06 January 2008

Perjumpaan Puan Inon Rahiman dan Cikgu Shahrom Hashim: 13/1/2008

Perjumpaan di atas akan diadakan di rumah Puan Inon (bekas guru Bahasa Malaysia kita di Kolej Islam Kelang dahulu) di Ijok, Selangor.

Tarikh: Ahad, 13/1/2008

Masa: 10.00 Pagi

Sila hubungi asmawi@gmail.com untuk urusan selanjutnya

A visit to Cikgu Sushama's house

Apologies for writing this in English and BM, so that Cikgu Sushama will be encouraged to reply, and write from her perspectives too.

Originally, the trip was planned together with Arpi, Naim, Anson and me. Some others were not able to make it right from the very beginning. Mustafa ada kerja luar KL. Yang Arif pulak ada urusan nak hantar sekolah anak ke asrama esok, so he needs the time to sort things out.

Arpi had to cancel his appearance last night due to family member's death in Ampang. I was hoping mad that Naim will still make it, even though he cautioned me that he is coming from Sepang, and might at best, be late. Omputih kata, better late than never, kan?

At last, it was me and Anson and her son yang dapat hadir.

We arrived at Cikgu's house around 530PM. It was not that difficult to find her house. I printed a map of the area, just as a precaution. With a slight guidance, we hit the front gate very easily.

Sebelum sampai ke rumah, kami beli sedikit buah tangan. Kebetulan sekarang dah dekat Chinese New Year, senang la nak cari hamper :).

Bila dia nampak saja kami sampai, Cikgu Sushama terus keluar dari rumah. Bila dia nampak Anson, haa..apa lagi, macam filem hindustan la. Cikgu peluk Anson bagai nak rak!

Since there were only two of us, three with Cikgu Sushama, the discussion and the "sembang2" were quite limited. There were no noisy dudes like Fuat or Naim. Tapi as you know, Anson sorang pun dah boleh tahan.

Cikgu was ready with an old album containing some pictures of our friends and also ex teachers. Gambar Hasan Golek was among the more familiar ones, sebab dia Ketua Kelas 5 Sains 2, in which Cikgu Sushama was the form teacher. We reminisce about some people, and she was asking me about this and that boy/girl. And then, there was this boy, which she asked: "where is this naughty boy who looks like a mamak before?" Hahaha. When I told him that the boy is now a millionaire and got married to his KIK sweetheart from 5 Sastera 1, she was very very pleasantly surprised. That is Syed Abu Hussin. For a few times, Cikgu Sushama kept telling me to send her regards to that boy.

And Cikgu kept comparing me now with how I looked 30 years ago, ie, not much change, except for the declining hairs :).

And there was this picture of Kamilah Kasim and few other students supposedly after a Piala Perdana Menteri trip to Jenan, Kedah.

Anson has taken a few pictures home, including those in which Hasan is also pictured, to be scanned later and possibly posted here.

From Cikgu Sushama, I got Puan Wan Hasmah dan Nik Mahizan's number. Puan Wan Hasmah is retired now, and she is a Datin. A very humble and down to earth Datin, according to Cikgu Sushama. Both Datin Wan Hasmah and Nik Mahizan have consented to having their phone numbers given to me for future communication.

We left at around 630PM, and had to rush for our Asar in Shah Alam, with a promise that we will come again with a bigger crowd. Cikgu kept telling us that next time we come, she will take us to a nearby Restoran Nasi Kandar or Nasi Daun Pisang for a treat. How nice of you Cikgu!

And here are some pictures that we managed to take with Cikgu Sushama today.

Pelukan erat Guru dan bekas murid. Cikgu tak dimakan usia. Nampak macam masa tahun 1977 dulu jugak
Bercerita panjang tentang kisah-kisah lama
One final shot before we left

Nasir Ahmad (lok) 5Sc2 &Abu Bakar (Bakag Buntong)

Selamat Datang Saudara Nasiag (Lok),mr. lone ranger (the 1st guys yg paling berani keluar mlm dlm sejarah kik.that record never n ever broken till 2day)pagi dia dtg daftar utk ting.4,mlm dia cabut balik kg.esok ptg dia sampe plak kat KIK.I respect u Lok...u really really a man

