15 September 2008

Ponteng Puasa





Apa khabar semua? didoakan sehat dan semakin mantap samada jasmani, rohani dan mental. Maklumlah puasa Ramadhan menjamin kecemerlangan diri dan menjana KETAQWAAN. WM seperti biasa dengan tugas yang sukar nak disifarkan. Bulan puasa ada juga kes ponteng puasa selain kes-kes yang lain. Sehingga kini dah dapat 28 orang disebabkan makan minum dikhalayak ramai, termasuk juga yang mengepam waktu siang hari. Sedar tak sedar Ramadhan dah masuk hari ke 15. Mungkin teman2 dah mula cabut undi nak balik ke mana dulu?, rumah keluarga isteri, suami atau tak perlu balik ke mana2. Pastinya semua ada kampong, balik!! jangan tak balik. Ingatan kisah kanak-kanak semasa di kampong pastinya menyeronokkan.


Malam ramadhan WM sempat bagi tazkeerah selepas Solat Sunat Terawih.

WM ke udara juga pada pagi jumaat untuk membicarakan isu-isu semasa dan gejala sosial. Minggu lepas jengah juga ke Kelang, tengok mangsa ribut tapi tak sempat call Datok Dolah/ Nik. Ada hajat nak ziarah MNY, tak kesampaian, call YA, dia kata MNY masih kat wad.


Pagi tadi WM sempat bercakap dengan isteri Allahyarham Ustaz Azizian Hamid melalui telefon bertanya khabar. AlhamdulilLah, dia sehat. 2 orang anaknya akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM. Kita doakan kejayaan mereka begitu juga dengan anak-anak teman semua. Syeikh Muhabbatie kena atur program untuk ziarah. Kak Timah dan Jaliya mesti setuju. Misi menjejaki akhie Ismail Maon dan Mohd Nor Baba masih diteruskan. Insya-AlLah berkat Ramadhan dan Syawal yang akan menjelang keduanya akan ditemui.


Ini bukan WM punya kereta,
tetapi kereta yang dirantai sama dengan kereta WM tempoh hari di PutraJaya.
Terima Kasih, Salam kangen untuk semua.

12 September 2008

Ramadhan terus berlalu




Apa khabar semua, didoakan sehat dan sukses dalam kerjaya masing-masing. Begitu juga dengan guru kita semua. WM ucapkan teruskan perjuangan jihad dan kekuatan membina kegemilaangan puasa yang akan terus pergi.
Wassalam. Wak Man.

11 September 2008

Maghfirah...


Sudah 11 hari Ramadhan berlalu. Kini semua umat Islam sedang melalui fasa kedua bulan mulia ini. Fasa pertengahan di mana Allah SWT amat pemurah dengan keampunanNya. Sama-sama lah kita memohon keampunan setiap detik dan ketika sementara pintu maghfirah itu sentiasa terbuka luas...

Semoga Dia mengampunkan dosa-dosa kita terhadap-Nya. Dosa-dosa kita terhadap ibubapa, terhadap suami/isteri, terhadap guru-guru, terhadap datuk nenek dan saudara mara, terhadap sahabat-sahabat, dan terhadap semua mereka yang pernah mengenali kita. Sama ada mereka mengasihi atau membenci kita...


Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anna ............”( Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampunkan, ampunilah dosa-dosa kami....)

Semoga beroleh Lailatul Qadr, malam istimewa melebihi 1000 bulan.


Wassalam

FarahDina

07 September 2008

06 September 2008

Zakat Fitrah Gen77

Salam,
Ada cadangan untuk membuat kutipan Zakat Fitrah Gen77 untuk disalurkan kepada Sdr Yusuf Hasan yang sekarang bekerja di Ipoh, Perak dengan pendapatan RM800 sebulan dan menjaga 8 orang anak yatim (tiri) yang kematian bapa sebelum ibu mereka kahwin dengan Yusuf.

