28 March 2008

Perjalanan ke Sekolah

Masa mula2 masuk darjah 1, saya ke sekolah naik beca. Gelap2 lagi dah keluar sebab rumah jauh dari sekolah . Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Perempuan Sungai Petani dan tinggal di Kg Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani, Kedah. Dari rumah saya berseorangan menaiki beca Pak Cik Mat, org Melaka yg tinggal di kampung saya. Pak Cik Mat suka menyanyi sambil mengayuh beca, saya rasa terhibur ( agaknya lagu Dondang Sayang kot ? ). Pak Cik Mat juga tiap-tiap hari akan menghulurkan secebis kertas dan pen kepada saya dengan perkataannya : ”Tulis no nak, besok kalau kena Pak Cik belanja kau”. Tiap2 hari saya menulis angka untuk Pak Cik Mat , tanpa mengetahui bahawa dia sebenarnya minta no ekor dari saya:) Tapi, Alhamdulillah....Pak Cik Mat sekalipun tak pernah belanja saya:) Tak kena kot...

Bila masuk darjah 2 dan bersekolah petang, saya naik beca Pak Bakaq pula. Dia jiran paling hampir dengan rumah saya. Tiap2 hari bertemankan anak Pak Bakaq yang dah tak sekolah saya pergi menuggu beca dalam jarak 500meter dari rumah. Bersama saya budak lelaki sebaya saya bangsa India, jiran saya juga. Kulit tidak gelap, comel dan tiap2 hari mak dia pakaikan bedak. Dia juga tidak nakal, saya yang nakal, selalu marahkan dia :) Sekarang Apoo dah jadi doktor pakar, buka klinik kulit. Saya harap dia tidak berdendam dengan saya dan kalau dia tak ingat saya lagi bagus :)

Setelah berpindah sekolah di Guar Chempedak, saya tidak lagi naik beca. Ada kalanya naik bas dan kadang2 jalan kaki. Bila balik dari sekolah selalunya jalan kaki. Seronok, boleh singgah kedai dan macam2 lagi....
Masuk ke Maktab Mahmud masa tingkatan 3, tiap2 hari naik bas ulang alik lebih kurang 40km. Betul ke Ammar jarak tu, jauh nuu..?! Rasanya Ammar orang terakhir turun bas tiap-tiap hari. Alhamdulillah berkat susah payah kita dapat masuk KIK.

Bila masuk Kolej Islam tidak ada sesiapa pun antara kita pergi sekolah naik kenderaan. Semua jalan kaki kan ?! Melenggang kangkong beg pun tak payah bawa. Sekarang di jalan yang kita dok melintas dulu tu dah ada jejantas..

Satu hari,ketika masih belajar di Kolej Islam, entah apa sebab dan puncanya ( bila berlaku pun tak ingat :), saya dan Faridah Hj Yahya telah melalui kembali pengalaman naik beca. Kami menaiki beca di bandar Alor Setag . Rasanya nak ke pejabat abangnya di Jalan Telok Wan Jah. Penarik beca ( dia tak tarik beca, kayuh je ! ) tu seorang pak cik dalam lingkungan usia 60an, tapi masih kuat mengayuh becanya. Faridah kecik macam dia la dan saya pun masa tu tak la besar sangat. Tempat duduk masih selesa untuk kami berdua. Bolehlah… naik beca keliling kota sambil sembang2.

Sampai pertengahan jalan... saya terpandang ke belakang, pak cik beca rupanya turun menolak becanya, sedangkan kami senang lenang bersandar atas beca. Saya rasa tak sedap hati tapi tak tau nak buat macam mana. Faridah kemudiannya perasan kegelisahan saya. Dia bertanya; “Awat, ada apa ?” Saya mengarahkan pandangannya ke belakang. Faridah terperanjat dan dia terjerit; “Pak Cik, berenti! “. Pak cik beca terus berhenti ,saya dan Faridah melompat terjun dari beca.Faridah terus hulurkan duit dan kata pada pak cik tu. “Tak palah pak cik , sampai dah”. Dia memarahi saya pasal tak bagi tau awal2 pak cik tu terpaksa menolak becanya. Saya kata sebelum tu dia kayuh elok pun, sampai tempat tinggi sikit dia terpaksa la tolak. Kata Faridah kami sepatutnya turun tak boleh biarkan dia tolak. Kesian pak cik tu berpeluh2...Kami rasa terkilan namun masih sempat tergelak dengan kekalutan yang berlaku :)

Hari ni saya terfikir ; andainya semua orang kesiankan Pak Cik beca dan tak sampai hati nak naik beca, macam mana ya mereka nak terus cari rezeki?!