Abu Bakar(Bakag Buntong)

ari ni 6.1.2008 kebetulan saya k Pendang.Dlm perjalanan dr guag chempedak saya cuba menjejaki saudara kita.Sdr Abu Bakar xxxx (Bakag Buntong) d SK Kg.Baru ,Pendang.Katanya dia jd G.Besar kat situ.Malangnya saya d beritahu dia sudah bertukar ke SK Charok Bemban,Pendang.Dgn no. h/p yg diberikan kpd saya, saya pun kol Guru Besar sk tsb.Ikuti perbualan saya dgn Guru Besar SK Charok Bemban,Pendang
........
saya :assalamualaikum,Chegu Bakar ka ni,g.besar Sekolah?
Bakar:waalaikummussalam,ya,saya
saya:saya nak buat satu aduan mengenai anak saya Rohana bte Fuat dari kelas 3
Bakar:aduan apa tu?
saya:mcm ni,hari kamis baru ni,anak saya k sekolah tanpa pakai kain dalam.mebi dia terlupa kot.Guru Kelas dia(saya tak ingat nama dia) tanpa usul periksa telah mendenda anak saya tu
dgn menyuroh dan memaksa dia mencuci b.air sekolah.Ni dah kira melampau dah che gu.saya mintak Chegu siasat perkara ni sblm saya buat polis kes
Bakar:dak,dak(gugup)bo..boleh chegu cerita lain skali lg dr awai dan ari apa dia dtg sekolah ari tu....?
saya: tak tahan dah...ha,ha,ha...oi bakag,aku ni........
Bakag:sapa ni,pagi2 lagi dok buat mcm ni(nada Guru Besar)
itu lah sdr Bakag kita,dgn dia semasa di KIK boleh buat kita keras perut...

Blog 5kik1977

sampe 2day hanya 4 org yg setia menulis lg dlm blog ni.saya,md.nor,kamilahdan our penyelaras...sdr asmawi.dia begitu komited dan terus menjejak kwn2kita yg lain.
Begitu jgak kami tak putus2 mengajak kwn2 yg access blog ni supaya ikut menulis atau sekurangnya memperkenalkan diri krn kita dlm proses utk buat reunion bekas2pelajar form5 KIK 1977
Yg Arif Saarani(kak ani)salah seorg 'keyman'utk reunion ni pon sampe 2day tak menulis lg.i tahu dia memang handal menulis tapi,dia tunggu apa i pun tak tau.common la YG ARIF,jgn pande judge sj.u boleh guna nickname.org tak tau sapa u.Hukuman u mana boleh bantah.Klu bantah,asmawi kata....kena juai

Naim,anson pon sama...tak tulis apa lg pon.kwn2 kita dok tunggu u org tulis dulu coz gambar u berdua dlm blog tu.automatically u berdua dah lock in dlm group PERINTIS

Ali Osali

ari tu balik dr tg.malim i singgah trolak cari umah ali osali.(i pernah p umah dia 30 thn dulu)totally change dah kg. dia.i rasa tentu Uncle boleh ingat sbb i p dgn Uncle.i ni,memory lembap ckit

????????

ada 2 org sdr kita kemarin.dia org bagi jaminan akan menulis tak lama lagi,so,kita sabar dan tunggu


ps..I dengar YunusXXX(kelantan) ada d Sabah jd Guru kat MRSM...Jalilah,u tlg fwd msg i...i teringin sgt nak berhubung dgn dia....


-fuatazahari

05 January 2008

Dari Nasir Ahmad

Salam,

Saya attach kat sini dua email dari Nasir Ahmad. Kalau nak dikira, email ni pendek sangat untuk dimuatkan dalam blog, tapi bagi memberikan semangat kepada Nasir dan juga orang lain supaya menulis lagi (dan lebih panjang lagi), maka saya forwardkan juga di sini. (Tambahan pula Nasiaq dah komplen kat Fuat dia kata apa yang dia tulis dan hantar kat saya, tak keluaq2 pun :))




By the way Nasiaq, aku rasa aku dah besaq sikit sekarang. Hang tanya Fuat dan Naim betoi ke dak? So kalau hang dok imagine saiz macam form five dulu, sure hang tak kenal la aku kalau jumpa :).

Bahasa dan penyesalan

Asmawi, please extend my sincerest regards to Ustaz Ahmad if you next meet him. Ustaz Ahmad seorang guru yang dinamik. Dengan panduan dan tunjukajar Ustaz saya rasa boleh pintar berbahasa Arab. Tapi bahasa Arab tak melekat langsung dalam kepala saya semasa di KIK dulu. Mungkin kurang minat. MENYESAL. If only i knew then the power of language.