Saya telah merujuk dan berbincang tentang aspek syariah perkara ini kepada dua orang pakar rujuk kita di sini iaitu:
1) Al Fadhil Al Adib Maulana Haji Shaarani Ismail, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
2) Sahibul Fadhilah Tuan Haji Fuat Azahari Al Guari, Imam Muda di Guar Chempedak, Kedah.

Secara prinsipnya, hal ini boleh dilakukan dengan cara berikut:
1) Kita telah melantik dan mendapat persetujuan Sdr Ismail Hasan di Ipoh, Perak untuk menjadi "Amil" kita bagi tujuan kutipan ini.
2) Pembayar Zakat dikehendaki memasukkan wang bayaran zakat fitrah ke dalam akaun Sdr Ismail: Maybank 158172948453 (Iylia Ainina Ismail, anak Ismail Hasan).
3) Selepas memasukkan bayaran zakat fitrah, sila call Ismail Hasan untuk mewakilkan bayaran zakat fitrah anda kepada beliau. No telefon beliau ialah 019 558 0558.
4) Sila nyatakan butiran2 yang diperlukan kepada beliau seperti jumlah wang yang dimasukkan, zakat fitrah untuk berapa orang, dan sebagainya.
5) Bayaran minima zakat fitrah adalah mengikut kadar di negeri-negeri di mana Pembayar berada.

Saya cadangkan kita lakukan pembayaran zakat fitrah ini mulai sekarang hingga seminggu sebelum raya, bagi memberikan ruang masa yang secukupnya untuk Sdr Ismail Hasan melakukan urusan perwakilan tersebut dengan Yusuf.

Selamat bersahur, dan selamat berjamaah solat subuh di surau. Zubir dah hantar sms sekejap tadi suruh berhenti mengepam sebab Pak Soenaria dah datang!

Wassalam,

Asmawi

01 September 2008

Gambar Majlis Pernikahan Anak Muhabbad














Anak Bulan Kelihatan









WM mengucapkan selamat berpuasa kepada semua, WM sempat meneropong anak bulan, walaupun dijangkakan akan dapat kelihatan namun disebabkan faktor awam tebal ianya tidak juga kelihatan. Suasana indah semasa matahari terbenam dan lebih menarik jika dilihat melalui teropong dan stelait yang ada di Pusat Falak Al-Khawarizwi, Tanjung Bidara, Melaka.
IFTAR Gen77
Mungkin genkik77 akan mengatur iftar bersama di mana-mana lokasi yang sesuai. Paling tidak pun di Restoran Datin Pah. Wak Man ada di Bangi pada 8 -9 Ramadan di Bangi. Gen77kik di Bangi boleh kita buka atau sahur bersama. Kena uruskan visa lebih awal. Bukan senang nak dapatkan visa bulan Ramadan. Walaupun syaitan Iblis kena rantai dan dikurung, banyak setan bertanduk lain yang memegang watak utama. Ini pun dah ada 3 pasang ditangkap malam tadi. Kelmarin ada teman Gen77kik di Johor hantar sms dalam bahasa Jawa mengulas isu maksiat di Melaka. Ok lah, jangan lupa WM jika ke Kg.Haji Kosai, Muar. WM ada tugas lain, nak gantung dan tampal poster pilihanraya Ramadan hari ini.




Bila Ramadan tiba teringat teman2 kik 77 dan Guru2 yang banyak berjasa.
Salam Ukhuwah dari WakMan.

30 August 2008

Merdeka....

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 51

Kemerdekaan adalah Kemuliaan...


Selamat menyambut ketibaan Ramadhan yang penuh barakah.
Maaf zahir batin. Semoga Ramadhan membawa sejuta Rahmat.

Wassalam
FarahDina

27 August 2008

Kempen Penghayatan Ramadan









Marhaban Ya Sahru Ramadan, Marhaban Sahrul Syiam."Selamat Datang Wahai Bulan Ramadan, Selamat Datang Wahai Bulan Puasa".
Ucapan untuk semua dari Wak Man di Melaka




Mohon maaf banyak2 kerna dah lama tak muncul. Didoakan semuaa teman2 sehat sejahteraa dan ceria selalu.