Walau apa pun, kita perlu bantu mereka yang perlukan bantuan agar mereka dapat mengubah kehidupan kepada yang lebih baik. Namun sekiranya mereka sudah rasa cukup bahagia dengan kehidupan mereka usahlah kita mengganggugugat kebahagiaan mereka. Betul tak ?


Wassalam
FarahDina

KAD JEMPUTAN PN ANSON & EN JOHARI 12.4.2008




DARIPADA FATIMAH HASAN MELAKA

TAHNIAH TUAN SYED & MONA


Apa khabar semua? WM doakan antum / teman2 Genkik77 serta guru2 beroleh kesehatan dan kesejahteraan seisi keluarga. Tahniah dan syabas kepada Syed serta Pn.Mona serta anak2 yang mengadakan Liqa' SubangJaya. Mungkin ramai yang akan datang membawa anak dan cucu-cucu. WM masih kat Port Dickson.

Sebenarnya ikatan ukhuwah kita perlu diperkukuhkan. Program pengukuhan ikatan ukhuwah Islamiyyah memerlukan proses yang tidak singkat, bertahap dan berkesinambungan. Setidak2nya ada 4 tahap yang mesti kita dilalui sebelum terwujudnya ukhuwah Islamiyyah yang benar2 kuat dan mantap. 1. Tahap Saling Kenal (Ta'aruf) sedang kita jalankan. Dalam tahap ini, seorang muslim tidak hanya mengenal begitu saja saudaranya; akan tetapi lebih jauh mencoba mengenali penampilan, sifat-sifat (syahsiah) dan pemikiran saudaranya. pengenalan dalam tahap ini mencakup aspek jasadiah (kita dah pun teman kita Saidi Kadir, fikriy (pemikiran) dan Rohani (MENJARO) iaitu Mental, Jasmani dan Rohani.. 2. Tahap Saling Memahami (Tafahum). Ini merupakan tahap yang penting, karena mencakup berbagai proses penyatuan. Seperti juga dalam tahap pertama, ruang lingkup proses tafahum ini adalah sama. Perbedaannya terletak pada usaha pengenalan. Pada tahap ini, setiap teman2 dituntut untuk memahami kebiasaan, kesukaan, karakter, ciri khas individu dan juga cara berpikir saudaranya. Dengan demikian perasaan2 seperti "tidak enak", "tidak cocok" "tidak mesra" dan lain2 dapat disampaikan dalam rangka saling menasehati. (Sesungguhnya Agama itu nasihat menasihati) Dalam tahapan ini terdapat tiga buah proses perpaduan, yang meliputi: 2.1. Perpaduan hati (Ta'liful Qulb). Penyatuan hati merupakan asas awal yang mesti ada dalam proses pembentukan ukhuwah, sebab hati (qalbu) merupakan sumber gerak dan sikap seseorang dalam menilai, memilih, mencintai dan membenci orang lain. Bila hati telah terpaut dan jiwa telah terpadu, barulah persaudaraan seseorang dengan yang lainnya dapat berjalan lancar, bersih dan penuh rasa kasih sayang. Hati manusia hanya boleh disatukan secara murni dan bersih apabila bermuara pada satu simpulan ikatan yang fitrah. Simpulan tali itu adalah aqidah (Aqidah yang salim). 2.2. Perpaduan Pemikiran / Wahdatul Fikri (Ta'liful Afkar). Dalam proses ini, orang-orang yang sudah sehati sepatutnya berhimpun bersama untuk mempelajari suatu sumber yang sama sehingga menghasilkan suatu fikrah (cara berfikir) yang serupa. Dan yang jauh lebih penting adalah bila berlaku perbedaan pandangan, maka dengan cara berpikir yang sama akan dapat diselesaikan dengan segera, sehingga dapat meningkatkan kualiti kerja. Ikatan ukhuwah Islamiyyah adalah ikatan yang aktif dan dinamis dalam menegakkan kalimat ALlah. Untuk itu diperlukan tidak hanya sekedar hati yang ikhlas tetapi juga gagasan, pemikiran, konsep dan idealisme yang cemerlang. Meskipun sekelompok individu telah saling mengikatkan diri, sehati dan sejiwa; namun karena terdapat perbedaan orientasi dan wawasan pemikiran, maka strategi dan taktik pun menjadi kacau bilau atau berantakan. Akhirnya kerja berakhir pada kegagalan dan kekalahan. Oleh karena itulah tahap "penyatuan pemikiran" ini amat diutamakan. 2.3. Perpaduan Kerja (Ta'liful 'Amal) Individu2 yang telah berhimpun di atas persamaan tujuan dan pemikiran ini, tidak boleh hanya berdiam diri saja atau bekerja sendiri2. Adalah merupakan sunatuLlah bahwa segala yang diam dilokasi atau ditempat yang statik , mudah menjadi penyakit. Air yang tergenang boleh menjadi sumber penyakit, demikian pula dengan kumpulan individu yang bersemangat tinggi dan memiliki setumpuk gagasan cemerlang, akan menjadi "penyakit" bila tidak ada langkah kerjanya. Oleh karena itu sangat perlu adanya kerja nyata dalam berbagai bidang dan keahlian. Agar kerja itu efektif, maka harus terakit dalam suatu kerja yang terarah. 3. Tahap Saling Tolong (Ta'awun). Dalam proses penyatuan kerja, mutlak diperlukan adanya tolong-menolong yang merupakan kesinambungan dari tahap tafahum (saling memahami) . Saling kenal saja, tanpa diikuti dengan saling memahami, tidak akan mampu membentuk hubungan antara individu yang mampu tolong menolong, saling isi mengisi dengan kekurangan dan kelebihan yang terdapat pada tiap individu. 4. Rasa simpati dan rasa senasib serta menanggung sama (Takaful). Tahap ini merupakan muara dari proses ukhuwah Islamiyyah, yaitu terletak pada timbulnya rasa senasib dan tanggungjawab bersama, suka maupun duka, dalam tiap langkah kerja. Bila tahap takaful ini terhasil, maka ikatan ukhuwah Islamiyyah pun terbentuk dengan dengan kukuh. Marilah teman2 GENkik77 terus perkukuhkan dan mengangkasakan hubungan silaturrahim dikalangan umat Islam.