Saya bawa anak-anak holiday ke Jordan dan Syria beberapa tahun dulu, ketika tu baru saya ingat kembali beberapa perkataan-perkataan Arab. Tapi tak banyak. Kalau saya berbahasa Arab pengalaman di Jordan/Syria mungkin lebih menggembirakan. Semasa tu saya ingat Ustaz Ahmad (dengan cermin mata gelapnya) dan Ustazah Kalsum (tudung selalu senget), Zaki Rahman dan Siti Rabiah yang terror bahasa Arab. Zaki pergi Egypt selepas form 5. Siti dimana anda sekarang? Selepas 2 minggu menonton TV di Jordan hampir boleh bercakap. tapi gagap dan bercelaru dengan English dan Melayu.

Sekarang beli kamus bahasa dan audio tape untuk belajar bahasa arab balik tapi sebab tua, sangat dan amat lembab. Pagi hafal, tengah hari dah lupa. Semasa umur 15 tahun mungkin boleh hafal satu buku dalam masa 2 hari agaknya.....:) MENYESAL kerana tak beri sepenuh tumpuan. Mungkin saya boleh tuition dengan Zaki. Harap hujung tahun ni, bahasa Arab saya akan lebih canggih.

Seronok dapat menulis dalam bahasaMelayu sebab dah 25 tahun, sebab kerja jarang menggalakkan penulisan dalam bahasa Melayu. Jadi tak ada platform untuk tulis panjang lebar macam ni. Kat pejabat Singapore, tak ade Melayu langsung (ok...alasan, alasan dan alasan, memang Melayu tak sedar diri:):). Saya segan kalau baca Mustafa punya posting, bahasa Melayu bertulis beliau sangat hebat.

Puad dari Pahang. Saya minta maaf kerana tak ingat. Pakai cermin mata tebal ke dulu? Kalau tak sekali lagi minta maaf.

Semua gambar-gambar KIK tinggal di Terengganu. Saya hanya balik ke Terengganu untuk beraya. Saya akan bawa balik semua gambar-gambar KIK. Tapi dengan rakan-rakan perempuan ajela. Saya harap tak ada yang akan membantah kiranya saya letakkan gambar-gambar tu di blog ini. Mungkin selepas melihat gambar-gambar tersebut kita akan ingat kembali wajah-wajah 30 puluh tahun dulu.

Cikgu Sushama ada simpan gambar debators masa kat Jitra Kedah. SWEET 16 photo as she called it. Asmawi, if you could kindly get the picture scanned. That would be greatly appreciated.

Asmawi headboy 1979 kat mana?

Kamilah

p/s Asmawi, you owe me many many phone nos. Yang ada no telephone saya tu. Telephone la. Boleh sembang-sembang.

04 January 2008

Ustaz Ahmad Ismail

Salam,

Ingat tak Ustaz Ahmad Ismail. Semasa kita form five, dia jadi warden dan mengajar Bahasa Arab.

Lepas tu dia pernah jadi Penolong Kanan dan kabarnya pernah jadi Pengetua KIK.

Tadi sewaktu menghadiri pengkebumian seorang tokoh masyarakat di Taman Tun Dr Ismail, saya berjumpa kembali dengan beliau. Rupanya arwah si mati adalah senior beliau semasa di Egypt dulu.

Saya perkenalkan diri saya. Dia dah tak ingat. Untuk mengingatkan kembali beliau, saya sebutlah dua tiga nama yang agak-agak dia boleh ingat. Yang famous-fanous je lah kan! Dia ingat Shaarani Ismail. Dan bila saya sebut Kamilah Kasim, debator, haaaa...terus dia terangguk-angguk tanda ingatan yang masih amat subur. Memang celebrity status la Cik Puan kita ni!

Semasa beredar dari Tanah Perkuburan Bukit Kiara tu, saya sempat ceritakan kepada beliau tentang usaha untuk mengumpulkan kembali pelajar-pelajar Tingkatan 5 tahun 1977 yang sedang kita usahakan. Dia menyatakan persetujuan untuk ikut serta jika diizinkan Tuhan.

