dalam gambar ini boleh membuat komen!

- genghiz

Minggu Kisah Kecederaan

Assalamualaikum kawan2 GEN77 semua. Semoga dalam kasih sayang Allah

Mawi...geramnya aku tak dapat menulis dalam blog tu..

Minggu ni saya betul megeletin (kata Bakri) nak menulis kat blog, tapi tak dapat publish...blog boleh buka, boleh tengok semua apa yang ada, tapi dah menulis tak boleh publish plak...penat aku mengetuk key board ni..

Minggu ni minggu kisah kecederaan ke/ Banyak cerita kecederaan je ni, saya pun teringin nak ceritakan kecederaan saya semasa menaiki keretapi dulu...Saya teringin nak menulis kat blog tu fasal kecederaan saya setelah kecederaan2 yang dialami kawan2 yang diceritakan dalam blog tu...dapat digambarkan kesakitan mereka walaupun mereka lelaki kan...he he..

Saya nak cerita ni fasal kecederaan yang saya alami sewaktu menaiki keretapi balik dari KIK ke Kedah.
Sebenarnya....Macam2 cerita pasai naik keretapi ni...masa form 4 dulu, ayah n family saya selalu pi hantaq saya kat Butterworth..ya la, depa pun sesekali nak mai makan angin di Tanjung kan..ada juga saya pi dengan kak Rokiah, isteri Elias zakaria sebab kami sekampung di Kubuq Panjang nuuu....masa form 5 ada juga saya pi dengan s edara saya yang anaknya belajar kat MCKK...now dah kawin dengan anak sedara cikguKusno...masa perjumpaan 2.2.08 dulu pun saya ada bersembang dengaan cikgu Kusno fasal sedara saya ni...
Fasal Kecederaan
Peristiwa berlaku masa form 5, dari KIK nak balik kampong..Seperti biasa bila naik keretapi saya suka duduk tepi tingkap...seronok kena angin, lebih2 lagi angin malam.sebab perjalanan kita selalunya waktu malam..dapat tengok pemandangan di luar walaupun malam...paling saya suka melihat pemandangan semasa keretapi melalui Tasik Bukit Merah tu....
Pada malam kejadian, seperti biasa saya duduk tepi tingkap, letak tangan di tingkap, kadang2 letak dagu lagi.. tingkap tu pulak jenis yang boleh di sorong ke atas ke bawah kan..keretapi pulak bergerak terhoyong hayang...nak jadikan cerita, tiba2......bedebum.......daun tingkap terjatuh, tertutup lah tingkap, terhempas lah daun tingkap tu di atas jari jemari patik yang halus mulus masa tu.... ( la ni dah besaq2 dah, dah gemuk2...he he )..nasib baik la masa tu saya tak letak kepala or dagu kat tingkap tu...kalu tidak..entah la...Alhamdulillah, masih hidup..
Kawan2 bayangkan macamna sakitnya saya masa tu...menangis la...saya tak ingat dah samaada Farah ke, Faridah ke or CTsarah kat sebelah saya...sakitnyaaaaaa.....mana ada bawa ubat or minyak angin apa pun...minyak cap kapak ada la kot....ketiga2 jari tangan saya sebelah kiri dah mula membengkak dan membiru....saya dok 'demah' saja la menahan sakit..
Esoknya, dah sampai aloq setaq, ayah mai ambek, bertambah2 lah esakannya...ya la ..dah jumpa mak ayah lagi le mengada2 sakitnya kannn..
Balik rumah mak ayah pun sapu minyak angin le..balut dengan daun2 ubat le...tapi...kuku jari yang tengah tu dah tak bolek diselamatkan..dah tercabut..kuku jari telunjuk n jari manis pula membiru kehitaman....sakitnya....lepas tu bila dah balik semula ke KIK pun, jari hantu saya memang dah tak berkuku...tunggu la kuku tu tumbuh semula....
Now, kawan2 semua jangan risau, semua jari jemari saya dah ada kuku laaaa...dan jari jemari ini terus menulis dan menulis,...jari hantu ni la yang kerap saya guna untuk menekan key board sampai hari ni...he he ...itu la pengalaman naik keretapi .