Sukran. WM insan kerdil di Port Dickson.

27 March 2008

Liqa Subang Jaya 29/3

Jangan lupa untuk datang beramai2 ke rumah beliau pada hari Sabtu 29/3 nanti, jam 8mlm.

Warwarkan kepada semua kawan2 yang tiada akses email ini.

Dan kepada yang datang dari luar KL, penginapan di Hotel Summit Subang Jaya akan diuruskan oleh tuan rumah, Free of Charge.

So, orang Melaka semua kena datang.

Orang Bentong dan Karak pun kena datang.

Orang Kuantan dan Temerloh.

Orang KT macam saudara KD kita pun kena datang.

Lastly, Fuat dari Kedah dan semua geng2 Kedah pun kena datang.

Orang Kelantan/Besut pun patut boleh datang.

Wak Man kena bawa laptop dan LCD projector beliau. Kita buat macam kat Melaka dulu.

-Asmawi

26 March 2008

PESANAN SANGAT PENTING! LIQA' SBG JAYA 29.3.08

Assalamualaikom wr wb semua sahabat!
Saya laa ni berada di A Formosa, Melaka.
Sebentar tadi baru terima pesanan dari Sdr Mawi (beliau di KB) meminta saya membuat makluman sekali lagi berkaitan LIQA' Subang Jaya seperti maklumat di bawah. Beliau memberitahu bahawa Sdr Syed & isteri ingin tahu bilangan sahabat2 dan anak2 dll kerana urusan penyediaan blablabla srupsrap dsbnya yang dimasak khas oleh juru masak khas dan terpilih!.
Begitu juga kepada sesiapa yang memerlukan tempat untuk bermalam (Ingat! Utk genghiz & anak2 sahaja 2 bilik, heheee) bolehlah memberitahu sdr Mawi dgn segera kerana YB Syed nak tempah bilik2 penginapan di Hotel 5 star di Subang Jaya! Jadi diharapkan semua sahabat yang akan terlibat dapat mengambil tindakan segera!