Beliau masih sihat walafiat dan sekarang bertugas sebagai Pensyarah di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) sejak pencen pada tahun 1999.

-Asmawi Mohamad

P.S:

Losidi. Hang kena tulis cepat-cepat sebelum Cikgu Lau Ah Kow cari hang!

Cik Pah

Cik Pah nampak macam budak sekolah je......:)

Langsung tak ingat sape Rosidi ni. Mungkin satu hari boleh jumpa.

Kamilah

JEJAK KASIH

ASSALAMUALAIKUM...

punya la payah kwn2 nak menulis dlm blog ni.betui la mcm asmawi kata.dia org curi2 masuk sj tapi taknak menulis.uncle just bg salam sj.dr dulu sampe skrg tak abih2 malu dia.badan sj besar,tapi penakut...i pun heran mcm mana dia boleh jd pensyarah kat IAB tu.agaknya dia pkena dam dulu kot sblum lecture?(sori,cle...i melawak sj)

yg lain2 mcm mana????????group perak tak dengar apa2 langsong.melaka mcm mana?????
i ngan asmawi ada discuss.at least kna ada 50 org nak gathering kali ni kat kl.klu ada cepat,chinese new year ni kita arrange kat KL.

dimana mereka ni???????azhan azmi,toriah jatim,habsah md jadi,jaliya basiron,abd.rahman jusoh,muhammad abd.rahman,raziah razi,md.zin jusoh,yusuf hasan,fauzi abdullah,fatlilah,arrifin hasan,saidi kadir,norma ibrahim,latifah zulkifli,Ini chik...dlln

padzilah,jalilah,imran,kamal...tulis la ckit.....

-fuat azahari

Perihal gambar :)

Salam,

Saya amat menggalakkan kawan-kawan semua meletakkan gambar supaya kita boleh "relate" antara nama dan "rupa". Ye lah setelah 30 tahun tidak berjumpa, for example, I have no idea how Puaad will look like. Kalau ikut mental image dulu, pastinya saya akan gambarkan Puaad berkaca mata hitam, rambut tebal etc. Apa kata kalau sekarang Puaad dah pakai rambut afro, or style kojak macam Naim, dan dah buat laser treatment macam Khir Toyo, so dia dah tak perlu pakai cermin mata tebal lagi. Sure kalau terlanggar bahu kat Imbi Plaza pun saya tak akan kenal.

Kadang-kadang kita ingat nama sahaja, dan tak dapat match antara rupa dengan nama, so bila letak gambar baru la boleh relate antara kedua-duanya.

So jangan segan silu.

By the way, saya dah dapat tengok gambar Che Latifah dan juga Rosidi Ismail, berdasarkan paparan dari website organisasi di mana mereka bekerja. Jangan marah, nanti kena jual :).

Che Latifah Ismail di UITM Arau



-Asmawi Mohamad

P.S.:

-Kamilah: at least last-last Cikgu Sushama kenal juga you dan boleh recall dengan tepat. Kami semua ni, jenuh dia tengok gambar yang ada, satu pun dia tak cam sampai ke sudah :). Apa-apa pun saya tumpang seronok sebab Cikgu Sushama pun sama excited macam kita untuk bertemu semula.

-Yusuf Nawang/Rahiman/Ahmad Imran: Yo boss! bila lagi nak berceloteh sikit kat sini.

-The guy from Parit Buntar, Perak:
Siapakah anda. Janganlah menyepi diri dan baca blog ni diam-diam dari kejauhan. Perkenalkanlah diri anda di sini :).


Cik gu Sushama

Asmawi,

For goodness sake stop calling me Puan Kamilah, SERAM:):)

Cikgu Sushama tak ingat saya la....took me about 10 minutes to explain year of admission etc. Hanya ingat lepas i bagi tau i ni murid kesayangan Puan Ramli and was in the English debate team....her first word..."you are very fair right???""....hahaha!!!

Mustapha,

You masih handsome lagi la....20kg extra notwithstanding:):) Prof Madya atau "Pah" tu gurau aje. Btw, bukan confident bagi gambar tu, Asmawi kata kena bagi , nanti jumpa tengah jalan, Fuat mungkin tegur, sebab dia aje yang berani usik I masa kat KIK dulu. Orang lain takut. Najwa tu anak I yang bongsu. Anak sulung dah 22 tahun.

Anson,

Gembira dapat bercakap. Kita mesti pergi lunch secepat mungkin.