Kawan2 lain tentu banyak lagi pengalaman naik keretapi ni kan...jom kita kongsi sama2..
Sekian. dari Che Pah

5 Sas 1 yang belum muncul

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!!!!!
Smua sahabat gen1977kik...
Setelah sekian lama blog ini beroperasi dan dah beratus2 post yg dihantar namun 5sstra 1 belum lagi complete...masih ramai yg belum muncul...5sn 1 dah lengkap..5 sn 2 dan 5 satra yg lain pun belum....salah seorang ahli 5ss1 mencadangkan saya sebagai ketua kelas dan cik pah sbgai penolong agar berusaha mengesan mereka....insha allah lah..tapi yg masalahnya kalau mereka2 yg tk muncul ni tk rajin melayari internit atau rajin tapi hanya sebagai pembaca sahaja....
antara yg mengikuti tapi tak mahu menunjukkan diri ialah :
1. Abd.Mughith 2. Abd.Halim yaakob 3. Jumaiyah Omar ( yg saya tahulah)...
dan mereka ini pula tak tahulah kenapa ;
1.Kamaruddin Jusoh 2. Rosli abbas 3. Abd.Razak bin ? 4.Mohd.Taha 5. Yahya Daud 6. Sabarudin hassan 7. Abu Bakar Shafie 8. Saidi Ismail 9. Husin Johari 10. Mashitah Md.Amin 11. Shamsiah bt ? 12. Muna Md.Ali 13. Esah bt Abu 14. Mek Mas 15.Hasnah bt Yaakob 16.Jamaiyah bt Yasin 17. Tak ingat namanya ( kalau warga 5ss1 ada simpan gambar kelas ,siapa berdiri disebelah jamaiyah Yasin dan farahdina ...saya betul2 tak ingat ) 18.Farahdina bt Abd.manaf 19.Omar Jalani 20. Ariffin A.bakar ( Tempat kerjanya talian tm.tak ada..dipotong pencuri,sampai sekarang tk sambung2 katanya) 21.sorang lagi yg tk ingat nama (duduk antara Jamaiyah Omar dan Rokiah jambi ) 22.Rokiah Jambi...
Yang tak sebut nama memang dah aktif dalam blog ni.....
Saya percaya anda semua memang sering mengikuti perkembangan blog ni cuma anda masih teragak2 untuk memulakannya....
Jadi wahai para sahabatku dari 5ss1 77 yg belum lagi muncul2...silalah ....gen1977kik menanti2 kahadiran anda semua....reunion dah berlaku dibanyak tempat..lepas ni di melaka dan K.trgnu dan seterusnya akan ada lagi.......
kalau sahabat2 nk hubungi saya secara pribadi,,dail or sms 0125585941 atau 0134562732..
Antara yang aktif sekarang ni ialah Farahdina/Cik Latifah/Mustaffa/shaarani/Tajuddin/Kamariah dan saya sekali dua kala....
Para sahabat yg budiman!!! tak lama kita akan menyambut raya pula...bukan raya posa,bukan raya haji apatah lagi raya cina ,hindu dll..tapi pilahanraya....so tunaikan tanggungjawab kita untuk mencari kerezoan allah di bumi allah ini...WAMAKARU WAMAKARULLAH.WALLAHHU KHAIRUL MAAKHIRIN...ejaan yg dialih kpd rumi tidak begitu tepat...
sekian trma kasih...
Husin Changlun.

Zubiaq!

Bila membaca tulisan Zubir, saya boleh "relate" prinsip yang beliau pakai dahulu dan sekarang dalam menjalankan tugas beliau.