Sekian.
Kalau tak faham boleh tanya Sdr Mawi atau hubungi Genghiz!
Liqa' Gen77 di rumah Syed Abu Hussin dan Mona Mohd Ali
Tarikh: SABTU 29/3/2008
Masa: 8 malam hingga 2 pagi (kalau larat)
Alamat: 47 Jalan USJ 16/5
Subang Jaya

Semua suku sakat Gen77 seluruh negara dijemput hadir. Sila warwarkan kepada semua.

25 March 2008

MANA TEMAN YANG LAIN?


Apa khabar semua?, WM doakan semuanya sehat dan gembira disamping keluarga dan kerjaya masing-masing. WM terpanggil untuk bertanya mana teman-teman yang lain, dah lama tak berbicara dan menulis di blog. Hj. Mang pun dah risau. Sibok dan terlalu sibok agaknya. Walau bagaimana pun WM harapkan semua dapat membuka blog dan bertaaruf mengikut jadual yang ditentukan.
Dunia semakin mencabar terutama dalam persaingan dunia ICT.

INTERNET merupakan rangkaian media komunikasi yang berkembang pantas merentasi zaman. Berjuta pengguna melayarinya setiap saat. Kini, perkara yang dulunya sekadar menjadi teori di bilik-bilik kuliah sedang menghambat setiap ahli masyarakat di serata dunia supaya mempelajarinya. Ledakan maklumat serta kederasan pertumbuhan internet memungkinkan semuanya menjadi kenyataan. Ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) sudah pun diakui sebagai pentas ekonomi pada masa depan.
Kemampuan serta keupayaan daya saing individu, syarikat sehingga kepada sesebuah negara diukur daripada kemampuan menguasai elemen teknologi maklumat ini. Oleh itu, apakah persediaan kita untuk menghadapi cabaran ini?
Pada hari ini, negara yang melonjak pertumbuhan ekonominya mempunyai keupayaan berdaya saing serta menjadikan k-ekonomi sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonominya.
Dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan ini, kemampuan minda untuk menginovasi menjadi pengukur keupayaan ekonomi. Pengurusan yang membelakangkan k-ekonomi akan menjadi usang dan akan melebarkan jurang digital di peringkat pembuat keputusan.
Dari segi perniagaan, mereka yang tidak berdaya bergerak menuruti tuntutan dan perubahan ledakan maklumat lambat laun akan rasa tersisih dalam persekitaran perniagaannya.
Selain itu, perubahan dalam bentuk penyiaran kepada interaktif merupakan asas kepada generasi internet. Mereka mahu menjadi pengguna bukan sekadar penonton.
Internet sebenarnya sedang memberi kesan kepada kita semua. Kaedah mendapatkan kekayaan, struktur organisasi, sifat perdagangan dan pemasaran, penyediaan sistem bagi hiburan dan pembelajaran merupakan bidang-bidang yang cepat berubah.
Menyedari hakikat ini, kita perlu mengambil sikap proaktif mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kecekapan kerana ia kini menjadi asas kejayaan dalam persaingan k-ekonomi.
Jika sedekad yang lalu, e-dagang, k-ekonomi dan kaedah digital menjadi sekadar teori pakar-pakar teknologi untuk menghadapi persaingan dalam era globalisasi, kini ia menghendaki kita bertindak sebagai pelayarnya secara realitinya.
Sekadar suatu pertanyaan, adakah kita masih membuang masa menderaf surat menggunakan pen atau pensil atau terus mengadap komputer untuk mendapatkan maklumat dan mencepatkan kerja?
Jika kita masih fobia menggunakan komputer dalam apa juga perkara, percayalah ledakan maklumat yang mendepani kita tidak akan menunggu sebaliknya ia akan meninggalkan kita lebih jauh dan melebarkan jurang digital sedia ada.
Sukran, WM insan kerdil.