Shaarani,

Saya masih mengingati anda. Tak berubah even the expression:)

Fuat Azahari/Weldon,

Minta maaf banyak-banyak. Kurang mengingati jadi kena jumpa in person.

Cik gu Sushama,

If you are reading this, it was indeed a pleasure talking to you. I look forward to meeting you very soon and reminisce!!!!!

LATIPAH ISMAIL,

Budak perempuan yang paling popular dan paling ramai peminat kat KIK....oooi Cik Pah tulis la something kat blog ni.

Warmest regards
Kamilah

Dari Mustafa Mohd Nor

Assalamualaikum WBT, Syukur kepada Allah telah bertambah seorang lagi kawan aktif menulis iaitu Fuad Mohamad (gengster) ha...ha ha,

Kamilah tetap hebat dan confident. Orang lain tak berani nak masukkan gambar terkini. Yang berani masukkan gambar gethering kat Tg Malim 1.1.08 itu pun semua orang dah tak dikenali kecuali Saarani. Hebat juga Aura Saarani. Maklumlah Yang Ariff...

Malam tadi Saarani sms, dia kata Prof Madya Cik Latifah tak kenal lelaki baju gelap dalam gambar masa di Tg Malim. Hai berat... akau rasa aku awet muda, tak berubah... sebab rambut masih ok cuma botak sikit tapi masih hitam... ini maknanya kita saja yang perasan... sebenarnya perubahan besar ialah saiz dan berat badan. Masa di form 5 77, berat badan sekitar 45 kg, sekarang 72 kg berapa kg bertambah tu ... mana orang nak kenal. Masa jumpa di Tg Malim kawan yang saya rasa berat badannya bertambah 20kg dari masa dikik 77 dulu adalah saya dan Sdr Fuat Azahari. Tak apalah 20 Kg dalam masa 30 tahun tak sampai 1 KG setahun. hahaha

Saya akan cuba masukkan gambar saya dan akan-anak untuk makluman semua kawan lepas ni. Asmawi ajak ziarah Cikgu Sushama, maaf tak dapat kerana bertugas di luar KL hujung minggu ni... lain kali no problem Insya Allah.

Cari Cikgu kita....
1 Ustazah Fauziah Sani...
2. Pn Norsiah Ariffin
3. Pn Siti Hasmah
4.Pn Maimoon Hussin
5. Pn Ramli Khamis
6. Cikgu Zaharah

Yusof Nawang...come and joint us, Ahmad Imran Tahir aku tahu kau pendiam dan malas menulis... tulislah sikit...

Mustafa Mohd Nor

Update from Kamilah Kasim

Kamilah menghubungi saya petang tadi minta nombor telefon Cikgu Sushama Madhavan. Tepat 10 minit selepas saya memberikan nombor Cikgu Sushama, Kamilah call saya balik. Dia dapat bercakap dengan Cikgu Sushama, and of all the people, Cikgu Sushama masih ingat this Kamilah Kasim yang masuk debate Bahasa Inggeris di KIK dulu.

And Cikgu Sushama, seperti sebelumnya, amat "excited" menerima panggilan telefon dari bekas-bekas pelajar KIK seperti kita semua. Alahai terharunya!!!!

Sehari sebelum tu jenuh saya cuba relatekan kepada Cikgu Sushama tentang gambar-gambar gathering yang beliau lihat di dalam blog ini, namun satu pun tidak dapat beliau camkan.

Anyway, di bawah ialah gambar terkini Puan Kamilah Kasim bersama anak beliau, Najwa.


Orang lain bagaimana? Che Latifah? Padzilah? Arpi? Rahiman Bani? Rashidi Ismail? Ahmad Samawe Hasan? Bila lagi nak hantar gambar terkini anda semua?

Gambar2

Saya mohon kerjasama kawan-kawan yang sudah mendapat capaian blog ini supaya mula menghubungi saya atau rakan-rakan yang lain seperti Mustafa/Fuat/Kamilah untuk kita berhubung silaturrahim. Jangan hanya "mencuri-curi" masuk secara diam-diam ke dalam blog tetapi tidak diikuti dengan usaha menjalinkan semula persahabatan yang telah terputus selama 30 tahun itu.

Kami sedang mengusahakan untuk mengumpulkan seramai mungkin alumni form 5 KIK 1977 untuk suatu majlis "reunion" antara kita, dan bakal disertai juga guru-guru KIK yang sezaman dengan kita dahulu.