26 August 2008

Kenduri di Jerteh




Salam sahabat-sahabat yg dikasihi.

Harapan agar semuanya sentiasa berada dalam kondisi yg memuaskan setiap masa.

Inilah satu-satunya gambar gen77 semasa kenduri 17 Ogos lepas yang saya telah terima. Proses menyiapkan editing oleh jurugambar yg dilantik agak memakan masa. Juga kekangan tempat bekerja yang jauh menyebabkan ianya sukar di uploadkan.

sekian dahulu.

sanusi.

25 August 2008

Senyum dan Tangis

Sebagaimana insan biasa , baginda Rasulullah SAW juga bergurau dan mengalami suka-duka dalam kehidupan. Namun sebagai insan sempurna, baginda mempunyai perasaan kasih sayang yang mendalam, dapat menangis tapi juga boleh berjenaka.

Rasululullah SAW mempunyai budi pekerti yang riang dan menyenangkan, sebagaimana sabdanya yang bermaksud: Andai kamu bertemu seorang teman dengan wajah tersenyum, itu juga adalah suatu ibadat.

Percakapannya yang menarik dan riang gembira lazimnya menyegarkan orang-orang sekelilingnya, tanpa hilang keseimbangan dan kesederhanaan. Senda guraunya yang lembut, tidak berlaku sebarang pertentangan dengan kebenaran. Tidak pula menyinggung dan tidak mencetuskan ketawa terbahak-bahak.Tertawa baginda adalah senyumannya yang lembut, sekadar nampak giginya sahaja.

Abu Hurairah RA pernah bertanya penuh hairan: Adakah tuan berjenaka juga dengan kami?Baginda menjawab : Ya , aku tidak pernah menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan kebenaran.

Bagaimanapun sebagai insan mulia, Rasulullah SAW kerap menangis dan menitiskan airmata. Baginda pernah menyebut kepada Ummu Aiman : Mencucurkan airmata itu suatu perasaan yang datang dari rahmat Allah.

(rujuk buku Senyum & Tangis Rasulullah SAW )

p/s Sewaktu teman-teman menziarahi Mohd Noor Yaacob yang baru seminggu menjalani 'chemotherapy', beliau seperti biasa ramah melayan tetamunya. Walaupun dalam katanya : "..saya sedang melalui apa yang tidak pernah saya lalui sebelum ini..."

Semoga sahabat kita ini terus tabah menghadapi ujian Allah. Sesungguhnya Dia maha mengetahui tahap keimanan hambaNya lalu Dia menguji mengikut kadar kemampuan itu. "Layukallifullahu nafsan illa wus'ahaa..." Dan, sesungguhnya para Nabi dan Rasul adalah orang-orang yang paling hebat menerima ujian dariNya. Semuanya adalah kerana Dia Ar-Rahman dan Ar-Rahiim.

Kita semua sentiasa mendoakan agar Mohd Noor dan juga Ali Osali cepat sembuh.

Wassalam
FarahDina

20 August 2008

Terima kasih dari kami

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat2 yang telah bersusah payah datang dari jauh untuk menyerikan majlis kesyukuran perkahwinan anak perempuan saya Ahad lalu. Saya tidak dapat nak gambarkan dengan perkataan betapa gembira dan terharunya kami sekeluarga dengan kesudian kawan2 semua datang dari jauh semata-mata untuk memeriahkan majlis kami. Dan memang kehadiran sahabat2 semua telah memeriahkan suasana sehingga ramai tetamu2 lain tertanya2 kumpulan manakah yang datang ramai2 dengan gamat sekali. Bila diberitahu bahawa itu adalah geng2 lama sekolah dahulu, ramai yang memuji2 ikatan persahabatan kita, hingga sanggup datang dari KL dan Utara semata-mata meraikan majlis perkahwinan sahabat lama.