24 March 2008

PUAN LATIFAH - TERIMA KASIH!


Terlebihterkurangdulusekarangmasaakandatangsebagaipermulaanbicaraapab ilaruangdibukadekPMBSUgen77kikinimakasepuluhjaritangandanjikatakcukupsusunpilahj ariapa-apapunasasajataarufkitai nitetapberterusansampaibilabilakeranazuriatdanke turunansentiasabertambahmelauipelbagaicaradankaedahyangdiharusbolehkandalamagama kitayangsucimurniseandainyadiperkenandandirestuiALLAHTAALAjuahendaknyamakaselepa situgenghizucapkanberbanyakterimakasihkepadasdrmawiyangtelahmemfowarrdkantaarufs ahabatkitapuanLatifahZulkifliyangtelahlamakitananti-nantikandalamegrupmayainisel epaskitamenikmatitaarufdariyamtuanhjkusnomerangkappenasihatkehormatgen77seumurhi dupdimanaselepasitusaudarakitabangchincubanakpotongtirptetapidenganpenuhsopansan tunnyaterasasungguhdihatigenghizuntukmenolongdanmembantusekadartermamputetapiapa kandayapuanlatifahtelahberusahagigihuntukmeneruskantaarufnyainisehinggatelahberj ayakitasemuamembacanyadarimulasehinggaakhirtetapiyangmenjadipersoalangenghiziala hcumasatuperkaraiaituapakahnamaayahmertuapuanLatifahZulkifliitukeranatidakditaru kbinnya?
Itu saja soalan genghiz. Semoga Puan Latifah Zulkifli berbahagia sepanjang kehidupan di dunia dan akhirat bersama keluarga tercinta.
Wassalamualaikom.
Bakri! Kita sambung lain kali! hEHEEEEeee..


Majlis Kenduri Alor Gajah: Pengumuman Kedua

Muhabbad minta saya maklumkan beberapa perkara:

1) Aturcara ringkas majlis adalah seperti berikut:

3.00 petang: Majlis bermula

7.30 malam: Solat Maghrib berjamaah diikuti tazkirah ringkas

9.00 malam: Majlis Akad Nikah

Sila RSVP kepada Muhabbad (012 635 0046) untuk mengesahkan kehadiran. Beliau perlukan maklumat ini untuk anggaran makanan.

-Asmawi Mohamad

Ole Ole dari Bandung!



Kalau sukar diakses, sila tengok di YouTube seperti di bawah:

TIDORLAH SAYANG!







WM ucapkan selamat tidor kepada semua teman2Gen77. Moga2 beroleh mimpi indah. Dengan doa yang di baca pastinya beroleh kekuatan untuk berjuang terus membina Ummah Terbilang.