Langkah susulan yang dapat anda lakukan ialah dengan menghantar email kepada saya (asmawi@gmail.com) atau kepada mana-mana rakan yang lain untuk "touch base".

Kalau dapat dihantar sekali gambar anda, itu lagi baik.

-Asmawi Mohamad

Bagaimana Menulis Dalam Blog Ini??

Ada dua cara anda boleh menulis dan "menyiarkan" tulisan anda di dalam blog ini:

1) CARA SUSAH:

Sila ikuti arahan berikut satu persatu, Insya Allah anda akan berjaya menulis dan menerbitkan tulisan anda supaya dapat dibaca oleh semua orang yang "access" blog ini.

1. Langkah pertama: taipkan url yang betul: www.blogger.com



2. Login dengan username 5kik1977@gmail.com dan password xxxxxx (minta dari saya melalui email asmawi@gmail.com atau dari kawan-kawan yang tahu)



3. Skrin pertama yang anda akan dapat lihat jika login anda berjaya. Kalau tak berjaya? jangan segan silu untuk menggunakan apa jua talian hayat yang boleh anda capai.



4. Klik pada New Post seperti yang saya bulatkan dengan warna merah. Kemudian mulalah menulis seperti anda biasa menulis di dalam MS Word. Font boleh dibesarkecilkan, italic atau bold


5. Klik pada "publish" setelah anda habis menulis. Insya Allah tulisan anda akan terpapar di blog kita untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia!



2) CARA SENANG:

Tulis sahaja apa-apa yang anda mahu tulis. Kalau ingin sertakan gambar sekali pun boleh juga. Emailkan tulisan dan gambar-gambar anda itu kepada asmawi@gmail.com. Insya Allah, saya akan "post" kan tulisan anda itu "in my earliest opportunity", ertinya, kalau kebetulan saya online, ia akan terpapar di dalam blog pada masa itu juga, tetapi jika saya offline, ia hanya akan di "post" kan sebaik sahaja saya online semula.


-Asmawi Mohamad

03 January 2008

Kisah KIK masa remaja dulu.

Salam,

Cerita kena naik pentas menyanyi tu ana pun kena jugak. Pasal pakai cermin mata gelap senang senior nak recognize dan minta naik pentas. Apalagi kena nyanyi lagu sampai lagu artis perempuan tak ingat pulak namanya. Bantai ajelah. Kalau bagus tak terkenal pulak Siti sekarang ni.

Ana dah lihat gambar kau orang gathering kat Tg.Malim tu. Yang boleh cam terus hanya Saarani aje. Lainnya dah banyak berubah. Malam sebelum tu ada gathering Alkis di Puchong. Miss jugak. lepas tu pergi hantar anak kat Langkawi. Semalam ada kat Muar pulak. Anyway terima kasih dapat imbau kenangan lama batch SPM 77. Next gathering buat kat KL pun ok jugak. Walaupun bilangan kecil tapi for the start is good apatah lagi kalau ada bekas guru kita.

Let u guide us on how to respon direct from the blog. Ana rasa mungkin tak kena caranya. Kalau tidak masakan tak boleh hantar reply.
Wassalam.

-Puaad Muhammad, Pahang

Cikgu Shahrom Hashim dan Pn Inon Rahiman

Saya dapat bercakap dengan Cikgu Shahrom pagi tadi selepas selesai urusan persekolahan hari pertama anak-anak. Dia berada di Batu Pahat sekarang setelah bersara awal tahun 2007 yang lalu.

Beliau masih ingat kebanyakan watak-watak utama tingkatan lima tahun 1977 tu, walaupun beliau tidak lama di KIK. Beliau meninggalkan KIK pada tahun 1979 bagi mengikuti program ijazah di UTM. Sebaik sahaja tamat pengajian ijazah beliau pada tahun 1981, beliau terus berkhidmat di Johor.

Beliau tak tahu pun tentang pemergian kerahmatullah Cikgu Mohd Isa Kassim.

Beliau akan datang ke KL pada 13hb Januari nanti untuk satu kenduri kahwin di Putrajaya. Kebetulan berada di Lembah Klang, beliau bercadang untuk bertandang ke rumah Puan Inon Rahiman Guru BM kita dahulu, di Ijok.