Terima kasih yang setingginya kepada boss dan sahabat yang dikasihi Tuan Syed dan Muna di atas kesudian menyerikan majlis kami, dan di atas segala kerjasama dan pertolongan yang diberikan bagi menjayakan majlis tersebut. Kami sekeluarga terhutang budi yang tak mampu terbalas hingga ke bila di atas segalanya. Allah jualah yang mampu membalas segala kebaikan itu. Mudah-mudahan dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan.

Terima kasih kepada Fuat di atas kesudian menziarahi ayah saya di rumah orang tua saya pada keesokan harinya sebelum beliau bertolak pulang ke Kedah. Lain kali kalau hang ada urusan nak jumpa mana2 exco di Kelantan, hang habaqla kat aku. Aku sanggup tolong. Apa guna ada kawan kalau tak boleh tolong bila diperlukan :).

Terima kasih kepada Azami dan Rohani yang telah bertungkus lumus melakukan koordinasi sejak sebulan yang lalu dengan semua sahabat2 yang datang dari jauh. Terima kasih kepada Rohani kerana menyediakan banyak kueh mueh dan buah-buahan untuk meraikan Gen77 di rumah saya. Last last, akok tu ramai juga yang lesap dimakan oleh tetamu2 lain sebab mereka pun ada bersama pada masa tu. Terima kasih juga kerana datang menziarahi ibu dan ayah saya keesokan harinya. Persahabatan anda akan saya dan keluarga sematkan di jiwa.

Terima kasih kepada Mustafa Mohd Nor yang telah menjadi penyelaras di Kota Bharu untuk mengatur segala aktiviti sepanjang sahabat2 berada di Kota Bharu, bermula dari majlis akad nikah anak Muhabbad, hinggalah kepada majlis kenduri Sanusi di Besut. Kesanggupan anda mengatur dan melakukan koordinasi itu banyak meringankan beban tuan rumah/hos. Mudah2an segala pertolongan itu dibalas dengan setimpal oleh Allah swt.

Kepada semua sahabat2 yang datang, in alphabetical order:

Ahmad Imran: Terima kasih kerana datang ke majlis Muhabbad Sabtu malam tu, dan aku dapat set the record straight again. Terima kasih kerana datang ke majlis aku pada hari Ahad walaupun agak terlewat dan semua kawan2 lain sudah pulang. Score kita 0-0 sekarang. Terima kasih kerana join sesi teh tarik kita di Mamak Corner Ahad malam tu. Terima kasih di atas semua kisah dan cerita. Di usia kita ini, seperti Farahdina pernah sebutkan, tentulah pelbagai asam, garam, gula, cuka, ajinomoto, dalam hidup, telah kita lalui.

Anson, terima kasih kerana menyerikan majlis dengan suara hang yang merdu dan nyaring tu. Kali ini giliran aku pula untuk berkata "kalau hang tu lelaki, aku dah peluk hang kuat2 macam aku peluk Tolok" untuk menandakan betapa terharunya aku dengan persahabatan hang dan Jo.

Bakry: terima kasih daun keladi kerana menyerikan majlis aku dengan kehadiran kau dan adik angkat Con tu. Kalau ada apa-apa kenduri di sebelah hang lepas ni, sure kita semua akan datang penuh satu rumah. Habaq mai sahaja, anytime we will flock.

Farahdina dan suami: Terima kasih di atas segala susah payah datang dari KL ke majlis saya. Nampaknya Cik Abang awak tu dah masuk suku Gen77 sepenuhnya. Lepas ni dia boleh jadi orang kuat kita macam Sakni dan Jo.

Khalil: Terima kasih setingginya kerana sanggup meredah hutan belantara Grik dan Jeli untuk sampai ke majlis kenduri aku. Dan bacaan hang semasa jadi imam pagi semalam amat sedap didengar. Tak sesia jadi Gen77 KIK.