WM baru balik dari balai polis. Salam mimpi untuk semua







23 March 2008

2 KEMATIAN PADA HARI & TARIKH YG SAMA!





Assalamualaikom sahabat!
Selepas Zohor, saya bertolak bersama isteri ke Muar. Sebelum itu saya mendail Mawi, menulis dlm blog & egroup, mendail WM, tapi tiada jawapan. Hujan turun dengan lebat sepanjang perjalanan. Di beberapa tempat terdapat beberapa kemalangan mungkin kerana jalan licin. Saya melihat beberapa buah kereta diangkuttarik.
Sampai di Seremban, WM menelefon. Saya terus mengajaknya ke Muar. Wak Man bersetuju dan akan menunggu di Tol Air Keroh. Sampai di Air Keroh, WM dah ada. Kami menuju ke Muar. Banyak perkara yg kami bualkan. Saya tidak berapa tahu jalan2 di kawasan Muar. Tetapi dengan adanya WM, usaha mencari rumah keluarga Mariam menjadi mudah. WM ada kenalan yg tinggal di situ. Setelah memasuki jalan Kosai, kami singgah di sebuah surau untuk solat Asar. Selesai solat, kami menuju ke rumah Mariam. Terima kasih WM kerana telah banyak membantu kami untuk sampai ke rumah yang dituju. Tanpa WM bersama mungkin esok pun kami tak boleh balik lagi.
Apabila kami sampai, keluarga ayah dan ibunya sedang bermesyuarat. Saya dan Wak Man hanya duduk di luar sahaja menunggu mereka selesai. Kami mengucap takziah dan meminta Mariam dan adik beradiknya bersabar.
Sebenarnya pada tahun lepas, sebaik sahaja selesai ujian percubaan SPM Mariam meminta kebenaran dari saya untuk pulang ke rumah untuk menjaga ibunya yang terlantar di hospital kerana menghidap barah. Saya membenarkannya kerana Mariam seorang pelajar yang sangat baik budi pekertinya. Beliau seorang pelajar yang bijak dan dijangka akan menjadi seorang pelajar terbaik. Selesai peperiksaan SPM, ibu Mariam telah kembali ke rohmatuLlah. Iaitu pada 22 Dis 2007 (Sabtu). Hari ini 22 Mac 2008 (Sabtu), ayahnya, iaitu seorang guru (Penyelia Petang) Sek. Men Bakri, Muar, Johor, telah kembali ke rohmatulLah! Semoga mereka tergolong dalam ahli2 Syurga. In Sya Allah.
Pulang dari Muar, WM mempelawa untuk singgah di rumahnya. Selesai solat Maghrib, kami dijamu dgn masakan mee goreng Jawa yang sungguh enak. TQVM kpd isteri WM yang sangat pandai memasak. Saya menambah kerana memang sedap. Tambahan pula perut pun dah lama kosong. Selepas Isyak, kami ke Melaka untuk mengambil kereta WM yang ditinggalkan di Air Kroh. WM banyak menceritakan berkenaan rumah kawan2 dan Cikgu Tahir. Saya meminta WM menelefon Kak Timah untuk singgah di rumahnya, tetapi tiada jawapan. WM menelefon Mohabat, dan kami berjumpa sekali lagi di sebuah Bistro dlm kampung di Durian Tunggal. Selesai makan dan berbual, kami berpisah. Saya menghantar WM untuk mengambil kereta di tol Air Keroh. Saya tidak tahu samaada WM pulang terus ke rumahnya atau sambung menjalankan tugasnya di malam minggu! (Bakri tahu bebenor). Saya terus memandu ke Klang. Orang sebelah berdengkur keseorangan. Saya menekan pedal minyak dan kami sampai di Klang hampir jam 1.00 pagi.
Semoga ALLAH Taaala mencucuri ibubapa kita, guru2, sahabat2 kita yang telah kembali ke rohmatuLlah dengan segala keredaan dan keberkatan! Aaamiiien!

-genghiz

22 March 2008

Hj Mang di Kota Bharu - Ziarah Ustz Adham

Pn Rohani, Ustz Adham,Kak Ani, Hj Mang
& Ustz Sanusi.
Tarikh : 21 Mac 2008
Jam : 1630 hrs
Bertempat di Rumah Ustz Adham di
Perusahan Seri Tanjung
Lot 1020, KM7, Jln Kuala Krai, Kota Bharu
tel : 09 712 6911 e mail - seritanjung@yahoo.com.my
Ustz & keluarga mengusahakan perusahaan membuat resepi rempah.
(lihat photo - meet international standart - kuzi, kuey teow,kerutuk,rendang, beriani & tomato).

Ustz sangat2 gembira dengan kedatangan kami, mengalu2kan kedatangan kenalan2 pada masa hadapan (uzur sedikit - sakit lutut) serta menyampaikan salam kepada semua.


KEMATIAN SATU TAZKEERAH

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57) tiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa kecuali, mereka semua akan mati, tiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja.



Coba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya.
Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang prilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

WM nak ikut ziarah Datok Dolah ke Muar, Sukran.

Al FATIHAH!



Sahabat2ku gen77kik!

Saya akan ke Muar, Johor selepas solat Zohor hari ni untuk menziarahi bekas pelajar KISAS, Mariam Fadhilah, iaitu seorang dari 25 pelajar2 KISAS yg mendapat 12A1 dlm SPM 2007. Selepas peperiksaan SPM, ibunya telah kembali ke rohmatuLLah. Pagi tadi, ayahnya pula yang menyusul. Kita doakan semoga roh mereka bersama golongan Muttaqiiin, In Sya ALLAH. Al Fatihah...