Maybe we can pay them a visit on that day?

-Asmawi Mohamad

Keindahan Persahabatan

Seperti Mustafa pernah sebut, at our age, nothing beats going back to the roots. And among the roots that we cherish ialah persahabatan dengan kawan-kawan yang pernah kita lalui hidup bersama dan belajar mendewasakan diri.

Itulah kehidupan kita telah lalui di Kolej Islam.

Dan bila bertemu kembali seperti semalam, ia banyak memberikan kesan yang sukar dilupakan. Setelah menempuh usia 47-48-49 tahun, tentulah pelbagai asam garam hidup telah kita lalui. Bak kata orang putih "been there, done that". Semua laut telah diharungi. Semua lembah telah direntasi. Tak ada apa yang nak dihairankan lagi.

Setelah semua asam garam kehidupan itu telah kita lalui, sekarang adalah masa yang paling baik untuk kita berhimpun semula. Kita regroup. Kita bercantum semula, bukan sebagai business partner. Bukan sebagai boss dengan subordinate. Bukan untuk membanding2kan itu ini, tetapi untuk mencantum semula ikatan silaturrahim dan persahabatan kita. Kita bertemu semula sebagai kawan seperjuangan. Kalau dulu sebagai kawan kita boleh "belasah" kawan kita kow-kow dengan sindiran-sindiran pedas dan sebagainya untuk "pekenakan" kawan kita, maka sekarang pun sepatutnya kita masih boleh berbuat sedemikian. Kawan is kawan is kawan. Sampai ke bila-bila pun.

And that was what Naim did yesterday. Masa lunch dengan Kamilah itu hari pun, dia tetap Naim seperti yang kita kenali. Bila dia rasa nak taruh, dia taruh cukup-cukup. Tabik la kat hang Naim!!

Bersama-sama kawan2 kita boleh "let loose" atau "just being ourselves". Kita dan diri kita se-ada2nya. Kalau di pejabat segala tingkah laku kita perlu dijaga, kalau di rumah segala yang kita tuturkan mesti diperhatikan, maka dengan kawan, kita boleh relax-relax dan "let loose" tanpa gusar bahawa perbuatan atau tingkah laku kita itu mungkin akan dicela atau keluar dalam "YouTube" untuk disebar di seluruh dunia! :)

Kalau tersalah silap, mohon dimaafkan!

-Asmawi Mohamad

02 January 2008

Cikgu Sushama, Cikgu Shahrom dan Cikgu Lau Ah Kow

Tiga nama yang meniti di bibir ramai di kalangan kita.

1) Cikgu Sushama Mahavan

Pagi tadi saya memulakan langkah menghantar sms kepada Padzilah mohon pertolongan mendapatkan nombor telefon Cikgu Sushama dan Cikgu Shahrom Hashim.

Setelah saya perolehi nombor Hp tersebut, cepat-cepat saya telefon Cikgu Sushama. Rupanya dia telah di"brief"kan oleh Padzilah tentang kewujudan blog kita.

Cepat-cepat beliau masuk ke dalam blog dan melihat gambar-gambar yang saya postkan malam tadi, sebelum saya call dan bercakap dengan beliau.

Bila saya call, ayat pertama beliau ialah "I am so happy that you all still remember me"!!!
(dalam hati saya: alahai.....sudah tentulah kami semua tidak akan dapat melupakan segala kenangan manis dengan semua guru-guru KIK. Siapalah kami kalau tidak kerana jasa cikgu-cikgu sekelian).

Then dia kata: I cannot recall anyone of you from seeing the pictures! I tried to remember one or two names but you all look very different, with balding hairs ......................but you all look so prosperous! I am so happy to see the pictures.
(hahahaa......kami pun dah nak mencecah 50 tahun cikgu! Tentulah rambut di kepala semakin susut kerana terpaksa memikirkan masalah negara, keluarga, anak isteri, dan macam-macam lagi :).Tu belum masuk masalah ayam itik, kerbau, atau ikan yang dibela lagi!)

Anyway, jelas sekali Cikgu Sushama amat teruja dengan panggilan telefon dari saya. Kalaulah saya ada banyak masa, mau sejam bersembang melalui telefon tadi. Saya simpan cerita-cerita panjang untuk pertemuan face-to-face dengan Cikgu Sushama nanti. Beliau sekarang menetap di Kelang. Saya jelaskan kepada beliau, now that we are in touch with her, the first order of business is to pay her a visit.