Masa di KIK dulu, saya agak rapat dengan beliau. Tak taulah kalau dia tak ingat yang ni. Kami selalu keluar ke "pekan" bersama -sama. Cuma bila saya berjalan dengan beliau agak janggal sikit. Beliau pakai baju "biru", dan saya pakai baju putih. Bila dia jumpa geng-geng "prefect" dia, saya rasa macam "out of place" sebab saya ni kan "incompatible" dengan semua "prefect2" tu. Ye lah, sebagai seorang yang agak "nakal", mana kita boleh ngam dengan semua pengawas-pengawas tu.

Dalam baik macam tu dengan si Zubir pun, bila sampai masa penguatkuasaan undang-undang dan peraturan, dia tidak memilih bulu. Silap haribulan, kawan baik dia dulu lah yang kena penguatkuasaan undang-undang tersebut. Sebab itu, jeans kita orang semua yang dia "pau" terlebih dahulu bila sampai time "enforcement" tersebut.

Tabik kat hang Zubir!

Sebenarnya larangan memakai jeans ini bukan sahaja di KIK rupanya. Sekarang di kebanyakan sekolah berasrama, larangan ini masih dikuatkuasakan. Dulu kita dok ingat KIK larang kita pakai jeans sebab kita sekolah agama, so bila warden2 dan prefect rampas jeans kita, kita menentang habis-habis.

Selepas baca tulisan Zubir tu, dan bagaimana pendekatan beliau menangani disiplin pelajar, baru saya tahu betapa perlunya pendekatan yang sebegitu rupa. Di luar sana, terutama di sekolah-sekolah harian, cabaran yang dilalui oleh guru-guru dalam menbentuk akhlak pelajar amat tinggi sekali. Bukan calang-calang guru yang boleh berdepan dengan cabaran sebegini. Memang wajar sekali la, pelempang, cubit dan jemur panas tu.

We need more Cikgu Zubir in our school system.

-Asmawi

Pengalaman Mendewasakan Kita

Hari ini Zubir Rashid menulis. Seronok baca tulisan Cikgu yang penuh semangat dan dedikasi ni. Sebenarnya saya dengan Zubir ni ada tali persaudaraan, orang kata bau2 bacang. Bapa Saudara Zubir berkahwin dengan sepupu saya. Masa mula2 masuk Kolej Islam kami pergi sama2 . Saya, ibubapa dan adik2 saya, Zubir , bapa saudaranya dan Husni Abd Aziz. Kami naik keretapi dari Butterworth.

Sepanjang di KIK kami tidak sekali pun pernah bertegur sapa, sekalipun berselisih tengah jalan. Saya sedar saya pendiam, tapi sekali-sekala terlintas juga fikiran buruk. Siapalah aku, dia pengawas. Bila balik ke kampung nenek / Tok sebelah emak saya, saudaramara terutamanya bapa saudara Zubir yang telah berkahwin dengan kakak sepupu yang paling rapat dengan saya, selalu bertanya hal Zubir ( yang depa panggil Mail ). Jawapan saya selalunya: ”Tak pernah pulak cakap dengan dia”. Tok saya sentiasa tolong memberikan jawapan; ”Orang perempuan mana boleh cakap dengan lelaki.”

Sejak keluar dari KIK saya tak pernah jumpa Zubir. Cuma saya pernah jumpa adik dia yang belajar di KIK. Ada sekali saya datang ke asrama puteri saya tumpang tidur dibiliknya.

Saya pernah jumpa Dr Husni di Hospital Universiti suatu ketika dulu. Saya ziarah orang sakit dan dia sedang menjalankan tugasnya. Keadaan tidak mengizinkan untuk bertegursapa. Saya yakin dia pun tak kenal saya.Sebut nama pun belum tentu dia ingat.