Saya ingin syorkan supaya kita jadikan Mariam dan adik beradiknya sebagai anak angkat gen77kik! Adik beradik 8 orang. Mariam ialah anak yang kedua. Harap ada sambutan! Sesiapa yang ingin menderma kpd Mariam bolehlah menghubungi Sdr. Mawi / Genghiz. Sekian, Wassalam!


-Genghiz

SELAMAT PENGANTIN BARU!




-Genghiz.

- Kita menanti Taaruf YAM Tn Hj Kusno! Tolong jgn ganggu grup maya! TQVM

21 March 2008

HADIAH KAWAN DARI SEBERANG


Assalamualaikom sahabat!
Petang tadi seorang sahabat dari seberang menghadiahkan kepada saya sebuah "kopiah Jawa".
Mohabbat & Weldan tak bawa balik ke apa2 ole2 dari sana? Kalau kumpulan kompang pakai semasa majlis di AG nanti, boleh jadi naik saham WM.
Sahabat2,
Jika sesiapa yang ingin memasukkan anak2 ke tingkatan 6 Bawah di KISAS, cepat2 isi borang dan hantar ke Jabatan Pendidikan Islam & Moral, KPM dalam masa sebulan selepas keputusan SPM keluar. Tempat TERHAD.
Wak Genghiz sedia membantu jika boleh, In Sya Allah!

ULANGTAHUN KELAHIRAN BAPAK SOENARIA

SAHABAT SEKELIAN .
Hingga kini saya masih gagal compress video sewaktu di Bandung,saya akan download setelahberjaya.
Utk pengetahuan semua tanggal 22 MAC 2008 adalah ulangtahun kelahiran Bapak yang ke 70 .
Sila hantar sms melaui HP ibu untuk ucapan tersebut , moga Bapak akan bertambah bahagia dan sihat bila menerima sms tersebut
Jangan lupa tulis nama.

+628122005446

MAHABBATEIN

Liqa Subang Jaya 29/3/2008

Second Reminder:

Liqa' Gen77 di rumah Syed Abu Hussin dan Mona Mohd Ali
Tarikh: SABTU 29/3/2008
Masa: 8 malam hingga 2 pagi (kalau larat)
Alamat: 47 Jalan USJ 16/5
Subang Jaya

Semua suku sakat Gen77 seluruh negara dijemput hadir. Sila warwarkan kepada semua.

-Asmawi Mohamad

Ikatan Ukhuwah


Salam mesra dan doa kesejahteraan untuk semua teman Gen77 serta guru2. Sempena Maulidur Rasul ini terasa ikatan ukhuwah Gen77 semakin kukuh. Bukan sahaja ziarah guru2 di tanah air tetapi merentas lautan mencari guru diBandung. {Bapak Soenaria Sasmita}.Usaha membina Baiti Jannati diterjemahkan. Tahniah kepada pasangan yang akan diraikan nanti. Justeru itu


marilah kita terus membina persaudaraan dengan asas yang kukuh "Ukhuwah Islamiah".

"Apa yang diberikan Rasul kepada mu maka terima lah, Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah dan bertaqwalah kepada AlLah.Sesungguhnya AlLah sangat keras hukumanNya" Surah Al-Hasyr : 7


sekian, WM insan kerdil

20 March 2008

Kita orang Melayu

Hari ini 12 Rabi’ul Awwal 1429, hari keputeraan Rasulullah, Muhammad SAW. Semoga kita memperbanyakkan salawat sebagai tanda cinta kasih kepada baginda. Mudah-mudahan sifat-sifat siddiq, amanah, tabligh & fatanah menjadi penghayatan.

Saya terasa ingin menceritakan sedikit pengalaman yang saya lalui pada hari Rabu, semalam :)

Saya telah bercadang untuk menyelitkan tentang ’Melayu’dalam kuliah pagi tu. Malam sebelumnya pelajar-pelajar di Shah Alam telah dihidangkan dengan ceramah tentang Melayu oleh penceramah jemputan. Maklumlah UiTM adalah tempat mendidik dan mengasuh anak-anak Melayu sejak mula ia ditubuhkan lagi ....