Dipendekkan cerita, kami menetapkan Hari Ahad, 6hb Januari jam 430PM untuk melawat Cikgu Sushama. Setakat ini, Puan Anson dah setuju. Arpi (Proton) pun besar kemungkinan akan ikut serta. Naim? Mustafa? Shaarani? Jom!

2) Cikgu Shahrom Hashim

Saya call beberapa kali tetapi mungkin kerana silap timing, saya tidak berpeluang bercakap dan mendengar suara beliau. Namun melalui satu SMS yang saya hantar beliau membalas balik dengan menulis bahawa dia masih ingat nama saya, alhamdulillah. Beliau sekarang telah bersara mulai awal tahun 2007 yang lalu.

3) Mr Lau Ah Kow

Mengikut Cikgu Sushama, Mr Lau selalu travel. Cikgu Sushama bersusah payah call Mr Lau (after 14 years katanya). Mr Lau sanggup bertemu dengan kita semua kalau kebetulan dia ada di Lembah Klang/Malaysia pada masa kita berjumpa dengan beliau nanti.

Roshidi! Hang baik call Mr Lau! Tentu beliau gembira dengar suara hang semula!

-Asmawi Mohamad



Gambar f5kik1977 Di Tg Malim pada 1.1.08


Fuat Azahari dok bisik apa kat Naim tu...


Asmawi ambil gambar Pn Anson dok ambil gambar. Weldan memang habat! hisap 2 jenis rokok...satu dunhill dan satu lagi Sempoerna A. Tak ramai anak Melayu macam Weldan. Fuat dan Mustafa pun kalah...


Masa ni Weldan yang datang dari Mentakab belum sampai. Naim call Weldan nak explain jalan ke Sahara Inn Tg Malim. Konar kiri...konar kanan...konar kiri...konar kanan...ok sekarang kau tunggu...aku cari hang...berapa no kereta...

Ok...Weldan dah sampai... Saarani ketawa aku pun tak tahu apa jokenya...


Nampak letih macam dah habis gas...Asmawi dan Saarani masih gagah.

SAHARA INN,TG.MALIM

Assalamualaikum...

jam 6.00 ptg 1.1.2008 mencatat sejarah.
pertemuan yg telah dirancang secara tergesa2 berjaya jgak menghimpun 7 org bekas pelajar KIK yg hampir 30 tahun "hilang".masing2 berpelukan (anson tidak la),kemas dan erat.terasa sgt keakraban kali ini berbeza dr swaktu kita belajar.

Perspektif

Mustafa sedikit berbeza dr dulu.sekrg dia semakin ramah dan byk berjenaka.mungkin dia byk bergaul dlm masyarakat.weldan mcm biasa,tersenyum dan skali skala ketawa.saarani tak berubah baik fizikal atau "perangai"...bahaya,pantang ada "peluang".asmawi mcm dulu tingkah laku tapi skrg serius sikit.Naim tak banyak bercakap tapi ada peluang mnampakan sifat dia yg tidak heran kat sapa2.takdak segan silu,bantai...dan akhir sekali anson,peserta tunggal mewakili kaum ibu....peramah,masih sprt murai DICABUT ekor.beruntong ada dia krn dia mcm BOMOH
ari tu.tau semua penyakit kami

selepas asmawi balik pada jam 12 mlm, i sewa lg satu bilik (2 beds)dan tidor bersama weldan.kami borak lg sampe jam 2 pagi.mcm2 cerita keluar tapi lebih kepada hal2 yg berkaitan dgn bussines

weldan balik ke bentong jam 9 pagi sementara i plak bertolak balik jam 10.sampe kat opis ipoh jam 1 tgh hari krn i singgah sebentar kat sungkai atas urusan kerja.di opis,i terima kol dr asmawi memberitahu gambar yg di ambil smasa pertemuan kelmarin telah d muatkan dlm blog
5kik1977(tahniah asmawi...u memang agresif)dan ada berita yg agak gembira buat kita.biar asmawi sj yg menulis cerita tu

i sampe guar chempedak jam 7 mlm ni.


harap2 perjumpaan seperti itu akan terus kita usahakan dan dpt menghimpun lebih ramai
lg kawan2 kita....ok dulu

wassalam.....fuat azahari