Seperti kata kawan2; ”pengalaman medewasakan kita”. Memang benar. Saya memang tidak dapat bayangkan bagaimana saya yang cukup terbatas pergaulan, sama ada di rumah atau di sekolah akan menjadi seorang guru tadika sekalipun. Saya sesungguhnya tidak pandai bergaul. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui, dengan pengetahuanNya Dia mendidik kita. Dia meletakkan saya dalam suasana yang paling saya takut, dan saya amat tidak tahu & tidak faham untuk menghadapinya. Berhadapan dengan orang ramai!

Hari pertama saya menjalankan tugas di itm, saya terus diarahkan masuk ke kelas. Ketika melangkah kaki memasuki dewan kuliah pelajar penuh sesak sehingga ada yang duduk di atas tangga.Lebih 3/4 dari mereka adalah pelajar lelaki. Saya merasakan diri cukup kerdil ketika itu. Lebih2 lagi di hadapan dan paling hampir dengan saya nampak seperti sebaya malah ada yang lebih tua dari saya. Hati berdebar2 dan kaki tangan terasa sejuk. Yang mampu saya lakukan ketika itu hanya berdoa semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk menghadapi segala2nya !

Alhamdulillah, kini segala2nya telah berlalu.Saya rasa bahagia dengan semua pengalaman hidup yang telah dilalui.Seperti kata kawan2; ”pengalaman telah mendewasakan kita”. Semoga faktor usia menjadikan kita semua tidak lagi kekok untuk bertegur sapa, bertanya khabar berita dan menghubungkan silaturrahim. Dalam usia kita sekarang, rasanya keikhlasan lebih mudah singgah dan menetap dalam hati.


FarahDina.

SEMAKIN HEBAT KITA

Assalamualaikum,
Nampaknya blog kita ni semakin hebat dan menarik . Banyak berita, gambar bahkan video pon ada. Semua ini mengusik kenangan kita 30 tahun yang lalu. Sekarang kita mula mengimbau kenangan lama, kadang-kadang ketawa seorang diri. Lihat gambar Latipah di Perlis, sah kalau jumpa saya tak kenal.
Bila baca catatan Asmawi kaki tersepit pintu kereta, saya tersenyum teringat kisah di Asrama masa T4 (Bloc C) . Bukankah kita mengalami masalah bekalan air, malam ada siang tak ada. Kerja saya lepas prep malam dalam pukul 11 saya mula menadah air dalam baldi, lepas tu tolah baldi masuk dalam bilik . Satu malam, saya tadah air dalam baldi di sinki, entah macam mana bila air dah separuh penuh, baldi terjatuh atas ibu jari kaki saya. Sakitnya saya saja yang tahu, akibatnya kuku kaki bengkak dan akhirnya tercabut. Beberapa malam kaki berdenyut, sedihnya jauh dari ibu bapa.
Satu lagi kenangan yang mengusik jiwa. Dulu saya ketawa sekarang saya berfikir semula. Masalah air juga. Petang-petang Pak Sonaria akan menjinjing air dalam baldi dari surau tepi rumah ustaz Adham (tepi pejabat sekolah). Bila terkenang semula itulah pengorbanan yang beliau lakukan.
Sebab itulah bila jadi cikgu, saya garang dengan pelajar , cubit, pulas telinga, jemur panas, bahkan penampar juga kadang-kadang singgah di pipi pelajar. Tujuan satu, supaya mereka jadi baik. Mungkin guru-guru yang bertugas di sekolah asrama penuh tidak melalui suasana begini lebih-lebih lagi yang menjadi pensyarah U. Anda semua menerima pelajar-pelajar yang kami kasari semasa di sekolah menengah biasa. ALHAMDULILLAH setakat ini tiada apa-apa yang buruk berlaku, kereta saya tidak dicalar, tiada serangan dari waris. Sebabnya pelajar-pelajar yang saya kasar dengan mereka tetap menjadi kawan dalam keadaan biasa, jangan maki hamun pelajar, jangan menghina mereka, salah tetap salah, berkawan macam, biasa, pelok pinggang dan bahu mereka. Wallahu A'lam dari ZUBIR RASHID