Saya tidak punya banyak maklumat tentang apa yang nak saya sampaikan ini. Tapi saya teringat artikel yang pernah saya temui dalam blog Asmawi Mohamad ( semasa belayar di alam maya saya pernah singgah di blog Asmawi dan keluarganya. Saya agak2 juga ini budak Sains 1 yang ambik Bahasa Arab bersama Padzilah masa SPM 77 tu.Nama dia dan kakaknya ada kat Dewan KISAS tu :) ) Sajak ’Melayu’ oleh Usman Awang. Saya masukkan sajak tu dalam slide ( harap Asmawi menghalalkannya J).

Antara bait-bait sajak itu :

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
.........
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Slide saya tayang sambil mengulas mengikut ’pendapatan’ saya. Akhirnya saya menutup tazkirah saya pagi tu dengan kata-kata: ”Melayu itu adalah kita semua. Tanpa Islam Melayu tak kan ke mana.......”. Saya tambah dengan amanat baginda Rasulullah SAW tetang ’asabiyyah dan sabda baginda ; Jadilah orang yang yakin diri dan mantapkan pendirianmu. Juga kata-kata Dr ’Aidh Abdullah al-Qarni: Orang yang berjaya; diredhai Allah kerana keimanannya.Disayangi keluarga kerana kelembutannya. Dicintai manusia kerana akhlaknya.Dihormati masyarakat kerana manfaat yang diberikannya. ( berjaya bukanlah hanya kerana dapat masuk universiti atau jadi orang berpangkat tinggi...)

Selesai kelas pukul 11, sms dari pelajar saya untuk kelas berikutnya saya terima. Dia beritahu no bilik kuliah. Saya tak bawa kunci pejabat hari ni, jadi kelas untuk pelajar ini walaupun hanya dia sorang saya buat dalam bilik kuliah yang besar. Rehn adalah pelajar Cina + Iban beragama Kristian. Dia ambil sabjek Islam yang diwajibkan untuk pelajar bukan Islam. Dia seorang yang rajin dan sentiasa bersungguh-sungguh. Akan datang ke kelas tepat pada waktunya dan selalu juga lebih awal.Kalau saya hantar sms walau pun pukul 5.30 pagi dia akan segera balas. Dalam hampir 2 jam tutorial hari ni, saya ada menceritakan kepada Rehn tentang akal ; termasuk nisbah 1:9 kejadian akal dan nafsu dalam kejadian manusia perempuan dan lelaki. Dia mencelah; ”Patutlah, saya pernah belajar dan menemui hasil kajian tentang perbezaan antara keadaan dan fungsi otak antara lelaki dengan perempuan.Juga kesan akibat berbezaan itu terhadap sikap.” Dia menerangkan sambil menggambarkan kepada saya di atas kertas. Saya menutup kata : ”Selalunya begitulah , bila orang mencari ilmu dan mengkaji mereka akan menemui kebenaran.” ( Akhirnya saya menemui artikel berkenaan dalam internet.Saya tidak pernah tahu tentang hal ini, maklumlah tak pernah belajar) Cukup masa, Rehn membuka laptopnya dan menunjukkan kepada saya tugasan yang telah disiapkanya. Satu folder penuh dengan berbagai gambar dan satu lagi mengandungi penulisannya yang mencecah 44 halaman! Saya suruh buat hanya 15-20 halaman. Saya kata: ”Tak payah print, emailkan saja.”

Selepas tu , datang pula Jun yang sering menelefon saya. Bila disuruh menceritakan apa masalah. Jun selalu ingin bertemu sendiri dan dia sanggup menunggu sampai saya benar2 free (mcm la sibuk sangat :) Hari ni Jun meluahkan satu persatu persoalan yang ada dalam fikirannya dengan sopan dan teratur. Semuanya enam soalan ! Saya membantu sekadar terdaya dan memberikan sedikit keyakinan kepadanya......

Hari ini saya rasa bertambah bahagia ditentukan Allah SWT menjadi pendidik. Rasanya semua kawan-kawan saya Gen 77 juga sedang berbahagia dengan apa saja ketentuan Allah SWT terhadap mereka :)

Wassalam
FarahDina.