Mardhiah Hashim dan suami: terima kasih di atas segala susah payah datang, walaupun sesat di Besut sebelum bertemu dengan Azami. Suami Mardhiah pendiam macam dia jugak. Namun begitu, kehadiran anda berdua telah menambahserikan lagi majlis kami.

Mughith: Terima kasih kerana datang walaupun terpaksa naik bas. Mudah2an Allah permudahkan segala urusan kita semua. Kita sudah lama bersaudara, susah senang kita tanggung bersama. Terima kasih kerana join sesi teh tarik di Mamak Corner.

Muhabbad dan isteri: Terima kasih setingginya. Tak lama lagi giliran kami menyerbu rumah hang pula untuk kenduri anak lelaki hang. Jangan tunggu lama-lama untuk buat kenduri. Ya lah. Ayam sudah duduk sereban. Bila-bila masa telur boleh menetas. Lepas ni kau tak perlu beristighfar panjang lagi.

Nasir Tolok: Sikap setiakawan hang aku hargai dan kagumi. Itulah nilai persahabatan sejati yang kita boleh bawa sampai ke mati. Terima kasih kerana sudi datang berkonvoi dengan Fuat dari Utara walaupun penuh dengan cubaan dan halangan dan kesusahan. Nanti bila tiba giliran hang di utara, kami sure tidak akan miss lagi.

Razak: Terima kasih kerana datang dari jauh. Nilai persahabatan anda suami isteri amat saya hargai.

Saidi dan isteri: Terima kasih di atas semangat setiakawan kerana sanggup datang walaupun dalam tempoh masa notis yang amat singkat. Akhirnya ramai sahabat yang tidak pernah ditemui dapat bertemu. Lain kali kita jumpa lagi. Wang boleh dicari, tetapi persahabatan bukannya boleh digadai dengan wang ringgit, apatah lagi di usia seperti kita sekarang.

Siti Rubiah dan Husin: Terima kasih kerana menghadirkan diri walaupun tak sempat bertemu dengan sahabat2 lama Gen77 yang lain lantaran kesibukan. Mudah-mudahan dilimpahkan Allah dengan kesihatan yang berkekalan untuk anda suami isteri.

Tok Lah dan Nik: Jazakallah khairan kathiran abadan abadan. Terima kasih kerana menemani kami semua bersantai di Hayaki pada Sabtu malam itu. Tanpa anda, majlis kami pastinya akan kurang seri.

YA: Aku harap lain kali dipermudahkan Allah untuk kau dan juga kita semua mendapat visa clearance untuk ke mana-mana, tambahan lagi semua isteri masing2 sudah kenal mengenal.

Zubiaq: Aku seronok dapat sembang beberapa sesi dengan hang. Bermula dari breakfast di White House di Kota Bharu pada pagi Sabtu, hinggalah ke sesi sembang di tepi sungai di Hotel Ridel, dan sesi kopitiam di Hayaki, dan akhirnya kenduri aku di Kg
Huda. Terima kasih di atas kiriman buah dokong dan rambutan. Segala persahabatan anda akan saya dan keluarga hargai sampai ke bila.

Jika ada nama yang tertinggal, harap dapat dimaklumkan. Manalah tau, ada juga nama yang tercicir di mana2 tidak dapat saya sebut di sini.

Akhirnya, jika ada apa-apa kekurangan dan cacat cela, saya sekeluarga menyusun jari merafak kata, memohon ampun maaf di atas semuanya itu. Saya sebenarnya agak terkilan kerana kedatangan Gen77 berkebetulan dengan kehadiran rombongan lelaki, dan juga tetamu2 lain sebab masa tu, masa lunch break di pejabat. Jadi tumpuan dan layanan saya kepada sahabat2 Gen77 tentulah tidak dapat diberikan sepenuhnya.

Akhirul kalam,

yang korek itu kendi
yang merah itu saga
yang baik itu budi
yang indah itu bahasa.

Mudah-mudahan Allah memelihara ikatan persahabatan kita hingga ke akhir hayat, dan hingga ke anak cucu kita. Hidup Gen77.

-asmawi dan keluarga.